
Malaysia baru-baru ini mencipta sejarah tersendiri apabila pasukan FAM eRimau muncul sebagai juara saingan FIFAe World Cup 2024 kategori mobile yang berlangsung pada 12 Disember, semalam.
Abdul Muhaimin atau lebih dikenali sebagai Minbappe yang merupakan wakil Malaysia berjaya menewaskan wakil pasukan dari Maghribi di pentas perlawanan akhir.
Difahamkan, Muhaimin berjaya memenangi perlawanan pertama 3-0 dan perlawanan kedua 2-0 seterusnya menempa sejarah memenangi kejohanan itu.


Kejayaan itu turut menyaksikan skuad negara membawa pulang hadiah wang tunai kemenangan sebanyak RM80,000.
Malaysia merupakan negara daripada ASEAN pertama berjaya menjuarai kejohanan berprestij itu.
BACA: Soloz Sifatkan Kejayaan SRG Berjaya Ubah Persepsi Negatif Khalayak Terhadap e-Sukan


Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengucapkan tahniah kepada Muhaimin atas kejayaan tersebut.
“Tahniah dan Terima Kasih diucapkan kepada Muhaimin. Anda memang kebanggaan rakyat Malaysia”
“Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada barisan jurulatih yang terlibat, Shaharil Shaifuddin dan Muhammad Hazim Aisar,” kata FAM dalam sebuah kenyataan.
BACA: Sekys Pemain Selangor Red Giants (SRG) Rancang Mahu Simpan Duit Dalam ASB Jika Menang MSC MLBB 2024
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
UMRAH DIY, Gadis Kongsi Pengalaman & Bajet. Siap Boleh Lawat Turki!

UMRAH DIY, Gadis Kongsi Pengalaman & Bajet. Siap Boleh Lawat Turki!
Selepas kerajaan Malaysia mengumumkan kelonggaran untuk yang ingin menunaikan umrah di tanah suci Mekah dan Madinah, semakin ramai yang tak lepaskan peluang untuk berkunjung ke bumi Harmain itu.
ARTIKEL BERKAITAN : Anwar Hadid Tunai Umrah Meski Bertatu & Pernah Terpesong Agama, Ibu Ayah Sambut Baik
Selain mengikuti pakej yang disediakan oleh banyak agensi pelancongan, ada juga yang membuat Umrah DIY iaitu menguruskan kesemuanya secara sendiri.

Umrah DIY Kos Bajet
Seorang gadis telah berkongsi pengalamannya mengerjakan umrah secara DIY dengan kos hanya bawah RM5,000 ribu sahaja. Dan paling menarik, gadis ini juga telah pergi ke Tanah Suci tanpa membawa mahram lelaki.
Menerusi perkongsian di laman sosial Facebook, gadis ini Haany Harraz telah menceritakan pengalamannya dan tip menunaikan ibadah umrah secara sendiri dan DIY bersama kakaknya hanya dengan menggunakan visa pelancong.

Haany yang berada di sana untuk tempoh tertentu turut berkongsi itinerari penuh disertai sekali dengan kos sepanjang perjalanan umrahnya.
Malah dia dan kakaknya juga berkesempatancmelawat ke negara Turki, iaitu sekitar Istanbul dan Ankara sebaik selesai mengerjakan ibadah umrah.
Ayuh ikuti perkongsiannya dan boleh dijadikan panduan kepada mana-mana gadis yang mahu ke sana dengan kos bajet memandangkan kini tiada lagi larangan pergi dengan mahram.

My Umrah Stories
Alhamdulillah, saya telah selamat menunaikan Umrah minggu lepas. Harini baru ada kelapangan untuk menulis sikit sekadar berkongsi. Umrah kedua kali ni saya pergi kakak saya, hanya berdua tanpa mengikut mana mana travel agency. Semuanya kami atur dan bergerak sendiri. Mudah dan ringkas sebenarnya pergi sendiri ni. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami .
Sebelum tu, saya sendiri memang sejenis suka kepada cabaran dan suka merenung setiap kejadian dari perjalanan yang saya lakukan .
Alhamdulillah Allah telah menjemput saya dan kakak sy menjadi tetamuNya. Sebelum pergi tu, betulkan niat iaitu untuk beribadah mengabdikan diri kita di sana..

