Belumpun kita selesai dengan jangkitan COVID-19, kini muncul pula kes kematian pertama yang dicatatkan akibat jangkitan Naegleria fowleri.
Lapor Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA), jangkitan yang dikenali sebagai ‘amoeba pemakan otak’ ini telah meragut nyawa seorang warganegara Korea Selatan pada Selasa minggu lalu dan baru disahkan untuk pengetahuan umum pada 26 Disember 2022 (Isnin).
Ia mengesahkan kematian seorang lelaki dalam lingkungan usia 50-an yang baru sahaja kembali dari Thailand pada 10 Disember lalu setelah menetap di sana selama empat bulan.
Keputusan ujian menunjukkan gen dalam tubuh lelaki tersebuat adalah 99.6 peratus sama dengan yang ditemui pada pesakit meningitis di luar negara – Foto Agensi Via Sinar Harian
Mangsa dilaporkan berdepan dengan gejala seperti sakit kepala, demam, loya, muntah-muntah, sukar untuk bertutur dengan jelas dan rasa kaku pada bahagian lehernya pada hari beliau tiba di Korea Selatan (10 Disember 2022).
Pada keesokan harinya, mangsa terus dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan sebelum beliau meninggal dunia pada 21 Disember 2022.
Memetik laporan Korea Times, ini merupakan kes jangkitan Naegleria Fowleri pertama yang dilaporkan di Korea Selatan. Bayangkan sajalah, kali pertama Naegleria Fowleri mula dikesan adalah pada tahun 1937 di Virginia, Amerika Syarikat.
Ads
Info Tentang Naegleria fowleri
Sebagai info, Naegleria Fowleri merupakan sejenis amoeba atau mikroorganisma sel tunggal yang hidup dalam pelbagai ekosistem di seluruh dunia seperti tanah dan air tawar hangat seperti mata air panas, tasik dan sungai.
Kredit: Yonhap
Amoeba ini memasuki sistem badan manusia menerusi hidung dan menuju ke bahagian otak serta merosakkan tisu organ tersebut.
Manakala, tempoh inkubasi bagi amoeba ini biasanya mengambil masa dua hingga tiga hari dan ia boleh menjangkau sehingga 15 hari.
Elak Berenang Di Kawasan Perairan
Susulan kes mengejutkan ini, pihak KDCA menasihatkan orang ramai agar tidak berenang di kawasan perairan yang pernah dikunjungi mangsa. Walaupun penyebaran dari manusia ke manusia agak mustahil, namun mereka enggan mengambil risiko.
Ads
Berdasarkan statistik, sebanyak 381 kes Naegleria Fowleri di seluruh dunia telah dilaporkan termasuklah di India, Thailand, Amerika Syarikat (AS), China dan Jepun setakat 2018. Pada masa yang sama, sebanyak 154 kes pula pernah dilaporkan dari 1962 sehingga 2021.
*
Jelas, Naegleria Fowleri amat berbahaya. Berdasarkan jumlah jangkitan sebelum ini, hanya empat pesakit terselamat dengan kadar kematian lebih dari 97 peratus, lapor Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat.
Sekali imbas, Naegleria Fowleri persis kes jangkitan zombie yang selalu kita saksikan menerusi drama dan filem antarabangsa, bukan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Yang pastinya bagi setiap wanita di dunia ini mahu menjadi perhatian dan kelihatan paling cantik di majlis perkahwinan.
Malangnya impian ini tidak menjadi kenyataan pada pengantin perempuan dari India ini. Bukan setakat tidak mendapat pujian, malah terpaksa dikejarkan ke hospital.
Memetik laporan India Times, kejadian ini berlaku pada 27 Februari 2023 lepas dimana MUA tersebut telah memperkenalkan satu teknik baru kepada si pengantin yang dipanggil steam makeup. Atas dasar percaya, pengantin tersebut terus bersetuju dengan cadangan dan teknik baru yang disarankan oleh MUA itu.
Bagaimanapun, saat MUA daripada sebuah spa tempatan mula melakukan solekan kepada si pengantin, wajah pengantin itu tiba-tiba menjadi bengkak dan lebam malah selepas beberapa minit, muka wanita tersebut berubah menjadi gelap.
Foto Via India Times
Dikejarkan Ke Hospital
Terkejut dan panik melihat wajah pengantin wanita itu, dia dikejarkan ke hospital serta merta oleh ahli keluarganya dan disebabkan itu, pernikahan terpaksa dibatalkan, ianya selepas keluarga pengantin lelaki ternampak wajah pengantin wanita tersebut.
Dalam pada itu, keluarga pengantin wanita pula cuba meyakinkan keluarga belah lelaki untuk menukarkan hari majlis pernikahan pada tarikh lain setelah wajah pengantin wanita sembuh. MUA yang bertanggungjawab terhadap perkara ini telah pun ditahan oleh pihak polis untuk siasatan.
Adui, siannya pengantin ni…betul-betul jadi bahan eksperimen mua ni..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini, jenama fesyen terkemuka Balenciaga yang sering mewujudkan kontroversi kerana mengeluarkan rekaan beg seolah meniru rekaan ‘beg murah’ dan dijual pada harga ribuan dollar kini tampil pula dengan versi beg gergasi diadaptasi dari rekaan beg plastik TESCO.
Reka bentuk tersebut dilihat menyerupai beg plastik Tesco keluaran tahun 1980-an yang sudah tidak digunakan pada masa kini.
Aksesori buatan Itali yang dikeluarkan sebahagian daripada koleksi Musim Bunga 2022 itu dijual pada harga £925, iaitu bersamaan dengan RM5,113.
Diperbuat dari kulit anak lembu
Tapi memang patutlah mahal, menurut laporan Daily Mail. Beg tersebut dikatakan dibuat daripada kulit anak lembu yang dicetak pada kertas dan mempunyai zip untuk menutup bahagian atas serta dalam beg.
Menurut Balenciaga, rekaan itu merupakan tafsiran moden bagi sebuah beg asas.
So korang rasa berbaloi tak beli dan miliki beg ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya kepatuhan rakyat Malaysia mengenai penjarakan sosial semakin menuju kemenangan apabila hanya dua kes dicatatkan hari ini sekaligus terendah pernah dicatatkan dalam negara.
Laporan Harian Metro, jangkitan baharu Covid-19 dalam negara merekodkan kes terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan dengan hanya dua kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 8,329 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada dua kes baharu yang dilaporkan itu, ada satu kes import dan satu lagi kes penularan tempatan membabitkan bukan warga Malaysia.
Beliau berkata, jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 dalam negara juga meningkat kepada 7,014 kes, iaitu 84.1 peratus daripada keseluruhan kes, hari ini. Menurutnya, ia susulan pertambahan 29 lagi kes pulih dan dibenarkan discaj daripada fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selain melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.
"Keseluruhannya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,206 kes.
"Seramai lima pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), tiada daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini. Untuk rekod, dua hari berturut-turut tiada kes tempatan membabitkan rakyat tempatan.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, satu kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini.
"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia bertambah sebanyak 118 kes, 1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!