Kerisauan penyebaran wabak corona virus atau disebut juga sebagai Covid-19 sampai ke kemuncaknya apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia hari ini mengumumkan virus ini mencapai status pandemik.

Menurut Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam sidang akhbar dipetik dari CBBC.Com, Covid-19 diumum ke status pandemik kerana berlaku peningkatan berganda dalam tempoh terdekat.

Maksud Pandemik Perlu Kita Tahu! Ia Sebaran Pantas & Boleh Catat Kadar Kematian Tinggi

“Kadar peningkatan penyebaran wabak ini meningkat 13 kali ganda di China yang bermula dari Wuhan. Malah negara-negara lain juga kadar peningkatannya meningkat tiga kali ganda dari asal. Dalam pemerhatian dan pemantauan rapi dibuat oleh WHO,  perkiraan jumlah kes, jumlah kematian dan jumlah negara yang dijangkiti meningkat dengan cepat.

Masa yang sama, Tedros memaklumkan, ada negara yang mampu mengekal penyebaran Covid-19 namun ada negara bertindak lambat dan gagal mengekang penularan wabak ini,” katanya menambah WHO sangat prihatin dengan wabak ini.

IKLAN

Maksud Pandemik Perlu Kita Tahu! Ia Sebaran Pantas & Boleh Catat Kadar Kematian Tinggi

Apa korang perlu tahu tentang Pandemik?

Menurut info grafik dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Endemik, Epidemik dan Pandemik mempunyai maksud berbeza.

IKLAN

PANDEMIK bermaksud semua daerah / orang. Kejadian wabak besar-besaran ke seluruh dunia.

Merentasi wilayah dan melibatkan populasi yang besar. Kebiasaannya melibatkan jangkitan penyakit baru (Novel).

Ciri Pandemik adalah melibatkan kadar serangan yang tinggi dalam masa yang singkat. Ia melibatkan sebaran yang pantas dan menyebabkan kadar kematian yang tinggi.

IKLAN

Contoh wabak yang pernah dikategorikan sebagai Pandemik ialah Black Death di antara kurun ke 14 hingga kurun ke 17 yang melibatka kematian 2/3 penduduk dunia (penyakit hawar/ Yersinia pestis).

So korang, sila pastikan tidak terlalu terdedah kepada umum seperti yang selalu diwar-warkan oleh pihak berkuasa kita kerana kita tidak tahu siapa yang dijangkiti dan sebagainya. Ini kes yang sudah sembuh dicatatkan di Malaysia setakat semalam.

Maksud Pandemik Perlu Kita Tahu! Ia Sebaran Pantas & Boleh Catat Kadar Kematian Tinggi

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI