Dalam pertandingan ratu cantik, segmen persembahan kostum nasional merupakan salah satu acara penting. Ketika segmen ini, wakil negara dari seluruh dunia memiliki kesempatan untuk menampilkan kostum terbaik yang memiliki mesej tersendiri.
Baru-baru ini Miss Grand Australia 2022, Amber Sydney telah tampil hebat dalam persalinan kostum nasional yang diinspirasikan daripada burung asli negaranya, Kakak Tua Merah Jambu. Saat dia muncul di pentas, rekaan gah yang dipersembahkan siap dengan sayap burung bergerak cukup mempesona.
“Burung kakak tua merah jambu ialah salah satu burung yang paling ikonik dan hebat di Australia. Ia mewakili kuasa untuk membimbing melalui kegelapan, menunjukkan komitmen terhadap perkongsian dan kepentingan keselamatan hidup berkumpulan. Burung cantik ini juga mewakili humor kerana mereka terkenal sangat sosial, comel dan lantang!” kongsi Amber tentang kostum yang digayakannya.
Ads
Apa yang menarik tentang kostum ini, Amber tidak membawanya dari Australia sebaliknya ia dihasilkan di Indonesia yang menjadi tuan rumah Miss Grand International 2022. Merupakan hasil rekaan pereka Inggi Kendran, jelas dia berpuas hati dengan apa yang digayakannya.
Ujar gadis berusia 25 tahun ini, “Kostum yang menakjubkan ini dibuat di Indonesia oleh Inggi Kendran. Warna-warna cerah mencerminkan ciri-ciri semula jadi burung yang menakjubkan, kilauan melambangkan kegembiraan dan keperibadian burung dan unsur-unsur alam semula jadi Australia mewakili keindahan tempat asal burung ini.”
Jika tahun lalu, Malaysia memenangi Kostum Nasional Terbaik, adakah Australia berperluang memenangi gelaran tersebut tahun ini? Sama-sama kita saksika di acara akhir nanti. Malam finale Miss Grand International yang ke-10 akan berlangsung pada 25 Oktober 2022.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, REMAJA telah berpeluang untuk menemubual Seo Joon mengenai pembabitan dalam pelancaran sneakers terbaru daripada Skechers iaitu koleksi D’Lites 4.0.
J
Jom lihat mengapa sneakers ini menjadi item wajib ada dalam gerobok Seo Joon dan mengapa korang juga harus mencubanya.
Kamu kini mewakili beberapa koleksi Skechers. Kasut atau koleksi manakah yang menjadi kegemaran kamu untuk kegunaan harian dan mengapa. Ke mana kamu akan pergi memakainya.
Park Seo Joon (PSJ) : Tentunya ia adalah koleksi D’Lites daripada Skechers! Saya mula mengenali koleksi D’Lites pada tahun 2007 dan menyukai sehingga kini. Sebagaimana koleksi ini terus disukai ramai, saya berharap agar saya juga akan terus diterima sebagai seorang pelakon untuk jangka masa yang lama.
Rekaan sneakers terbaru daripada Skechers, D’Lites 4.0 yang dipakai oleh Park Seo Joon.
Kamu adalah seorang yang amat aktif dan mempunyai jadual yang sibuk. Kasut Skechers manakah yang kamu cadangkan kepada seseorang yang mempunyai gaya hidup aktif seperti kamu?
(PSJ) : Buat masa ini, saya akan syorkan koleksi D’Lites 4.0 dari Skechers. Jika korang mempunyai jadual yang padat, kamu akan mudah letih dan kasut adalah item yang amat penting untuk membantu kamu bekerja seharian. Saya memakai D’Lites 4.0 untuk kali pertama sewaktu penggambaran dan kaki saya benar-benar terasa selesa biarpun memakainya untuk tempoh yang lama!
