Seorang wanita dari Australia dikenali sebagai Eggeats menjadi perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman uniknya menyertai apa yang digelar sebagai penjara orang gemuk di China.
Demi mencapai impian untuk kurus, dia sanggup mendaftar masuk ke sebuah kem khas penurunan berat badan yang beroperasi seperti kem latihan ketenteraan.
Menerusi beberapa video yang dimuat naik di Instagram, Eggeats mendedahkan rutin hariannya sepanjang berada di kem tersebut.
Menurut laporan antarabangsa, penjara orang gemuk ini dipercayai beroperasi di sebuah kampus atau pusat kemudahan yang diubah suai, hasil kerjasama antara pihak komersial dan kerajaan tempatan.
Program ini diwujudkan bagi membantu individu yang gagal menurunkan berat badan melalui kaedah konvensional seperti diet biasa atau senaman ringan.
Konsepnya lebih tegas dan berdisiplin, seakan latihan tentera, dengan pemantauan berterusan terhadap peserta.
Rutin Harian Yang Ketat Dan Meletihkan
Kehidupan di penjara orang gemuk jauh daripada selesa. Setiap pergerakan dan pengambilan makanan peserta dipantau dengan ketat. Mereka diwajibkan menjalani latihan fizikal sehingga empat jam sehari tanpa kompromi.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk senaman aerobik, latihan intensiti tinggi (HIIT) serta kelas berbasikal pada waktu malam.
Ads
Suasana kelas sering digambarkan sebagai sangat intensif, lengkap dengan muzik kuat dan lampu berkelip yang bertujuan meningkatkan fokus serta semangat peserta.
Eggeats memaklumkan bahawa dia membayar sekitar AS$1,000 atau kira-kira RM4,054 untuk menyertai program selama 28 hari. Sepanjang tempoh tersebut, peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan kem tanpa alasan kukuh.
Mereka sentiasa berada di bawah pengawasan pengawal keselamatan, sekali gus menjadikan suasana penjara orang gemuk ini benar-benar ketat seperti pusat tahanan.
Langkah ini diambil bagi memastikan peserta kekal fokus terhadap matlamat penurunan berat badan.
Dari segi pemakanan, setiap hidangan disediakan mengikut sukatan yang ditetapkan. Sarapan pagi biasanya ringkas, terdiri daripada roti, tomato, timun dan telur rebus.
Ads
Manakala makan tengah hari pula merangkumi itik panggang, sayur-sayuran dan buah-buahan segar.
Peserta dilarang sama sekali membawa masuk makanan ringan, snek atau mi segera sebaik sahaja mendaftar masuk ke penjara orang gemuk. Peraturan ini bertujuan mengelakkan sebarang gangguan terhadap pelan pemakanan yang telah disusun.
Selain cabaran fizikal, kehidupan di kem ini turut menguji ketahanan mental peserta. Mereka perlu berkongsi bilik bersama beberapa individu lain, sama seperti asrama tentera.
Kawasan kem pula dikelilingi dinding konkrit, pagar besi serta kawalan keselamatan bagi mengelakkan peserta melarikan diri.
Ads
Walaupun persekitarannya ketat, Eggeats menyifatkan kakitangan di penjara orang gemuk sebagai mesra dan sentiasa bersemangat.
Mereka juga berusaha berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris bagi memudahkan peserta antarabangsa.
Dalam tempoh dua minggu pertama, Eggeats berjaya menurunkan berat badan sebanyak empat kilogram. Walaupun latihan yang dijalani agak menyakitkan dan meletihkan, dia menganggap pengalaman tersebut sebagai sesuatu yang berbaloi.
Menurutnya, suasana di penjara orang gemuk bebas daripada sikap menghakimi kerana semua peserta mempunyai matlamat yang sama, iaitu membuang lemak dan menjadi lebih sihat. Dia turut menggalakkan individu yang gemarkan cabaran ekstrem untuk mencuba program seumpama ini.
Sumber : BuzzKini & Insta Eggeats
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kepayahan hidup masyarakat Orang Asli yang masih menjalani kehidupan secara tradisi memberi inspirasi kepada tiga murid kaum Temiar melakar sejarah apabila berjaya mencipta inovasi menggunakan sistem robotik yang membantu memudahkan urusan harian di rumah tradisi mereka.
Menerusi projek yang beri nama Dekatamiar yang dianggotai oleh Romzi Anjang dan Siti Saleha Masri, yang berumur 12 tahun, dan Mekrenik Rabu (11) berjaya mengaplikasikan teknologi robotik dalam rumah tradisi Orang Asli, membabitkan bukaan pintu, lampu, tempat sidai pakaian dan kawasan siraman pokok.
Menurut guru pembimbing mereka, Ahmad Najmuddin Jaafar berkata, produk ciptaan ketiga-tiga murid melalui projek Dekatamiar itu akan dipertandingkan dan mewakili negara ke International Robot Olympiad 2024/2025 di Busan, Korea Selatan yang berlangsung pada 16 hingga 21 Feb 2025.
