Malaysia baru-baru ini mencipta sejarah tersendiri apabila pasukan FAM eRimau muncul sebagai juara saingan FIFAe World Cup 2024 kategori mobile yang berlangsung pada 12 Disember, semalam.
Abdul Muhaimin atau lebih dikenali sebagai Minbappe yang merupakan wakil Malaysia berjaya menewaskan wakil pasukan dari Maghribi di pentas perlawanan akhir.
Difahamkan, Muhaimin berjaya memenangi perlawanan pertama 3-0 dan perlawanan kedua 2-0 seterusnya menempa sejarah memenangi kejohanan itu.
“Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada barisan jurulatih yang terlibat, Shaharil Shaifuddin dan Muhammad Hazim Aisar,” kata FAM dalam sebuah kenyataan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kebelakangan ini, ramai golongan muda menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam disebabkan beberapa faktor. Antaranya adalah disebabkan tekanan, kerja syif, pengambilan kafein berlebihan, ketagihan bermain gajet dan sebagainya.
Waktu tidur sebenarnya amat penting untuk kita sebagai manusia kerana ia memberi ruang kepada otak untuk berehat setelah seharian melakukan aktiviti dan bekerja. Selain itu, ia juga amat penting bagi golongan pelajar agar tidak terlalu kerap mengabaikan masa tidur pada waktu malam bagi menyiapkan tugasan kuliah atau keluar berseronok bersama rakan-rakan.
Menerusi satu kenyataan yang dikongsi melalui portal kesihatan Hello Doktor, tempoh waktu ideal mendapatkan tidur yang mencukupi bagi remaja berusia 14 hingga 17 tahun adalah 8-10 jam, manakala bagi orang dewasa adalah sekurang-kurangnya 7-9 jam sehari.
Kredit: School, 2013
Antara kebaikan yang boleh diperoleh melalui waktu tidur yang cukup adalah membantu meningkatkan fokus seseorang individu.
Dalam pada itu, tidur yang cukup juga dapat membantu menguatkan memori serta meningkatkan daya ingatan manusia.
Sebelum ini, ada kajian mendedahkan ketika manusia tidur, memori dan perkara yang dipelajari akan digerakkan ke kawasan otak yang lebih efisien dan bertahan untuk satu tempoh masa yang lama.
Di samping itu, kebaikan yang diperoleh melalui tidur yang cukup juga membantu pertumbuhan dan pemulihan tisu badan dengan lebih baik. Ini kerana ketika tidur, otak manusia akan menghasilkan hormon yang menggalakkan proses pertumbuhan dan pemulihan semula sel-sel di dalam badan.
Tidur yang sihat bagi remaja adalah 8-10 jam, manakala bagi orang dewasa 7-9 jam sehariDengan tidur yang mencukupi, seseorang boleh lebih fokus dan bertenaga dalam melakukan aktiviti seharian
Sementara itu, antara kesan buruk jika seseorang tidak mendapatkan tidur dan rehat yang cukup adalah mereka akan sukar untuk fokus dalam melakukan aktiviti seharian dan memberikan tumpuan pada hal tertentu.
Selain itu, pengurusan emosi juga akan terganggu dan seseorang itu berpotensi untuk mudah marah kerana fikiran mereka sudah letih sekaligus tidak dapat berfikir dengan baik.
Lebih membahayakan sekiranya bagi anda yang membawa kenderaan sendiri seperti motosikal dan kereta juga berisiko terlibat dalam kemalangan.
Ini jelas menunjukkan kekurangan tidur akan menyebabkan terjadinya ‘micro sleep’, di mana manusia akan terlelap dalam tempoh 1 hingga 30 saat, waktu yang singkat, namun ia boleh mengancam nyawa sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.
Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia
Intihanya, tidur yang mencukupi adalah aspek penting dalam kehidupan kita terutamanya dalam kalangan golongan muda. Kekurangan tidur bukan sahaja menjejaskan kesihatan fizikal dan mental, tetapi juga boleh mempengaruhi keselamatan diri anda dan orang lain
Oleh itu, penting bagi setiap individu untuk memberi perhatian terhadap waktu tidur mereka dan mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan mengutamakan rehat yang cukup setiap hari. Dengan tidur yang berkualiti, kita bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi harian, tetapi juga memastikan kesihatan jangka panjang yang lebih baik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Universiti di negara kita sudah setaraf institut pengajian di luar negara kerana ada diantaranya telah tersenarai dalam kelompok universiti terbaik dunia.
