Beli barang secara online memang paling best. Mudah, jimat masa dan adakalanya lebih murah berbanding harga jualan di shopping mall.
Namun begitu, terdapat beberapa kekangan sekiranya membeli secara online ini. Antaranya, jika korang ingin membuat pembelian pakaian. Kalau di mall boleh fitting sebelum beli, tapi shopping online hanya boleh refer pada carta ukuran badan yang disediakan.
Bagi mereka yang bertubuh kecil mungkin tak ada masalah sangat. Tapi, untuk yang berbadan gempal rasanya mesti ada yang was-was takut tak sesuai dengan tubuh mereka.
Ada pula yang tidak tahu pakaian mana yang sesuai untuk dibeli. Nah, jangan risau. Berikut merupakan antara 5 tip untuk individu plus size membeli baju secara online.
1. Ketahui ukuran badan

Walaupun dah dinyatakan saiz seperti S, M, L atau XL, namun setiap ukuran baju tidak sama mengikut keluaran. Kadang-kadang walaupun dah bersaiz XL tapi cuttingnya masih kecil. Jadi, biasanya penjual akan memberikan carta ukuran badan untuk korang rujuk.
Pastikan ukuran di buat dengan betul. Kalau rasa tak confident juga, boleh PM seller untuk bertanyakan tentang cutting baju tersebut.
2. Perhatikan rekaan dan warna

Terdapat beberapa pakaian dengan rekaan tertentu yang sesuai dipakai oleh individu bersaiz gempal. Cari warna gelap dengan rekaa polos kerana ia dapat memberikan kesan lebih ramping. Warna-warna seperti navy blue, maroon dan emerald green boleh membuatkan korang nampak elegan.
Pilih pakaian yang sederhana. Elakkan rekaan ruffle kerana ia nampak sarat dan boleh menambah kesan gemuk.
3. Pilih motif tertentu

Elakkan memilih pakaian bermotif besar. Pilih rekaan motif kecil seperti bunga dan corak yang sederhana. Kalau nak cari baju bermotif stripes, pilih garisan vertical dan bukannya horizontal kerana ia akan membuatkan korang nampak lebih gemuk.
4. Long sleeves dan tutup paha

Kalau nak beli blouse, pilih yang lengan panjang supaya menutupi kesemua bahagian lengan dan panjangnya sehingga bawah paha. Namun begitu, jangan pula memilih top oversize kerana ia juga boleh membuatkan korang nampak gemuk.
Anda mungkin berminat dengan
Korang juga boleh memilih top dengan rekaan cape kerana ia sesuai dipadankan dalam situasi formal dan santai.
Coat atau kardigan panjang juga sesuai digayakan oleh perempuan bersaiz gempal kerana ia menutupi lengan, paha dan sebahagian betis. Rekaan ini boleh memberikan ilusi lebih ramping.
5. Pilih material lembut

Pakaian daripada material lembut dan ‘jatuh’ sangat sesuai untuk perempuan gempal kerana ia tidak melekat pada badan membuatkan tubuh lebih langsing dan sangat selesa untuk digayakan. Pilih material yang ringan seperti kain sifon dan crepe.
Tak kisahlah sama ada berbadan kurus atau plus size, paling penting korang kena yakin dengan diri sendiri. Jangan terlalu rendah diri sehingga merasakan yang korang tidak layak berfesyen. Asalkan pilih pakaian yang sesuai, korang juga boleh nampak cantik.
∞
Adakah selebriti Hollywood yang muncul di karpet merah anugerah Grammys 2019 telahpun merancang untuk memakai warna yang sama pada hari ini?!
Mungkin, dan mungkin juga ia hanyalah kebetulan.
3 warna utama pada acara karpet merah Grammys iaitu putih, merah jambu dan perak ini adalah antara warna yang menonjol di pentas peragaan Minggu Fesyen New York yang Fall/Winter 2019 yang sedang berlangsung pada masa ini.
Jadi, tak hairanlah jika kebanyakan pereka fesyen memilih di antara 3 warna tersebut untuk disarungkan ke tubuh selebriti di Grammys.
Jom tengok siapa yang paling di antara mereka semua!
PINK
Kylie Jenner

Penulis memerlukan 5 minit untuk memikirkan bagaimana Kylie Jenner dapat menyarungkan jaket daripada Balmain ini. Hhm..
Katy Perry

Patutlah potongan dress ini macam pernah dilihat, ia adalah rekaan Balmain yang suka bermain dengan struktur pakaian.
Kasey Musgraves

Bebe Rexha

Awal tahun ini, Bebe telah membongkarkan dilema pereka fesyen yang tidak mahu menyiapkan dress untuknya. Bebe akhirnya mendapat kerjasama daripada Moonsoori dan ia kelihatan cantik terletak pada tubuhnya!
Post Malone

Cardi B

WHOA. Cardi B melakukan impresi hebat di karpet merah dalam dress simpanan (archive) daripada rumah fesyen Mugler ini. Seriously, hanya Cardi saja yang mampu memakai dress seperti ini.
Camila Cabello

