Ramai orang datang Terengganu sebab nak cari ketenangan seperti pantai cantik, angin laut, suasana yang tenang jauh dari kesibukan bandar. Tapi sebenarnya, satu lagi sebab besar yang buat ramai sanggup repeat trip ke sini adalah makanan Terengganu. Simple, tak overhype, tapi sekali rasa memang susah nak lupa.
Nasi Dagang, Sarapan Wajib Orang Terengganu
Kalau sebut Terengganu, nasi dagang memang tak boleh tinggal. Ini bukan sekadar sarapan biasa, tapi antara identiti negeri itu sendiri. Beras pulut yang lembut dipadankan dengan gulai ikan tongkol yang pekat, sedikit manis dan cukup berempah, memang buatkan setiap suapan terasa lengkap.
Tambah pula acar sebagai pelengkap, terus balance rasa dia jadi perfect, lagi-lagi kalau makan panas-panas waktu pagi. Tak hairanlah kenapa nasi dagang sering dianggap antara makanan paling popular di Terengganu paling ikonik yang wajib dicuba oleh pelancong.
Keropok Lekor, Lagi Banyak Ikan Lagi Sedap
Lepas tu, keropok lekor. Ini memang level wajib. Bezanya keropok lekor di Terengganu dengan tempat lain cukup ketara kerana lebih banyak isi ikan, kurang tepung. Sebab itu tekstur dia lebih padat dan rasa ikan tu memang lebih menyerlah.
Bila digoreng panas-panas dan cicah dengan sos pedas manis, memang susah nak berhenti. Kadang-kadang niat nak rasa sikit je, sekali habis satu plastik. Ini antara makanan Terengganu yang paling mudah dijumpai tapi tetap meninggalkan impak besar pada rasa.
Laksa Terengganu, Kuah Pekat Rasa ‘Kick’
Ads
Kalau nak sesuatu yang lebih berempah, laksa Terengganu antara menu yang patut diberi perhatian. Berbeza dengan laksa dari negeri lain, kuahnya lebih pekat dengan rasa ikan yang lebih kuat. Rempah dia pun lebih ‘kick’, bagi satu pengalaman rasa yang agak bold.
Ada yang makan dengan ulam dan sambal belacan, bagi lagi layer pada rasa tu sendiri. Gabungan ini menjadikan ia salah satu makanan yang unik dan berbeza daripada versi negeri lain.
Satar, Kecil Tapi Padu
Selain itu, satar juga antara makanan yang underrated tapi sebenarnya sangat padu. Dibuat daripada isi ikan yang dikisar bersama kelapa dan rempah, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dibakar atas arang.
Saiz dia mungkin kecil, tapi rasa dia memang ‘power’ dengan rasa lemak, pedas dan ada aroma smoky yang buatkan orang craving lagi. Walaupun nampak simple, satar tetap jadi salah satu makanan yang patut ada dalam senarai wajib cuba.
Ads
Ikan Celup Tepung, Fresh Dari Laut
Akhir sekali, ikan celup tepung atau lebih dikenali sebagai ICT. Menu ni memang sinonim dengan kawasan pantai di Terengganu. Ikan, sotong dan udang yang segar dicelup tepung dan digoreng garing, kemudian dimakan panas-panas.
Apa yang buat dia lain adalah kesegaran bahan tu sendiri, sebab kebanyakannya datang terus dari laut. Itu yang buat rasa dia lebih manis dan juicy. Tak lengkap pengalaman datang ke Terengganu kalau tak cuba menu ini di tepi pantai.
Apa yang menarik, makanan di Terengganu ni tak perlu fancy pun untuk jadi sedap. Kekuatan dia terletak pada bahan segar dan cara masakan yang masih kekalkan tradisi. Dari situlah sebenarnya ramai anak muda mula jatuh cinta dengan dunia kulinari, bermula dari benda yang nampak simple tapi penuh rasa.
Seiring dengan itu, pertandingan JALEN Star Chef kembali untuk musim kedua, hasil kerjasama bersama Remaja dan produk Jalen.
Pertandingan ini membuka peluang kepada pelajar universiti untuk mengetengahkan bakat dalam dunia masakan, dengan sesi saringan yang akan berlangsung di UiTM Dungun, UiTM Permatang Pauh dan UiTM Puncak Alam.
Inisiatif ini secara tidak langsung memberi ruang kepada bakat muda dari pelbagai negeri untuk menonjolkan kreativiti mereka dalam bidang kulinari.
Persoalannya, adakah anda bintang yang dicari? Nantikan JALEN Star Chef musim kedua yang bakal berlangsung Mei ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
.Selain wajah, rambut juga sering menjadi perhatian para wanita mahupun lelaki. Namun, pernah tak korang terfikir sama ada syampu yang dipakai hari-hari tu sebenarnya baik atau tidak penggunaannya untuk diri kita?
foto via pexels
Biarpun dalam seseorang itu lebih penting, bahagian luaran kita juga wajib dijaga sebaik mungkin demi kepuasan diri sendiri. Pemberian Tuhan kan, haruslah kita menjaganya.
Baru-baru ini kecoh apabila terdapat kajian mengatakan botol syampu merupakan antara punca kenapa seseorang itu boleh gemuk. Lapor Daily Mail, saintis menemukan 11 bahan kimia yang boleh menjejaskan metabolisme sekaligus menyumbang kepada penambahan berat badan dalam produk harian tersebut.