Pertama skali, perlu ikuti kursus umrah,.saya mengikuti kursus percuma yg berdekatan dgn tempat saya. ,saya juga banyak belajar cara mengerjakan Umrah, tgk di youtube, buat research accommodation, transportation dll. Jgn lupa perbykkan solat hajat, supaya Allah lancarkan perjalanan UMRAH kita dan diberikan kesihatan yang baik.
Saya ringkaskan saja tips perjalanan sepanjang 8 hari berada di tanah suci Madinah dan Makkah. Saya berada 3 malam di Madinah – 4 malam di Makkah – dan selepas itu menziarahi Turkey selama 4 malam sebelum berangkat pulang.

1. Tiket Penerbangan
Saya menempah tiket flight melalui Skyscanner. Untuk trip Umrah saya tempoh hari saya naik Saudi Airlines, dan tiketnya tak murah dan tak terlalu mahal. Tiket saya KUL-MED, JED-IST, ANKARA-KUL , berjumlah RM2600 untuk return.
2. Accommodation
-Untuk cari penginapan boleh search di Booking.com, Airbnb dll. Untuk di Madinah saya menginap Hotel ( Al-Mukhtara Golden). Hotel ni sgt dekat dengan masjid, tetapi jauh juga berjalan ke pintu masuk solat perempuan ( 8minit berjalan). Di Makkah saya menginap di Hotel NAWAZI AJYAD yang hanya berjalan 5minit shj ke masjid.. hotel ni boleh tidur untuk 4org, kami hny berdua.. sgt puas hati… total hotel MADINAH dan MAKKAH RM1000++ utk duaa orang.
3. Ground Transportation
– Setelah membuat sedikit kajian tentang ground transport, banyak cabang transport di Madinah dan Makkah. Saya lebih mudah dan selesa menggunakan Careem(Uber versi Arab). Careem di tanah suci sangat meluas, lebih jimat dan tak perlu bargain macam taxi. Cuma ketika berada di Makkah, kawasan radius sekitar Masjidil Haram, Uber dan Careem tidak dibenarkan.

Cuma kalau nak naik juga perlu berjalan keluar dari kawasan radius tersebut. Pernah juga saya menaiki TEKSI UJRAH yang sgt banyak di sana. Saya juga minta diskaun harga pada pemandu teksi ujrah, setelah buat perbandingan harga Careem.
Manakala, perjalanan kami dari Madinah ke Makkah untuk menunaikan Umrah, kami menaiki bas Saptco VIP. Perjalanan lebih kurang 5jam 30minit. Bas yang selesa dan efisien dari segi masa., minum dan snek disediakan, . Sangat recommended. Boleh online booking di website saptco.com.sa
Total perjalanan Madinah-Makkah RM128
4. Visa
– Sekitar September 2019, kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan Tourist Visa untuk beberapa negara dan Malaysia antara salah satu yang tersenarai. Tourist visa berlaku untuk memasuki negara Arab Saudi untuk tujuan Holiday mahupun Umrah. Dibenarkan untuk tinggal tidak melebihi 90 hari di Arab Saudi dan tempoh valid visa berlaku selama setahun.
Ya, bermakna rakyat Malaysia tidak perlu lagi menggunakan Visa Umrah untuk masuk ke Arab Saudi untuk mengerjakan Umrah.
Visa boleh apply di laman web rasmi kerajaan Arab Saudi di sini visa.visitsaudi.com. Yang bestnya, setelah selesai membuat pembayaran visa, visa dicetak dalam masa 3-5min dan terus dihantar ke email kita. gambar passport visa kami hny snap guna fon dan gunakan software gambar visa umrah shj, tidak perlu untuk ke kedai gambar.. Bayaran visa : RM490.

