Niat seorang wanita, Siti Faridah Ahmad yang ingin meninggal dunia di Tanah Haram termakbul apabila diberitakan meninggal dunia di saat dalam perjalanan menuju ke Raudah (taman-taman syurga) semalam.
Arwah bersama kumpulan jemaah wanita baharu sahaja turun dari tempat penginapan dan sedang melangkah menuju ke Raudhah di Masjid Nabawi sebelum terjatuh dan disahkan meninggal dunia jam 9 pagi waktu tempatan atau kira-kira jam 3.30 pagi waktu Malaysia.
Menurut anak allahyarham, Noor Hashimah Sabdin, 33 tahun, arwah maknya pernah memasang niat untuk meninggal dunia di Tanah Suci Makkah atau Madinah dan tidak hairanlah, mak selalu pergi menunaikan umrah saban tahun jika diberi kesempatan.
“Arwah mak sudah 12 kali tunaikan umrah. Malah mak seperti tahu bahawa umrahnya kali ini dia tidak pulang seperti mana biasa. Arwah mak siap berpesan kalau dia meninggal, mak dah siapkan semua kelengkapannya.
“Pada semua anak-anak dia berpesan begitu. Ambil saja dalam beg ini. Telekung semua mak dah siapkan,”kata Noor Hashimah yang menetap di Permatang Keratong, Kota Kuala Muda Kedah dan memaklumkan itu antara pesanan diberi arwah sebelum pergi menunaikan umrah.
Inilah gambar terakhir dihantar oleh arwah kepada anaknya melalui Whatsapp untuk hari-hari terakhir sebelum dijemput Illahi di Raudhah.
Tambahnya lagi, perasaan sedih itu menyelubungi dirinya dan adik-adik saat dimaklumkan oleh Ustaz Nurulaswar Nasron iaitu mutawwif yang menguruskan keperluan kumpulan umrah yang memaklumkan kejadian ini namun redha dengan semua ketetapan Allah.
“Raudhah tu taman-taman syurga. Walaupun sedih tapi pemergian arwah mak sangat dicemburui. Mak meninggal di tempat yang diinginkan semua orang iaitu di Raudhah bersebelahan Makam Nabi Muhammad SAW. Anggota jemaahnya memaklumkan mak terjatuh masa melangkah ke Raudhah. Anak-anak mak doakan, mak kini sedang melangkah ke syurga dan bersama orang beriman, insya-Allah,” katanya.
Dalam pada itu, Noor Hashimah menjelaskan, arwah maknya pernah berkata kepada rakan sekampung bahawa kalau boleh dia ingin meninggal dunia di Makkah atau Madinah.
Ads
“Jadi bila peristiwa kematian ini terjadi, maka terkabullah hajat mak.
“Seluruh ahli keluarga bersedih tapi jauh di sudut hati rasa amat bersyukur sebab mak dijemput Illahi di tempat paling suci iaitu semasa dalam perjalanan menuju ke Raudhah, Masjid Nabawi.
“Mak pesan pada abang (anak sulung) sebelum bertolak supaya jaga adik-adik, kami semua lima beradik dan adik bongsu dah meninggal dunia pada 2014. Arwah ayah pun dah meninggal tiga tahun lepas, sejak itu, saya duduk dengan mak.
“Bila arwah mak tiada, rasa sangat kehilangan, kami tahu dia pergi umrah macam biasa, macam tahun-tahun lepas, tetapi tahun ini berbeza sekali, dia pergi buat selama-lamanya. Moga Allah terima mak, terima segala amalan mak, Insya Allah,” katanya.
Arwah sempat bergambar bersama Mutawwif kira-kira 15 minit sebelum ajalnya menjemput. Ketika ini mereka baru tiba dan sedang menuju ke Raudhah sebelum arwah terjatuh dan meninggal dunia di tempat kejadianArwah sudah 12 kali menunaikan umrah dan memang berhajat meninggal dunia di Tanah Haram. Allah makbulkan permintaannya
Dijadual balik 5 Disember ini
Ads
Indahnya aturan Allah untuk hamba yang redha. Arwah yang mesra disapa Mak Lang Faridah di kalangan rakan dan mutawwif, dijadualkan balik pada 5 Disember ini berbaki lagi empat hari sebelum pulang ke tanahair.
Mutawif Fadlim Travel, Nurulaswar Nasron yang menguruskan keperluan jemaah berkata, allahyarhamah Siti Faridah dalam keadaan baik dan sihat sebelum kejadian selain sempat berkumpul dan merakamkan gambar kenangan bersama beliau dan jemaah lain 15 minit sebelum kejadian.
“Allahyarhamah terjatuh ketika dalam langkahnya menuju ke Raudhah iaitu satu ruangan dalam Masjid Nabawi yang dijadikan pusat tumpuan jemaah untuk berdoa selain berdekatan dengan makam Rasulullah SAW,” katanya.
“Mangsa dibawa ke Hospital Al-Ansar di Madinah untuk dirawat namun disahkan meninggal dunia,” katanya.
Beginilah keadaan di Raudhah yang menjadi dambaan jutaan umat Islamu untuk solat seketika di dalamnya. Bersebelahan Raudahah ialah Makam Nabi Muhammad SAW
Menurut Nurulaswar, maklumat kematian dimaklumkan kepada Kedutaan Malaysia bagi memperoleh surat kebenaran untuk urusan pengebumian selain memaklumkan ahli keluarga yang berada di Kota Kuala Muda, Kedah.
Ads
Menurutnya, beliau dan agensi bersyukur apabila urusan pengebumian berjalan lancar dan diuruskan pihak pengurusan Masjid Nabawi.
