Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul yang sering kali membuat penampilan ‘lain daripada yang lain’ ketika membuat persembahan. Boleh dikatakan apa sahaja yang digayakan oleh selebriti ini pastinya berjaya menarik perhatian orang ramai.
Terbaharu, Aina melancarkan muzik video lagu raya yang berjudul Gema Raya. Dalam video tersebut, Aina muncul dengan beberapa gaya busana unik berkonsepkan ketupat dan duit raya. Selain lagunya yang catchy, penampilan Aina turut mendapat perhatian netizen dengan berseloroh memberi komen terhadap gaya busananya itu.
Walau bagaimanapun, masih ramai peminat yang memuji lagu raya baharu penyanyi ini dan menyifatkan Aina Abdul antara penyanyi yang sangat kreatif dan berbakat besar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Di awal usia 20-an, rata-rata daripada remaja hari ini masih sibuk menghabiskan masa di kolej demi menggenggam segulung ijazah.
Namun begitu, ada juga yang rezekinya sampai awal untuk berkahwin dan melahirkan anak. Menjadi seorang ibu muda bukanlah satu perkara yang perlu dipandang remeh kerana ada segelintir masyarakat melabelkan anak muda yang sudah mempunyai anak ini tidak mempunyai kerjaya dan masa depan yang baik.
Nah, abaikan setiap kata-kata negatif ini kerana sebenarnya ada banyak kelebihan apabila korang bergelar ibu muda.
1. Energy masih kuat
Kredit foto: Instagram Erin Malek
Ingat nak melayan karenah anak tu tak perlukan energy ke? Budak-budak kalau bermain, habis satu padang dia lari. Jadi bila muda-muda ni dah ada anak, senanglah nak kejar mereka sebab tenaga masih kuat dan masih fit lagi. Untung kan?
2. Lebih memahami
Kredit foto: Instagram Sharifah Sakinah
Waktu anak mula menginjak usia remaja, korang boleh hang out together dan menjadi lebih akrab kerana lebih memahami apa yang mereka mahu kan. Maklum saja, time tu pun korang masih dikategorikan sebagai ‘jiwa muda’. Sudah tentu banyak aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama.
3. Proses kehamilan yang mudah
Kredit foto: Instagram Fatin Afeefa
Mungkin saja korang bakal menempuh proses kehamilan dengan mudah kerana di saat itu, tubuh badan masih kuat dan akan menjalani tempoh kandungan selama 9 bulan dengan penuh rasa excited dan bertenaga.
Nak shopping barang baby berjam-jam pun tak ada hal la bro!
4. Anak korang ada ramai aunts & uncles
Kredit foto: Instagram Datin Paduka Eina Azman
Time ni paling best bila kawan-kawan ramai yang belum berumah tangga, jadi anak-anak korang je la yang ada. So, bila waktu hari raya apa lagi, pau la angpau banyak-banyak daripada aunts dan uncles mereka. Korang pun boleh tumpang bahagia bila. Haha!
5. Macam adik-beradik
Kredit foto: Instagram Diana Danielle
Mesti syok kan kalau orang kata kita dan anak-anak macam kakak dan adik? Ha, benda ni memang dah selalu terjadi sebab kebanyakan ibu muda memang lebih terbuka dan sporting sehingga kan ada yang tak sangka mereka sudah berumah tangga.
6. Lebih semangat capai impian
Kredit foto: Instagram Elyana
Mempunyai anak di usia muda membuatkan korang lebih bersemangat untuk mencapai segala impian. Korang akan berazam untuk menjadi ibu terbaik dan memberikan pendidikan serta keperluan yang lengkap buat mereka.
7. Bersyukur dengan nikmat Tuhan
Kredit foto: Instagram Wawa Zainal
Di usia 20-an korang dah sibuk menguruskan anak kecil, malah banyak masa yang telah dikorbankan semata-mata untuk menjaga anugerah terindah yang diberikan ini. Secara tak langsung, timbul rasa syukur dengan segala kehidupan yang hampir lengkap.
Ada yang sudah kahwin berpuluh-puluh tahun tetapi masih tidak dikurniakan zuriat. Oleh sebab itu korang kena bersyukur jika diberikan rezeki anak lebih awal.
