Alhamdulillah, hari ini Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V telahpun menyambut Hari Keputeraan Baginda yang ke 49 tahun.
Walaupun Baginda dilahirkan pada tarikh 6 Oktober, namun sambutan ulang tahun telah dipinda secara rasmi ke 9 September pada setiap tahun selepas kerajaan mengeluarkan kenyataan melalui Jabatan Perdana Menteri, tahun lalu.
Honestly, kami di REMAJA tidaklah terlalu familiar dengan kehidupan Baginda, jauh sekali pernah bertemu Baginda di depan mata. Tetapi apa yang kami tahu, Baginda memiliki 5 sifat terbaik dalam diri seorang lelaki yang boleh dipelajari oleh lelaki lain! Guys, read up and learn okay.
01
Baginda mempunyai cara bertutur yang lemah-lembut dan bersopan-santun.
Lelaki terbaik adalah mereka yang tahu untuk mengawal tutur kata dan perkataan yang keluar dari mulut. Tutur kata kamu akan menunjukkan sama ada kamu matang dan intelektual atau tidak.
Kalau nak menegur pun, ikut cara teguran Baginda yang masih bergelak tawa tetapi buatkan si pendengar sentap dan makan dalam! Hehe.. #siladudukjanganlari
Ads
02
Baginda amat mengambil berat tentang hal ehwal agama dan rakyat jelata.
Okay, kita pun sebahagian daripada rakyat jelata tersebut, tiada siapa yang berada di bawah kita. Tetapi lelaki terbaik akan selalu mengambil berat tentang orang di sekeliling mereka. Ibu-bapa, adik-beradik, kaum keluarga, kawan rapat, staf di bawah mereka dan sebagainya.
03
Baginda juga prihatin terhadap kemakmuran dan keperluan rakyat jelata.
Ads
Jika berjumpa dengan golongan yang betul-betul memerlukan bantuan, janganlah sengkek sangat nak keluarkan wallet tu. Bukan nilai pemberian yang penting tau, tetapi keikhlasan nak menolong.
04
Baginda bukan saja dikasihi dan disegani di kalangan rakyat negeri Kelantan, malah seluruh rakyat Malaysia serta pemimpin tertinggi negara-negara lain.
Ads
Kasih sayang dan rasa hormat tu bukannya perlu dibeli atau ditagih tetapi ia perlu diperolehi dengan cara terhormat. Hhm macam mana tu? Lelaki yang disegani adalah mereka yang berbakti, bijak, pandai mengawal emosi, tidak mudah melatah serta tegas dalam melakukan keputusan. Susah nak jumpa lelaki macam ni sekarang, opps!
05
Walaupun Baginda menduduki kerusi tertinggi dalam sistem pemerintahan negara, itu tak bermasud Baginda hanya berduduk diam saja.
Sultan Muhammad V amat aktif dalam kegiatan sukan, persatuan dan organisasi. Contohnya di dalam organisasi keselamatan dan ketenteraan negara.
Lelaki terbaik bukan setakat duduk diam, menanti makanan disediakan di atas meja dan sibuk bermain telefon atau menonton televisyen je. Lelaki terbaik perlu sentiasa aktif dan mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah!
Daulat Tuanku!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang penyanyi rap China baru-baru ini mencetuskan kontroversi hangat apabila melancarkan lagu diss berjudul ‘Song to Punish Brother Z.Tao’ pada awal Julai lalu dan menjadikan Huang Zitao atau lebih dikenali sebagai Tao, bekas anggota kumpulan K-Pop EXO sebagai sasaran utama.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Youtube, lagu tersebut secara terang-terangan menyebut bahawa Tao sebagai ahli EXO yang paling lemah berbanding tiga orang anggota asal China iaitu Lu Han, Zhang Yixing (Lay), dan Kris Wu.
Selain itu, penyanyi rap turut memperlekeh kerjaya muzik, lakonan serta tindakan Tao yang kini menjadi usahawan produk wanita di platform penstriman siaran langsung.
Tao sebelum ini merupakan anggota kumpulan sensasi EXO.Penyanyi rap China yang menjadikan Tao sebagai sasaran utama dalam sebuah diss track.
Dalam pada itu, melihat pelantun lagu ‘The Road’ itu diperlakukan sebegitu rupa, orang ramai mula memberikan pelbagai reaksi di media sosial dan tampil mempertahankan Tao dengan memberikan sokongan padu.
Pada masa yang sama, ada segelintir pihak memuji sikap Tao yang lebih santai, jujur dan tidak pernah terbabit dengan kontroversi besar sepanjang tampil menjadi anak seni. Malah, ada juga yang kagum terhadap beliau kerana lebih fokus mengembangkan perniagaan sehingga meraih keuntungan besar disaat ada anggota EXO jatuh merudum sehingga terlibat dengan kes mahkamah seperti Kris Wu kini sedang menjalani hukuman penjara.
“Zitao ada segalanya, duit, kebebasan, syarikat sendiri yang kukuh dan isteri lawa. Apa lagi yang awak nak?” kata seorang peminat.