5. Travel Insurance
– Sebelum ke luar negara, belilah travel insurance dari mana mana insurance agency. Kita tak tahu bila mana kemalangan mahupun ajal akan berlaku. Sediakan insurance cover sebelum kemalangan berlaku. Sy seringkali gunakan Etiqa Trip Care 360 Platinum untuk single trip. RM110.00
6. Ziarah Luar Kota Suci
– Yang ni boleh search sendiri di Google tempat-tempat ziarah sekitar Madinah dan Makkah. Tergantung kepada masing masing selera mahupun kelapangan. Yang ni boleh plan sendiri..di sana boleh naik Uber atau Careem untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi. Dan kalau boleh janganlah lepas peluang ke tempat tempat bersejarah disana. Rezeki kami, Di Madinah dan Makkah kami ditawarkan oleh Group leader dgn menumpang bas mereka untuk ziarah, Alhmdulillah,.
7. Souvenir , Air zam2, Makan2
Byk blh dpt keychain semurah 2 riyal. Yg pntg pndai cari. Air zam zam kai beli kt airport/ 7.5 riyal utk 5 liter. Kami beli selepas pulang dari Ankara semasa transit di Jeddah. Satu org satu botol jer. Kbykn airlines akan bg free luggage khas utk air zam-zam.
Di sana saya dan kakak lebih banyak masak sendiri.. kami bwk periuk nasi kecik untuk masak nasi.. dan bawak makanan sndri.. ada juga kadang2 kami try makanan di sana,. boleh berkongsi makanan untuk makan dua orang, sbb byk..