Apakah stail peribadi kamu? Dalam drama besiri Itaewon Class, kamu dilihat suka memakai persalinan gaya sukan atau ‘athleisure’ seperti hoodies dan kasut. Adakah itu menggambarkan gaya peribadi kamu dalam kehidupan sebenar?
(PSJ) : Saya rasa kamu merasakan stail saya sebegitu disebabkan watak saya, Sae Ro Yi dalam drama Itaewon Class (ketawa). Saya sebenarnya lebih cendurung menggayakan diri saya dengan item ‘basic’ dalam pelbagai cara, dan tidak meniru gaya orang lain.
Pada saya, seseorang itu akan kelihatan menarik apabila dia memakai stail yang menyelesakan dirinya dan sesuai dengan karakternya.
Park Seo Joon menggayakan sneakers Skechers D’Lites 4.0.
Kongsikan dengan REMAJA momen paling menarik sepanjang penggambaran kempen bersama Skechers.
(PSJ) : Semasa penggambaran bersama Skechers, saya ingat saya perlu melakukan pelbagai jenis ‘posing’ dinamik. Dan saya berpuas hati dengan hasil foto dan videonya kerana karakteristik Skechers dapat saya sampaikan dengan baik.
Akhir sekali, apakah yang ingin kamu sampaikan kepada peminat Skechers remaja di Malaysia?
(PSJ) : Saya teringin sekali untuk mengadakan perjumpaan bersama peminat (fan meeting) di Malaysia. Sebelum pandemik COVID-19 melanda, peminat saya di Malaysia pernah hadir ke beberapa fan meeting di Seoul, Korea Selatan dan Singapura.
Jadi pada waktu akan datang, saya rasakan akan tiba masa untuk saya ke (Malaysia) pula dan sama-sama kita bergembira dengan kenangan indah.
GIVEAWAY Skechers x Remaja
Okay guys! REMAJA bersama-sama Skechers Malaysia ingin mencari seorang pemenang yang akan membawa pulang sepasang kasut Skechers daripada koleksi D’Lites 4.0. Lihat cara penyertaan yang mudah di bawah, mana tahu koranglah pemenang yang kami cari:
Like post mengenai artikel ini di Instagram dan kongsikannya di Instagram Story. Jangan lupa untuk tag akaun @skechersmalaysia dan @majalahremaja.
Pada post tersebut pula, komen mengapa korang ingin memenangi kasut daripada koleksi Skechers D’Lites 4.0 yang juga dipakai oleh Park Seo Joon ini. Tag 2 rakan korang.
Pertandingan ini dibuka khas untuk warganegara Malaysia sahaja dari 15 Disember 2021 hingga 21 Disember 2021.
Terma dan syarat pertandingan adalah muktamad.
Pemenang akan diumumkan pada 22 Disember 2021 menerusi Instagram @majalahremaja.
Mungkin perempuan tidak faham akan nikmat urutan tengkuk. Tetapi bagi lelaki yang memotong rambut di kedai gunting, ia adalah antara momen yang paling dinanti-nantikan..
..sehinggalah korang mendengar kes pelanggan yang terpaksa dikejarkan ke hospital ini.
Kes ini diceritakan semula oleh sebuah akaun Facebook bernama Public Health Malaysia mengenai risiko sekiranya korang merelakan urutan pada kepala dan tengkuk oleh penggunting rambut.
Menurut mereka, seorang pelanggan berbangsa idea berkunjung ke kedai gunting rambut kegemarannya dan seperti rutin kebiasaan, penggunting bertindak untuk memberikan servis ekstra mengurut bahagian kepala dan tengkuknya.
Gambar hiasan.
Setelah memusingkan kepala pelanggan sehingga kedengaran bunyi ‘crakk’, dia didapati sukar untuk bernafas dan terpaksa dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulan.