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) sekali lagi memasuki carta universiti terbaik dunia, Times Higher Education (THE) untuk dua tahun berturut-turut, berada di kedudukan 1,200+ antara 1,662 universiti di seluruh dunia.
Selain itu, sebanyak 17 universiti Malaysia yang lain termasuk lima institut pengajian tinggi swasta (IPTS) bertaraf universiti iaitu Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) turut tersenarai.
Penyenaraian UniKL yang merupakan universiti teknikal keusahawanan terbesar negara yang dikelolakan Majlis Amanah Rakyat (Mara), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) itu membuktikan kemampuan UniKL sebagai institusi pengajian terbaik negara.
Menerusi Utusan Malaysia, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UniKL, Datuk Dr. Roziah Omar berkata, UniKL kini sedang berusaha untuk meningkatkan reputasinya di peringat antarabangsa melalui kolaborasi dengan universiti dan organisasi ternama dunia dari dalam dan luar negara selain usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa.
“Ini adalah pencapaian yang amat membanggakan memandangkan UniKL pada asalnya ditubuhkan daripada beberapa buah institut teknikal dan vokasional milik penuh Mara yang mengkhusus kepada pelbagai bidang teknologi mengikut keperluan industri sebelum dinaik taraf sebagai universiti pada 2002,”
Gambar hiasan
“Selain menjadi universiti termuda Malaysia di dalam senarai tersebut, UniKL juga telah membuktikan komitmennya terhadap kecemerlangan akademik dan penyelidikan di samping mengekalkan falsafah pendidikan TVET peringkat tinggi dan pembelajaran secara praktikal,” jelasnya lagi.
Senarai universiti terbaik dunia THE juga memperlihatkan institusi pendidikan tinggi di Asia secara perlahan-lahan telah mengorak langkah untuk mengatasi universiti Barat melalui peningkatan di dalam kedudukan mereka di peringkat global.
Tahniah diucapkan kepada semua universiti yang tersenarai dan sudah terang lagi bersuluh, sistem pendidikan di negara kita juga sewajarnya diberi perhatian oleh para pelajar kerana setanding dengan universiti luar negara.
Graduan cemerlang dari Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Matematik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Saudara Muhammad Amirul Asyraf Roslan, telah mencipta sejarah dalam Istiadat Konvokesyen ke-99 dengan meraih pelbagai anugerah berprestij termasuk Anugerah Graduan Terbaik Pusat Pengajian dan Anugerah Lonjakan Saujana.
Menurut Amirul, dia memulakan perjalanan pengajian di universiti pilihan ramai itu dengan matlamat yang jelas.
“Ketika semester pertama, saya sudah menetapkan sasaran untuk menerima anugerah pada majlis konvokesyen. Alhamdulillah, saya berjaya capai hari ini,” ujarnya dengan penuh rasa syukur.
Perjalanannya bagaimanapun tidak selalu mudah, Amirul mengakui bahawa dia tidak meraih Anugerah Dekan pada semester pertama, namun itu tidak mematahkan semangatnya.
“Saya belajar untuk tidak cepat berputus asa. Pada semester kedua, saya tebus segala kesilapan dan meraih kejayaan,” kongsinya lagi.
Tuturnya lagi, satu langkah berani yang diambil oleh graduan ini adalah menyertai pelbagai program yang ditawarkan oleh universiti semasa pandemik.
Selain itu, Amirul juga amat menekankan betapa pentingnya pengalaman tersebut untuk masa depan.
“Saya juga banyak mengambil peluang masuk pelbagai program yang ditawarkan universiti ketika pandemik lalu. Dari situlah saya mula bergiat aktif dan barulah UiTM lihat kemampuan saya ini.
“Daripada itu, datanglah seorang pensyarah untuk melantik saya sebagai Presiden sebuah kelab pelajar.
“Untuk bergiat di peringkat UiTM adalah sangat terbaik kerana kita dapat belajar untuk networking, softskill yang mana kita boleh gunakan dalam alam pekerjaan nanti,” tambahnya panjang.
Selain dua anugerah besar tersebut, Amirul juga telah meraih Anugerah Graduan Terbaik Pusat Pengajian, Anugerah Graduan Terbaik Program, Anugerah Tokoh Siswa FSKM (Kategori Antarabangsa) Anugerah Kepujian Dekan dan The Thomas Clarkson Bronze Medal, Ireland, sepanjang dirinya bergelar mahasiswa.
KUALA LUMPUR 14 APRIL 2018. (Supplement BH) UiTM tawar program sarjana dan PhD. NSTP/EMAIL.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: FB Rasmi UiTM
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.