Pertunjukan “WINDS UNBOUND” tampilkan 80 rekaan, barisan selebriti dan pentas peragaan unik di pesisir pantai Shishi

Mac Chew Bawa Sentuhan Malaysia Ke Pentas Fesyen Antarabangsa CABBEEN Di China

Nama komposer dan penggubah muzik Malaysia, Mac Chew, mencuri perhatian apabila terlibat dalam pertunjukan fesyen antarabangsa CABBEEN menerusi acara “WINDS UNBOUND” yang berlangsung di Hanjian Daxia Bay, Shishi, Quanzhou, China.

Lebih istimewa, penglibatan Mac Chew dalam pertunjukan sempena Quanzhou Fashion Week (Autumn/Winter) 2026 itu turut menghubungkan elemen muzik tradisional Fujian dengan sentuhan bunyi Asia moden.

Menerusi acara yang berlangsung pada 20 September lalu, CABBEEN memperkenalkan koleksi terbaharu mereka, “THE NEW CODE”, yang menampilkan sebanyak 80 rekaan dengan inspirasi daripada pelbagai elemen budaya dan gaya fesyen kontemporari.

Mac Chew Bawa Sentuhan Malaysia Ke Pentas Fesyen Antarabangsa CABBEEN Di China

Pentas Peragaan Di Tepi Laut

Berbeza daripada pertunjukan fesyen biasa, CABBEEN memilih pesisir pantai Shishi sebagai lokasi utama, sekali gus menjadikan alam semula jadi sebahagian daripada pengalaman pertunjukan.

Dengan latar batuan, langit terbuka, angin laut dan perubahan air pasang, pentas peragaan tersebut tampil cukup dramatik selain mencerminkan hubungan CABBEEN dengan akar budaya Fujian Selatan.

Konsep itu turut memberikan kelainan apabila perjalanan pertunjukan tidak sepenuhnya bergantung kepada perkara yang boleh dirancang.

Perubahan air pasang, arah angin laut serta matahari terbenam menjadi antara elemen semula jadi yang tidak dapat dikawal, namun pada masa sama menjadikan setiap pergerakan model dan rekaan lebih hidup.

Ads

Mac Chew Bawa Sentuhan Malaysia Ke Pentas Fesyen Antarabangsa CABBEEN Di China

Koleksi “THE NEW CODE”

Menerusi koleksi “THE NEW CODE”, CABBEEN mengetengahkan pelbagai gaya termasuk inspirasi ketenteraan, elemen Tahun Baharu Cina, denim lusuh, gaya urban, quiet luxury dan streetwear.

Elemen tradisional Cina dan inspirasi Minnan turut diberi nafas baharu menerusi potongan, warna, jahitan serta perincian moden.

Bagi CABBEEN, laut turut membawa simbol penting kerana mewakili akar umbi jenama itu serta hubungannya dengan dunia luar.

“Satu sisi adalah rumah, manakala satu lagi adalah dunia. Apa yang terus menghubungkan kedua-duanya ialah laut ini,” kata Encik Cabbeen.

Mac Chew Bawa Sentuhan Malaysia Ke Pentas Fesyen Antarabangsa CABBEEN Di China

Mac Chew Terlibat Dalam Interpretasi Lagu Klasik Minnan

Dalam pada itu, penglibatan Mac Chew menjadi antara perkara menarik dalam pertunjukan berkenaan apabila beliau terlibat dalam interpretasi muzik baharu bagi lagu klasik Minnan, “The World’s Number One.”

Ads

Susunan muzik tersebut menggabungkan instrumen kontemporari bersama bunyi khas seruling buluh, menghasilkan karya yang menghubungkan warisan tradisional Fujian dengan bunyi muzik Asia moden.

Produksi muzik itu turut menampilkan pemuzik bertaraf Grammy, Matt Sim, manakala penyanyi dan penulis lagu Hong Kong, Pang Hai Tong, bertindak sebagai penerbit.

Mac Chew Bawa Sentuhan Malaysia Ke Pentas Fesyen Antarabangsa CABBEEN Di China

Selebriti China Turut Hadir

Bukan sahaja sarat dengan elemen fesyen dan muzik, pertunjukan “WINDS UNBOUND” turut dimeriahkan dengan kehadiran sejumlah selebriti serta personaliti terkenal dari dunia hiburan dan fesyen.

Antara yang hadir termasuk Wang Qian Yuan, Lil Ghost, Kelly Yu, Jacky Heung, Beibi Gong, Li Wen Han, Edmond Leung, Ma Su dan Alex To.

Acara dimulakan dengan kemunculan barisan selebriti di permaidani kuning sebelum diteruskan dengan persembahan 80 rekaan daripada koleksi terbaharu CABBEEN.

Ads

Mac Chew Bawa Sentuhan Malaysia Ke Pentas Fesyen Antarabangsa CABBEEN Di China

Menuju 30 Tahun CABBEEN

Pertunjukan tersebut turut hadir pada waktu penting buat CABBEEN apabila jenama itu bakal menyambut ulang tahun ke-30 pada 2027.

Kembalinya CABBEEN ke pesisir pantai Shishi untuk tahun ketiga berturut-turut memperlihatkan usaha jenama berkenaan untuk terus mengekalkan hubungan dengan akar umbi, sambil mengembangkan identiti fesyen ke peringkat lebih luas.

Melalui tema “WINDS UNBOUND”, CABBEEN membawa mesej untuk terus bergerak ke hadapan, meneroka kemungkinan baharu dan pada masa sama tidak melupakan tempat asal perjalanan mereka bermula.

Mac Chew Bawa Sentuhan Malaysia Ke Pentas Fesyen Antarabangsa CABBEEN Di China

Acara kemudian ditutup dengan persembahan “The World’s Number One” yang turut disertai Encik Cabbeen di pentas peragaan, menyatukan fesyen, muzik, budaya dan komuniti dalam satu persembahan.

Bagi CABBEEN, “WINDS UNBOUND” bukan sekadar pertunjukan fesyen, sebaliknya menjadi ruang untuk meraikan asal-usul, hala tuju serta individu dan suara kreatif yang terus membentuk perjalanan jenama tersebut.

Mac Chew Bawa Sentuhan Malaysia Ke Pentas Fesyen Antarabangsa CABBEEN Di China

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads