Itu kata-kata yang terkeluar dari mulut penulis bila melihat aktor Taiwan Jerry Yan sekarang. Remaja pasti anda mengenalnya sebagai Dao Ming Si dari drama hit ‘Meteor Garden’, pernah jadi fenomena di Malaysia.
Penampilan Barbie Hsu, Jerry Yan, Vic Chou, Ken Chu dan Vanness Wu saat membintangi drama Meteor Garden pada tahun 2000.
Drama Taiwan Meteor Garden sememangnya tidak asing dikalangan generasi 2000-an. Ini kerana drama tersebut begitu popular pada era itu. Drama ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang kaya raya dilakonkan oleh Jerry Yan yang jatuh cinta dengan wanita dari keluarga sederhana dilakonkan oleh Barbie Shu.
Baru-baru ini, Jerry Yan kembali menjadi perhatian netizen selepas membuat penampilan yang jarang berlaku di khalayak ramai mempromosikan jenama barangan rumah. Netizen memanggil Jerry yang berusia 46 tahun lebih kacak.
Ads
Kecoh seketika kerana apa yang menarik perhatian adalah fizikalnya yang luar biasa, bikin warga net jatuh cinta. Bila tengok fizikal Jerry Yan, kita tertanya-tanya berapa usia dia sekarang? Kenapa dia makin hot dan nampak muda? Tengok dia terus terasa nak layan drama Meteor Garden.
Rahsia Awet Muda
Ternyata aktor yang berusia pertengahan 40-an itu menjalani kehidupan yang simple untuk memastikan dirinya kelihatan seperti ini. Kata Jerry bergurau, dia memerlukan mekap untuk kelihatan hebat sekarang. Tapi aktor itu mengakui lifestyle yang dijalani simple, sentiasa gembira dan bahagia serta tidak terlalu memikir tekanan hidup.
Ads
Di dunia sekarang di mana selebriti sering tunduk pada tekanan, Jerry selesa untuk tidak obses akan media sosial, malah dia juga bukan jenis yang selalu dengan perantinya. Tak ada media sosial, tak ada hal! Hidup lagi bahagia!
Jerry Yan mempunyai akaun Instagram rasmi (@jerry_yan_official), tetapi jarang dikemas kini, dan hanya digunakan untuk hal kerja sahaja.
Cara Jerry Yan untuk mendapatkan six packs pula ialah dengan menjalani kehidupan dengan positif, bersenam secara teratur dan jaga pemakanan agar tetap sihat dan cergas.
Nampak macam mudah kan tip awet muda dari Jerry Yan ni!
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkara yang paling ditakuti oleh para pelajar setelah menamatkan pengajian adalah proses mencari pekerjaan.
Kalau nasib baik, mudahlah dapat pekerjaan tapi kalau nasib tidak baik memang akan lamalah tanam anggur di rumah.
Susulan itu, seorang wanita yang dikenali sebagai Malissa Ali berkongsi di laman Twitternya mengenai tip-tip untuk mendapatkan pekerjaan dengan cepat sebelum tamat pengajian.
Jaga CGPA
Buat LinkedIn Dari Zaman Belajar
Aktif Aktiviti Ko-Kurikulum
Minta Support Dari Pensyarah
Perform Masa Internship
Keyword Cari Kerja Kena Betul
Target Syarikat Nak Kerja
Rendah Diri Dan Matang
Terangkan Betul-Betul Ketersediaan Korang Untuk Mula Kerja
Ya, bukan mudah untuk mencari pekerjaan idaman kan? Apapun, semoga dengan perkongsian ini dapat membantu semua fresh grad untuk mendapat kerja ya.
Yang penting, usaha dan tawakal!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hasrat penyanyi Wani Kayrie untuk bergelar penasihat undang-undang bakal tercapai selepas menggenggam ijazah pada Majlis Konvokesyen Management & Science University (MSU).
Lebih membanggakan lagi apabila, penyanyi lagu popular Jangan Jangan itu memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) cemerlang bagi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Perdagangan.
