Kredit foto: Artem Beliaikin from Pexels

Kata pinjaman sememangnya telah lama wujud dalam bahasa Melayu disebabkan oleh beberapa faktor seperti penjajahan, penyebaran agama, perdagangan dan pelancongan.  Perkataan-perkataan ini telah melekat di hati pengguna bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana sebahagian perkataan-perkataan Arab sudah sebati dengan kehidupan masyarakat kita.

Kesebatian ini menjadikan mereka hampir tidak menyedari bahawa mereka sering mendengar dan menuturkan bahasa tersebut setiap hari. Kata pinjaman bahasa Arab terpaksa digunakan dalam bahasa Melayu kerana kekurangan perbendaharaan kata serta keperluan untuk mencipta atau mencari perkataan untuk objek dan konsep yang baharu.

Peminjaman adalah lebih mudah daripada mencipta yang baru. Ayat berikut mungkin boleh menjadi contoh. “Wakil rakyat Perlis membahaskan masalah dan hal ehwal masyarakat di Dewan Rakyat setiap hari Selasa.” Sebenarnya, kebanyakan perkataan dalam ayat tersebut merupakan bahasa Arab. Bahasa Arab juga sangat sebati dengan orang Melayu kerana bahasa Arab ialah bahasa al-Quran.  Kebanyakan orang Melayu ialah penganut agama Islam.

Contoh-contoh perkataan bahasa Arab dalam bahasa Melayu

(a) Sebutan dan erti masih sama dengan asalnya

AWALAN HURUF 
A·       abad, abadi, abah, abdi, adat, adil, amal, aljabar, almanak, awal, akhir

 

B·       bakhil, baligh, batil, barakah

 

D·       daftar

 

H·       hikmah, halal, haram, , hikayat

 

I·       ilmu, insan

 

M·       musyawarah, markas, mistar, mahkamah, musibah, mungkar, maut

 

K·       kitab, kuliah, kursi, kertas

 

S·       syariat

 

 

U·       ulama

 

W·      wajib

 

Z·      ziarah

 

 

(b) Sebutan berubah, erti masih sama

IKLAN
BAHASA MELAYUASAL DARIPADA BAHASA ARAB

 

berkah, barakat, atau berkat

 

“barakah”
darjat

 

“darajah”
khabar

 

“khabar”
lafaz

 

“lafazh”
zalim

 

“zhalim”
makalah

 

“maqalah”
masalah

 

“mas-alah”
mungkin“mumkin”

 

 

rasmi“rasmiy

 

soal“su’aal”

 

IKLAN
sakarat“sakkarat”

 

rezeki“rizq”

 

Nama-nama hari dalam semingguAhad (“al-Ahadu”), Isnin (al-Ithnaini”), Selasa (ath-Thulasa”), Rabu (“al-Arbi’a”), Khamis (“al-Khamis”), Jumaat (“al-Jumu’ah'”) dan Sabtu (“as-Sabtu”)

 

 

(c) Sebutan dan erti berubah daripada sebutan dan erti semula

 

keparat

 

perkataan maki yang bersepadan dengan perkataan sialan, berasal dari perkataan “kafarat” yang dalam bahasa Arab bererti tebusan atau denda

 

 

loghat

 

dialek, berasal dari perkataan “lughah” yang bermakna bahasa

 

IKLAN
 

naskah

 

“nuskhatun” yang bermakna secarik kertas

 

 

perlu

 

berasal daripada perkataan “fardhu” yang bermakna harus

 

 

petua

 

nasihat, berasal daripada perkataan “fatwa” yang bermakna pendapat hukum

 

 

(d) Sebutan sebenar, ertinya berubah

ahli

 

individu yang mahir dalam sesuatu bidang

 

hakimpegawai yang dilantik untuk mengadili sesuatu perbicaraan di mahkamah, berasal dari bahasa Arab yang bermakna bijaksana

 

kalimatrangkaian kata-kata, berasal daripada bahasa Arab yang bermakna kata

 

siasatpemeriksaan yang teliti dan ha­ti-hati

 

 

Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Puan Khannita binti Zakariah.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI