Pernahkah kamu terfikir untuk intip status WhatsApp rakan-rakan tapi tak nak diorang tahu? Jangan risau, ada cara mudah untuk kamu lakukan ini tanpa meninggalkan jejak!
Empat cara untuk melihat status WhatsApp seseorang tanpa diketahui
Tutup ciri ‘Read Receipts’
Ya, menutup ciri Read Receipts bukan sahaja berfungsi pada mesej teks tetapi juga pada status WhatsApp. Jika anda menutup ciri Read Receipts, nama anda tidak akan terpampang di dalam senarai nama yang melihat status tersebut. Sama juga jika seorang kenalan anda menutup ciri Read Receipts mereka, anda juga tidak akan dapat melihat jika mereka ada melihat status anda atau pun tidak.
Berikut ialah cara untuk mematikan ciri Read Receipts pada peranti anda:
Buka WhatsApp dan seterusnya ke bahagian Tetapan (Settings).
Pilih ‘Privacy’ dan tatal ke bawah untuk ‘Read Receipts’. Akhir sekali, tukar kepada tutup.
Sila ambil perhatian bahawa cara ini juga akan menutup ‘Read Receipts’ untuk mesej anda dan orang lain tidak akan tahu apabila anda telah melihat mesej daripada mereka.
Ads
Tukar mod kapal terbang atau matikan internet peranti anda
Cara kedua terbaik untuk melihat status WhatsApp tanpa diketahui ialah apabila anda ‘offline‘. Sebaik sahaja anda melihat kenalan anda telah memuat naik status, matikan data mudah alih dan Wifi anda atau hanya tukar kepada mod kapal terbang.
Selepas anda memutuskan semua rangkaian, pergi ke WhatsApp sekali lagi dan lihat status mereka. Aplikasi komunikasi ini tidak akan dapat menjejak aktiviti anda kerana anda berada di luar talian dan oleh itu paparan anda tidak akan muncul dalam senarai penonton.
Anda juga boleh melakukannya menerusi WhatsApp Web. Buka web WhatsApp dalam tetingkap inkognito, pergi ke tab Status dan semak sama ada status yang ingin anda lihat ada di sana. Kemudian matikan rangkaian WiFi pada komputer riba/ desktop anda dan lihat status tersebut. Apabila selesai, tutup penyemak imbas supaya data tidak disimpan.
Ads
Semak folder Status WhatsApp (hanya untuk pengguna Android)
Jika anda seorang pengguna Android, anda mempunyai satu lagi trick yang boleh dilakukan. Terdapat satu bahagian pengurus fail pada peranti anda di mana semua fail WhatsApp termasuk status kenalan anda tersedia.
Membuka status melalui pengurus fail tidak akan memaklumkan kepada individu empunya status tersebut yang bahawasanya anda telah melihatnya kerana ia tidak dilakukan melalui aplikasi tersebut secara langsung. Untuk mengakses folder Status WhatsApp menggunakan file manager, ikuti langkah berikut:
Pergi ke ‘File Manager’ pada peranti anda.
Pilih ‘Internal Storage’ dan klik pada WhatsApp.
Pada tab ‘Media’, anda akan menemui folder ‘Statuses’. Seksyen ini akan memaparkan semua gambar yang pernah dikongsikan oleh kenalan anda seperti mana Status mereka.
Jika folder tersebut kelihatan, pergi ke tetapan ‘File Manager’ dan buka ‘Show hidden files’. Selepas itu ia pasti akan kelihatan.
Sila ambil perhatian bahawa folder ‘Status’ hanya menyimpan data selama 24 jam. Selain itu, ia hanya berfungsi apabila individu yang anda ingin cuba lihat statusnya mempunyai akaun WhatsApp mereka yang berpaut ke peranti mereka. Jika tidak, usaha anda akan sia-sia.
Ads
Lihat status WhatsApp menggunakan aplikasi pihak ketiga (atas risiko anda sendiri)
Tapi awas!!! anda perlu berhati-hati semasa menggunakan aplikasi ini. Sementara beberapa aplikasi pihak ketiga mendakwa berfungsi dengan lancar untuk anda, ia mungkin menimbulkan risiko keselamatan dan malah menjejaskan data anda. Lebih-lebih lagi, kerana mereka melanggar syarat perkhidmatan WhatsApp, pengguna mungkin disekat buat sementara atau selama-lamanya daripada aplikasi itu.
Walau bagaimanapun, jika anda benar-benar berminat untuk menggunakan aplikasi pihak ketiga, GBWhatsApp, Status Saver dan KidsGuard untuk WhatsApp adalah beberapa nama yang mendakwa menawarkan ciri tambahan di luar aplikasi WhatsApp rasmi.
Semoga panduan ini membantu anda dengan mudah untuk melihat status WhatsApp secara senyap-senyap.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aplikaai Whatsapp, berita palsu dan netizen kini berpisah tiada.