Berita gembira tersebut dikongsikan Wani sendiri yang menyiar semula (repost) hantaran syarikat naungannya iaitu Rocketfuel Entertainment menerusi platform Instagram.
Pihak Rocketfuel Entertainment turut menitipkan ucapan tahniah kepada Wani yang merupakan artis naungan mereka atas kejayaan yang dikecapi.
“Tahniah Wani Kayrie berjaya menerima anugerah dekan untuk Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang & Perdagangan.
Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat penyanyi berusia 24 tahun itu tampil cantik mengenakan jubah konvokesyen berona hitam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kadang-kadang perempuan tak tahu nak beli hadiah apa untuk pasangan mereka. Jadi kami cadangkan minyak wangi antara yang paling mudah untuk memikat hati lelaki.
Berikut merupakan senarai jenis-jenis minyak wangi yang dikongsi oleh Januar Haikal di laman twiternya.
Mungkin lepas ni korang dah ada idea nak beli kan si dia perfume yang mana kan.
1. Calvin Klein ONE or Calvin Klein Be
100 ML RM190
Paling basic dan klasik tapi baunya paling sedap didunia. Boleh digunakan oleh lelaki atau perempuan, tapi CK One lebih kuat dan CK Be berbau sedikit powdery.
Ketahanan: 3 bintang
Harga: 2 bintang
2. Boss Bottled #6 Hugo Boss
100 ML RM290
2
Campuran Fern, Bergamot, Pineapple dan diblend sekali denga Juniper dan Geranium. Bau perfume ini memang tiptop!
Ketahanan: 4 bintang
Harga: 3 bintang
3. Versace Eau Fraiche
100 ML RM250
Antara minyak wangi yang paling fresh di dunia. Campuran Lemon, Bergamot dan Sage. Eau Fraiche adalah antara pilihan yang tepat sekiranya korang nak pilih perfume terbaik.
Ketahanan: 3 bintang
Harga: 3 bintang
4. Mont Blanc Legend
100 ML RM350
Dah 4 kali repeat beli dan masih menggunakan perfume yang sama sebab baunya best gila. Campuran Bergamot, Rose, Sandalwood dan oak moss.
Ketahanan: 4 bintang
Harga: 4 bintang
5. Chanel Allure Homme Edition Blanche
100 ML RM550
Kalau korang ada duit lebih sikit, boleh cuba perfume ini. highly recommended bagi yang suka bauan Citrus dan Fresh.
Ketahanan: 5 bintang
Harga: 5 bintang
6. Givenchy Gentlemen Only Casual Chic
100 ML RM400
Kalau korang peminat bauan campuran Tonic of Cardamom, ginger dan birch, sila beli.
Ketahanan: 5 bintang
Harga: 3 bintang
7. Jo Malone Lime Basil and Mandarin atau English Pear and Freesia
100 ML RM550
First time nak beli tapi tak tahu nak beli apa, ini adalah antara pilihan yang korang boleh cari. Cuma baunya tidak tahan lama sebab ia adalah cologne.
Ketahanan: 2 bintang
Harga: 5 bintang
8. Versace Eros atau Eros Flame
100 ML RM450
Perfume ini antara yang berbau kuat. Orang Arab paling suka sebab bau dia padu dan tahan lama.
Ketahanan: 5 bintang
Harga: 4 bintang
9. Acqua Di Gio Giorgio Armani
100 ML RM350
Bau perfume ni pun best gila. Tak rugi kalau korang beli.
Ketahanan: 4 bintang
Harga: 3 bintang
10. Sauvage Dior
100 ML RM650
Pernah menang Fragrance Of The Year, jadi tak perlu nak pertikaikan bau perfume ini. Ni dinasihatkan kalau bonus dah keluar baru beli okay? Sebab harganya agak mahal. Hiks!
Ketahanan: 5 bintang
Harga: 5 bintang
11. Tom Ford Velvet Orchid
50 ML RM1000
11
Kalau ada kawan korang yang pakai perfume ni, confirm financial dia sangat stabil dan memiliki taste yang terlalu tinggi. Tengok saja harganya berapa. Hehe!