Antara produk harian itu termasuk botol minuman, span dapur dan perapi rambut.
Sebelum ini, perkara ini juga pernah dijelaskan oleh Dr. Siti Aniza Basir yang menegaskan bahawa produk syampu yang ada di pasaran sekarang mengandungi beberapa bahan yang boleh menyebabkan gangguan pada keseimbangan hormon estrogen dan progesterone.
Malah, kumpulan penyelidik dari Universiti Sains dan Teknologi Norway mengkaji 34 produk plastik berbeza untuk menilai bahan kimia terkandung di dalamnya.
Mereka menemukan lebih 55,000 komponen kimia berbeza di dalam produk tersebut dan mengenal pasti 629 bahan.
Daripada jumlah itu, sebanyak 11 bahan kimia dikesan mengganggu metabolisme. Eksperimen makmal juga menunjukkan bahan kimia daripada satu pertiga produk plastik menyumbang kepada pembangunan sel lemak dalam badan.
Bahan dalam produk itu bertindak menyusun semula sel prekursor untuk menjadi sel lemak yang kemudian membiak dengan cepat dan mengumpul lebih banyak lemak.
Sekarang, korang dah tahu kan kenapa syampu organik tu mahal? Dan tak hairanlah kalau kita lihat promosi syampu yang ada dipasaran dijual dengan harga rendah.
Siapa yang tidak kenal dengan Kris Dayanti, biduanita Indonesia yang mengegarkan dunia seni nusantara dengan suaranya yang merdu. Namun kisah kali ini bukanlah tentang pelantun lagu popular ‘Menghitung Hari’ ini, sebaliknya terarah kepada menantunya, Atta Halilintar yang kini giat mengumpul dana demi membantu warga Palestin yang terkesan dek serangan ganas rejim Zionis.
Atta yang merupakan suami kepada anak sulung Kris Dayanti, Aurel Hermansyah adalah seorang YouTuber terkenal dan memiliki lebih 27 juta pengikut di laman YouTube. Pada tahun 2020 dia berada di kedudukan ke-22 dalam senarai personaliti pengikut paling ramai di laman video tersebut.
Pasangan sama cantik dan sama padan, Atta dan Aurel.
Tidak senang duduk dengan keadaan yang menimpa warga Palestin di Gaza, Atta menggunakan pengaruhnya sebagai pempengaruh media sosial bagi meraih kutipan derma. Menerusi platform kitabisa.com yang merupakan platform untuk kutipan derma. Setakat artikel ini ditulis, hasil pengaruh dan mesej yang disampaikan oleh Atta telah berjaya mengumpulkan wang derma bernilai RP 2,107,431,322 atau RM609,304.75 dalam mata wang Malaysia.
Berikut adalah mesej yang disertakan bersama dalam misi kutipan bantuan ini.
.
.
.
.
.
Hasil wang kutipan derma ini akan digunakan untuk memenuhi keperluan asas yang diperlukan, selain itu ia juga akan digunakan untuk membeli ubat-ubatan bagi menampung rawatan warga Palestin yang tercedera. Dalam nota mesej itu lagi, kutipan ini juga bertujuan untuk membantu pembangunan fasiliti hospital dan tempat ibadah yang telah terkesan akibat serangan tentera rejim Zionis.
Waktu kutipan derma ini masih lagi berbaki selama 7 hari dan setakat ini telah berjaya melepasi sasaran RP 2 miliyar yang diletakkan pada permulaan. Semoga usaha Atta dan kemurahan hati para penderma untuk membantu warga Palestin ini diberkati Allah SWT.
Baru-baru ini, atlet menembak dari Iran, Sareh Javanmardi memberi penghormatan kepada Al-Quran selepas memenangi pingat emas dalam pertandingan menembak Sukan Paralimpik Paris 2024, mendapat pujian daripada institusi Al-Quran utama.
Sareh memperoleh pingat emas dalam acara P2 10 meter pistol udara SH1 pada Paralimpik Musim Panas 2024 di Paris.
Sabtu lalu, pemain berusia 39 tahun itu sebelum ini memenangi emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, memperoleh 236.8 mata meraih tempat pertama. Penembak Turki, Aysel Ozgan memperoleh pingat perak dengan 231.1 mata, manakala atlet India Rubina Francis meraih gangsa dengan jumlah 211.1 mata.
Sejurus selepas memenangi perlawanan terakhirnya, Sareh mencium senaskhah al-Quran sebelum melakukan sujud di atas bendera negaranya.
Ketua Dar-ol-Quran Iran mengeluarkan kenyataan, memuji tindakan atlet itu dalam menghormati al-Quran.
Pingat emas di Paris merupakan yang keempat dimenangi Sareh sepanjang lima kali penyertaan Sukan Paralimpik iaitu dua di Paralimpik Rio 2016 manakala satu di Paralimpik Tokyo 2020.
Sekadar info, Sareh yang diberi julukan Iran Pistol Queen dilahirkan dengan kecacatan pada bahagian kaki mengumumkan akan bersara demi menumpukan perhatian kepada keluarga.
Sumber: Sinar Plus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!