Baru-baru ini, atlet menembak dari Iran, Sareh Javanmardi memberi penghormatan kepada Al-Quran selepas memenangi pingat emas dalam pertandingan menembak Sukan Paralimpik Paris 2024, mendapat pujian daripada institusi Al-Quran utama.
Sareh memperoleh pingat emas dalam acara P2 10 meter pistol udara SH1 pada Paralimpik Musim Panas 2024 di Paris.
Sabtu lalu, pemain berusia 39 tahun itu sebelum ini memenangi emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, memperoleh 236.8 mata meraih tempat pertama. Penembak Turki, Aysel Ozgan memperoleh pingat perak dengan 231.1 mata, manakala atlet India Rubina Francis meraih gangsa dengan jumlah 211.1 mata.
Sejurus selepas memenangi perlawanan terakhirnya, Sareh mencium senaskhah al-Quran sebelum melakukan sujud di atas bendera negaranya.
Ads
Ketua Dar-ol-Quran Iran mengeluarkan kenyataan, memuji tindakan atlet itu dalam menghormati al-Quran.
Ads
Pingat emas di Paris merupakan yang keempat dimenangi Sareh sepanjang lima kali penyertaan Sukan Paralimpik iaitu dua di Paralimpik Rio 2016 manakala satu di Paralimpik Tokyo 2020.
Sekadar info, Sareh yang diberi julukan Iran Pistol Queen dilahirkan dengan kecacatan pada bahagian kaki mengumumkan akan bersara demi menumpukan perhatian kepada keluarga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seramai 21,026 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negeri Pahang bakal menerima manfaat melalui peluasan Program Tunas Makmur 2025 yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Pahang baru-baru ini.
Menurut Utusan, Program Tunas Makmur 2025 menjadi antara inisiatif penting dalam membantu pelajar dan keluarga berpendapatan rendah menghadapi musim peperiksaan dengan lebih tenang dan bersedia bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi juga bentuk sokongan moral kepada generasi muda negeri itu.
Usaha Ringankan Beban Keluarga B40
Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Program Tunas Makmur 2025 melibatkan pemberian set bantuan barangan sekolah dengan implikasi kewangan berjumlah RM1.05 juta, khusus bagi meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan.
Calon Duduki SPM ( Gambar Hiasan)
Bantuan ini akan diagihkan oleh Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang (MTSP) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) serta agensi berkaitan, bermula minggu hadapan. Langkah ini memastikan setiap pelajar yang layak menerima sumbangan sebelum bermulanya peperiksaan penting mereka.
Kad Diskaun Pelajar dan Buku Rujukan Percuma
Selain set bantuan sekolah, semua calon SPM turut menerima Kad Diskaun Pelajar yang menawarkan potongan harga sehingga 30 peratus di MBS Books & Stationery. Menariknya, pelajar juga bakal menerima buku rujukan dan latihan percuma serta peralatan persekolahan khas untuk pelajar Tingkatan Lima daripada kategori miskin tegar.
Bantuan di bawah Program Tunas Makmur 2025 ini bukan sahaja membantu dari segi kelengkapan pembelajaran, malah memberi peluang kepada pelajar kurang berkemampuan untuk memiliki sumber rujukan yang setara dengan pelajar lain.
Datuk Seri Wan Rosdy turut menegaskan bahawa semua inisiatif ini mencerminkan keprihatinan dan komitmen berterusan kerajaan negeri terhadap pembangunan ilmu pengetahuan dan kejayaan akademik anak-anak Pahang.
Beliau juga yakin, dengan usaha berterusan serta kerjasama antara kerajaan, sekolah dan komuniti, Pahang mampu melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang dan berdaya saing dalam bidang pendidikan. Inisiatif seperti Program Tunas Makmur 2025 membuktikan bahawa pendidikan adalah tanggungjawab bersama.
Untuk Pelajar: Gunakan Peluang Ini Sebaiknya
Bagi calon SPM 2025, bantuan ini harus dijadikan suntikan semangat untuk terus berusaha. Lengkapkan diri dengan persiapan yang rapi bukan sahaja dari segi kelengkapan, tetapi juga mental dan strategi belajar.
