“Macam Oppa Korea!” – itulah antara komen yang membanjiri media sosial apabila wajah kacak Raja Azlan Muzaffar Shah, putera Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, mula tular. Nama beliau kini menjadi sorotan netizen selepas beberapa gambar dan video terbarunya dikongsikan di aplikasi Threads.
Raja Azlan Muzaffar Shah, putera Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah semasa kecil
Rata-rata netizen nyata terpegun dengan penampilan segak Raja Azlan yang baru berusia 17 tahun. Malah, ramai mengaitkan wajahnya dengan pelakon popular Korea, Ahn Jae-hyun kerana iras wajah dan aura yang dimiliki. Ada yang menulis, “ingatkan oppa Korea, rupanya putera diraja Malaysia”, sekali gus mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.
Bukan setakat wajah tampan, ketinggian dan karisma Raja Azlan juga menarik perhatian ramai. Seorang pengguna Threads berkongsi pengalaman bertemu dengannya secara berdepan dan mengakui terkejut dengan personalitinya yang tinggi lampai. Walaupun sering tampil sederhana, gaya yang dibawa tetap menyerlahkan keyakinan diri seorang pewaris keluarga diraja.
Ads
Lebih istimewa, aura Raja Azlan terserlah dalam setiap penampilannya yang sopan dan berkarisma. Netizen bukan sahaja memuji raut wajahnya, tetapi juga kagum dengan personaliti tenang serta pesona yang dimilikinya. Tidak hairanlah mengapa ramai anak muda mula menjadikan beliau sebagai inspirasi gaya dan ikon remaja baharu.
Fenomena ini membuktikan bahawa pengaruh media sosial sangat besar dalam menonjolkan personaliti muda. Walaupun belum menceburi dunia hiburan, Raja Azlan sudah berjaya mencuri perhatian seantero Malaysia dengan daya tarikan semula jadinya.
Ads
Siapa tahu, dengan populariti yang semakin meningkat, mungkin suatu hari nanti Raja Azlan bakal melangkah lebih jauh sama ada dalam bidang akademik, kepimpinan mahupun menjadi ikon belia.
Ads
Apa yang pasti, wajah kacaknya sudah pun menambat hati ramai persis seorang bintang K-drama sebenar!
Umum mengetahui bekas personaliti televisyen popular Malaysia, Azrinaz Mazhar Hakim pernah bergelar suri kepada Sultan Brunei Darussalam, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah pada tahun 2005 sebelum bercerai pada tahun 2010.
Foto Via – Blog / NONA
Menerusi perkahwinan tersebut, pasangan diraja ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Wakeel yang lahir pada tahun 2006 dan Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah yang lahir dua tahun kemudian.
Sebelum ini, REMAJA pernah menyentuh mengenai perkembangan terbaru Pengiran Muda Abdul Wakeel. Malah, dek paras rupanya dirinya menjadi perhatian media di rantau ASEAN. Kini, giliran Puteri Ameerah Bolkiah pula untuk diperkatakan setelah usianya mencecah 13 tahun pada 28 Januari 2021.
Sumber Foto : Instagram @qudynaziz
Penampilan YTM Puteri Ameerah yang cantik dan manis berhijab baru-baru ini juga dikatakan mirip ibunya Azrinaz. Bukan itu sahaja, Puteri Ameerah semakin gemar memadankan busana dengan aksesori dan gaya hijab bersesuaian dengan acara yang dihadirinya.
Menariknya, tidak lama dahulu, KDYMM Seri Padukan Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga pernah memuji Puteri Ameerah menerusi foto yang dimuat naik oleh akaun Instagram rasmi Brunei Royal Family.
Sumber Foto : Instagram @karenthenmakeupSumber Foto : Instagram @karenthenmakeup
Sedikit fakta menarik mengenai Puteri Ameerah. Dia mendapat pendidikan awal di International School Brunei (ISB). Kini dia sedang melanjutkan pendidikan di Jerudong International School Brunei.
Selepas perceraian Azrinaz dan Sultan Brunei, ibunya tidak mendapat hak penjagaan ke atas Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Puteri Ameerah memandangkan mereka merupakan waris Sultan Brunei.
Sumber Foto : Instagram @qudynaziz
Selain Pengiran Muda Abdul Wakeel, Puteri Ameerah juga memiliki adinda tiri daripada perkahwinan kedua bondanya dengan Fairos Khan Abdul Hamid. Azrinaz selamat melahirkan cahaya mata ketiga yang diberi nama Areesya Malaykha dan seorang lagi cahaya mata perempuan pada 26 Mac tahun ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap manusia yang berhajat pastinya akan memohon doa kepada Maha Pencipta. Tak kira sama ada apa yang didoakannya itu untuk kebaikan di dunia mahu pun akhirat, pasti di antara kita mahu doanya di perkenan.
Allah memang sebaik-baik pencipta yang Maha Penyayang dan Pemurah kerana ada yang Allah perkenankan doa hambaNya lebih awal bukan kerana individu itu berulang kali memohon doa kepadaNya tetapi Dia lebih tahu masa yang terbaik untuk kita mendapatkan apa yang diminta.
Namun, ada juga doa yang dimohon bertahun-tahun masih belum dijawab oleh Allah. Tidak dinafikan pasti ada perasaan kecewa dan sedih tambah-tambah lagi apa yang paling dihajati tidak ditunaikan.
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui masa terbaik untuk menunaikan permintaan kita dan di sini REMAJA kongsikan satu kisah tentang mengapa doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah.
