Sembilan tahun lalu dia ditembak di kepala oleh Taliban, kini Malala merupakan graduan dalam bidang filosofi, politik dan ekonomi dari universiti terbaik dunia, Oxford University. Pemenang termuda Nobel Peace Prize ini memuat naik gambar majlis graduasi di laman Instagramnya pada Jumaat.
Menjadikan majlisnya lebih bermakna semestinya dengan kehadiran keluarga tercinta. Bapanya, Ziauddin Yousafzai dan ibunya, Toor Pekai Yousafzai kelihatan bangga melihat pencapai anak mereka. Dalam satu gambar yang dimuat naik, kelihatan kedua-duanya tersenyum gembira sambil mencium pipi Malala.
Seorang lagi figura yang penting dalam hidup wanita ini semestinya suaminya tercinta yang baru dinikahinya awal bulan ini, Asser Malik. Dalam hantaran Twitter, Asser menyatakan yang tempat mereka bertemu menjadi lebih istimewa pada hari graduasi isterinya. Ini memberikan indikasi yang universiti tersebut merupakan tempat pertama mereka bersua mata.
Untuk pengetahuan pembaca, wanita berusia 24 tahun ini memulakan pengajian di universiti tersebut pada tahun 2017 dan dia sebenarnya sudah menamatkan pengajiannya pada Mei 2020. Namun majlis graduasi terpaksa ditangguhkan disebabkan penularan virus Covid-19 yang melanda dunia. Hanya setahun setengah kemudian barulah majlis boleh diadakan semula.
Menurut laman web universiti terkenal itu, Oxford menyambung semula majlis graduasi pada bulan September tahun ini dengan mengadakan majlis pada beberapa tarikh sepanjang tempoh dua bulan ini. Malala hadir ke majlis graduasi sesi terakhir.
Ads
Mengimbau kembali kisah wanita hebat ini, Malala ditembak di kepala oleh Taliban pada usia 15 tahun selepas dia aktif berkempen agar kanak-kanak perempuan diberikan pendidikan di kampung halamannya, Lembah Swat, Pakistan. Kisahnya mendapat liputan media seluruh dunia. Ekoran kecederaan yang dihadapinya dia kemudiannya diterbangkan ke Britain untuk mendapatkan rawatan.
Ads
Sejak itu wanita ini tidak lagi menoleh ke belakang. Dia dan keluarganya kini menetap di Britain dan dia meneruskan perjuangannya dalam memperjuangkan hak wanita terutamanya dalam soal pendidikan menerusi yayasannya sendiri, Malala Fund.
++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjadi seorang puteri mungkin menjadi impian sesetengah gadis di luar sana. Lahir sahaja ke dunia, segala keperluan tersedia dan dengan status sebagai seorang puteri. Namun bukan semua orang bernasib baik dilahirkan dalam keluarga DiRaja. Sesetengah status puteri pula tidak diperoleh menerusi hak kelahiran, sebaliknya menerusi perkahwinan.
Itulah yang terjadi kepada wanita anggun berusia 48 tahun ini. Letizia Ortiz Roscalono kini merupakan Permaisuri Sepanyol dan dikenali oleh khalayak antarabangsa sebagai Queen Letizia of Spain.
Dilahirkan pada 5 September 1972, baginda dibesarkan penuh sederhana dalam keluarga rakyat biasa. Ayahnya juga merupakan seorang wartawan manakala ibunya pula merupakan seorang jururawat. Membesar sebagai seorang wanita bercita-cita tinggi, Letizia merupakan graduan dalam bidang Sarjana Muda Kewartawanan dan juga Sarjana Kewartawanan Audio Visual.
Baginda aktif dalam isu kemasyarakatan dan juga kesihatan.
Menjejak langkah seperti ayahnya yang merupakan wartawan berpengaruh, baginda memulakan kerjaya di akhbar La Nueva Espana sebelum berhijrah ke akhbar ABC yang merupakan antara akhbar tertua Sepanyol. Selepas itu dek semangat kewartawanan yang tinggi baginda berkhidmat pula dengan agensi berita EFE. Kerjayanya berkembang pesat sehingga berjaya menempatkan diri di syarikat besar seperti Bloomberg dan juga CNN+. Baginda juga pernah bergelar seorang pengacara untuk rancangan bual bicara pagi.
Sebelum bertemu dengan King Filipe VI yang ketika itu merupakan Putera Mahkota Sepanyol, Letizia sebenarnya pernah berkahwin selama setahun, namun ia hanya dilakukan secara sivil dan bukannya di gereja. Oleh itu, statusnya sebagai seorang janda tidak menjadi penghalang untuk mengahwini putera mahkota ketika itu.
Momen bahagia hari perkahwinan 17 tahun yang lalu.
