
Isu yang sedang hangat diperkatakan di media sosial membabitkan Datuk Seri Vida (DSV) akhirnya mendapat penjelasan daripada anaknya sendiri, Cik B. Situasi ini menjadi perhatian ramai selepas video tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dan salah faham dalam kalangan netizen.
Pempengaruh itu tampil bersuara selepas tular satu video memperlihatkan ibunya berbual bersama Linda Jasmine dalam sebuah acara Talk To My Manager (TTMM).
Dalam rakaman video tersebut, DSV dilihat memuji pelakon Que Haidar berdasarkan pengalaman mereka bekerja bersama di Singapura suatu ketika dahulu.
Menurut DSV, Que merupakan seorang yang baik hati walaupun pada awalnya kelihatan agak sombong. Kenyataan tersebut disampaikan secara santai tanpa sebarang niat untuk menyinggung mana-mana pihak.
Reaksi Linda pula dilihat tenang, sekadar mengangguk dan melemparkan senyuman sepanjang perbualan itu. Suasana menjadi lebih santai apabila anaknya, Ratu, turut hadir menyapa DSV dalam momen tersebut.
Salah Faham Terjadi Akibat Isu Semasa
View on Threads
Namun begitu, apa yang mencetuskan perhatian netizen adalah konteks perbualan dalam video DSV tentang Que Haidar yang dianggap tidak kena dengan isu semasa yang sedang hangat diperkatakan di platform Threads.
Ramai netizen mengaitkan kenyataan tersebut dengan isu tertentu yang sedang trending, walhal perbualan itu sebenarnya tidak mempunyai kaitan langsung dengan situasi semasa.
Perkara ini menyebabkan timbul pelbagai spekulasi serta salah faham apabila video tersebut ditonton tanpa memahami konteks sebenar perbualan.
Menjelaskan keadaan sebenar, Cik B menerusi satu perkongsian tampil memohon maaf kepada orang ramai dan meminta agar situasi itu tidak disalah tafsir.
“Sorry guys mak saya tak tahu issue semasa sebab dia takde Threads,” jelasnya ringkas.
Menurut Cik B, ibunya memang tidak mengikuti perkembangan isu semasa di platform tersebut. Hal ini menyebabkan perbualan dalam video itu dilihat seperti ‘out of context’, walaupun sebenarnya ia hanyalah perbualan biasa.
Penjelasan tersebut sedikit sebanyak berjaya meredakan kekeliruan. Ramai netizen mula memahami bahawa apa yang berlaku bukanlah disengajakan, sebaliknya berpunca daripada kekurangan maklumat mengenai isu semasa.
Ada juga yang menyatakan bahawa situasi seperti ini sering berlaku di media sosial, di mana sesuatu kandungan mudah disalah tafsir apabila tidak dilihat dalam konteks penuh.
Malah, terdapat juga segelintir netizen yang terhibur dengan gelagat spontan DSV dalam video tersebut, menganggap ia sebagai momen santai yang tidak sepatutnya diperbesarkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
















