Tahniah diucapkan kepada lima remaja dan juga pelajar yang berasal dari Hulu Terengganu dan Johor Bahru bakal membawa nama negara ke kejohanan Swiss Robot Olympics, FIRST Global Challenge.
The 2019 FIRST Global challenge di Dubai. Foto via Ahmed Ramzan/Gulf News
Masing-masing baru berusia dalam lingkungan 15 hingga 17 tahun akan bertanding dalam kejohanan peringkat antarabangsa ini dan merupakan pertandingan robotik yang dianjurkan oleh FIRST atau For Inspiration and Recognition of Science and Technology dan buat pertama kalinya ia akan dianjurkan secara bersemuka di Geneva, Switzerland bermula 13 hingga 16 Oktober nanti!
Foto via FIRST Global Challenge Team Malaysia
Pasukan Malaysia bakal diwakili oleh 4 orang pelajar perempuan, Nur Aliah Sofiah selaku ketua pasukan, Lidya Marlynda sebagai duta pasukan, Muhammad Ammar Akhmal selaku programmer, Khayra Binti Zokree selaku editor media dan Nor Khairiah sebagai ketua dokumentasi siaran akhbar.
Setiap pasukan akan diberikan ‘kit’ standard untuk membina robot mereka sendiri untuk mengambil bahagian dalam acara di 2022 FIRST Global Challenge di Geneva nanti dan melalui kemaskini Facebook rasmi pasukan Malaysia, mereka telah menerima kit berkenaan pada 23 Ogos lalu.
Ads
Tahniah kepada lima pelajar muda yang terpilih ini. Semoga dengan pemilihan ini dapat menggalakkan remaja dan para belia di Malaysia untuk terus mengejar kecemerlangan dalam bidang robotik dan menyelesaikan ‘misi’ mereka pada tahun ini iaitu ‘Carbon Capture’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Awal tahun ini, seorang remaja berdarah kacukan kelahiran Amerika Syarikat bernama Ella Gross telah mengejutkan ramai peminat Blackpink apabila wajah dan karakternya saling tak tumpah seperti ahli kumpulan tersebut, Jennie.
Malah, Ella juga sempat untuk bertemu Jennie (dan tiga orang ahli Blackpink lain) serta merakamkan foto bersama ketika grup tersebut berada di Amerika, awal tahun ini.
Kini, seorang lagi gadis remaja telah dibandingkan dengan ahli Blackpink kerana rupa paras dan stail pemakaian yang seakan sama.
Remaja yang dikenali sebagai Shella Ganiswara ini dikatakan menyerupai Lalisa Manoban ataupun Lisa setelah para Blinks berjaya mendapatkan akaun Instagram remaja itu.
Shella berasal dari Bandung Indonesia dan entah secara kebetulan ataupun tidak, ada sesuatu yang mengingatkan ramai pengikutnya kepada Lisa sama ada rambutnya dibiarkan hitam mengurai ataupun diwarnakan – salah satu trademark yang sering dikaitkan dengan Lisa.
Apapun, cuba korang sendiri buat perbandingan di antara Lisa dan Shella menerusi beberapa stail fesyen dan gaya mereka berdua. Sama ke tak sebenarnya?
Baju T Vintaj
Menerusi dokumentari Light Up The Sky, Lisa telah berkongsi mengenai rutin kegemarannya untuk mengumpul pakaian dan aksesori vintaj.
(Dari Kiri) : Lisa & Shella
Blaus Putih
Dalam koleksi gambar Summer Diary 2019 yang diperkenalkan sebagai merchandise Blackpink, Lisa kelihatan ‘innocent’ dengan menyarung cropped top putih.
(Dari Kiri) : Lisa & Shella
Top Putih & Jeans Biru
Walaupun Lisa sering dikaitkan dengan jenama antarabangsa mewah dan terkenal, Lisa yang dikenali oleh Blink ialah seorang yang gemarkan stail seringkas plain white top & blue denim.
(Dari Kiri) : Lisa & Shella
Outerwear Kelabu
Seorang memakai hoodie, seorang memakai kardigan. Terus pandang dua kali masa satu Lisa, mana satu Shella.