Stail Camila pada malam ini mengingatkan penulis kepada lagu Britney Spears; ‘Not A Girl, Not Yet A Woman.’ Potongan dress Armani Prive ini terutama pada bahagian bahu mematangkan Camila, cuma pemilihan warna menyelamatkan Camila yang masih muda.
Alicia Keys

PUTIH & SILVER
Ariana Grande

Walaupun membuat keputusan untuk tidak hadir ke Grammy’s 2019 selepas pertelingkahan kontroversi dengan penerbit rancangan tersebut pada minggu lalu, Ariana Grande masih menyarungkan gaun rekaan Zac Posen ini dan memuat naik foto di Instagram. Macam Cinderella kan!
Dua Lipa

What a dress! Bersesuaianlah dengan Dua Lipa yang membawa pulang anugerah Artis Baru Terbaik pada hari ini, Dua memilih
Janelle Monae

Janelle adalah antara selebriti yang sering bereksperimentasi dengan fesyen dan pada kali ini, dia melakukannya sekali lagi. Janelle memilih dress asemitrikal daripada Jean Paul Gaulthier.
Mark Ronson

Jennifer Lopez

Okay, sekarang korang tahu apa yang dimaksudkan dengan statement hat! Jennifer Lopez memilih dress (dan topi) daripada Ralph & Russo.
Lady Gaga

Akhir sekali ialah pemenang besar pada anugerah Grammys 2019 iaitu Lady Gaga menerusi lagu Shallow bersama Bradley Cooper. Lady Gaga memilih dress classy daripada Celine dan aksesori Tiffany & Co.
∞
Bekas ahli kumpulan terkenal Dolla, Syasya Rizal akui sedih sehingga mengalirkan air mata selepas menonton muzik video lagu terbaharu berjudul Here4U.
Menurut Syasya, lagu tersebut sepatutnya dinyanyikan oleh mereka berempat, namun akur apabila dia sudah mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada kumpulan tersebut.
“Sebenarnya saya sudah dengar lagu ini (Here4U) sebelum dilancarkan. Kami sepatutnya menyanyi bersama empat orang, tetapi saya sudah mengambil keputusan untuk keluar Dolla.
ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Doakan Syasya Rizal Kekal Istiqamah Dalam Berhijab

“Saya sangat gembira apabila lagu ini berjaya dilancarkan. Dapat tengok muzik video istimewa lagu ini, menangis juga lah saya dan sangat comel,” katanya.
Syasya berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemu bual oleh penyampai radio segmen 3 Pagi Era.
Walaupun dirinya tidak lagi bersama Dolla, Syasya memberitahu dia tidak akan berhenti memberikan sokongan buat ketiga ‘kakak’ kesayangannya itu.

“Apa pun berlaku, saya tetap menyokong Dolla. Kepada kakak-kakak saya (Tabby, Angel, Sabronzo) yang amat saya sayangi, terima kasih untuk semua yang pernah kita lalui sejak dari awal kita mula.
“Terima kasih beri layanan yang sangat baik dan anggap saya sebagai adik bongsu kalian. Saya akan sentiasa sokong kalian dan bawa nama Dolla ke peringkat antarabangsa. Buat Malaysia dan kelab peminat bangga,” tuturnya lagi.
Terdahulu, industri seni tanah air dikejutkan dengan berita pengunduran Syasya menerusi hantaran dalam akaun rasmi mereka pada 8 Mac lalu.
Sekadar info, Dolla ditubuhkan pada April 2019 yang dianggotai oleh empat gadis muda yang berbakat dalam nyanyian dan tarian iaitu Tabby, Angel, Sabronzo dan Syasya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Syasya Rizal
∞
Dijadualkan berlangsung pada hari ini, 17 April, upacara pemberian hormat dan pengebumian mendiang Duke of Edinburgh dijangka akan mengikut tradisi diraja dengan elemen ketenteraan yang jelas berdasarkan latar belakang baginda.
Biarpun upacara tersebut (yang telahpun bermula sekarang) dilangsungkan dalam skala yang lebih kecil dan tanpa kehadiran rakyat Britain seperti kebiasaan, ia masih akan disiarkan secara langsung di kaca televisyen buat tontonan masyarakat dunia.
Menurut kenyataan Istana Buckingham semalam, hanya seramai 30 orang jemputan saja yang akan menghadiri ke acara di Istana Windsor dan di gereja St. George.
Bagi korang yang tidak ingin terlepas daripasa mengikutinya malam ini, berikut adalah saluran televisyen yang menyediakan laporan secara langsung dari Britain.
1) BBC World News (Astro Ch 532/unifi TV Ch 601) bermula 5 petang (waktu Malaysia).
2) Sky News (Astro Ch 514) bermula 7.30 petang (waktu Malaysia).
3) CNN (Astro Ch 511) bermula 8.00 malam (waktu Malaysia).
4) Astro Awani (Ch 501) bermula 9.30 malam (waktu Malaysia).
Tinjauan REMAJA di YouTube juga mendapati beberapa akaun berita dan portal menyediakan laporan langsung dari semasa ke semasa.
∞