Walaupun sudah mencecah umur 50 tahun, namun gaya penampilan pelakon ini tidak pernah menghampakan peminat. Sentiasa menyerlah, kemas rapi dan anggun menawan.
Beliau yang kini sudah hampir 10 tahun bergelar isteri kepada pelakon dan model, Zain Saidin juga amat menitikberatkan penampilan setiap ahli keluarga tersayang. Lihat sahajalah setiap kali keluarga bahagia ini keluar bercuti pasti bergambar dengan outfit yang matching dan letops!
Maka tidak hairanlah apabila koleksi gambar raya keluarga bintang kelahiran Alor Setar ini tular di laman media sosial baru-baru ini.
Tampil dengan tema warna berlainan dari hari raya pertama hinggalah kelima, netizen nyata terpaku dan kagum dengan kualiti ‘photoshoot’ raya tersebut.
Ads
“Che Ta dan keluarga of course paling meletup tiap raya,” ujar seorang pengguna.
“Kalah keluarga Kim Kardashian,” seloroh pengguna lain.
Ads
“Nombor syatu!” komen Mira Filzah.
Namun yang paling mencuri perhatian sekali ialah anak bongsunya, Aisyah Dhia Rana, yang saling tak tumpah seperti anak patung dek kerana kecantikan rupa parasnya meskipun baru berusia 8 tahun.
Kecantikan anak perempuan pelakon itu turut menyebabkan warganet menyamakan rupa parasnya seperti watak Renesmee dalam siri filem Twilight.
“Macam kena edit CGI betul! Ala-ala Renesmee anak Edward,” ujar pengguna Twitter.
Ads
“Cantik betul macam anak patung lah Aisyah ni!” komen pengguna lain.
Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi kan? Apa-apa pun keluarga Che Ta setiap kali bergambar memang akan mencuri perhatian warganet. Salute!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Perkara yang paling merisaukan perempuan bila bersukan adalah kalau pakaian yang dikenakan tidak sesuai dengan aktiviti. Boleh potong mood nak bersenam tau.
Namun begitu, kebanyakkan yang melakukan aktiviti bersukan terutamanya workout di gimnasiumini memilih baju sukan yang agak menjolok mata dan mengenakan jersi ketat.
Pernah menimbulkan perbalahan netizen mengenai aurat wanita terutamanya wanita bertudung, isu tersebut agak sensitif memandangkan ia dilihat kurang manis kerana tidak sesuai dengan penampilan.
Pergi gym pakai dress
Walau bagaimanapun, penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul Aina Abdul telah mematahkan stereotaip itu dengan hadir ke gimnasium dengan memakai dress labuh serta tidak ketat sama sekali.
Rileks dan bersahaja, Aina mampu sahaja mengangkat dumbbells dan bersenam seperti biasa tanpa perlu menggayakan baju sukan yang ketat ataupun mendedahkan bentuk fizikalnya.
Posting tersebut juga disertakan dengan kapsyen mengatakan yang dia hadir ke gimnasium selepas bekerja dan terserempak dengan penyanyi lelaki, Syamel yangg turut berada di sana.
Perkongsian video di Intagram penyanyi itu telah mendapat pelbagai maklum balas positif daripada rakan selebriti dan juga warganet. Rata-rata memuji penampilan Aina yang masih lagi menjaga penampilan walaupun sedang bersenam.
Foto Via Instagram Aina Abdul
Tidak dinafikan Aina memang sering tampil dengan gaya unik yang pastinya mencuri mata peminat. Apa-apa pun penampilan Aina di Gym ini memang cool dan patut dipuji!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekitar pertengahan tahun ini, pempengaruh yang juga merupakan adik kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan telahpun mengambil keputusan memadamkan akaun Instagram secara sementara.
Tindakan Ameera yang lebih mesra dengan nama jolokan ‘Little Miss Khan’ itu lantas menimbulkan pertanyaan pelbagai pihak terutamanya 1.4 juta pengikutnya di Instagram.
Ada yang mendakwa Ameera telah membawa diri ke Dubai, UAE sebagai pempengaruh di sana. Ada juga yang menyatakan ‘kehilangan’ Ameera selama hampir enam bulan itu adalah disebabkan tekanan akibat kata-kata warganet mengenai imejnya.
Namun kini bersempena hari kelahiran ke-22, Ameera telahpun kembali menyuakan diri menerusi dua hantaran Instagram baharu dan selebihnya menerusi perkongsian Instagram Story.
Buat Ameera, hari lahir kali ini bukan sahaja istimewa dek kerana angka usia 22 tahunnya yang selari dengan tahun 2022. Malah kegembiraan Ameera itu melipat kali ganda apabila diberi kesempatan berkunjung ke kota suci Mekah & Madinah bagi mengerjakan ibadah Umrah bersama ibunya, Datin Noor Kartini.
“Ya Rabb, terimalah segala doa-doa yang dipinta ibuku dan berikanlah beliau kegembiraan sebagaimana beliau menggembirakanku. Aku berdoa agar dapat kembali ke sini beberapa kali setahun bersama ibu,” catat Ameera.
Dalam hantaran berasingan, Ameera yang juga menyambut hari kelahirannya di Dubai UAE menzahirkan kota canggih itu sebagai kota kegemarannya di seluruh dunia.
“No other city can top this for me. I’m always tired but never of you,” tambahnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malang tidak berbau buat pasangan suami isteri, Kamal Adli dan Uqasha Senrose…
Semalam, Uqasha Senrose memaklumkan suaminya yang juga aktor, Kamal Adli perlu ditidurkan bagi menjalani pembedahan selepas cedera parah diserang individu tidak dikenali dalam satu kejadian di Singapura, sebentar tadi.
Uqasha memberitahu, Kamal mengalami pendarahan teruk berpunca daripada lubang besar di bahagian dalam kepalanya selepas dipukul bertubi-tubi menggunakan cota.
“Suami saya, Kamal Adli ditidurkan untuk pembedahan major. Koyak berlubang sangat dalam di kepala,” kongsi pelakon itu di Instagramnya.
Terdahulu, Kamal diserang individu tidak dikenali ketika sedang bergambar bersama peminat di sebuah acara ekspo di Singapura.
Kejadian mengejutkan itu berlaku secara tiba-tiba dan penjenayah tersebut sudah diberkas selepas orang ramai menahan individu tersebut. Kongsi pelakon itu kepada Utusan Malaysia, Kamal dipukul di bahagian kepala dan pili berkali kali dan penjenayah tersebut turut mengugut untuk mencederakan pelakon itu serta adik-beradiknya.
Terbaru, melalui instastory Uqasha memberitahu secara ringkas suaminya, Kamal Adli telah sedar dan masih dalam keadaan mamai. Malah, Uqasha turut meminta mendoakan keselamatan mereka.
Moga Kamal Adli dan Uqasha tabah menerima dugaan ini. Get well soon Kamal Adli!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah tular kebakaran rumah di Gerik menarik perhatian apabila duit raya RM30 terselamat dalam beg Christy Ng, mencetuskan reaksi netizen dan jenama itu sendiri.