Ketika Ibrahim Bin Adham, seorang ahli sufi berada di tengah-tengah pasar Basrah dikerumuni oleh orang ramai.Antara mereka ada yang bertanya, “Mengapakah doa kami tidak dimakbulkan oleh Allah, sedangkan kami bermohon kepadaNya?”Ibrahim menjawab, “Kerana hati mereka buta disebabkan 10 perkara”
1. Doa daripada mereka yang mengaku mengenali Allah, tetapi ingkar akan segala perintahNya.
2. Mengasihi Rasulullah, tetapi tidak mengikuti sunahnya.
3. Sering membaca Al-Quran, tetapi tidak menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.
4. Langsung tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.
5. Memusuhi syaitan, tetapi langsung tidak menentangnya.
6. Mengakui kewujudan syurga di alam akhirat, tetapi tidak beramal untuk ke syurga.
7. Mengakui kewujudan neraka di alam akhirat, tetapi tidak cuba menjauhkan diri daripada masuk ke dalamnya.
8. Mengakui mati itu pasti, tetapi masih lalai melakukan kemaksiatan dan kejahatan.
9. Sibuk dengan keaiban orang lain, tetapi sering lupa dengan aib sendiri.
10. Mengebumikan mayat saudara Islam, tetapi tidak mengambil iktibar daripada kematian mereka.
Walaupun dalam situasi ekonomi negara yang tidak begitu baik disebabkan oleh pandemik COVID-19, namun ia bukan alasan untuk korang berputus asa mencari pekerjaan, lebih-lebih lagi kepada mereka yang telah diberhentikan kerja.
Dimana ada usaha, disitu ada kejayaan.
Percaya dengan pepatah tersebut, seorang anak muda berusia 24 tahun yang dikenali sebagai Farid Iqbal telah membuktikan bahawa dia mampu mendapatkan pekerjaan walaupun dalam situasi kegawatan ekonomi.
Paling penting, usaha!
Farid Iqbal telah pun menerima 8 panggilan interview pada Oktober lalu dan sekarang dia sudah pun bekerja sebagai Safety Officer di Hicom Teck See, Tanjung Malim.
Anak muda ini tidak lokek berkongsi rahsia dan dia turut memberikan tip kepada sesiapa yang belum mendapatkan pekerjaan. Threadnya di Twitter telah mendapat sebanyak 4.3 ribu retweets dan lebih 11 ribu tanda suka.
Gambar hiasan
Jom kita lihat apa rahsia yang dilakukan oleh pemuda ini.
1. Be aggressive
Kalau di iklan kerja tersebut ada nombor telefon HR, korang boleh terus contact atau Whatsapp untuk dapatkan direct feedback. Peluang lagi tinggi daripada hantar email sebab bayangkan ada 300 email HR nak buka satu persatu. Tapi, kalau di iklan tersebut ada mention jangan call, korang janganlah call nanti menganggu mereka pula.
2. Cara hantar email
Pastikan bila korang hantar email, pada subject email tersebut tulis “Job application as Junior Engineer”. Jangan tinggal kosong. Hantar email pada waktu yang sesuai, jam bekerja antara 8 pagi hingga 5 petang.
Pastikan bila korang attach resume dekat email dalam bentuk pdf dan bukannya Word. Namakan resume sekali dengan nama korang, contohnya Resume- Farid Iqbal.pdf
3. Join grup kerja kosong di FB dan telegram
4. Drop resume dekat company
Biasanya drop dekat guard, nanti guard akan berikan kepada HR. kalau ada kosong, HR akan call. Alhamdulillah, hasil daripada drop resume di kilang-kilang, Farid telah menerima beberapa panggilan interview
5. Create account linkedIn
LinkedIn merupakan media sosial yang sama fungsi seperti FB. Disini, kitab oleh meningkatkan connection. Contohnya jika korang minat environment dan safety, jadi korang boleh add orang dari bidang environment, safety dan HR.
Jadi bila ada vacancy, mereka akan share di wall mereka. Selain itu, korang juga boleh belajar banyak perkara sebab mereka juga akan share pengalaman dan ilmu yang mereka ada.
Pastikan akaun LinkedIn korang full star sebab lagi tinggi profile view. Nak dapat full star, kena completekan task yang diberi
6. Polish your resume
Resume boleh nak lawa atau simple tapi pastikan ada content. Resume biasanya 1-2 pages, CV nak lebih 4 pages pun okay. Jangan letak perkara tak penting di resume seperti hobi, alamat rumah, terlalu banyak teks dan font tidak sesuai.
Di resume, jangan lupa letak elevator pitch/introduction, tiga atau empat ayat ringkas tapi memberi kesan. Resume paling atas, isi perkara yang memberi great impression terhadap diri korang and berikut antara contoh korang nak bahagikan space resume.
7. Get competency/professional cert.
Ada yang berbayar, ada yang percuma. Sekarang banyak kursus percuma yang ditaja kerajaan terutamanya untuk fresh graduate. Baru-baru ini, Farid juga telah menyertai kursus safety di Pahang Skills selama 4 bulan secara percuma, kos RM12,000 lebih yang ditanggung kerajaan.
Setiap negeri ada training centre masing-masing kecuali negeri Kelantan dan Perlis. Terengganu ada Tati, Tesdec, Johor ada Johor Skills. Layari laman web mereka, lihat kursus percuma apa yang ditawarkan. Antara kursus percuma adalah seperti berikut:
– Safety and Health Officer (SHO)
– PLC
– Fiber Optic
8. Be creative
Korang pernah dengar video resume? Dalam video tersebut brief about yourself. Company akan lihat effort korang dan tunjukkan soft skills disamping jual points kepada company tersebut.
Apa-apa pun good luck untuk korang yang sedang mencari kerja dan jangan pernah putus asa. Nak cari kerja ni memang penat tapi kalau nak berjaya ada 1001 cara.
Betul tak?
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akhirnya terjawab! Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac 2026bersamaan 1 Syawal 1447H.
Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Penyimpan...