(Dari Kiri) : Lisa & Shella
Sunny Dress
Walaupun Lisa terkenal dengan gaya yang sedikit tomboyish, kadangkala dia juga gemar memakai dress feminin seperti ini.
(Dari Kiri) : Shella & Lisa
Shoulder Bag
Gaya 90-an seperti shoulder bag kini popular semula pada tahun 2020 dan who else does it better than Lisa?
(Dari Kiri) : Lisa & Shella
Warna Bibir
Okay fine, this may be a little bit of a stretch. Ramai saja remaja di luar sana yang gemarkan warna lipstik coral seperti ini.
(Dari Kiri) : Lisa & Shella
Tetapi cuba bandingkan wajah Shella kepada Lisa apabila dia juga mengenakan warna yang sama dengan iklan kempen M.A.C. Cosmetics yang menampilkan Lisa sebagai dutanya.
Sumber foto: Instagram @lalalisa_m & @itsegans
*
Sebelum ini, anak pelakon Bollywood, Aishwarya Rai juga pernah dikatakan menyerupai Lisa disebabkan stail rambutnya.
Kematian seorang kanak-kanak lelaki yang didera ibu sendiri, Muhammad Luthhakim Abdullah, 10 tahun bagai merentap naluri. Masakan tidak, sebelum tewas di tangan ibunya sendiri semalam, sudah ada kes siasatan dan laporan dibuat pada 2016 sebelum ini tetapi kemudian tertuduh dibebaskan semula kerana kekurangan bukti.
Ternyata semalam, akhirnya hanya air mata yang menjadi saksi bahawa selama ini anak kecil ini menanggung penderitaan yang bukan sedikit. Sangat mengejutkan, pemeriksaan rapi pihak hospital mendapati ada kesan melecur pada kemaluan selain beberapa kesan lebam pada bahagian pergelangan kaki, belakang badan, pinggang, punggung dan ketiak arwah.
Itu penderitaan ditanggung kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, Muhammad Luthhakim Abdullah selepas disahkan meninggal dunia akibat didera ibu kandungnya di Taman Permatang Badak Maju, Permatang Badak, Kuantan, tengah hari semalam.
Kesan kecederaan ditemui pasukan perubatan yang merawat mangsa dipercayai kesan lama akibat didera sejak beberapa bulan lalu sebelum mangsa menghembuskan nafas terakhir sebaik tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, 1 tengah hari semalam.
Arwah Luthakim yang maut didera ibu sendiri tenghari semalam. Al-Fatihah dan semoga damai dan tenang di sana. Gambar FBSalah satu dakwaan yang mendakwa tahu tentang kejadian dera ini. Kalau benar apa dikatakan memang amat kejam..Ini juga bukti beberapa dari akaun fb yang mendakwa tahu tentang kejadian arwah didera dari kecil. Sumber fb
Sumber berkata, Muhammad Luthhakim Abdullah dipercayai menjadi mangsa dera ibunya sejak beberapa bulan lalu berdasarkan kesan kecederaan lama ditemui pada tubuh mangsa.
“Proses bedah siasat dijalankan bagi mengetahui punca menyebabkan mangsa meninggal dunia…berdasarkan kesan kecederaan, mangsa pernah didera sebelum ini,” katanya.
Menurut sumber itu, ibu mangsa sebelum ini pernah ditahan pihak berkuasa atas kes penderaan terhadap mangsa pada 2016 sebelum dibebaskan kerana kekurangan bukti untuk pendakwaan.
Terdahulu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab Rahman mengesahkan suspek yang juga ibu kandung kanak-kanak lelaki itu ditahan polis di HTAA petang semalam, bagi membantu siasatan.
Ada dakwaan mengatakan inilah ibu kandung kepada arwah Luthhakim
Katanya, siasatan awal mendapati suspek berusia 29 tahun membuat panggilan kecemasan menghubungi HTAA pada 12 tengah hari memaklumkan anak lelakinya tidak sedarkan diri di rumah sebelum ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, sebaik tiba pasukan perubatan cuba memberikan rawatan awal sebelum mangsa dibawa ke HTAA dan disahkan meninggal dunia.
