Kecoh di media sosial semalam apabila pempengaruh dan usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri meninggalkan sebuah komen di Instagram penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menerusi coretan komen tersebut, penyanyi lagu hit Abang Nak Tegur itu menitipkan pujian buat idolanya selain sempat bertanyakan soalan adakah penyanyi lagu popular Nirmala itu mengenali dirinya mahupun tidak.
“Cantiknya awak idola saya, awak kenal tak saya artis nombor 1 ini,” tulisnya di ruangan komen.
Ads
Di samping itu, coretan tersebut sekaligus menerima perhatian daripada Siti Nurhaliza yang lebih disapa Tokti dengan mengakui Aliff merupakan penyanyi nombor satu negara selain menjawab yang dirinya turut mengenali bapa kepada enam orang cahaya mata itu.
Bukan itu sahaja, penyanyi lagu popular Jerat Percintaan itu turut akui dia di belakang usahawan sensasi berkenaan.
Ads
“Mestilah saya kenal awak, penyanyi nombor 1. Saya di belakang awak ya,” balas penyanyi kelahiran negeri Pahang itu.
Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen tersebut dibanjiri pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya menzahirkan rasa terhibur selain menganggap Siti ‘terpaksa’ untuk menjawab komen yang diajukan itu.
Bukan setakat itu sahaja, usahawan kosmetik itu juga menyatakan hasrat untuk berduet dengan Siti Nurhaliza pada tahun hadapan tahun depan, menerusi sebuah hantaran di Instagramnya.
Katanya, ibu kepada dua cahaya mata itu adalah penyanyi yang setaraf dan bersesuaian dengan bakat yang dimiliki olehnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bukan sahaja pandai berlakon, tujuh artis k-drama ini juga mahir dalam seni mempertahankan diri. Malah salah seorang daripada mereka adalah pemegang tali pinggang hitam taekwando. Siapa mereka?
Lee Joon-gi bintang bersinar dari Korea Selatan yang telah berjaya mencuri hati ramai peminat Kdrama. Pasti ramai peminat yang masih belum move on dengan lakonan bintang ini dalam drama siri seperti Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo dan Criminal Minds, kali ini Lee Joon-gi membuat kemunculan hangat dalam Again My Life.
Setiap kali menonton filem atau drama lakonan Lee Joon-gi, kita semua pasti dihidangkan dengan babak-babak aksi yang memukau mata. Lee Joon-gi adalah peminat setia seni pertahanan diri jiu-jitsu. Pada awalnya pelakon ini menyertai kelas jiu-jitsu sebagai langkah persiapan untuk drama bersiri lakonannya, seterusnya tanpa disangka dia akhirnya jatuh cinta dengan sukan pertahanan diri itu. Selain jiu-jitsu, Lee Joon-gi turut berlatih dalam seni pertahanan diri yang lain seperti taekwondo dan muay-thai.
2. Ahn Bo Hyun
Foto Via Instagram
Ahn Bo Hyun merupakan graduan lulusan Sekolah Tinggi Sukan di Busan, Korea Selatan. Malah, dia mempunyai pencapaian bukan akademik yang membanggakan ketika zaman persekolahan.
Pencapaian yang dimiliki Ahn Bo Hyun adalah pertandingan tinju amatur di peringkat sekolah tinggi dan dia pernah memenangi pingat emas tau. Wah!
Walaupun Ahn Bo Hyun kini terkenal sebagai pelakon, dia juga pernah bekerja sebagai model dan peninju. Pengalaman bergelar peninju ini menjadikan kebolehannya dalam seni mempertahankan diri menjadi ibu jari dan membolehkannya meneroka dengan mudah apabila terdapat babak pergaduhan dalam genre aksi dan jenayah dalam drama dan filem Korea.
3. Park Hyung Sik
Foto Via Instagram
Bagi anda yang baru mengenali Park Hyung Sik menerusi drama yang dibintanginya, anda harus tahu figura menawan ini merupakan ahli kumpulan lelaki terkenal. Park Hyung Sik buat pertama kalinya sebagai idola pada tahun 2010 dengan kumpulan lelaki ZE:A.