Ketahanan: 5 bintang
Harga: 5 bintang
12. Carolina Herrrera Chic
100 ML RM300
Kalau korang terjumpa perfume ni dimana-mana, maka beli la terus tanpa berfikir panjang sebab perfume ni dah tak ada lagi. Bau citrus, orange dan lemon yang terlalu sedap. Sangat recommended untuk dicuba.
Ketahanan: 4 bintang
Harga: 3 bintang
13. Sean John Unforgivable
100 ML RM190
Antara perfume mampu milik yang baunya sangat best.
Ketahanan: 2 bintang
Harga: 2 bintang
14. Bleu Of Chanel
100 ML RM550
The must have in list. Bau paling mewah untuk lelaki tampil maskulin. Harganya pun boleh tahan ya.
Ketahanan: 5 bintang
Harga: 5 bintang
15. Prada Infusion D’Iris Cedre
100 ML RM380
Nak bau mahal dan rasa lain sikit dari orang lain, boleh cuba Prada. Campuran Mandarin Orange dan Citrus.
Ketahanan: 3 bintang
Harga: 3 bintang
16. Gaultier 2 By JPG
100 ML RM350
Perfume ini juga sudah tidak ada lagi, tapi kalau korang nampak, terus saja beli okay? Bau sedikit sarsi dan rootbeer tapi best gila.
Ketahanan: 4 bintang
Harga: 3 bintang
17. DKNY Be Delicious For Men
100 ML RM250
Ketahanan: 2 bintang
Harga: 2 bintang
18. Moschino Forever atau Moschino Sailing
100 ML RM300
Ketahanan: 4 bintang
Harga: 3 bintang
19. White Musk For Men Body Shop
100 ML RM120
Tak ada bajet yang besar? Boleh cuba yang ini.
Ketahanan: 3 bintang
Harga: 1 bintang
20. Davidoff Cool Water
100 ML RM250
Baunya tidak tahan lama tapi mendapat good review dari The Fragrance Foundation dan best selling.
Ketahanan: 2 bintang
Harga: 2 bintang
21. A Men Ultra Zest Thierry Mugler
100 ML RM1000
Ya, harganya memang mahal tapi bauan orange, citrus dan lemon menjadikan perfume ini sangat berbaloi untuk dibeli jika mampu.
Ketahanan: 5 bintang
Harga: 4 bintang
22. Carolina Herrera 212 VIP Men
100 ML RM300
Bau yang sangat kuat dan menarik. Dari jauh dah bau. Hiks!
Ketahanan: 4 bintang
Harga: 3 bintang
23. Clinique Happy For Men
100 ML RM190
Antara perfume yang sedap baunya, serta harga mampu milik. Kalau korang pakai confirm Happy sebab memang wangi. Hehe!
Ketahanan: 3 bintang
Harga: 2 bintang
24. Alien By Thierry Mugler
50 ML RM850
Perfume nib au dia pelik sikit, macam sarsaparilla dan vanilla juga sedikit manis. Bau dia memang lain dari yang lain.
Ketahanan: 5 bintang
Harga: 5 bintang
25. Tom Ford Mandarino Di Amalfi
50 ML RM1300
Harga dia, mak ai! Boleh cakap baunya sangat exquisite, subtle, so expensive dan otherworldly. Kalau nak bagi sebagai hadiah, hm fikir banyak kali la. Haha!
Ketahanan: 5 bintang
Harga: 9 bintang
Walau bagaimanapun, ini adalah list yang disenaraikan mengikut pilihan Januar Haikal sendiri. Korang mungkin mempunyai taste yang berbeza. Tapi sekiranya ada yang blur dan masih tak tahu nak pilih perfume mana yang best, korang boleh refer je pada senarai ni okay?
Akhirnya terjawab! Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac 2026bersamaan 1 Syawal 1447H.
Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Penyimpan...