Tao dan Xu Yiyang yang berkahwin pada tahun 2024.Tao yang kini menjual tuala wanita.
Sekadar info, sejak debut bersama EXO, Tao difahamkan sudah menubuhkan syarikat L.TAO Entertainment dan melancarkan girl group TEM5, serta membuat pelaburan dalam pelbagai industri dan mewarisi kekayaan besar daripada arwah bapanya. Selain itu, beliau juga dilaporkan mempunyai jet peribadi, rumah mewah dan status yang kukuh dalam industri C-Pop.
Sementara itu, aksi beliau yang tular baru-baru ini dalam mempromosikan tuala wanita juga sama sekali tidak memberi kesan terhadap reputasinya. Sebaliknya, ramai yang memuji keberanian dan keterbukaannya dalam menitikberatkan isu kesihatan wanita.
Intihanya, lagu diss hip hop yang sepatutnya boleh menjatuhkan Tao bertukar menjadi lebih positif dan membuatkan lebih ramai peminat yang kagum dengan pencapaian beliau serta menyifatkan bahawa dirinya layak digelar sebagai salah seorang figura yang tidak boleh digugat dalam dunia hiburan di China.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Demi menghargai pasukan yang telah menabur khidmat dalam menjayakan perniagaannya, aktres Nur Fazura baru-baru ini dilihat sibuk menyusun dan mengagihkan beg-beg berjenama mewah, Coach untuk diberikan kepada para pekerjanya yang terdiri daripada lelaki dan wanita.
Kelibat Fazura, 39 itu dapat dilihat dalam sebuah video TikTok yang dimuat naik oleh DJ Sonic Hussein. Turut kelihatan dalam video tersebut ialah suaminya, Fattah Amin sewaktu berada di kaunter pembayaran.
Difahamkan, nilai belian yang dihabiskan oleh Fazura di butik fesyen yang berasal dari Amerika Syarikat itu telah mencecah puluhan ribu Ringgit!
“Fazura berhabis puluhan ribu ringgit untuk hargai staf. Fazura juga belanja saya beg! Terima kasih,” tulis DJ Sonic.
Perkongsian berkenaan telah menarik perhatian netizen yang membanjiri ruangan komen dengan memuji betapa baik hatinya bos seperti Fazura kerana tidak pernah berkira dengan ahli pekerjanya terutamanya menjelang bulan Syawal ini.
Terdahulu, jelitawan itu dilapor media tempatan berjaya meraih RM5.4 juta dalam tempoh sejam apabila 200,000 helai koleksi tudung terbaharunya, Rahmat Ramadan habis terjual secara atas talian pada bulan Februari lalu. Setiap helaian dijual pada harga RM27, lantas menjadi penyebab utama ramai pelanggan ‘menyambar’ sebelum kehabisan stok.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak keterlaluan sekiranya REMAJA gambarkan tahun 2022 menjadi milik grup sensasi Korea Selatan, Blackpink dalam konteks dunia hiburan antarabangsa.
Mereka muncul di pentas Video Music Awards (VMAs) untuk kali pertama pada bulan Ogos dan telahpun memulakan jelajah dunia ‘sold out’ di 27 buah bandaraya sejak Oktober lalu; berbaki tujuh bulan lagi termasuklah persembahan di Kuala Lumpur.
Pengaruh Blackpink bukan sekadar dalam kalangan peminat K-pop sahaja, malahan grup yang dianggotai oleh Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose ini juga menjadi salah satu penghibur kegemaran ramai selebriti antarabangsa seperti Selena Gomez, Usher dan Taylor Swift yang telah meluahkan rasa sayang mereka terhadap Blackpink secara terbuka sebelum ini.
Kehadiran album studio kedua berjudul Born Pink pada September lalu memperkukuhkan kedudukan Blackpink setelah ia mencatatkan jualan sehingga 2 juta unit.
Berbekalkan pelbagai kejayaan sepanjang tahun 2022, tidak hairanlah penerbitan antarabangsa Majalah Time telah menamakan Blackpink sebagai ‘Entertainer of the Year’ atau ‘Penghibur Tahunan’ untuk edisi Disember mereka.
Menerusi temubual bersama Time yang telahpun dimuat naik di laman sesawangnya, Jennie memberitahu bahawa banyak tenaga dan usaha telah mereka berempat pertaruhkan agar boleh menjadi ‘superwomen’. Begitupun katanya, mereka hanyalah empat orang gadis biasa dalam kehidupan seharian.
Penglibatan setiap ahli Blackpink dalam kerjaya solo masing-masing juga dilihat sebagai resepi kejayaan kumpulan tersebut di mana setiap ahli mempunyai ruang untuk meneroka potensi serta identiti sendiri dalam dunia muzik, fesyen dan lakonan.
“Mereka berempat adalah bintang dari sudut masing-masing.”
Tambah Jennie lagi, kesemua kejayaan ini lahir daripada hati yang ikhlas dan bukan bersandarkan kepada wang serta perniagaan semata-mata. Justeru, kini mereka lebih mementingkan aspek kesihatan mental dan fizikal bagi mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...