Gumdo adalah seni mempertahankan diri Korea moden yang berasal dari Kendo Jepun. Bergantung pada senjata pedang, diketahui bahawa Park Hyung Sik telah mempelajari seni mempertahankan diri ini selama 7 hingga 8 tahun. Jika anda pernah menonton drama Hwarang, aksi beraninya ketika melakukan adegan menggunakan pedang nampak profesional. Kerana, Park Hyung Sik sudah bertahun-tahun berlatih menghayunkan senjata tajam ke arah lawannya.
4. Lee Si Young
Foto Via Instagram
Nama Lee Si Young memang popular dikalangan peminat industri hiburan Korea Selatan dan di media sosial. Sebabnya, Lee Si Young terkenal kerana aktif memuat naik dan berkomunikasi bersama peminatnya melalui media sosial, seperti Tik Tok.
Malah, sebahagian daripada kandungan tersebut mempamerkan kehebatan beliau dalam bidang persilatan. Semestinya kebolehan ini tidak pernah disia-siakan kerana telah diaplikasikan dalam beberapa projek drama aksi seperti No Mercy (2019) dan Sweet Home (2020).
5. Ha Ji Won
Foto Via Instagram
Siapa yang tidak kenal dengan nama Hai Ji Won sebagai salah seorang pelakon senior terkemuka? Namun, tahukah anda penglibatan pertamanya dalam industri perfileman pada 2000 adalah sebuah filem bergenre thriller yang mengandungi unsur yang cukup tegang.
Dari situ, Ha Ji Won nampaknya tidak berhenti terlibat dalam beberapa projek serupa. Sebut saja Duelist (2005) kepada drama Secret Garden (2010) yang menggabungkan percintaan dan aksi pertahankan dirinya. Ha Ji Won menguasai seni Kendo iaitu seni mempertahankan diri menggunakan pedang kayu dari Jepun. Malah, pelakon dengan wajah awet muda ini juga menguasai seni pertahankan diri summodo dan tinju juga.
Hebat bukan?
6. Park Shin Hye
Foto Via Instagram
Korang mengaku sebagai pencinta drama Korea? Maknanya, cukup kenal dengan nama Park Shin Hye yang pernah menghiasi pelbagai K-drama hit dari semasa ke semasa, sejak dia terjun ke bidang lakonan seawal usia tiga belas tahun pada 2003.
Pada mulanya, Park Shin Hye terkenal dalam menghiasi drama bertemakan percintaan dan kekeluargaan. Namun, kehebatannya dalam seni mempertahankan diri dan penggunaan senjata telah membawanya ke filem dan drama aksi seperti, Sisyphus: The Myths (2021).
Park Shin Hye belajar tinju dengan jurulatih peribadinya. Pada mulanya dia cuba mendalami seni pertahanankan diri ini kerana wataknya dalam dalam drama aksi “Doctors”. Namun, drama tersebut membuatkan Park Shin Hye sebenarnya jatuh cinta dan terus aktif dalam sukan tinju sehingga kini.
7. Jung Hae In
Foto Via Instagram
Sejak kecil, Jung Hae In telah berlatih taekwondo. Malah bintang drama ‘ Snow Drop’ ini memegang sabun hitam bermakna kemampuannya berada pada tahap tertinggi dalam seni pertahankan diri taekwando. Selain menjaga diri, Jung Hae In mengakui pergerakan taekwando membantunya mendalami wataknya dalam lakonan, lebih-lebih lagi apabila dia diberi babak seni mempertahankan diri seperti dalam drama kolosal, Sageuk.
Wah…hebat-hebat rupanya bintang K-drama pujaan ramai ni.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali scroll di Instagram, pastinya ada stail rambut terbaru yang digayakan oleh selebriti lelaki Malaysia.
Sama ada mereka adalah penghibur ataupun Instafamous, komen bertalu-talu akan menjengah bahagian komen mereka dengan pujian. Iyalah, rambut baru mestilah ramai yang tertarik.
Kita pun antara yang ingin mencuba stail rambut tersebut. Cuma bila ke salun ataupun kedai rambut, kita blur sebentar untuk menjelaskan stail yang ingin ditiru itu.
Apa nama dia eh?
Familiar dengan situasi ini? Samalah!
Sebab itu REMAJA mendapatkan tip daripada NIVEA Men Craft Stylers untuk melihat 6 stail rambut lelaki yang paling hot untuk 2020.
