Sudah lama tidak dengar perkhabaran anak seni seorang ini, agak lama wajahnya tidak mewarnai layar skrin tempatan. Sudah pastinya para peminat merindui penglibatan figura ini dalam dunia hiburan tanah air.
Bagi yang mengenali Datin Seri Zizie Izette, tentu sudah terbayang lakonan hebatnya dalam memegang pelbagai karakter menerusi naskhah tempatan pada ketika dahulu.
Terbaharu, penampilan isteri kepada ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mukhtar Radin ini menerusi foto yang dimuat naik jurusolek terkenal, Datin Saidatulnisa Aminuddin di platfrom Instagram telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian tersebut, Saidatulnisa memuji kecantikan selepas mendapat sentuhan solekan daripadanya. Tidak dinafikan, penampilan pelakon berusia 45 tahun itu sangat anggun dan jelita dengan menggayakan busana rona hitam hasil pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini.
“The ever stunning DS Zizie Izette. Thank you. Attire by @rizmanruzaini,” coretnya menerusi ruangan kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dan pengikut memuji kejelitaan wajah kakak kepada pelakon berbakat besar, Shaheizy Sam ini.
Ads
“Lawanya dia sekarang,” komen ringkas seorang pengguna.
“Cantik. Look seiras dengan Umi Aida (pelakon) at a glance,” komen pengguna lain.
“Semakin syantek (cantik),” komen juga yang lain.
Ads
Namun tidak kurang juga ada segelintir netizen menegur dan mempersoalkan gaya Zizie yang hanya memakai topi untuk menutup sebahagian rambutnya.
“Sudah terlepas tudungnya, apa pun cantiknya hasil solekan puan…,” komen seorang warganet.
“So stunning but not your original look anymore. Ironicaly, no more hijab too. Janganlah macam ini Zizie. We all are getting older although look younger. I miss the old you!” komen panjang pengguna lain.
Ads
“Tudungnya mana? Keluar pula rambut perang. Subhanallah,” komen juga pengguna lain.
Melihat pada hantaran lain, jurusolek itu juga ada memuat naik beberapa keping foto lain yang memperlihat pelakon mendapat sentuhan solekan hasil tangannya.
Susulan daripada itu, ramai netizen akui rindu melihat penampilan Zizie dahulu yang manis bertudung.
Sebagai redkod, Zizie dan Bung mendirikan rumah tangga pada Disember 2009 dan dikurniakan tiga orang anak, Aadam Zac Izette, Aaleph Zeke Izette dan Aalisa Belle Izette. Pasangan ini juga menjaga dua orang anak angkat, Nayla Nurjenna dan Aaric Zaryn Izette.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hari lompat ataupun leap day wujud dalam kalendar Masihi kerana ia selari dengan perkiraan pusingan planet bumi kita mengelilingi matahari.
Bumi mengambil masa kira-kira 365.242189 hari ataupun 365 hari, 5 jam, 48 minit dan 45 saat bagi mencukupi 1 pusingan mengelilingi matahari.
Lalu, tanpa hari lompat pada setiap 29 Februari; 4 tahun sekali, manusia akan kehilangan hampir 6 jam pada setiap tahun.
Antara budaya paling popular hari lompat adalah budaya yang datang dari Ireland. Masyarakat di sana mempercayai 29 Februari adalah tarikh terbaik untuk perempuan melamar teman lelaki mereka.
Pernah tonton filem Leap Year?
Ia adalah sebahagian daripada perjanjian di antara St Brigid bersama St Patrick untuk (okay ini akan kedengaran pelik) mengimbangi tugasan melamar di antara lelaki dan perempuan.
Ini bermakna mereka mempercaya jumlah lelaki yang melamar dalam tempoh 4 tahun sama dengan jumlah perempuan yang melamar pada 29 Februari; setiap tahun lompat.
Di kalangan masyarakat berdarah Yunani (Greeks) pula, 29 Februari dianggap malang bagi pasangan yang berkahwin pada tarikh tersebut.
This year is your year!
Bagi korang yang akan menyambut hari lahir pada 29 Februari esok, REMAJA ucapkan Happy Birthday in advance!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi K-Pop, Leeteuk Super Junior mengeluarkan satu kenyataan yang mengejutkan para peminat apabila beliau meluahkan perasaan mengenai pandangannya tentang industri hiburan Korea Selatan menerusi sebuah siaran langsung di Youtube baru-baru ini.