8. Time Flexibility
– Ini yang saya impikan dari setiap perjalanan musafir saya. Tidak terikat dengan waktu. Tak kira ke mana, saya sukakan time freedom. Ada waktu untuk ke sini dan kesana mengikut kemahuan diri. Tukar plan last minute, tambah plan last minute. Ada waktu untuk mendalami, mengagumi, merenungi dari setiap tempat saya lawati.
Disini saya juga ingin sertakan itinerary Umrah DIY dan Ziarah Istanbul/Ankara
HARI 1: 31/1/2020
• Lapor diri KB-KUL ( 9.30PG)
KL – -MADINAH (1.40PTG)
• Check-in bagasi, serahan passport / boarding pass/visa.
• Transit RIYADH; 1 jam 25minit sebelum berlepas ke Airport Madinah.
• Tiba di Madinah daftar masuk hotel dan berehat.
Madinah airport ( 7.00 malam), Check in Hotel ( Al-Mukhtara Golden) .
– Naik Uber/ Kareem 20-30minit ; SAR 30-60 / Bus SAPTCO SAR 10-12
– Beli Simkad CELCOM XPAX , beli di Malaysia dalam RM68..
*Notes
Lepas berehat di hotel, turun masjid terus solat isyak dan masuk RAUDAH ( Rumah Nabi serta makam baginda) Nabi bersabda, ‘kalau kita datang buat umrah, tdak dtg umahku, dikira ummat yg tidak mencintaiku)
HARI 2 & 3 : 1-2/2/2020 MADINAH
• Ziarah Dalam – Lagi ke Maqam Rasulullah SAW dan sahabat, (Raudhah) dan Perkuburan Baqi’(solat jenazah – Jenazah terdiri drpd y. Aishah, Fatimah, Zainab, cucu Nabi) semoga mereka dirahmati Allah- boleh byk pahala-
• Ziarah Luar – Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Medan Peperangan Khandaq (Masjid Tujuh), Jabal Uhud, Pasar Kurma/ Ladang Kurma (Join naik bus leader group umrah, atau naik bus or uber )
HARI 4: 3/2/2020 MADINAH – MAKKAH
MADINAH
• Ziarah Wida’ – 1) solat sunat 2 rakaat ( RAUDHAH) or masjid nabawi, 2) mengucapkan salam perpisahan kpd Baginda ( assalamualayka ya Rasulullah) dgn penuh kerendahan hati dan sedih menginggalkan baginda, 3) berdoa dgn bertawassul dgn baginda( Selamat tinggal ya Rasullulah, Salam perpisahan wahai Nabi Allah.. Kami akan dtg lagi menziarahimu ya Habiballah …) 4) Mengalir air mata keikhlasan sedih perpisahan dgn kekasih Allah// 5) bersedekah pada org2 berada sekita masjid nabawi. .
• Mandi sunat Ihram, Memakai pakaian ihram umrah.
. Check out hotel Madinah ; pukul 12 .30 tghhri
. Menaiki SAPTCO BUS VIP 2.30 ptg ( Pejalanan 5jam), naik di CROWNE PLAZA HOTEL.
• Bertolak ke Makkah –bermiqat di Masjid Bir Ali ( Solat SUnat 2 rakaat sebelum niat IHRAM) – -UMRAH PERTAMA-
. Bus berhenti di AJYAD STATION, sebelah HOTEL MASHAER AJYAD HOTEL TH .
– 250m ke Al Haram. Dari SAPTCO AJyad, 15minit to Hotel NAWAZI AJYAD ( naik uber SAR15).
MAKKAH
• Tiba di Makkah, mengerjakan tawaf & saie, bertahallul serta solat wajib dan sunat . Pahala bersamaan 100,000 kali ganda.
*notes
Semasa perjalanan menuju ke Makkah, bayangkan bagaimana susah payah Rasulullah dan Sahabat Abu Bakar berhijrah dari Makkah ke Madinah, mengharungi bukit bukau, bersembunyi GUA Thur, dihambat Surraqah(perang Badar).
Banyakkan Bertalbiah, dan selawat sepanjang perjalanan.
HARI 5 : 4/ 2/ 2020 MAKKAH
• Bermula selepas solat subuh/dhuha hingga sebelum Zohor; Ziarah Luar – Jabal Thur (15minit) bergmbr dan boleh hiking, Jabal Nur – blh hiking untuk melihat Gua Hera’, bergambar dan hayati sirah, kemudian Arafah (sekadar stop/ tidak di masjid Namira), Muzdalifah, Mina dan otw ke Jabal Rahmah ( hanya melintasi & memandang dari dalam bas ), Masjid Ja’ranah & miqat (UMRAH KEDUA)
– Solat Zohor di Masjid, buat tawaf dan Saie.
HARI 6 : 5/2/2020
• Umrah Tana’im – miqat untuk umrah (UMRAH KETIGA)
*Notes
Masa buat umrah, masuk Al Hara di King Fahd Gate. – Pintu 79( buat tawaf sunat) – pintu 66 ‘ . – ada toilet dan tempat berwudhu’ – free al quran sebelah pintu 79 cari 884 -kedai foodcourt ( Al khalid Courtyard) – kedai jus ( berhampiran kedai rambut) , – Hilton suite ( ada mall, food curt, KFC, al Baik,Al Tazaj)
HARI 7 : 6/2/2020
• Ziarah Pilihan Taif ( tempat peranginan) – bertolak selepas subuh- naik bus dari Hotel Safwah ke Station Cable ( sejam) , terletak di theme park.
– Nek cable car selama 15-20minit
– Cdgn lawatan; 1) shubra palce, 2) fruits market, 3)crose factory, 4) addas farm and mosque, 6) fruits market
– Bertolak ke Makakh( djangka tiba di Makkah sblm magrib)
HARI 8 : (7 / 2 / 2020) MAKKAH – AIRPORT JEDDAH
• Mandi, bersiap brg, letak barang di lobi sebelum subuh,
– Tawaf Wida’ pukul 3 pagi.
– Akan berangkat ke Airport Jeddah pkul 4 pagi ( uber or kareem – SAR 120 – 150), subuh di airport atau perjalann, penerbangan ke Istanbul 9.50 pagi .
ISTANBUL – AIRPORT
• Tiba di Airport Istanbul pada 1.45 petang.
Perjalan ke Hoetel Istanbul ( Stone Home Appartment at SUltanahmet)
– Naik bus Havaist – berdekatan terminal building Arrival) hrga 16TL
– Jangka check in hotel pukul 6ptg
– Malam berjalan di sekitar Hotel berdekatan
HARI 9 ( 8 / 2 / 2020)
-Lawatan – 1) Blue Mosque , 2) Muzium Hagia Sophia, 3) Istanbul Topkapi( Masjid Kediaman Pemerintahan Uthmaniah, dibina oleh Sultan Al Fated, near Masjid Sya Sophia,
4) Galata Tower, 5)Hippodrome & 6) Grand Bazaar( pintu luar nama old book Bazar, near trem Beyazit – tempat shopim murah- 7) Cruise Bosporus( Meyusuli Selat Bosphorus yang sempadan Asia dan Eropah), 8) Taksim square( tempat shopim, sgt bestt)
*notes
Tempat shopping ( kadikoy Sali pazari ( kedai2 dan tenpat makan murah)
HARI 10 ( 9/2/2020)
– Check out hotel pukul 11 pagi
– Naik train ke airport SAW, flight pukul 3. 40 ptg ke ANKARA.
Di ANKARA airport
– Sampai di airport pada 5 ptg dan disambut oleh kawan kami yg kebetulan bekerja Embassy of Malaysia di sana.
HARI 11 ( 10/2/2020)
– Visit Anitkabir Mausoleum ( muzium dan tempat permadian pemerintahan.
– Bermain Salji di Elmadag Ankara
Notes
*Harga stu malam penginapan di Turkey dlm lingkungn rm80/mlm.
*transportation utk bergerak ke mn2 shj, pn sgt2 murah..
*kami naik bus, metro, or trem di sana.
*makanan pn murah, kami prefer masak di sana.
HARI 12 ( 11/2/2020)
-Bertolak ke airport ANKARA pada pukul 11pg. flight pukul 1.40 ptang.
– transit 9jam di Jeddah, ( berjalan2 sekitar Jeddah)
12/2/2020
Sampai KUL 3.00 petang
KUL ke KB pukul 8.35 malam, dijangka sampai 9.35 malam
** SELAMAT PULANG DENGAN UMRAH MAQBULLAH **
Total Budget per head (MADINAH>MAKKAH> ISTANBUL>ANKARA)
– Flight ticket : RM2600
– Accommodation : RM800
– Ground transportation : RM250
– Transport Med-Makkah- : RM128
-Flght tiket IST-Ankara : RM70
– Visa : RM490
– Travel Insurance : RM110
– Makan/miscellaneous : RM300
Total : RM4784