Sebaliknya menurut laporan Hello, desas desus berita bahawa bakal seorang permaisuri akan berasal dari orang kebanyakan menjadi satu perkara yang positif dalam kalangan media, ahli politik dan rakyat Sepanyol. Mereka menganggap Leitizia sebagai seorang permaisuri abad ke-21 yang moden dan bijak.
Mengikat tali pertunangan pada 1 November 2003, Letizia telah diarah untuk tinggal di Istana Zarzuela sehingga hari pernikahannya berlangsung pada 22 Mei 2004. Selepas bernikah baginda dikenali sebagai Princess of Asturias kerana ketika itu suminya dikenali sebagai Prince of Asturias. Gelaran ini merupakan gelaran tertinggi kepada waris pertama yang bakal mewarisi takhta DiRaja Sepanyol.
Leonor mewarisi kecantikan bondanya.
Letizia menjadi seorang permaisuri apabila suaminya menaiki takhta pada 19 Jun 2014 dek kerana ayahandanya melepaskan takhta. Hasil perkahwinannya dengan King Felipe VI, baginda dikurniakan dua cahaya mata perempuannya. Anak sulungnya Leonor,Princess of Asturias akan menjadi seorang Permaisuri pemerintah apabila King Filipe meninggal dunia atau melepaskan takhta.
Terasa begitu pantas masa berlalu, seperti baru sahaja kita menyempurnakan Bulan Ramadan di rumah disebabkan pandemik COVID-19 dan semua orang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 , kini tidak sampai sebulan Ramadan akan menjelma lagi.
Namun, pelaksanaan program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bertemakan “Lindung Diri, Lindung Semua” dilaksanakan dalam tiga fasa bermula 24 Feb lepas dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di negara ini menerima suntikan vaksin itu.
Namun kekeliruan mula timbul dan ramai yang keliru, adakah suntikan ini akan membatalkan puasa dan perlukah ia diambil dibulan puasa?
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, suntikan vaksin COVID-19 pada bulan Ramadan adalah harus dan tidak membatalkan puasa.
“Untuk vaksin COVID-19, kita putuskan dalam majlis fatwa dan juga fatwa-fatwa lama (pernah menyentuh) kalau berkenaan dengan suntikan vaksin, tiada masalah ia dibolehkan.
“Jika kita lihat sekarang, seluruh dunia membenarkan (suntikan vaksin pada bulan Ramadan) dan terbaharu kita menerima pandangan daripada Mufti Besar Arab Saudi (Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh) yang menyatakan keharusan untuk bervaksin sekalipun pada bulan Ramadan dan tidak membatalkan puasa,” katanya.
Beliau berkata Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam telah memutuskan perkara itu dua bulan lepas.
Justeru, beliau berkata dengan pandangan Mufti Besar Arab Saudi itu, ia selaras dengan pandangan ahli fatwa di negara ini.
So, korang semua jangan la risau. Menteri agama pun dah keluarkan kenyataan ini. Jom kita sama-sama dapatkan vaksin dan semoga pandemik COVID-19 ini hilang di muka dunia.
Sumber : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Disebabkan musim pandemik sepanjang tahun 2020 dan 2021, lama sungguh rasanya kita tidak mendengar mengenai acara Jualan Gudang Karangkraf yang selalu menjadi lokasi rebutan pencinta buku tempatan untuk mendapatkan pelbagai genre bahan bacaan berkualiti.
Iyalah, dekat mana lagi ada jualan buku yang menawarkan diskaun sehingga 80 peratus dan bahan bacaan pada harga serendah RM1 kan?!
Well, berita baik untuk kita semua apabila Jualan Gudang Karangkraf 2022 bakal kembali pada bulan Junuari ini dan peluang ini tidak seharusnya dilepaskan korang semua.
Kata Penolong Besar Jualan Buku Kumpulan Karangkraf iaitu Roziana Omar, selain diskaun yang lebih tinggi diberikan kepada pengunjung berbanding edisi sebelum ini, tedapat pelbagai jenis bahan bacaan dan barangan yang boleh korang dapati secara muda di sini.
“Jualan buku serendah RM1 masih ada. Dan semua buku, al-Quran, alat tulis, novel dan buku sekolah ada diskaun yang hanya terdapat di jualan gudang. Tambahan pula sempena pembukaan sekolah yang bermula sejak Isnin lalu, banyak barangan yang boleh didapati pada harga berbaloi.”
Kongsinya lagi, pengunjung yang ingin mewakafkan Al-Quran juga boleh berbuat sedemikian di sini memandangkan ramai dalam kalangan masyarakat kita yang sedang mencari kitab suci tersebut setelah bencana banjir yang melanda lantas meranapkan harta benda sebelum ini.
Jualan Gudang Karangkraf akan berlangsung dari 21 Januari 2022 sehingga 30 Januari 2022 di kompleks Kumpulan Media Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam. Untuk makluman lanjut dan perkembangan semasa mengenai promosi yang ditawarkan ini, kunjungi Instagram Buku Karangkraf.
Jumpa korang di sana!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.