Selepas berdepan kekecewaan dalam saingan keirin dan pecut, sensasi remaja berbasikal trek negara, Sawda Hasbullah membuktikan semangat juangnya masih utuh apabila berjaya menebus kehampaan dengan meraih emas bagi acara satu kilometer (km) ujian masa kategori remaja wanita di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) yang berlangsung di Velodrom Tagaytay, Filipina, baru-baru ini.
Lebih manis, kemenangan itu bukan sekadar emas biasa apabila Sawda turut memecahkan rekod Asia miliknya sendiri dengan catatan masa 1 minit 09.604 saat (s).
Bangkit Selepas Kekecewaan
Kegagalan dalam acara keirin dan pecut sebelum ini jelas tidak mematahkan semangat pelumba berusia 18 tahun itu. Sebaliknya, ia menjadi pembakar semangat buat Sawda untuk tampil lebih kuat dalam acara seterusnya.
Aksi bertenaga yang dipamerkan membuktikan dia bukan mudah mengalah, malah memiliki mentaliti juara yang diperlukan untuk terus bersaing di pentas antarabangsa.
Perbaharui Rekod Asia Milik Sendiri
Sawda bukan sahaja mempertahankan emas yang dimenanginya tahun lalu di Velodrom Nasional, Nilai, malah berjaya memperbaharui rekod Asia miliknya sendiri.
Ads
Rekod lama yang dilakukannya pada Februari 2025 adalah 1:10.818s, yang ketika itu turut diiktiraf sebagai rekod remaja dunia sebelum dipecahkan oleh pelumba Britain, Erin Boothman pada Julai di Kejohanan Berbasikal Eropah.
Kali ini, Sawda tampil lebih pantas dengan catatan 1:09.604s, ia satu pencapaian yang cukup membanggakan.
Ads
Saingan Sengit Dari Korea Selatan & India
Dalam perlumbaan tersebut, pingat perak dimenangi oleh Lee Hyun Ji dari Korea Selatan dengan masa 1:10.640s, manakala gangsa menjadi milik pelumba India, S Thabitha yang mencatat 1:12.613s.
Buktikan Status Pelapis Sensasi Negara
Walaupun hanya membawa pulang satu emas berbanding dua emas pada edisi lalu, pencapaian Sawda tetap membuktikan dirinya sebagai pelapis sensasi yang mampu menggalas cabaran menggantikan barisan pelumba senior negara.
Pada kejohanan kali ini juga, dia turut menyumbang pingat gangsa dalam acara pecut berpasukan remaja wanita bersama Nur Umairah Qhaisara Zulfikha Razak dan Davia Evriel Eriana Azif selepas mencatat masa 52.835s.
Ads
Tambahan Gangsa Dalam Acara Berpasukan
Dalam acara pecut berpasukan itu, pingat emas dimenangi trio Korea Selatan yang dibarisi Kang Yun Chae, Hyun Ji dan Park Hye Rin dengan masa 50.076s, manakala perak menjadi milik pasukan India terdiri daripada Namita Violet, Aabha Soman dan Thabitha (52.817s).
Apa yang dipamerkan oleh Sawda Hasbullah di pentas Asia ini jelas memberi bayangan bahawa masa depan sukan berbasikal trek negara berada di landasan yang tepat.
Dengan semangat juang tinggi dan prestasi yang semakin meningkat, tidak mustahil nama Sawda akan terus bersinar, bukan sahaja di Asia malah di pentas dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
The Korea Superconducting Tokamak Advanced Research (KSTAR), sebuah peranti pelengkap superkonduktor yang juga dikenali sebagai matahari buatan Korea, telah pun mencatat rekod dunia kerana berjaya mengekalkan plasma suhu tinggi selama 20 saat dengan suhu ion lebih dari 100 juta darjah Celsius.
Menurut phys.org, pada 24 November lalu, Korea Institute of Fusion Energy (KFE) telah pun mengumumkan bahawa penyelidikan bersama Seoul National University (SNU) dan Columbia University of the United States berjaya dalam operasi plasma secara berterusan selama 20 saat dengan suhu 100 juta Celsius, yang merupakan salah satu syarat utama peleburan nuclear dalam KSTAR Plasma 2020.
Foto: phys.org
Ia adalah satu pencapaian terbaik kerana ia adalah kali pertama pernah mengaktifkan matahari buatan mereka selama lebih dari 10 saat. Hal ini dapat dilakukan kerana KFE telah berjaya memperbaiki rekaan mod Internal Transport Barrier, iaitu yang boleh mengekalkan keadaan plasma untuk masa yang lebih lama.
KFE turut menjangkakan mereka boleh mengekalkan pengaktifan matahari buatan ini selama 300 saat pada suhu melangkaui 100 juta darjah Celsius menjelang tahun 2025 nanti.
Institusi mereka juga akan menjalankan lebih banyak eksperimen dengan organisasi-organisasi yang lain, dimana hasil yang didapati daripada eksperimen ini akan dikongsi di acara IAEA Fusion Energy Conference pada bulan Mei 2021.
Walau bagaimanapun, sebagai umat Islam kita perlu percaya bahawa kuasa manusia tidak boleh disamakan dengan yang Maha Pencipta. Tidak kiralah sehebat mana pun ciptaan manusia itu, ia sama sekali tidak dapat menyaingi dengan kuasa Allah SWT. Wallahualam!
