Produksi The White Lotus telah meluncurkan iklan acah (teaser) terbaru untuk musim ketiganya and guess who is in it!
Kelibat individu yang mencuri tumpuan itu tidak lain tidak bukan ialah ahli kumpulan Blackpink Lisa Manoban yang dapat dilihat memainkan salah satu watak dalam musim terbaru ini.
REMAJA difahamkan jalan cerita The White Lotus kali ini akan memaparkan lokasi di sekitar Thailand. Demi mengekalkan nilai visual autentik, penggambarannya dilakukan di lokasi asli seperti yang dikehendaki pencipta dan penulis drama bersiri tersebut, Mark White.
Justeru, Lisa telah kembali ke negara kelahirannya, Thailand untuk memainkan watak Mook.
Ads
Mook merupakan pengurus dan waris kepada pemilik resort mewah, The White Lotus di Thailand. Sebagai salah satu watak prominen yang mempunyai peranan penting dalam The White Lotus musim ketiga, tentunya peminat Lisa tidak sabar lagi untuk menonton setiap babak yang menampilkannya.
“Welcome To The White Lotus Thailand, ka! “
Rata-rata peminat Lisa menyambut baik perkembangan terbaru ini dan menyatakan sudah tiba masanya untuk Lisa memperluaskan graf seninya selain menjadi ahli Blackpink serta penyanyi solo berjaya.
Untuk rekod, Lisa merupakan ahli Blackpink kedua yang membintangi drama bersiri terbitan HBO. Sebelum ini, Jennie Kim telahpun menempa peluang debut lakonan menerusi drama bersiri The Idol yang keudara pada Julai 2023.
Manakala, seorang lagi ahli Blackpink iaitu Kim Jisoo juga terlebih dahulu telah menceburi bidang lakonan dalam industri K-drama menerusi naskas seperti Snowdrop (2021 – 2022) dan terbaru, Newtopia (2025)
Untuk yang baru nak menjinakkan diri ke gymnasium, ada baiknya jika korang tahu tentang beberapa perkara terlebih dahulu.
Nak mula bersenam bukan boleh main buat je, lagi-lagi untuk mereka yang baru pertama kali nak ke gym.
Jadi, untuk newbie yang baru nak pergi sym, apa kata korang ikut 7 tip yang telah dikongsi oleh top 10 finalis Hero Remaja 2018, Ezmir Sadriq yang hobinya memang hari-hari masuk gym. Hiks!
1. Know your goal
Pertama sekali, korang kena tahu tujuan utama ke gym adalah sama ada untuk kuruskan badan atau nak build muscle. Ini kerana ia memerlukan workout yang berbeza untuk setiap tujuan tersebut.
2. Pakaian yang sesuai
Ini bertujuan untuk memberi keselesaan semasa bersenam. Pakaian yang tidak sesuai juga boleh mengganggu konsentrasi korang di gym.
3. Warming up
Paling penting, sebelum start workout kena warm up dulu untuk mengelakkan kekejangan otot dan mengurangkan kesakitan selepas bersenam.
4. Start slow
Untuk mengelakkan kecederaan, so start dengan kelengkapan alatan gym yang ringan-ringan atau mudah saja seperti mengangkat dumbell seberat 2kg dan menggunakan peralatan basic seperti treadmill.
5. Getting a spotter
Kalau tak nak berlaku kecederaan adalah lebih sekiranya korang mempunyai ‘pemerhati’ yang boleh guide menggunakan peralatan dengan betul.
6. Proper meal
Nak buat badan ni, 70% diet dan 30% gym. Tapi walaupun korang ada masalah berat badan berlebihan, tak bermaksud korang kena puasa makan. That is totally wrong. Kena makan juga tapi pastikan eat clean.
7. Cukup tidur
Muscle needs rest dan masa rehat tu la yang akan menjadikan muscle jadi besar dan kuat. Oleh itu, dapatkan tidur di antara 6-8 jam sehari.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Raha mewarisi darah ‘Kapoor’ yang sering disinonimkan dengan genetik mata biru.
Terbaharu, wajah si kecil berusia 13 bulan itu ditunjukkan Alia ketika muncul dalam sebuah acara bersempena sambutan Krismas.
Raha mencuri perhatian ramai terutama paparazi yang tidak berhenti merakam gambar serta video wajah comel dengan matanya yang berwarna biru.
Alia mengahwini Ranbir pada April, 2022.
Ketika itu, si kecil yang dilahirkan pada 6 November 2022 didukung Ranbir sambil diiringi Alia.
Wajah Karisma Kapoor ketika muda.
Video keluarga kecil terbabit tular sehingga meraih pelbagai komen yang memuji Raha mewarisi baka generasi Kapoor terutama menyamakannya dengan Karisma Kapoor.
Malah tidak kurang juga mengatakan permata hati Alia dan Ranbir tidak ubah seperti datuknya Rishi Kapoor dan serta moyang, Raj Kapoor.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT ARTIKEL/GAMBAR: Kosmo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Demam novel dan filem Harry Potter tidak pernah mengenal erti henti apabila peminat francais itu sentiasa setia untuk menyokong apa juga perkembangan terbaru yang diumumkan oleh mereka.
Lantas, REMAJA merasakan pasti ramai yang akan menggemari koleksi terbaru Harry Potter x Pandora ini!
Untuk pengetahuan, Pandora Malaysia telah melancarkan koleksi berupa 6 charms bertemakan Harry Potter.
Ini adalah koleksi kedua Harry Potter x Pandora yang pernah dikeluarkan selepas sambutan hangat yang diterima pada Oktober tahun lalu.
Setiap silver charm ini mempunyai perkaitan rapat dengan jalan ceritanya.
Ini termasuklah the iconicSorting Hat, Hedwig the owl, surat-surat Hogwarts, rangkaian Deathly Hallows, rangkaian kaca mata Harry – lightning bolt -Nimbus dan logo Harry Potter.
Charms yang dijual ini amat cantik digayakan sebagai gelang dan rantai, serius!
Cer tengok yang mana satu adalah kegemaran korang?
RM189.
RM229.
RM289
RM229
RM229
Untuk pengetahuan, koleksi ini adalah di antara koleksi yang paling dinanti-nantikan oleh peminat Pandora dan filem Warner Bros tersebut.
Sebelum ini, di antara charm Harry Potter yang pernah dikeluarkan oleh Pandora termasuklah Golden Snitch, Slytherin Dangle, Ron Weasley charm, Hogwarts Express Train charm dan beberapa lagi.
RM229
Korang boleh mula mendapatkannya bermula 16 Julai lalu di pandora.net dan stor Pandora seluruh negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...