Difahamkan suami suspek berusia 40-an dan berasal dari Klang, Selangor turut ditahan malam tadi bagi membantu siasatan.
Sementara itu, jiran sebelah rumah mangsa yang enggan dikenali memaklumkan, dia terkejut mengenai kejadian itu dan memberitahu bahawa keluarganya jarang bergaul dengan keluarga mangsa.
“Kami terkejut apabila mendapat tahu kes ini semalam kerana sejak mereka berpindah ke sini tiga bulan lalu, mereka jarang bergaul dengan kami.
“Pagi tadi, saya ditanya bapa kepada seorang kanak-kanak yang diasuh suspek mengenai kes berkenaan kerana melihat kawasan rumah suspek sudah ditutup polis untuk siasatan dan mereka turut terkejut.
“Saya dimaklumkan oleh lelaki berkenaan bahawa anaknya tidak suka untuk pergi ke rumah pengasuhnya (suspek) tetapi atas sebab apa saya tidak tahu,” katanya.
Jiran terbabit turut memaklumkan, polis sudah mengambil keterangan suspek sebanyak dua kali sejak semalam bagi membantu siasatan.
“Saya difahamkan polis turut mengambil beberapa barang kes seperti baju sekolah mangsa untuk membantu siasatan,” katanya.
Jiran terbabit memaklumkan, suspek turut mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia lapan tahun, namun jarang melihat dua kanak-kanak berkenaan bermain di luar rumah.
“Sejak sejak menyewa di sini, keluarga mereka jarang bergaul dan membuat hal masing-masing dan saya cuma tahu suaminya ada melakukan beberapa pekerjaan dan isterinya mengasuh tiga kanak-kanak,” katanya.
Kalau korang masih ingat pada bulan lalu, seorang remaja berusia 20 tahun bernama Shah Hairil Izman Dave telah ditangkap selepas kantoi menyamar menjadi seorang doktor di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak.
Insiden yang berlaku di Hospital Umum Sarawak itu sebenarnya bukanlah percubaan kali pertama oleh remaja yang berasal dari Bandar Bau Semariang ini. Amat memeranjatkan apabila siasatan mendapati dia pernah melakukannya sekerap 32 kali dari 16 Jun hingga 1 Julai lalu.
Dari luaran, Shah Hairel memiliki kesemua perkakas dan peralatan yang diperlukan untuk kelihatan seperti seorang doktor sebenar seperti kad nama, peralatan perubatan, cop, pas palsu sebagai kakitangan di hospital berkenaan dan kelengkapan lain yang dibawanya sendiri.
Sumber Foto : PDRM
Biarpun ‘berpengalaman’ menjadi seorang doktor sehingga 32 kali, penipuannya berakhir setelah dia didapati hanya berusia 20 tahun semasa sibuk berbual dengan doktor lain; lantas menimbulkan keraguan di kalangan kakitangan di sana. Setelah siasatan dijalankan, dia rupanya mempunyai minat mendalam dalam bidang perubatan malah telah mempelajari ilmu perubatan secara dalam talian.
Oleh sebab ini dianggap sebagai satu bentuk kesalahan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai seorang penjawat awam, maka kes ini perlu dirujuk ke Mahkamah Kuching pada hari ini dalam sebuah prosiding.
Hasilnya, Shah Hairil pada hari ini telah diperintahkan oleh mahkamah untuk menjalani program khidmat masyarakat selama 120 jam selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan di atasnya. Perintah ini dibuat di bawah Seksyen 293(1)(e) Kanun Prosedur Jenayah.
Dia bernasib baik kerana terlepas daripada hukuman maksimum dua tahuun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.
Penulis sebenarnya masih keliru bagaimana tertuduh boleh bertahan menjadi doktor sekerap 32 kali tanpa ‘terkantoi’ oleh pihak pengurusan mahupun para doktor lain? Namun orang kata, sepandai-pandai tupai melompat (sebanyak 32 kali dalam kes ini) akhirnya jatuh ke tanah juga.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!