Setelah hampir tiga bulan setengah kawasan Lembah Klang berada dalam fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN), akhirnya penduduk di sini dapat merasai sedikit kebebasan apabila ia diumumkan akan beralih ke fasa dua bermula esok, 10 September 2021.
Berita melegakan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membabitkan negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan ia telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 semalam.
Lalu, peralihan fasa ini juga membolehkan beberapa kelonggaran dinikmati oleh penduduk Lembah Klang. Tapi usah dilupakan juga, mereka masih terikat dengan beberapa peraturan berlandaskan prosedur operasi standard (SOP) yang harus dipatuhi setiap masa.
Kelonggaran paling utama bagi REMAJA tentulah kebenaran untuk merentas daerah kepada individu yang sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksinasi COVID-19.
Manakala bagi pasangan suami isteri jarak jauhyang telah melengkapkan dos pula, mereka kini dibenarkan untuk merentas negeri. Kelonggaran yang sama juga diberikan kepada ibu bapa yang ingin melawati anakmereka di bawah usia 18 tahun yang berada di negeri berlainan.
Memandangkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama iaitu di bawah Lembah Klang, maka pergerakan antara tiga buah negeri ini adalah dibenarkan tanpa adanya sekatan jalan raya lagi.
Satu lagi kelonggaran yang REMAJA pasti akan disukai ramai adalah kebenaran untuk rakyat menginap di hoteldan rumah inap desa (homestay) dalam negeri yang sama bagi individu yang lengkap dos vaksin. Ini sekaligus bukan saja membolehkan industri pelancongan kembali bernafas, malah rakyat secara amnya juga boleh turut sama ‘bernafas’ untuk menginap di mana-mana premis bagi merelakskan minda masing-masing walaupun untuk sementara waktu.
Selain itu, beberapa kelonggaran lain seperti makan di premis untuk pelanggan yang lengkap dos vaksin diteruskan. Aktiviti kedai gunting, pendandan rambut dan salon kecantikan kini dibenarkan beroperasi.
Perniagaan lain kedai bunga, nurseri, kedai peralatan outdoordan galeri perumahan juga boleh beroperasi bermula 10 September ini.
Bagaimanapun, operasi gimnasium masih belum dibenarkan. Hanya aktiviti sukan terbukadan tertutup(contohnya gelanggang badminton) dibenarkan beroperasi secara temu janji dan mengikut SOP, of course.
Sabarlah ya abang-abang sado. Hehe..
Peralihan ke fasa dua dan kelonggaran tambahan yang diberikan ini adalah setelah status vaksinasi populasi dewasa di Lembah Klang telahpun mencapai lebih daripada 80 peratus. Bukan hanya Lembah Klang saja yang akan diberikan kelonggaran tersebut. Negeri-negeri lain yang telah mencapai lebih 80 peratus status vaksinasi populasi dewasa juga akan menerimanya.
Setakat ini, hanya negeri Johor dan Kedah saja yang masih dikategorikan sebagai negeri Fasa Satu. Keterangan lanjut mengenai SOP akan dikemas kini oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kementerian berkaitan dalam waktu terdekat. Yang penting, kita kena teruskan amalan kendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Personaliti media sosial, Sofyank merancang untuk membuka syarikat produksi sendiri yang menumpukan sepenuhnya kepada teknik kesan visual khas (VFX).
Berkata kepada Remaja, ketika ini dia sedang mencari individu yang mempunyai kemahiran yang sama di dalam bidang kesan khas visual.
“Buat masa sekarang ini saya sedang mencari individu yang boleh buat apa yang saya buat, maksudnya di dalam bidang VFX ini. Saya juga sudah menghubungi beberapa orang,” katanya.
Dalam pada itu, bapa kepada seorang cahaya mata itu itu memaklumkan untuk membuka syarikat produksi ianya akan menelan kos yang tinggi. Justeru, ketika ini dia masih di dalam fasa untuk mengukuhkan kewangan.
“Apabila sudah tiba masa dan mempunyai bajet yang mencukupi saya akan buka syarikat produksi. Saya akan perlahan-lahan buka syarikat tersebut tapi saya tak akan buka syarikat yang besar.
“Mungkin akan mulakan dengan konten yang lebih berkualiti daripada yang sebelum ini. Kemudian hasilkan filem pendek dan barulah ke produksi yang lebih besar,” ujarnya.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu turut memberitahu bahawa dia ada menghubungi beberapa orang individu untuk membincangkan tentang hasratnya selain dia juga terbuka untuk menerima sebarang tajaan bagi menghasilkan karyanya.
Namun, dia akan menilai terlebih dahulu mana-mana pihak yang ingin menjalinkan kerjasama bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.
“Untuk menghasilkan filem yang besar, kami terbuka untuk menerima penaja kerana ia akan menggunakan kos yang tinggi,” tuturnya lagi.
Sekadar info, Sofyank tercalon dalam kategori Creator of the Year di TikTok Awards 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Sofyank
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
BTS Guinness World Records ICONS mencipta sejarah sebagai artis Asia dalam senarai ICONS Guinness World Records dengan pencapaian global, rekod muzik dan pengaruh budaya yang luar biasa.