Rasanya budak-budak tahun 90-an mesti tahu panggilan selipar Jepun ini. Selain harganya yang cukup murah, ianya agak keras dan agak selamat kalau dibawa ke masjid kerana tidak ramai “meminatinya” (walau kadangkala hilang dari radar).
Tahukah di sebalik panggilan selipar Jepun, Jepun bukanlah negara pengeluar selipar jenis ini malah tidak membuatnya langsung.
Rakyat Malaysia yang tinggal di Jepun, Zunita Ramli yang juga pemilik dan pengasas Tokyo Organik HQ berkongsi asal usul Selipar Jepun yang cukup popular di negara kita.
Baca perkongsiannya.
Bila cakap pasal “Selipar Jepun”, rasanya semua kenal kan?
Tapi pernah tak terfikir kenapa nama dia “Selipar Jepun”? Kenapa bukan Selipar England ke, Selipar Brazil ke Selipar Amerika ke? Kenapa mesti Jepun?
Ads
Haa..
Sebenarnya ikutkan sejarah, Selipar Jepun ni sebenarnya bukanlah berasal dari Jepun, selipar sebegini pertama direkodkan dalam sejarah adalah seawal tahun 4,000 sebelum Masihi dalam mural purba Egypt.
Lama sangat dah sebenarnya penciptaan selipar ni. Masa tu selipar ni diperbuat dari pokok papyrus.
Di Jepun, selipar sebegini dicatatkan dalam sejarah sekitar tahun 794-1185, iaitu masa zaman Heian. Selipar ni dipanggil “zori” yang biasanya diperbuat dari tatami atau jerami padi.
Ads
Jadi apa kaitan selipar ni dengan Selipar Jepun di Malaysia?
Sekitar tahun 1937, banyak kilang Cina dibuka untuk buat kasut berasaskan getah. Masa tu Tanah Melayu memang dah ada estet getah.
Tapi bila Jepun memerintah Tanah Melayu masa Perang Dunia Kedua, Jepun ambil alih kilang-kilang Cina ni. Estet getah pun diambil alih oleh Jepun dan ditukar nama sebagai Shonan Gomu Kumiai (Shonan Rubber Associaton).
Jadi bila diorang dah ambil-alih, Jepun ada kuasa penuh dalam produksi getah dekat Tanah Melayu. Diorang tak buat kasut, tapi getah masa tu digunakan untuk buat peralatan berasaskan militari menyebabkan industri kasut berasaskan getah terhenti.
Sekitar waktu ni lah, dikatakan Jepun bawa masuk “zori” ke Tanah Melayu. Sebabkan masa tu harga barang asas seperti baju dan kasut melambung tinggi, jadi zori diubah-suai dibuat menggunakan tayar terbuang. Jadi kos nak buat zori tu hampir tiada. Itulah asalnya dipanggil “Selipar Jepun”. Gituu.
Tapi lepas Jepun menyerah kalah dah keluar dari Tanah Melayu, “Selipar Jepun” jadi sentimen anti-Jepun yang sangat kuat. Tapi pengeluar (manufacturers) nampak versatiliti dan potensi Selipar Jepun ni. Senang pakai, tahan lasak, dan murah. Jadi mereka mempopularkan semula penggunaan Selipar Jepun.
Sampailah sekarang Selipar Jepun masih laku, punyalah laku sampai korang yang pergi semayang Jumaat tu, rasa tak kusyuk je fikirkan nasib Selipar Jepun korang, kan? . #CatatanZunitaDiJepun
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu posting oleh akaun Instagram, House of Pahang semalam mengesahkan keberadaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Institut Jantung Negara (IJN).
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja daripada Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, Baginda dirawat di wad di-Raja hospital tersebut sejak Isnin selepas mengadu kesihatan berada pada tahap tidak memuaskan.