Gunakan kad diskaun untuk membeli buku tambahan, manfaatkan latihan percuma yang diberikan, dan pastikan bantuan yang diterima digunakan dengan sebaiknya. Ingat, kejayaan bukan sekadar hasil bantuan, tetapi hasil usaha gigih dan doa yang konsisten.
Kesimpulan: Ilmu Tunjang Kemakmuran Negeri
Program Tunas Makmur 2025 bukan sekadar sumbangan material tapi ia adalah tanda keprihatinan dan pelaburan masa depan negeri terhadap generasi muda. Untuk pelajar Pahang yang bakal menduduki SPM, inilah masa untuk buktikan bahawa setiap peluang yang diberi akan dibalas dengan usaha, semangat dan kejayaan.
“Ilmu ialah tunjang kemakmuran. Dengan ilmu, kita membina masa depan Pahang yang lebih makmur.” – Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
Baru-baru ini, potret rasmi terbaharu DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang menampilkan imej terbaru Permaisuri Selangor yang mengenakan hijab akan mula diedarkan.
Menerusi Instagram Selangor Royal Official, akaun tersebut mengumumkan orang ramai boleh mendapatkan potret rasmi ini secara percuma bermula 19 Ogos ini.
“Potret rasmi terbaharu DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin akan mula diedar kepada umum bermula pada hari Isnin, 19 Ogos 2024”
“Cetakan pertama boleh diperoleh secara percuma di Bahagian Korporat, Lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), Shah Alam”
Bagi jabatan-jabatan dan agensi kerajaan negeri, boleh mendapatkan potret tersebut di Unit Pentadbiran Am, Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 18, Bangunan SSAAS. Pengedaran potret ini bertujuan untuk memastikan semua pihak mendapat akses kepada potret rasmi yang baru.
Imej hijab yang ditampilkan dalam potret ini bukan sahaja mencerminkan gaya peribadi Tengku Permaisuri Hajah Norashikin tetapi juga melambangkan kepentingan dan keindahan nilai budaya dalam masyarakat di Malaysia.
Potret rasmi ini diharapkan akan menjadi simbol keagungan dan keberanian dalam memelihara adat dan tradisi, sambil terus menyemarakkan semangat perpaduan dan keharmonian di negeri Selangor.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon, Mia Sara baru-baru ini mendedahkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan gambar dan namanya bagi melakukan kegiatan scam atau penipuan
Mia yang berkongsi hal itu menerusi akaun Tiktok miliknya semalam berkata pihak berkenaan menggodam emel dan juga akaun media sosial seperti X, Telegram dan Youtube.
Kredit: Mia Sara Nasuha
“Saya tak boleh nak akses emel, Twitter (X), Telegram dan YouTube. Sebab dia ambil emel saya jadi dia gunakan sosial media saya untuk scam orang lain. Saya memang tak dapat akses lagi,” katanya.
Beberapa tangkap layar mesej perbualan mangsa-mangsa scammer yang menggunakan nama pelakon itu juga turut dikongsikan.
Kredit: Mia Sara Nasuha
Mia Sara juga meminta orang ramai supaya tidak terpedaya sekiranya mereka menerima mesej tersebut secara peribadi. Jelasnya lagi, pihak scammer tersebut menawarkan kelas dan urusan jual beli akaun yang menggunakan namanya.
“Mana-mana pihak yang dapat notis atau mesej daripada Twitter (X) dan Telegram. Saya pun tak pakai Telegram dan kalau ada orang kata saya buka kelas ke apa, itu bukan saya.” – Mia Sara
“Itu orang lain yang guna nama dan muka saya,” ujarnya.
Menurutnya, dia juga menerima aduan daripada beberapa pengikut di media sosial mengenai kegiatan tersebut. Disebabkan itu, Mia memohon maaf kepada semua mangsa scammer berkenaan memandangkan hal ini terjadi diluar kawalannya.
Jelasnya lagi, laporan polis akan dibuat agar orang ramai tidak tertipu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!