Ibu muda ni juga selalu dijadikan role model oleh gadis-gadis yang masih bujang kerana semua wanita pun mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia. Melihat telatah mereka bersama anak dan suami, pasti buat ramai yang cemburu kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penangan muzik K-Pop memang tidak boleh disangkal lagi apabila kali ini kumpulan anak muda dari Korea, BTS pula berjaya mencipta sejarah kerana lagu terbaru mereka berjudul Dynamite mencatatkan jumlah tontonan tertinggi dalam masa 24 jam.
Lagu Dynamite merupakan single Inggeris daripada kumpulan BTS yang dilancarkan pada 21 Ogos 2020 pada jam 1 petang waktu Korea, sekali gus dengan muzik video.
Pada 23 Ogos, YouTube mendedahkan muzik video Dynamite telah memperoleh sebanyak 101.1 juta tontonan dalam tempoh 24 jam sejak dilancarkan, secara tidak langsung memecahkan rekod yang dipegang Blackpink menerusi lagu How You Like That yang mencapai 86.3 juta tontonan.
Kiraan tontonan rasmi YouTube sering kali berbeza dengan jumlah sebenar real time. Berdasarkan perkiraan rasmi YouTube, ternyata tontonan muzik video Dynamite mencapai jumlah yang lebih tinggi daripada jumlah tontonan 98.3 juta yang dilihat pada laman web dalam masa 24 jam.
Walaupun dilaporkan bahawa Dynamite mencatatkan tontonan tayangan perdana YouTube yang paling tinggi dalam sejarah, YouTube kini telah pun mengesahkan fakta ini dan mendedahkan bahawa muzik video ini mempunyai lebih daripada 3 juta penonton secara langsung dalam satu ketika. Rekod sebelumnya dipegang oleh video muzik How You Like That daripada Blacpink, yang mempunyai sebanyak 1.66 juta penonton serentak.
Jika korang masih ingat sekitar enam tahun lalu, syarikat bernama MyTeksi telah dijenamakan semula menjadi Grab. Kini selepas beroperasi dengan cemerlang dan dipercayai oleh pengguna perkhidmatan mereka, Grab membuktikan syarikat Asia Tenggara mampu bersaing dengan syarikat global.
Buktinya, Grab telah membeli syarikat Uber Technologies Inc bagi seluruh rantau Asia Tenggara.
Berita tersebut sememangnya dinanti-nantikan masyarakat seluruh dunia setelah khabar angin kencang bertiup mengatakan Uber bakal dijual. Berdasarkan perjanjian yang dilakukan oleh mereka semalam, Uber akan memegang saham sekitar 25 ke 30 peratus dan selebihnya akan dipegang oleh Grab.
Untuk pengetahuan korang, ini bukanlah kali pertama Uber bertindak untuk menjual saham kepada syarikat pesaing. Sebelum ini, Uber China juga menjual majoriti saham mereka kepada syarikat perkhidmatan kenderaan awam Didi Chuxing selepas ia gagal beroperasi di beberapa bandar di China.
Di Rusia juga, Uber menjual saham syarikat kepada Yandex.
Bukan bermaksud Uber semakin tak relevan dan rugi. Ini hanyalah satu strategi bagi memastikan mereka juga turut mengaut keuntungan daripada kolaborasi tersebut. Yang hilang hanyalah visibiliti perkataan Uber, namu keuntungan masih masuk di atas nama mereka berdasarkan peratus saham syarikat.
Buat masa ini, masih tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh Uber mahupun Grab mengenai nasib pemandu Uber selepas syarikat itu berada di bawah kendalian Grab.
Begitu juga dengan nasib pemandu UberEats walaupun ada yang mengeluarkan spekulasi, kononnya pemandu UberEats akan ditempatkan di bawah cabang GrabFood.
GrabFood akan diperluaskan ke semua negara Asia Tenggara sebelum pertengahan tahun ini. Manakala, aplikasi GrabPay mobile wallet juga boleh didapati di kebanyakan negara rantau ini pada akhir tahun ini.
GrabPay Mobile Wallet memudahkan pembayaran ala pre paid.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!