Ramadan sentiasa menjadi bulan yang dinantikan. Selama lebih 30 hari ini semua berlumba-lumba mahu menjadi lebih baik dan melakukan lebih banyak perkara positif demi memahami nilai yang ada di sebalik bulan suci ini.
Pastinya semua segi diambil kira termasuklah gaya berpakaian. Jika sebelum ini bagi yang tidak berhijab selesa memilih gaya yang berani, mungkin di bulan Ramadan mahu beralih kepada gaya yang lebih sopan di mata namun masih mahu tampil bergaya.
Gaya menarik tidak semestinya terdedah, ini yang sesuai diibaratkan dengan tampilan koleksi khas jenama Monki khusus untuk bulan Ramadan. Koleksi kapsul edisi terhad ini dihasilkan khusus untuk mereka yang mahu meraikan gaya konvensional yang disuntik elemen moden dan sentuhan peribadi.
Jenama asal Sweeden ini mempamerkan warna-warna berani dan cetakan abstrak dan pilihan fabrik yang beralun. Koleksi ini turut mempersembahkan rekaan yang memiliki penegasan yang menjadikan setiap rekaan adalah item mesti ada untuk perayaan.
Ads
Warna yang difokuskan untuk koleksi ini ialah kuning dan merah jambu berserta dengan dua corak abstrak dalam warna pelengkap dan corak pokok palma. Setiap helaian direka bentuk untuk dipadankan dengan seluar berpinggang tinggi dan pakaian untuk penampilan bersama yang lebih santai.
Selain itu, untuk idea lebih praktikal anda juga boleh memilih jumpsuit lengan pendek yang dilapis dengan pakaian dalam turtleneck jersi yang menarik. Gaya yang extra fashionable tidak semestinya terdedah, betul tak?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ads
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada tahun lalu di anugerah Emmys, Zendaya Coleman pernah mencipta sejarah apabila pelakon yang popular dengan filem seperti Euphoria, Spider Man dan Dune ini dinobatkan sebagai pemenang kategori Pelakon Wanita Terbaik Siri Drama termuda.
Pada usia 24 tahun, Zendaya telah mengenepikan rekod terdahulu yang dipegang oleh Jodie Comer bagi kategori yang sama pada tahun 2019. Ketika itu, Jodie hanya berusia 26 tahun.
Nampaknya pada hari ini, sekali lagi Zendaya telah mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai penerima Fashion Icon Award termuda dalam sejarah penganjuran CFDA Fashion Awards 2021.
Bertempat di The Grill Room New York, Zendaya hadir dengan menyarungkan gaun ala bandeau top dan skirt labuh serba merah rekaan Vera Wang serta aksesori bernilai jutaan Ringgit daripada Bvlgari. Bagi menjadikan ‘look’-nya lebih remaja, Zendaya memilih dandanan rambut braids.
Gaun ini juga hadir dengan jaket pendek ala bolero bagi memberikan lebih kehangatan kepada Zendaya apabila malam semakin dingin di sana.
Untuk pengetahuan, kategori Fashion Icon Award ini selalunya sinonim dengan selebriti dalam industri fesyen yang selalu bereksperimentasi, gemar mengambil risiko ketika memilih pakaian mereka dan berjaya tampil dengan pemilihan fesyen yang tepat hampir setiap masa. Sebelum ini, beberapa nama besar yang pernah menjadi penerima bagi kategori Fashion Icon Award ini termasuklah Jennifer Lopez (2019), Naomi Campbell (2018), Beyonce (2016), Pharell Williams (2015) dan Rihanna (2014).
Zendaya yang selayaknya dijadikan sebagai ikon fesyen dalam kalangan remaja sebaya atau yang lebih muda daripadanya juga terkenal sebagai seseorang yang tidak takut mengubah imejnya dari semasa ke semasa. Adakalanya, Zendaya akan mengenakan rambut palsu pendek. Dia juga selalu bangga untuk mengekalkan rambut ‘cornrow’ yang sinonim dengan stail wanita berketurunan kulit gelap di Amerika Syarikat.
Pemilihan R’Bonney memberi isyarat kepada era baharu pertandingan Miss Universe di mana peserta tidak lagi sekadar perlu memperagakan ‘catwalk’ menarik dalam pusingan pakaian mandi dan gaun malam. Peserta pada era ini juga perlu bijak dalam berkata-kata dan mempunyai misi tertentu untuk bergelar seorang ratu cantik.
Tidak hairanlah apabila sebahagian daripada 16 orang wakil terbaik yang dipilih bagi memenuhi slot Top 16 pada 14 Januari lalu tidak disangka-sangka oleh pemerhati ratu cantik. Rata-rata ramalan mereka meleset dan negera-negara yang popular dengan gelaran ‘powerhouse’ seperti Filipina, Thailand, Indonesia dan Mexico gagal menembusi senarai Top 16.
(Dari kiri) Wakil dari Mexico, Irma Miranda; Anna Sueangam-iam (Thailand) dan Celeste Cortesi (Filipina).