01
Swooping Fringe
Gaya rambut yang popular sekitar pertengah 2000-an ini kembali hangat pada tahun ini. Lelaki yang memilih gaya ini selalunya mempunyai personaliti dramatik, mysterious tetapi tetap relaks. Ia juga adalah cara berkesan untuk menutup dahi yang luas dan sesuai bagi lelaki bermuka tiga segi.
02
Short Curls
Semakin lama, semakin ramai lelaki yang selesa dengan tekstur semulajadi rambut kerinting mereka. Ia sebenarnya mudah dijaga dan digayakan dalam tempoh masa yang singkat.
03
Blowback
Siapa yang tak pernah melihat gaya ikonik untuk lelaki ini. Ia dipopularkan oleh pelakon old school seperti Elvis dan James Dean pada era 50-an, tetapi masih kelihatan lit dan relevan dengan zaman sekarang.
Berbeza dengan stail popular seperti quiff dan pompadour, gaya Blowback sesuai untuk hampir semua jenis wajah.
04
Crew Cut
Ini adalah satu lagi stail yang tak akan dimakan zaman, and we will tell you why. Ia mudah dijaga dan low maintenance.
Lelaki yang memilih potongan crew cut adalah seseorang yang maskulin, ringkas tetapi masih mementingkan gaya paling terkini.
05
Line Up Haircut
Okay, lelaki yang memilih gaya ini adalah seorang yang yakin, berani dan kadangkala degil. Hehe..
Walaupun gaya line-up ini membuatkan sesetengah lelaki takut untuk menggayakannya disebabkan garisan cukur di sekeliling kepala, sebenarnya ia hanya akan bertahan untuk waktu yang singkat – because hair will grow guys!
Jika selepas itu korang tak yakin dengan gaya ini, korang boleh mengubahnya kepada stail Caesar, Bowl cut ataupun Crew cut.
*
Bagaimana Untuk Menggayakan Rambut Ini?
Nasib baiklah ada koleksi Craft Stylers oleh Nivea Men ini.
Korang boleh memilih 3 jenis produk yang dijual bergantung kepada keperluan masing-masing.
RM20.90 / 200ml
Pertama ialah Craft Stylers Reshaping Spray yang tak mengandungi alkohol, tidak membuatkan rambut kering ataupun melekit.
RM13.90 / 150ml
Craft Stylers Fixating Styling Gel pula memberikan gloss yang natural pada rambut dan ia tidak mudah ‘diterbangkan’ angin. Trust us!
RM13.50 / 150ml
Craft Stylers Defining Styling Gel memberikan kemasan matte.
RM13.90 / 150ml
Akhir sekali adalah Styling Cream bagi korang yang mempunyai natural curl untuk kelihatan lebih effortless.
*
Tiada lagi bad hair day untuk korang okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nombor plat kereta yang menarik sering mendapat perhatian ramai. Setakat ini Sultan Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Ismail masih memegang rekod dalam negara kerana berjaya membida dan membeli nombor pendaftaran “F1” pada nilai RM836,660 sekaligus menjadikannya sebagai harga termahal bagi pembelian nombor plat dalam Malaysia.
Bukan itu saja, baginda Sultan Johor yang mempunyai koleksi kereta mewah turut merupakan pemilik kepada nombor kenderaan “W1N” yang dibidanya pada harga RM748,000 dan diletakkan pada Proton Suprima.
Jika di Malaysia harga bagi sebuah nombor bernilai hampir RM1 juta tetapi bagi jutawan dari negara-negara Arab, harga bidaan bagi nombor plat kenderaan jauh lebih tinggi. Inilah harga tertinggi bagi nombor plat dalam dunia.
No plat : D5 Nama pemilik : Balwinder Sahani Harga : RM37.5 juta
Setakat ini, harga bagi nombor plat paling mahal dipegang oleh seorang ahli perniagaan Dubai dari India, Balwinder Sahani kerana membayar sebanyak RM37.5 juta bagi nombor pendaftaran “D5”. Wow, kalau dapat duit sebanyak ini, mahu pengsan sekejapkan. Tapi bagi orang terlampau kaya, duit sebanyak itu hanya untuk pembelian satu nombor sahaja.
Portal berita terkenal Emiriah Arab Bersatu (UAE), Emirates 247 melaporkan bahawa, plat D5 itu akan dipasang pada salah sebuah kereta mewah Rolls Royce milik Balwinder setelah disahkan RTA memenangi bidaan tersebut.