Ingatlah yang perjalanan kita mengerjakan Umrah ini bukan macam perjalanan lain, ia adalah perjalanan ibadah ke Rumah Allah dan menemui Nabi kita SAW. Jagalah tertib dan betulkan niat InsyaAllah segalanya akan dimudahkan. Inilah sedikit perkongsian bagaimana perjalanan saya bersama kakak tempoh hari. Semoga ada manfaat buat semua kenalan FB
Bagi yang belum diberi peluang untuk menunaikan haji, boleh la merasai pengalaman menunaikan umrah terlebih dahulu dengan menunaikan beberapa rukun ketika mengerjakannya.
Artikel ini diambil dan diolah dari Kashoorga.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
PM Ingatkan Rakyat : Fasa Pertama Lanjut Hingga Kes Cecah Bawah 4000

Jika dahulunya, rakyat selalu ternanti-nantikan pengumuman rasmi sama ada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal ditamatkan atau disambung setelah menghampiri tarikh akhir PKP yang ditentukan kerajaan.
Namun kini menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, rakyat harus melihat kepada jumlah kes COVID-19 harian sebagai indikator sama ada arahan PKP Penuh yang kita lalui sekarang akan ditamatkan ataupun tidak.
Itulah yang dijelaskan beliau hari ini bagi menjawab pertanyaan rakyat yang tertunggu-tunggu pengumuman rasmi pada hujung minggu ini setelah negara hampir menamatkan tempoh dua minggu PKP Penuh.

“Saya nak jelaskan, sebab ada yang tidak berapa faham.
“Mereka kata sekarang ni dah nak tamat PKP dan sebagainya. Tapi sekarang ini kita tidak sebut PKP. Kita sebut kita berada di fasa.
“Sekarang ini ialah Fasa Pertama sampai Julai, mungkin pertengahan (Julai) dan sebagainya. Jadi bukan kita kira 28 Jun (sebagai penamat PKP).
“Kita masih di Fasa Pertama. Fasa Pertama ini kita akan lanjutkan sehingga mana kita telah mencecah nilai ambang. Ini termasuklah kes di bawah 4000, kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) sudah turun dari paras tenat (di mana kapasiti katil ICU sudah berada pada tahap sederhana) dan vaksinasi sudah ditingkatkan (sekurang-kurangnya 10 peratus rakyat sudah diberikan vaksin sepenuhnya).”
“Untuk kita beralih fasa, ia memerlukan kerjasama semua pihak untuk mematuhi SOP yang ditetapkan,” ulas beliau semasa ditemui di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada hari ini.
Untuk pengetahuan, setelah negara mencapai 3 indikator utama seperti yang dijelaskan oleh Perdana Menteri di atas, barulah kita akan beralih ke Fasa Kedua.
Peralihan ke Fasa Ketiga pula adalah apabila purata kes harian tidak melebihi angka 2000, kapasisi ICU sudah pada tahap mencukupi dan 40 peratus rakyat sudah diberikan vaksin sepenuhnya. Mengikut jangkaan, fasa ketiga yang akan memberikan lebih kelonggaran kepada rakyat itu hanya akan dicapai sekitar September 2021.
Fasa terakhir iaitu Fasa Keempat pula akan dicapai setelah purata kes harian berjaya turun ke paras bawah 50 kes.
Sama-samalah kita menjaga SOP dan duduk rumah seperti yang diarahkan guys. Buat masa ini, kita semua tahu negara sedang ‘tersangkut’ pada angka kes harian melebihi 5000 kes. Sekiranya kita ingin bebas dengan lebih pantas, kita sendiri perlu laksanakan tanggungjawab peribadi dengan tidak meletakkan diri dalam risiko dijangkiti wabak COVID-19.
Sumber : (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
12 Sayur & Buah Yang Bahaya Untuk Ekzema, Wajib Elak Kalau Nak Cepat Pulih