“Selepas menerima nasihat, Al-Sultan Abdullah diletakkan di bawah pengawasan doktor dan keadaan Baginda tidak berada dalam situasi kritikal,” kata beliau sambil berkongsi bahawa Baginda dijangka akan dibenarkan keluar dari wad dalam waktu terdekat.
Dalam pada itu, beliau turut berkongsi bahawa Raja Permaisuri Agong, Tunku Aziziah Aminah Maimunah Iskandariah yang sedang dalam rangka lawatan peribadi ke Kota Bharu mengambil keputusan untuk bergegas pulang ke Kuala Lumpur untuk bersama Baginda sejak semalam. Lawatan yang dijadualkan berlangsung selama 3 hari itu dibatalkan serta-merta.
Sama-samalah kita menadah tangan dan mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong terus dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan demi memimpin Malaysia.
*
Tinjauan REMAJA di media sosial juga menunjukkan keprihatinan netizen tempatan yang mendoakan agar Baginda dikurniakan kesembuhan dengan segera.
*
*
Dirgahayu Tuanku.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai sebenarnya yang mengambil peluang cuti akhir tahun ini untuk menamatkan zaman bujang mereka.
Ini termasuklah usahawan ‘helok’ berusia 22 tahun iaitu Ameerul Afiq. Lebih dikenali sebagai King Afiq, Afiq tidak mendedahkan mengenai perancangan untuk berkahwin sepanjang minggu ini.
Dia hanya memberikan sedikit hint menerusi akaun Twitter-nya semalam.
Tweet tersebut telah disambut positif oleh ramai pengikutnya.
Selain mengucapkan ‘Selamat Pengantin Baru’, ramai juga yang terkejut dengan berita tersebut.
Tiada angin, tiada ribut. Tiba-tiba sudah ingin berkahwin.
Itulah jodoh namanya gaiss, ia hadir tanpa kita merancangnya.
*
Segak berbaju Melayu biru cair, Afiq memuat naik di Instagram-nya foto pertama daripada majlis yang berlangsung semalam.
“Alhamdulillah, dengan sekali lafaz buah hati saya sah menjadi isteri buat saya.
“Doakan kebahagian buat kamu berdua,” katanya yang berkongsi bahawa isterinya dikenali sebagai Zainab.
Antara yang mengucapkan tahniah sebentar tadi adalah rakan selebriti kepada Afiq seperti Raja Shahiran dan Zynakal.
REMAJA ucapkan tahniah kepada King Afiq dan suri pilihan hatinya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hampir kesemua cawangan McDonald's di seluruh negara sekarang menjadi rebutan pengunjung disebabkan hadiah percumanya yang kini tular.
Ia merupakan tempat letak cawan (cup holder) untuk penumpang di dalam kereta. Datang dalam bentuk karakter Hello Kitty, tak hairanlah hadiah tersebut menjadi barangan hangat di pasaran.
Peminat Hello Kitty sememangnya ramai di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Malah ramai merupakan pengumpul tegar sebarang barangan edisi terhad seperti ini untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi.
Namun, tak ramai yang tahu mengenai satu rahsia ini. Hello Kitty sebenarnya bukan – ahem – seekor KUCING!
Setelah 45 tahun menemui orang ramai dalam bentuk permainan, siri televisyen malah taman temanya sendiri, pemilik jenama Hello Kitty iaitu Sanrio telah melaporkan bahawa Hello Kitty hakikatnya bukanlah seekor kucing.
Ia sebenarnya ialah karakter animasi yang berupa kanak-kanak perempuan. Oleh sebab itulah, Hello Kitty tidak pernah ditonjolkan sebagai kucing yang berkaki empat, tetapi hanya berjalan seperti manusia biasa.
Ia bagaimanapun mempunyai nama timangan sendiri iaitu Charmmy Kitty. Nama penuhnya pula ialah Kitty White dan dilahirkan berbintang Scorpio.
And get this, Hello Kitty mempunyai kembar perempuan yang menetap berdekatan dengan bandaraya London.
Hhm, ada yang terkejut dengan pendedahan ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.