Setakat ini, plat no 5 ini disenaraikan sebagai harga termahal di dunia
No plat ini dipasang di kerete Rolls Royce miliknya
Bilionaire taikun hartanah rantau Asia Barat itu yang juga dikenali sebagai Abu Sabah diumumkan oleh Lembaga Pengangkutan Wilayah (RTA) berjaya membida plat D5 mencecah harga 33 juta dirham (kira-kira RM37.5 juta).
Pemilik kumpulan RSG International, sebuah syarikat pengurusan hartanah terkenal di UAE, Kuwait, India dan Amerika Syarikat itu memberitahu akhbar Gulf News, setakat ini beliau sudah memiliki 10 nombor plat cantik dan berhasrat membeli lebih banyak lagi.
No plat : 1 Nama pemilik : Saeed Abdul Ghaffar Khouri Harga : RM35.9 juta
Sebelum rekod dipecahkan oleh Balwinder, Saeed telah memecah rekod dunia dengan nilai RM35.9 juta
Plat no 1 turut dipasang di kereta Phantom miliknya…
Nombor plat kedua termahal di dunia dimiliki oleh Saeed Abdul Ghaffar Khouri yang merupakan ahli perniagaan dan juga salah seorang ahli keluarga kaya Abu Dhabi telah membeli nombor plat “1” dengan harga RM35.9 juta.
Menurut sumber, kekayaan jutawan ini memang tiada taranya kerana Saeed memang menggemari nombor “1” dan digunakan pada beberapa buah keretanya termasuk Pagani Zonda F, Bugatti Veyron dan Phantom. Sekaligus menjadikan nombor itu lebih mahal dari nilai kereta miliknya.
No plat :- 5 Nama : Talal Ali Mohmmad Khouri, Harga : RM28.4 juta
Talal Ali Mohmmad Khouri, seorang ahli perniagaan dan ahli lembaga Abu Dhabi Chamber of Commerce, telah memecah panggung dan menjadi tajuk berita dunia pada 2007 apabila membeli nombor plat tertinggi kerana sebelum ini pembelian nombor plat ini bukanlah satu bentuk perniagaan menguntungkan. Namun beliau telah mengeluarkan wang sebanyak RM28.4 juta bagi mendapatkan no plat “5” itu. Dalam lelongan yang sama, Talal turut membeli no plat “55” pada harga RM5.5 juta.
No plat : 25 O Nama : John Collins Harga : RM2.86 juta
Jika ramai jutawan dari negara Arab membeli, warganegara dari United Kingdom iaitu John Collins tidak kurangnya. Penjual kereta klasik ini telah membeli nombor plat 25 O pada harga RM2.86 juta dan dipasang di kereta Ferrari 250 SWB yang pernah dimiliki oleh penyanyi Eric Clapton. Patutlah dia membelinya kereta nombor itu sama dengan kereta tersebut. Lebih senang disebut barangkali.
No plat : F1 Nama :Afzal Khan Harga : RM2.43 juta
Nampaknya sukan permotoron yang menggamit ramai peminat di seluruh dunia, Formula 1 turut menjadikan “nilai duit”. Bukan saja mudah disebut, F1 tetapi apabila menyebutnya, ia sinonim dengan sukan tersebut. Inilah antara sebab yang mendorong Afzal Khan, seorang usahawan dari Bradford, United Kingdom yang tidak teragak-agak membayar RM2.43 juta untuk nombor tersebut.
No plat : S1 Nama : Tiada rekod ditemui Harga : RM2.23 juta
Kereta ini pernah digunakan oleh Lord Kingsburgh pada tahun 1903 dan plat nombornya S1 telah menarik minat seorang pembeli yang telah membeli nombor plat berkenaan. Harga bidaannya ialah R2.23 juta dan kemudian nombor plat ini dipasang di kereta Skoda model lama.
Beginilah orang kaya menghabiskan duit merekakan. Ternyata golongan kaya ini tidak kisah pun hendak membayar berapa jumlahnya. Kalau harga kondo di Malaysia bernilai RM1 juta, dengan RM37.5 juta itu mampu membeli 37 rumah kondo dan diduduki oleh 37 keluarga. Kalau ditukar kepada rumah pangsapuri bernilai RM300,000 pula, lebih 133 biji rumah boleh dimiliki oleh 133 buah keluarga.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!