Ekzema adalah sejenis keadaan kulit yang menyebabkan kegatalan dan keradangan kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah, malah kadangkala kelihatan seperti kulit melecur yang berair.
Ha, dengar pun dah seram kan? Apa lagi bagi mereka yang merasai sendiri penderitaan menanggung masalah ekzema ini. Biasanya, ia berlaku di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut.
Kebanyakan pesakit boleh menguruskan penyakit ekzema dengan rawatan perubatan dan dengan mengelakkan aktiviti atau perbuatan yang akan menyebabkan kerengsaan.

Ada beberapa jenis makanan yang boleh dielakkan sekiranya pesakit tidak mahu ekzema menjadi lebih teruk. Jangan tak tahu, sayur dan buah juga boleh mendatangkan bahaya untuk pesakit ekzema.
Mungkin ramai yang menganggap sayur dan buah-buahan adalah makanan terbaik untuk kesihatan. Namun menurut seorang pesakit ekzema yang dikenali sebagai Mizhana Padzi, ada beberapa sayur dan buah yang boleh dihindari oleh pesakit sekiranya mahu cepat pulih.
Berikut adalah senarai sayur dan buah yang bahaya untuk ekzema.
1. Tomato

Tomato sangat bagus dimakan penghidap kanser, tapi bukan penderita ekzema kerana ia sangat tinggi histamine dan sebabkan gatal.
2. Jagung

Jagung juga boleh trigger ekzema kalau belum pulih lagi.
3. Brokoli

Brokoli yang menyihatkan ini harus dielakkan kerana ia mengandungi MSG dan sulfites yang sangat sensitif untuk usus penderita ekzema. Kalau makan, samada ekzema teruk atau lambat baik.
4. Cendawan

Basic sayur yang harus dihindari kalau ada penyakit kulit kerana cendawan adalah tinggi histamine yang menyebabkan kegatalan.
5. Lada benggala

Tinggi dengan GMO dan alkaloid serta solanine yang menyebabkan keradangan kulit bertambah parah. Jika radang ekzema semakin pulih, tidak ada masalah untuk makan sayuran ini.
6. Nanas

Antara buah sitrus yang perlu dielakkan apabila ekzema susah nak baik kerana citrus boleh menjadi trigger kepada ekzema.
7. Kobis

Antara sayuran yang tinggi histamine dan menyebabkan kegatalan.
8. Anggur

Tolong jangan dekati selagi ada ekzema kerana ia sangat bahaya untuk pesakit ekzema.
9. Longan

Perlu dielakkan juga walaupun sedap tetapi tidak baik untuk proses pemulihan ekzema.
10. Kiwi

Sama seperti anggur, kiwi juga bahaya untuk kulit ekzema.
11. Berries

Tidak kiralah strawberi, beri biru atau raspberry ke, ia adalah buah yang tinggi histamine dan boleh menyebabkan kegatalan
12. Buah kering

Seperti aprikot kering, kismis, buah tin atau prune, walaupun baik untuk kesihatan tetapi kalau korang ada ekzema elakkan kerana ia tinggi gula dan tinggi sulfites sekitar 500 ke 2, 500, lebih tinggi dari arak dan sulfites dalam buah-buahan kering ini boleh menyebabkan ekzema gatal dan radang.
Ha, mungkin ada yang baru tahu bukan? Selama ini kita ingat sayur dan buah-buahan memang baik untuk dimakan. Sekiranya korang mempunyai masalah ekzema, cuba elak ambil sayuran dan buah-buahan di atas okay?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