Dalam siaran yang dilakukan selama 90 minit itu, Leeteuk atau nama sebenarnya Park Jeong Su (41) mengungkapkan alasan mengapa dirinya lebih gemar dan seronok untuk melakukan promosi di luar negara berbanding negara kelahirannya sendiri.
Menurut ketua kumpulan Super Junior itu, hal tersebut bukan sesuatu yang baru dan secara peribadi Leeteuk merasakan bahawa pasaran di Korea kadangkala boleh menjadi tempat yang menakutkan buat dirinya sebagai seorang idol yang telah berkecimpung dalam industri selama 20 tahun.
“Saya rasa lebih selesa untuk tampil di konsert atau mana-mana acara solo di negara-negara Asia yang lain. Kalau saya perlu tampil secara solo di acara muzik Korea, saya boleh bayang macam mana rasanya ditolak,” ungkapnya menerusi siaran langsung tersebut.
Meskipun begitu, pelantun lagu ‘Sorry Sorry’ itu juga menegaskan bahawa tidak membenci negara Korea Selatan. Namun, disebabkan pengalaman masa lalu membuatkan dirinya merasa lebih tenang dalam menjalani kehidupan sederhana dan jauh dari perhatian yang berlebihan.
“Saya tak benci Korea sebab saya ini orang Korea tapi mungkin sebab itu juga saya rasa kurang nyaman. Saya takut kritik atau pandangan negatif orang seperti ‘Kenapa dia masih ada di acara muzik?’ padahal saya cuma mahu orang ramai menghargai dan melihat usaha saya,” jelasnya.
Dalam pada itu, Leeteuk turut berkata bahawa rasa takut ini cenderung membuatkan dirinya menjaga jarak dengan orang lain dan memilih untuk lebih tenang.
“Saya rasa macam sebaiknya saya tak lakukan apa pun, tak jumpa sesiapa pun. Saya kadangkala hanya mahu main golf dan terus balik,” katanya.
Sementara itu, Leeteuk menyedari bahawa rasa takut itu mungkin mula tumbuh seiring bertambahnya usia dan disebabkan itu beliau mahu menjalani hidup damai tanpa tekanan.
Sekadar info, Leeteuk merupakan salah seorang anggota kumpulan Super Junior yang mula menapak sebagai salah satu kumpulan K-Pop sensasi pada tahun 2005. Beliau juga aktif sebagai seorang pelakon, pengacara, dan personaliti televisyen dan radio.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fauzi Nawawi buktikan usia bukan penghalang buatnya untuk tamatkan pengajian. Walaupun sudah berusia 51 tahun, pelakon berbakat ini berjaya tamatkan pengajiannya di peringkat Diploma dalam bidang Kordinasi Pengarahan Filem.
Fauzi berkata, semangat isteri iaitu Lisdawati pendorong dia berazam mencapai sesuatu dalam kehidupannya.
Fauzi Nawawi berjaya Tamat Pengajian Diploma
Malah bapa kepada lapan cahaya mata ini mahu memberi contoh terbaik buat kesemua anak-anaknya.
Fauzi Nawawi Berjaya Tamat Pengajian Diploma, Mahu Jadi Contoh Buat Anak
‘Saya menyambung pelajaran kira-kira dua tahun lalu. Apabila anak-anak sudah besar, saya rasa perlu buat sesuatu untuk beri contoh yang baik buat mereka semua.’
‘Isteri juga adalah penyokong saya mencapai kejayaan ini, Jadi saya berharap dapat menjadi contoh agar anak-anak terinspirasi untuk mendapatkan segulung ijazah dalam hidup mereka.’
‘Saya ada lapan orang anak dan sebagai ketua keluarga, kenalah beri contoh terbaik,” katanya.
Fauzi Nawawi Berjaya Tamatkan Pengajian Diploma
Fauzi diraikan dalam Majlis Konvokesyen Meatech ke-6 yang berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur pada Isnin.
Fauzi Nawawi Berjaya Tamat Pengajian Diploma, Mahu Jadi Contoh Buat Anak
Dalam pada itu, Fauzi berharap keputusan menyambung pelajaran dapat menutup tanggapan segelintir tentang golongan selebriti tidak mementingkan pelajaran.
Malah dia sendiri terinspirasi daripada ramai golongan selebriti lain yang berjaya menggenggam ijazah walaupun sibuk dengan aktiviti seni.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!