Sejak semalam ‘hangat’ diperkatakan di laman media sosial Twitter mengenai amalan bomoh dan ilmu hitam apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu telah meluluskan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Pindaan) 2022 yang antara lain memasukkan Seksyen 3A melibatkan aktiviti perbomohan dan sihir.
MalaysiaKini melaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri Datuk Satiful Bahari Mamat menjelaskan, pindaan enakmen tersebut juga melibatkan Seksyen 33A (orang perempuan berlagak seperti lelaki), Seksyen 36A (persediaan melakukan liwat), serta Seksyen 29A (hamil atau melahirkan anak luar nikah).
Menurut Satiful, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk memantau bagi memastikan masyarakat Islam di negeri berkenaan tidak mendapatkan rawatan alternatif yang bercanggah dengan hukum Islam dan hukuman dikenakan hanya melibatkan perawat, bukannya pesakit.
Menjengah di ruangan Twitter, rata-rata warganet bersetuju dengan pewartaan seksyen baharu tersebut memandangkan amalan berkenaan dapat memudaratkan individu lain dan terpesong daripada ajaran islam.
“Alhamdulillah, black magic (ilmu hitam) memang patut. Harap kerajaan persekutuan pun ikut macam undang-undang Saudi, pengamal ‘black magic’ memang hukum mati sahaja,” tulis seorang pengguna Twitter.
Ads
“Tahniah pada mereka yang menegakkan syariah. Tidak perlu takut kalau tidak salah…,” tulis juga pengguna lain.
“Aku berasa cemburu pada Terengganu. Mereka menegah perkara-perkara yang melanggar syariah. Pada masa sama, aku pandang hormat pada Terengganu. Terbaik,” kata seorang pengguna lagi.
Ads
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dunia belum lagi selesai dengan isu COVID-19 di mana lebih 19.5 juta orang sudah dijangkiti sehingga semalam. Namun dalam masa beberapa hari ini, sudah ada saintis membuat dakwaan termasuk yang sudah melarikan ke Amerika Syarikat iaitu Li-Meng Yan, saintis dari University of Hong Kong yang mendakwa virus ini bukan tersebar dari pasar Wuhan sebaliknya dari makmal tentera iaitu Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China.
Terkini, satu lagi virus dikesan di China di mana tujuh orang maut dan 60 orang lagi sudah dijangkiti akibat Tick Borne Virus pembawaan dari kutu.
Akibat virus yang menyerang, masyarakat di sana sudah diingatkan bahawa ia boleh menjangkiti manusia. Lebih dari 37 orang dari daerah Jiangsu di Timur China sudah dijangkiti virus ini pada separuh tahun ini. Lebih 23 orang pula dilaporkan dijangkiti di daerah Anhui di China Timur, lapor Global Times.
Seorang wanita dari Nanjing, ibu kota Jiangsu yang menderita virus tick borne ini menunjukkan gejala seperti demam dan batuk.
Seorang wanita dari Nanjing, ibukota Jiangsu, yang menderita virus tick-borne ini menunjukkan gejala seperti demam dan batuk. Pemantauan doktor mendapati berlaku penurunan leukosid termasuk platlet darahnya turut menurun. Wanita ini bagaimana pun sudah dibenarkan keluar selepas sebulan menerima rawatan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, Kerajaan telah meneliti keputusan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat demi mengurangkan jumlah kes baharu dan kematian akibat COVID-19 di Malaysia.
Di waktu Perintah Kawalan Pergerakan ini juga, kita semua dilarang ‘Dine In’ di kedai makan. Tapi rakyat Malaysia nampaknya lebih kreatif apabila konsep makan dalam kereta (dine-in) sepanjang waktu PKP ini kian menjadi pilihan ramai dan mula menjadi pendekatan baharu oleh pemilik kafe.
Sumber Gambar : Berita Mediacorp
Menerusi konsep baharu ini orang awam berasa sedikit lega kerana meskipun tidak dapat makan di kedai kegemaran, dapat makan berhampiran kedai pun sudah mencukupi.
Tapi awas ye, baru-baru ini Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail memaklumkan tindakan kompaun boleh dikenakan ke atas pengusaha premis yang menyediakan servis dine-in di dalam kereta buat para pelanggan.
Hal ini berikutan tindakan berkenaan dikatakan melanggar SOP sekaligus menasihatkan untuk menghentikan servis layanan sedemikian. Difahamkan, setakat ini sudah terdapat sebuah premis makanan di Miri dikompaun pada Jumaat lalu kerana menyediakan servis dine-in dalam kenderaan.
Dalam pada itu, sekiranya pembelian makanan secara bungkus atau pandu lalu masih lagi dibenarkan. Dimaklumkan larangan penawaran servis dine-in dalam kereta adalah bertujuan untuk mengawal penularan COVID-19 yang membimbangkan di negeri berkenaan.
Tak apa, kita jaga SOP dan jaga diri duduk rumah buat masa sekarang. InsyaAllah tak lama lagi mungkin kita dapat makan di restoran atau kedai makan.
Belum pun sampai sebulan sesi persekolahan dibuka semula akibat situasi pandemik, laporan telah diterima mengatakan seramai 11 orang guru dan seorang murid di sebuah sekolah di Ketereh, Kota Bharu, Kelantan didapati positif COVID-19.
Menurut Harian Metro, kes berkenaan berkemungkinan berpunca daripada seorang guru yang menghadiri majlis perkahwinan sebelum menjangkiti guru lain serta para pelajar. Susulan daripada kes tersebut, sekolah berkenaan mula ditutup dan 24 orang guru lagi sedang menjalani kuarantin.
Penutupan sekolah itu dibuat selepas mendapat arahan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pusat Kesihatan Daerah.
Walau bagaimanapun, sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dijalankan seperti biasa sebelum cuti pertengahan penggal bermula esok sehingga 3 April depan.
Situasi ini mendapat perhatian yang masing-masingnya mempunyai pendapat tersendiri.
Malah, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Mohd Fadli Salleh juga turut berkongsi cerita yang diterima oleh kawan-kawannya yang berada di seluruh Malaysia.
Individu ini mula risau sekiranya sesi persekolahan ditutup semula.
Hantaran ini mendapat lebih daripada 2,000 komen dan hampir 2,000 perkongsian di laman Facebook.
Marilah kita sama-sama berdoa agar wabak pandemik COVID-19 ini tidak terus menular dan semoga orang disekeliling kita dijauhi daripada virus tersebut. Paling penting, pastikan korang sentiasa menjaga SOP ketika berada di kawasan umum. Elakkan daripada bersalaman dan berpelukan walaupun dengan keluarga mahu pun kenalan rapat kerana kita tidak tahu keadaan sebenar mereka.