Mengambil kira tentang perkara ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, perbincangan bersama META selaku pembangun aplikasi tersebut sedang dilakukan bersama Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Pengguna dijangka bakal menerima ciri terbaharu itu secara lengkap menjelang penghujung Mei nanti.
Menurutny penguna aplikasi Whatsapp tidak lama lagi akan menerima ciri terbaharu iaitu ‘chatbot’ dan ia membolehkan pengguna untuk memeriksa kesahihan apa jua berita mahupun kenyataan yang diterima melalui aplikasi berkenaan.
Menurut Fahmi lagi, sekarang ini terdapat beberapa isu teknikal yang akan diselesaikan dan pengguna boleh menggunakan ciri tersebut sejurus perbincangan bersama pihak META selesai.
Mengulas lebih lanjut, ciri ‘chatbot’ berkenaan bakal dikendalikan JomChat yang melibatkan beberapa kumpulan NGO dan Bernama yang dipilih berdasarkan standard semakan fakta yang tepat selain berkualiti.
Tambahnya lagi, masalah yang dihadapi ketika ini adalah lambakan berita tidak benar dan juga berunsur fitnah disebarkan melalui aplikasi Whatsapp. Jadi, salah satu tindakan SKMM untuk menangani masalah tersebut dengan adanya ‘chatbot’ ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Telefon pintar hari ini merupakan satu simbol gaya hidup. Kiranya, tak ada phone tak ada life lah!
Memilih untuk lari dari kebiasaan, syarikat Zini Mobiles bertindak melawan dengan mengeluarkan telefon pintar 3G terkecil dengan saiz 2.4 inci x 1.18 inci x 0.65 inci , malah sebesar duit 20 sen.
Zanco T2 hadir dengan penyediaan bateri yang mampu bertahan sehingga tujuh hari selain memiliki ciri storan 32 gigabit (GB) dan akses sambungan Bluetooth. Zanco T2 juga menggunakan keupayaannya sama seperti telefon pintar lain seperti mempunyai ‘alarm’, MP3 & MP4, kalender serta boleh merakam gambar dan video bersaiz resolusi 128 x 96 piksel.
Menarik kan?
Mungkin, agak pelik dan melucukan kerana saiz kerdil tidak ubah seperti telefon mainan. Namun menurut perkongsian newatlas.com, perincian menarik spesifikasi fitur baharu itu dalam kelas tersendiri.
Bagi korang yang mementingkan saiz peranti yang kompak, mungkin Zanco T2 peranti yang korang nanti-nantikan. Zanco T2 juga inovasi gajet telefon pintar 3G paling kecil di dunia!
Mungkin penciptaan fitur baharu dengan berat hanya 31 gram tersebut menjadi berita baik buat pengguna yang sukakan minimalis kerana tidak mustahil, ada peminatnya tersendiri.
Kecil bukan sebarang kecil okay! kerana sekecil-kecil peranti dengan saiz satu inci skrin LCD itu, ia berada dalam kelasnya tersendiri. Meskipun harganya masih belum diumumkan, fitur baharu itu dijangka akan menembusi pasaran bermula April nanti. So siapa nak hadiahkan telefon comel ni dekat penulis…hiks!
Nak kalahkan 10 pasukan pun susah, inikan lagi sehingga lebih 3,000 buah pasukan dari seluruh rantau Asia Pasifik. Mega!
TAHNIAH REMAJA ucapkan kepada dua buah pasukan gamers daripada Malaysia yang berjaya menamatkan saingan kejohanan Asia Pacific Predator League 2019 di tempat ketiga dan keempat dua hari lalu di Bangkok Thailand.
Setelah tiga hari bergelut dalam kejohanan sengitu itu, pasukan Geekfam yang disertai oleh telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak USD15,000 setelah mendapat tempat ketiga dalam kategori DOTA2. Sementara itu, sebuah lagi pasukan Malaysia iaitu Lotac berpuas hati di tempat keempat dalam kategori sama.
GeekFam
GeekFam dipaksa tunduk kepada pasukan Filipina, TNC Predator manakala Lotac pula tewas kepada pasukan Indonesi BOOM ID. Sekaligus, dua pasukan tersebut menyambar kedudukan pertama dan kedua.
Apapun, saingan yang diberikan cukup sengit sebelum keputusan akhir diterima kerana masing-masing tidak mahu mengalah di hadapan 10,000 orang penonton Stadium Nimibutr dan 4.3 juta lagi penonton online dari seluruh dunia!
Bercakap dengan wakil media, wakil penganjur Asia Pacific Predator League 2019 iaitu Acer berkata mereka mengharapkan lebih ramai lagi bakat remaja yang dicungkil melalui trend e-Sports di rantau ini dan agar mereka dapat menempah kejayaan sekali lagi pada acara seterusnya di Filipina pada tahun 2020.
Ni yang nak asah skil PUBG dan DOTA2, mana tahu boleh menang ribuan dollar! Hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!