Sukan permotoran sememangnya mengalir dalam darah kerabat diraja Johor biarpun sukan yang selalu dikaitkan dengan mereka adalah polo, golf dan bola sepak.
Sejak era pemerintahan Almarhum Sultan Iskandar lagi yang pernah berlumba dalam jentera Mercedes-Benz 540K Special dalam kejohanan Grand Prix Johor pada tahun 1960 lagi, minat tersebut terus mekar dalam susur-galur keluarga diraja itu.
Biarpun Almarhum pernah menyatakan hasratnya agar cucunya tidak terlibat dalam sukan permotoran kerana baginda sendiri pernah kehilangan ramai rakan akrabnya menerusi sukan tersebut, namun salah seorang daripada cucunya iaitu YAM Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri Sultan ibrahim tetap teguh dengan minatnya itu.
Tungku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim l Malaysia
Kejayaan Tunku Abdul Rahman dalam perlumbaan GT World Challenge Australia di Litar Sandown, Melbourne kelmarin telah menarik minat rakyat untuk mengenali keperibadian pelumba ini dengan lebih dekat.
Kini berada di tempat ketiga dalam senarai kedudukan pemandu GT Australia itu dengan mengutip 105 mata, pusingan seterusnya bagi musim 2022 akan berlangsung di litar The Bend Motorsport Park, Australia Selatan pula pada 14-16 Oktober ini.
Tunku Abdul Rahman berpasukan dengan Shane Van Gisbergen berjaya mengemudi jentera Mercedes-AMG GT3 untuk menamatkan perlumbaan pada kedudukan kedua.
Ads
Terdahulu, Tunku Abdul Rahman melakukan debut pada tahun 2019 bersama Johor Motorsports Racing bersama pelumba tempatan, Jazeman Jaafar. Mereka turut bersaing dalam kejohanan Blancpain GT World Challenge Asia Series pada tahun yang sama.
Putera Carl Philip Edmund Bertil l Sweden
Putera diraja berusia 43 tahun ini mula mencintai sukan permotoran disebabkan keluarganya sendiri. Bapa angkat dan pakcik Putera Carl, Putera Bertil pernah bergelar pelumba pada era 1930-an namun menggunakan nama samaran Monsieur Adrian pada waktu itu demi mengelakkan perhatian.
Ads
Ayahanda Putera Carl, Raja Carl XVI Gustaf juga berkongsi minat yang sama dengan mempunyai koleksi kereta lumba dan baginda sentiasa menyokong minat anaknya ini dalam setiap perlumbaan.
Putera Carl melakukan debut dalam sukan permotoran pada tahun 2008 bersama-sama jenama Porsche.
Pada tahun 2010, beliau memiliki kejayaan pertamanya dalam Porsche FT3 Endurance Scandinavia dan sejak itu, Putera Carl mengecapi tujuh lagi kemenangan sehingga tahun 2016 di bawah nama Carl Philip Bernadotte. Pada tahun berikutnya pula, beliau bertanding dalam GT Series Sweden pula dengan memperolehi tempat kedua.
Di luar trek, Putera Carl terus cemerlang dalam menggalakkan lebih ramai remaja terlibat dalam sukan permotoran. Sejak 2013, beliau telah menubuhkan kejohanan Prince Carl Philip Racing Cup bagi mencungkil bakat pelumba go-kart muda.
Tidak cukup rasanya satu nafas untuk menyebut nama penuh putera kacak ini, hehe. Lebih dikenali sebagai Ferdinand Habsburg dari kerabat diraja Austria, beliau merupakan seorang pelumba yang pernah bertanding dalam kejohanan seperti Eurocup Formula 2.0 dam Euroformula Open.
Impian peribadinya adalah untuk berlumba pada peringkat Formula One dan tidak mustahil ia boleh direalisasikan. Ini kerana keluarga Ferdinand berkata beliau begitu berdedikasi dalam memperbaiki skil permotorannya. Baru-baru ini, Ferdinand dan pasukan lumbanya, Prema Racing telah memenangi perlumbaan ketiga bagi musim European Le Mans Series.
Ferdinand (kanan) bersama rakan sepasukan dalam Prema Raacing, Louis Deletraz dan Lorenzo Colombo. FOTO: Sportscar 365FOTO: Instagram
Fakta menarik mengenai Ferdinand adalah bukan saja anak raja ini kacak dan hebat berlumba. Beliau turut mempunyai hati murni dalam membantu rakyat memerlukan seperti sewaktu pandemik Covid-19. Ini berikutan latar belakangnya yang pernah bergelar ahli tentera Austria sebelum ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
”.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19, beberapa pemimpin dari seluruh dunia telahpun mengambil langkah ke hadapan dan mengambil dos vaksin.
Ini adalah sebahagian daripada usaha pihak kerajaan untuk menyakinkan rakyat di negara masing-masing mengenai kepentingan dan selamatnya vaksin yang diambil.
Jom lihat 3 orang pemimpin yang telahpun berbuat sedemikian.
Joe Biden
Amerika Syarikat
Bakal presiden Amerika Syarikat telah mengambil dos pertama vaksin secara langsung di televisyen pada hari Isnin lalu dan menyifatkannya sebagai satu permulaan.