Kredit: Ahmad Najmuddin Jaafar
“Dekatemiar bermaksud Rumah Temiar dan ia melambangkan suku kaum mereka di sini. Rumah ini dibina menggunakan bahan semula jadi dengan atapnya diperbuat daripada daun nipah manakala dinding pula dihiasi anyaman kelarai”
Jelasnya, idea membina rumah Orang Asli dengan sistem robotik ini tercetus apabila mendengar keluhan mengenai kepayahan hidup keluarga mereka.
Kredit: Ahmad Najmuddin Jaafar
“Antara kejayaan yang berjaya dirangkul murid-murid ini adalah naib juara robotik di Karnival Pendidikan Murid Orang Asli dan Peribumi Kebangsaan dan tempat ketiga RBTX Challenge 2024 kebangsaan kategori Indigenous Culture and Technology anjuran Petrosains,” ujarnya.
Dalam pada itu, pihaknya juga sudah menerima surat jemputan daripada Jawatankuasa International Robot Olympiad untuk menyertai pertandingan International Robot Olympiad di Busan, Korea pada 17 Januari tahun depan.
Kini, ketiga-tiga pelajar itu giat memperkemas model rumah robotik sebelum bersedia membawanya ke pertandingan antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka nilai kebudayaan dalam kostum nasional Mak Yong telah berjaya menambat hati para juri sehingga ia dipilih sebagai salah satu kostum terbaik pada edisi Miss Grand International 2020.
Percaturan wakil negara, Jasebel Robert bersama pereka fesyen, Ain Mohamed untuk memilih inspirasi tarian Mak Yong nampaknya berjaya membuahkan hasil apabila keputusan pusingan awal Miss Grand International.
Dalam pusingan yang berlangsung semalam di Thailand semalam, Jasebel dipersiapkan dalam persalinan serba kuning termasuklah prop berupa alat muzik Rebab dan penggeseknya.
Untuk pengetahuan, Rebab dimainkan oleh Tok Minduk selaku ketua kepada kumpulan muzik latar belakang persembahan Mak Yong dan dia disertai oleh pemain instrumen lain seperti gendang, serunai, kesi, canang dan tetawak (gong).
Jasebel berdepan dengan saingan yang cukup sengit daripada 63 wakil negara lain. Masing-masing tentunya juga ingin menonjol ke hadapan dengan membawa identiti dari negara masing-masing.
Tambahan pula apabila sistem penjurian untuk segmen kostum nasional pada kali ini dibahagikan kepada dua iaitu mengikut undian penyokong dan juga pilihan juri.
Justeru, peserta termasuklah Jasebel bukan saja perlu memikat penonton dari seluruh dunia tetapi juga pakar yang diiktiraf kredibilitinya dalam menghakimi pertandingan ratu cantik.
Bagi senarai pilihan juri secara rawak, Malaysia berada bersama-sama dengan Jepun, Thailand, Vietnam dan Panama. Manakala negara yang menerima undian tertinggi ialah Kemboja, Indonesia, Filipina, Guatemala dan Ecuador.
Tahniah sekali lagi kepada Jasebel Robert, Ain Mohamed sekalu perekanya dan pasukan Miss Grand Malaysia di atas penghargaan ini.
Jasebel juga kini semakin mencuri tumpuan apabila dia dinamakan sebagai wakil keempat paling popular di kalangan para peserta mengikut undian semasa. Proses undian masih dibuka kepada kita semua terus menyokongnya bagi kategori Miss Popular ini.
Selepas berjaya melakar sejarah menjuarai Badminton Terbuka China, jaguh beregu lelaki negara, Nur Izzuddin dan isteri tercintanya, Mawar Mutiara selamat menimang cahaya mata sulung mereka.
Berita gembira itu dikongsikan isterinya di platform Instagram sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.
“One year entwined in love’s embrace, now blessed with a new life’s grace. Happy first anniversary, my love,” coret Mawar dengan penuh gembira.
Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat Izzuddin sedang mengendong bayinya itu dengan penuh kasih sayang sementara disampingnya ada isteri tersayangnya.
Pasangan itu bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci mengenai cahaya mata sulung mereka itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna sempat mengucapkan tahniah selain mendoakan yang baik-baik buat bayi comel pasangan merpati dua sejoli itu.
Sekadar info, Nur Izzuddin dan Mawar selamat diijabkabulkan dengan berwalikan bapa pengantin perempuan pada September tahun lalu.
Sekilas kejayaan terbaharu Izzuddin, dia dan pasangan beregu Goh Sze Fei telah menjuarai badminton Terbuka China sekali gus menjadi beregu pertama Malaysia rangkul gelaran dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 1000 dan kemarau 35 tahun Malaysia bagi muncul juara beregu lelaki di Terbuka China.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Mawar Mutiara
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...