Ini kerana 50 peratus daripada pemarkahan penuh mereka pada pusingan awal (preliminary) diambil daripada sesi temuduga tertutup bersama barisan juri. Sedangkan pusingan pakaian mandi hanya mengambil kira 25 peratus dan selebihnya terletak pada prestasi mereka sewaktu pusingan gaun malam.
Menariknya pada edisi ke-71 ini, organisasi Miss Universe menerusi pemilik baharunya iaitu Anne Jakapong Jakrajutatip ataupun Anne JKN (nama syarikatnya) mengambil inisiatif segar untuk mendedahkan sebahagian daripada sesi temuduga bersama wakil yang bertanding. Ini secara tidak langsung memberi penjelasan mengenai pemilihan beberapa negara yang mencipta kejutan seperti Laos, Kanada dan Australia.
Dalam video temuduga bersama wakil Kanada, Amelia Tu yang dimuat naik pada 25 Januari 2023, gadis berdarah kacukan Cina-Kanada itu seakan menutup mulut-mulut pengkritik apabila sesinya berjalan dengan amat lancar.
Antara topik yang disentuh oleh Amelia yang juga merupakan seorang graduan University of California, Berkeley adalah mengenai koleksi set penjagaan kulit organik dan pakaian ‘sustainable’ yang diusahakannya, sama ada dia pernah berdepan kritikan kerana menyertai pertandingan Miss Universe dan apakah suatu elemen daripada budayanya yang disemat dekat di hatinya.
“Saya datang daripada latar belakang keluarga Cina dan saya amat berbangga bergelar gadis Cina-Kanada. Di Kanada, masyarakatnya amat terbuka dan menerima kehadiran imigran dari seluruh dunia.
“Saya berpendapat, kepelbagaian budaya yang kami terapkan di sini adalah sesuatu yang amat saya hargai. Sejak saya dilahirkan di Montreal, saya telah diterima sebagai sebahagian daripada komuniti Kanada. Dan saya belum pernah lagi berdepan isu perkauman dan sebagainya di sana,” ulasnya.
Melihat ke arah cara Amelia menjawab setiap soalan yang diajukan dengan lancar dan yakin, tidak hairanlah dia terpilih ke peringkat Top 16!
Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet memuji betapa jelasnya misi Amelia sejak menyertai pertandingan Miss Universe Kanada.
“Saya langsung tidak yakin mengapa dia terpilih semasa acara berlangsung. Tapi disebabkan video ini, saya sekarang boleh menilai sebab utamanya. Dia berjaya membuatkan barisan juri tertarik untuk mendengar apa yang ingin disampaikannya.” – Onya Mark
“Amelia mempunyai keperibadian yang asli dan tidak dibuat-buat.” – Glazn Flip
“Dia mempunyai fakta, data dan berkomunikasi dengan jelas. Dia bukan sekadar membaca skrip.” – 7.5M Views
“UC Berkeley ialah salah satu universiti terkemuka di dunia. Amelia mewakili Kanada dengan bangga, bijak, pandai bertutur, ikhlas dan merendah diri. Miss Universe telah menetapkan standard yang lebih tinggi.” Sarah Chung with an accent
Kini, platform YouTube Miss Universe sedang perlahan-lahan memuat naik video-video temuduga wakil negara lain. Tak sabar nak lihat jika video Miss Universe Malaysia, Lesley Cheam akan dikongsikan ataupun tidak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi individu yang ingin menurunkan berat badan, salah satu usaha yang mereka akan amalkan adalah dengan melakukan detoks.
Detoks merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan daripada tubuh badan. Badan manusia mempunyai sistem detoks sendiri iaitu hati dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detoks semulajadi. Detoks dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu, ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.
Biasanya, minuman detoks ini diperbuat daripada sumber sayuran dan buahan seperti tomato, timun, epal hijau, lemon dan banyak lagi. Minuman ini baik untuk tubuh badan sekiranya ia dibuat sendiri oleh kita.
Namun begitu, ada yang mengambil langkah mudah kerana ingin kesan yang cepat dengan mengamalkan produk detoks yang menyebabkan mereka kerap ke tandas untuk ‘membuang’ segala kalori makanan.
Menurtu Public Health Malaysia, jika korang mengamalkan pengambilan produk detoks ini, fikirkan semula kerana ini (gambar) mungkin merupakan keadaan usus korang sekiranya amalan pengambilan produk yang mempunyai kesan pelawas secara berpanjangan.
Usus yang pada asalnya berwarna kuning kemerahan bertukar menjadi hitam akibat sel-sel yang telah mati. Keadaan yang dinamakan sebagai Melanosis Coli ini akan menyebabkan risiko kanser usus meningkat berkali ganda.
Oleh itu, sekiranya korang ingin menurunkan berat badan, elakkan mengambil produk detoks yang berada di pasaran. Jangan ambil jalan mudah kerana buat apa badan kurus tetapi akhirnya mengundang bahaya kan?
Sebaliknya, amalkan cara detoks semula jadi yang korang boleh dapatkan daripada sumber sayur-sayuran dan buah-buahan. Lebih sihat dan terjamin. Apa-apa pun sumber semula jadi adalah yang paling baik dan yang penting, amalkan pemakanan sihat dan diet seimbang.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.