“Dahulu, mendapatkan vaksin adalah satu masalah dan kini Moderna akan dilancarkan. Bagaimanapun, ia akan mengambil masa.”
Buat masa ini, AS menyasarkan kempen vaksin secara besar-besaran kepada 20 juta warganegaranya pada bulan ini, dengan keutamaan diberikan kepada peerja penjagaan kesihatan dan pesakit rawatan jangka panjang.
Baginda telah menerima dos pertama vaksin yang dihasilkan oleh syarikat Pfizer BioNTech.
Sejak dilancarkan di Arab Saudi pada hari Selasa lalu, lebih 500,000 rakyatnya sudah mendaftarkan diri untuk emndapatkan vaksin terbabit. Buat masa ini, 86 buah klinik sudah bersedia untuuk beroperasi. Jumlah itu dijangka akan bertambah sehingga 450 buah klinik.
Perdana menteri negara teluk ini juga telah tampil untuk mendapatkan vaksin secara langsung di televisyen semalam; sekaligus menjadi rakyat Israel pertama yang menerimanya.
Merujuk kepada vaksi, daripada Pfizer BioNTech ini, beliau mempercayai akan kemampuannya untuk membendung wabak Covid-19 daripada terus merebak dan menganggap momen divaksin semalam sebagai ‘mengujakan’. Israel sedang bersiap sedia sedia untuk menawarkan vaksin terlebih dahulu kepada pegawai kesihatan dan para jururawat bermula hari ini.
*
Selain daripada 3 orang pemimpin dunia yang telah divaksin ini, beberapa lagi pemimpin telah menyatakan akan menerimanya dalam masa beberapa hari saja lagi. Ini termasuklah Presiden Argentina, Alberto Fernandez dan Perdana Menteri Greee Mistokakis yang akan menerima esok.
Di Malaysia pula, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan diri untuk menjadi rakyat pertama negara ini yang menerima suntikan vaksin demi menyakinkan rakyat bahawa ia selamat untuk diambil.
Jika sebelum ini, pempengaruh dan pencipta kandungan terkenal, Khairul Aming sinonim dengan siri ‘30 Hari 30 Resepi’ bersempena puasa di bulan Ramadan. Namun, baru-baru ini beliau muncul bagi memeriahkan lagi sambutan Deepavali yang bakal disambut pada 31 Oktober dengan video terbaru memasak masakan India.
Menerusi perkongsian di Instagram, Khairul Aming atau nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman (32) menyahut cabaran dengan menyediakan tiga juadah India iaitu ulunthu vadai (wade), masala tea (teh masala/berempah) dan kari ayam ala India.
“Saya memang gemarkan makanan India tetapi tidak pernah cuba memasaknya. Justeru, bersempena dengan Deepavali, saya cabar diri untuk belajar dan berkongsi resipi ini dengan penonton,” dia berkata kepada Bernama ketika penggambaran eksklusif di studionya, baru-baru ini.
Menurutnya lagi, bagi memastikan hidangan yang disediakan itu benar-benar menyerlahkan keaslian masakan India, beliau dan pasukannya sangat teliti dalam pemilihan bahan dan kiraan sukatan.
Dalam pada itu, semasa menyediakan wade, gorengan India Selatan yang diperbuat daripada sejenis kacang hitam, cili, bawang besar dan tepung beras. Khairul Aming berkata ia salah satu hidangan yang agak sukar untuk disediakan dan memerlukan latihan berulang kali.
Selain daripada itu, hidangan itu juga dilengkapkan dengan teh masala dan kari ayam dihiasi daun ketumbar yang diletakkan di atas pinggan perak beralaskan daun pisang.
Bercakap mengenai persediaan, Khairul Aming juga turut menyelami budaya masyarakat India, termasuk membeli bahan-bahan masakan tersebut di Little India, Brickfields serta menggunakan periuk tanah liat dan perkakas dapur diperbuat daripada perak.
Beliau turut berkongsi pengalamannya pertama kali membeli-belah untuk persediaan Deepavali dan menggambarkan suasananya sebagai sesuatu yang berwarna-warni dan mengharukan.
Sekadar info, memetik laporan Bernama, Khairul Aming bakal mengeluarkan video berjudul ‘Khairul Aming’s Deepavali Special’ menjelang sambutan Pesta Cahaya yang akan disambut pada Khamis ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai di kalangan kita pencinta kucing yang juga haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW. Sikap manja si bulus, wajah yang comel membuatkan mereka yang membela binatang ini tidak pernah berkira kos dikeluarkan membeli makanan. Bukan itu saja, kebersihan kucing juga menjadi keutamaan kita.
Kadang-kadang pelik juga bila tengok dagu kucing akan menjadi hitam setelah makan atau minum?
Kotoran atau bintik hitam bawah dagu kucing berkemungkinan daripada masalah kesihatan iaitu disebabkan kecederaan, kemunculan parasit atau gangguan sistem tubuh.
Ini dia rahsia yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook Tony Kit melalui page Kucing Sepahkan Apa Hari Ini?, tentang info bintik-bintik hitam di dagu kucing ini.
Menurutnya, bintik-bintik hitam ini disebabkan lemak kibble yang tertinggal di bekas makanan mereka dan akan melekat pada dagu serta-merta. Paling penting tak susah pun nak hilangkan kekotoran ini hanya guna tiga bahan yang sangat mudah.