Pemeriksaan MRI mendapati terdapat kecederaan serius pada tulang tengkuk mangsa. Urutan itu telah mengakibatkan saraf phrenic tercedera, iaitu sejenis saraf yang mengawal diagrama (otot yang membantu pernafasan). Mangsa dilaporkan ditahan di wad hospital untuk tempoh yang agak lama. *sigh*
Nampaknya urutan tengkuk di kedai gunting boleh mengakibatkan risiko kecederaan jangka masa lama atau kekal pada tulang, saraf, sendi, otot dan lebih serius, saluran darah.
Gambar hiasan.
Jangan main-main dengan saluran darah guys kerana ia berkait rapat dengan penyakit strok. Malah, pergerakan kasar pada tengkuk juga memungkinkan kesan osteoarthritis.
Urutan tengkuk mungkin boleh memberikan kelegaan sementara kepada korang. Tetapi untuk kebaikan korang, better elakkan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila jerawat mula timbul di muka, risau bukan. Kalau boleh kita nak picit dan hilangkannya. Ada masa kita juga cemburu bila lihat kulit muka kawan lebih bersih dan nampak berseri tanpa ada cacat cela.
Kalau korang nak kulit cantik, bersih, tak nampak kusam dan cantik tanpa jerawat senang je sebenarnya. Ini ada 10 tips bagaimana untuk mendapatkan kulit bersih yang diberikan oleh Puan Ony dari Kelab Sayang Kulit by Ony Nurhusni yang juga penerima anugerah Ikon Kosmetik Kedah 2018.
Baca perkongsian dan tips diberi olehnya. Saya yakin dan percaya ramai dalam kalangan kita masih berusaha untuk mendapatkan kulit yang sihat. Tak putih tak apa, asalkan bebas jerawat
#1. Minum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Air adalah agen #Detox kulit terbaik!
#2. Kurangkan makanan manis seperti dessert, minuman soda, minuman instant 3in1 dan dairy-rich food. Kandungan gula yang tinggi dalam darah adalah antara punca pencetus hormonal acne. Jangan hairan kenapa dah tua pun masih naik jerawat.
#4. Kerap tukar sarung bantal. Cuba fikir berapa kerap kita tukar sarung bantal kita. Sebulan sekali? Seminggu sekali? Kulit wajah kita melekap pada sarung bantal pada waktu yang lama semasa tidur dan ia adalah antara tempat yang banyak bakteria membiak.
#5. Phone tu.. Phone.. Rajin-rajinkan diri juga untuk lap screen dan belakang phone dengan anti-bacterial wipes. Lebih-lebih lagi yang suka bawa phone masuk toilet kannnn… Dalam satu kajian mendapati telefon bimbit juga adalah antara tempat yang paling banyak bakteria membiak.
#6. Saya sangat suka minum air perahan lemon dan green tea kerana ia adalah minuman detox tinggi antioksida. Terbaik untuk lawan acne dan cuci dalaman.
#7. Rajin dan disiplin diri buat rutin asas skincare 1-2-3 : 1-cuci, 2-toner, 3-pelembap/sunblock
#8. Jika anda mempunyai kulit jenis kering, elak mandi air panas atau hot shower. Mandi air biasa atau sejuk.
#9. Pakai homemade mask ringkas untuk detox. Yogurt + madu + green tea. Buat seminggu sekali untuk tarik kotoran dari dalam kulit keluar ke permukaan. Ini antara kaedah untuk purify kulit wajah.
#10. Wap/stim muka sendiri. Saya ambil satu bekas besar untuk letak air panas di dalamnya. Titik minyak essential 2-3 titis. Lepas tu, kelubung kepala dengan tuala dan muka dihadapkan pada bekas itu. Jarakkan muka jangan terlalu dekat sangat. Agak-agak boleh bernafas dan tidak rasa terlampau panas. Kemudian, wapkan muka selama 15 minit. Kaedah ini sangat bagus untuk membuka liang pori dan mengeluarkan kotoran dengan lebih efektif. Namun, selepas itu jangan lupa sapu VCS untuk tutup semula liang pori ya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!