“Arwah disemadikan di Baqi yang terletak bersebelah Masjid Nabawi selepas solat Zohor ini,” katanya.
Raudhah adalah ruang dalam Masjid Nabawi yang menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia berdoa dan dikatakan antara tempat paling mustajab untuk berdoa.
Bersebelahan Raudhah terdapat makam Nabi Muhammad SAW dan dua sahabat nabi iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al Khatab.
Sumber : SINAR HARIAN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kebelakangan ini, pastinya korang perasan cuaca di negara kita terasa sangat panas dan bahang. Ya kebiasaannya di awal tahun, Malaysia berada dalam ‘musim panas’ sehinggakan pada waktu malam ketika tidur pun kita berasa tidak selesa dengan cuaca yang agak bahang.
Gambar hiasan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah memuat naik kenyataan di Twitter, cuaca panas yang dialami pada ketika ini adalah satu fenomena biasa sepanjang tempoh Februari hingga April setiap tahun. Sehingga kini, suhu tertinggi bagi bulan 2021 adalah 36.2 darjah Celsius, manakala pada tahun 2020 adalah 37.4 darjah Celsius yang dicerap di Stesen Meteorologi Kuala Kangsar, Perak.
Gambar hiasan
Malaysia kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac 2021. Dalam tempoh ini, taburan hujan adalah agak rendah di Semenanjung Malaysia, terutamanya di utara Semenanjung.
Taburan hujan yang rendah dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan cuaca agak panas, terutamanya pada waktu malam apabila terdapatnya litupan awan.
Justeru itu, masyarakat dinasihatkan agar mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air dan mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka. Korang juga dinasihati supaya mengurangkan aktiviti-aktiviti luar dan minum air secukupnya.
Gambar hiasan
Waktu-waktu pandemik seperti ini, memang sebaiknya korang duduk sahaja di rumah jika tidak ada urusan penting di luar sana. Lagi pun, dalam keadaan cuaca panas sekarang ini, risau pula jika ada yang jatuh sakit. Jangan lupa banyakkan minum air kosong ya?
Betul ke korang yang berada di Lembah Klang ketika ini seumpama di tanah tinggi Cameron Highlands atau Genting Highlands ?
Lain dari kebiasaan ni kan.
Hal ini disebabkan lonjakan cuaca sejuk akibat monsun timur laut. Menurut, Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah dari Universiti Malaya berkata negara sedang memasuki penghujung musim monsun, yang dijangka berakhir pada Mac.
Lonjakan sejuk akan membawa penurunan suhu antara 2 darjah Celsius dan 3 darjah Celsius kerana angin berasal dari Siberia, yang kini mengalami suhu -25 darjah Celsius.
“Kita boleh jangkakan keadaan cuaca sejuk dan basah sehingga lonjakan semasa berakhir pada minggu depan.
Kekurangan litupan awan pada waktu siang akibat monsun timur laut juga boleh menyaksikan kawasan seperti Chuping di Perlis mencatatkan suhu maksimum siang hari 38°C atau lebih.
“Kejadian lonjakan sejuk juga akan meningkatkan kelajuan angin di Laut China Selatan dan boleh menghasilkan ombak setinggi antara 2 meter dan 3 meter, yang boleh membahayakan bot nelayan yang lebih kecil,” katanya.
Malah, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengatakan berkata keadaan cuaca lembap diramalkan terutama bagi negeri di Pantai Timur.
So apa lagi, jom la kita beli baju bulu-bulu..hiks
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Mstar/ Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu penderaan Bella, kanak-kanak Sindrom Down yang merupakan salah seorang penghuni Rumah Bonda telah mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia. Sejak tularnya video menunjukkan badannya yang penuh dengan kesan penderaan, kes tersebut telah pun dihadapkan ke muka pengadilan dan kini sedang dalam perbicaraan.
Turtuduh, Siti Bainun Ahd Razali yang merupakan bekas naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO bahagian Ampang walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dinyatakan pihak pendakwaraya.
Bukan sahaja mendapat perhatian ramai, kes ini juga mengundang perhatian isteri Tunku Mahkota Johor, Yang Amat Mulia Che Puan Besar Khaleeda Bustamam. Beliau yang juga ibu kepada empat cahaya mata tersentuh hati dan berasa sedih dengan apa yang terjadi kepada kanak-kanak sindrom down tersebut.
Kenyataan yang ditulis Che Puan Besar Khaleeda di Instagram peribadinya.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instastory beliau, Che Puan Besar Khaleeda menulis, “Saya akan lakukan apa saja dengan kuasa yang saya ada bagi mendapatkan keadilan untuk Bella. Saya kecewa dan letih melihat si pengecut yang berfikir mereka boleh buat apa saja terhadap kanak-kanak teraniaya.”
Menyifatkan orang yang melakukan perbuatan mendera sebagai pengecut, Che Puan Besar Khaleeda juga menyatakan bahawa seseorang tidak boleh berlindung di sebalik peguam-peguam yang ramai kerana karma tetap akan datang sama ada di dunia atau di akhirat kelak.
Ujarnya, “Kamu boleh bersembunyi di sebalik peguam tetapi karma akan hadir pada waktunya di dunia ini dan akhirat.
Kiri: Keadaan Bella ketika ditemui. Kanan: Siti Bainun hadir ke mahkamah.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan keji tersebut di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021. Kes penderaan yang berlaku kepada Bella ini menjadi lebih hangat apabila tularnya gambar menyaksikan barisan peguam yang mewakili tertuduh.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bonnie Bunyau Gustin mempertahankan emas powerlifting 72kg lelaki di Sukan Para Asia 2026 dengan angkatan 225kg, sekali gus menambah pingat emas Malaysia.