Dah namanya trend, sudah tentu ia datang dan pergi. Begitu juga dengan trend dalam dekorasi dalaman rumah.
Baru-baru ini, perkongsian dari seorang lelaki, Muhd Shauqi di facebook menarik minat orang ramai apabila dia berkongsi suasana di dalam bilik tidurnya.
Memang ringkas dan tenang berada dalam bilik sebegini. Ditambah deko yang tidak terlalu sarat, sesuai dengan orang bujang, perkongsiannnya menarik minat untuk orang mengenalinya lebih lanjut kerana mahu mahu tahu tips bagaimana biliknya nampak kemas dan teratur.
Kalah bilik anak dara guys!
Ads
Tapi apa salahnya. Dengan berbuat demikian, rumah yang diduduki kita juga akan semakin cantik dan ia secara tidak langsung menambahkan lagi semangat kita untuk terus kekal positif apabila berada di dalam rumah.
Umpama berada dalam rimba yang penuh dengan elemen semulajadi
Ads
Menurut lelaki ini, beliau hanya mengunakan katil asrama sahaja dan transform kepada bunk bed. Jimat duit tapi ala ikea kan katil ni?
So korang, kalau nak bilik tampak kemas dan wow macam biliknya, apa paling penting ialah rajin dan kena ada kesungguhan. Bila kita ubah sikap, maka semuanya akan jadi.
Betul kan?
Sumber : Facebook Muhd Shauqi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi individu yang mempunyai niat cuti-cuti Malaysia di bumi Kenyalang, sesuatu yang korang kena tahu, setibanya di bumi kenyalang, korang perlu dikuarantin dahulu di hotel berkuatkuasa 1-14 Ogos 2020. Pada hari kedua barulah ujian swab akan diadakan dan jika didapati negetif, barulah membuat apa jua urusan di negeri Kenyalang ini.
Ini bermakna, bagi yang mahu short vocay perlu memanjangkan cuti kalau masih ingin berada di negeri terbabit. Kalau tidak rugi korang tak sempat jelajah bumi Kenyalang yang penuh dengan tempat-tempat menarik.
Masa yang sama juga, dalam sidang akhbar melibatkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri sebentar tadi, dalam mengekang penularan wabak COVID-19 yang mula menunjukkan angka membimbangkan bagi negeri tersebut iaitu sebanyak 40 kes di Kuching hingga diisytiharkan zon kuning selain Samarahan mencatatkan 3 kes bagi daerah tersebut, zon sekatan larangan daerah diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut Jumaat ini.
Jelas Menteri berkenaan, pihak kerajaan negeri telah mengambil langkah yang tegas dan proaktif untuk mengekang penularan wabak COVID-19 di Sarawak, khususnya di Bandaraya Kuching.
“Kerajaan Pusat telah meluluskan permohonan Kerajaan Negeri untuk menghadkan pergerakan perjalanan antara Zon di Sarawak dari 1 Ogos sehingga 14 Ogos 2020.
“Zon 1: Melibatkan Kuching, Serian dan Samarahan (Zon Kuning/Merah) Zon 2: Bahagian Seri Aman, Betong, Sarikei, Kapit, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang (Zon Hijau).
Ini bermakna, mana-mana individu yang ingin bergerak antara zon, hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada pihak PDRM, manakala pergerakan dalam zon adalah dibenarkan.
“Bukan itu saja jumlah penerbangan dari Semenanjung, Sabah dan Labuan ke Sarawak akan dikurangkan mulai 1 sehingga 14 Ogos bagi memastikan pendemik ini tidak terus merebak di negeri tersebut,” katanya lagi.
Buat warga Sarawak, stay strong ok. Janji masih boleh beraya lagikan di Aidiladha ini walau perlu “kerja lebih sikit” iaitu dapatkan permit polis untuk rentas zon.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika ramai yang tertanya-tanya bilakah sesi pengajian baru akan dimulakan di sebalik sesi persekolahan yang belum diketahui, Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan akhbar hari ini mengumumkan kemasukan pelajar baru akan dimulakan bermula 1 Julai ini.
Mesyuarat khas Menteri-menteri mengenai perlaksaan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 16 Mei 2020 telah meluluskan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan pengendalian aktiviti akademik di kampus institusi pendidikan tinggi (IPT) semasa dan pasca PKP.
KPT ingin memaklumkan bahawa semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilaksanakan secara dalam talian sehingga 31 Disember 2020. Semua aktiviti PdP secara bersemuka adalah tidak dibenarkan.
Walau bagaimana pun, pengecualian diberikan kepada 5 kategori pelajar berkeperluan untuk pulang ke kampus secara berperingkat bagi melaksanakan PdP seperti berikut.
Dengan Serta Merta
Pelajar pasca siswazah mod penyelidikan di universiti awam dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) diberikan kebenaran menyambung penyelidikan dengan kadar segera. Kelonggaran ini hanya dibenarkan kepada pelajar yang berkeperluan hadir secara fizikal ke makmal, bengkel, studio reka bentuk atau memerlukan peralatan khusus bagi menjalankan penyelidikan.
Tertakluk kepada tarikh penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Pelajar semesta/ tahun akhir bagi pengajian di peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda yang perlu melaksanakan kerja-kerja klinikal, latih amal, makmal, bengkel, studio reka bentuk, praktikal atau yang memerlukan peralatan khusus.
Pelajar dalam kategori ini dibenarkan untuk melaksanakan PdP di kampus seawal 1 Julai 2020.
Pelajar semesta /tahun akhir yang tidak mempunyai akses yang diperlukan dan persekitaran yang tak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian. Pelajar kategori ini dibenarkan untuk pulang ke kampus seawal 1 Julai 2020 dan menggunakan infra struktur di kampus bagi PdP secara dalam talian.
Pelajar berkeperluan khas yang mengikuti program pendidikan dan Latihan teknikal dan vokasional (TVET) di Politeknik dan Kolej Komuniti yang perlu dapat bimbingan secara bersemuka bagi melaksanakan PdP kerana masalah pembelajaran adalah dibenarkan seawal 1 Ogos 2020.
Bagi sesi akademik 2020/2021 di semua Universiti Awam, Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti bagi kemasukan ke peringkat sijil, asasi dan diploma untuk lepasan SPM serta kemasukan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi lepas STPM dan setaraf.
Kemasukan pelajar adalah secara berperingkat seperti berikut.
Kemasukan pelajar sijil dan diploma, Politeknik serta Kolej Komuniti seawal 1 Julai 2020.
Kemasukan pelajar asasi, sijil, diploma dan ijazah sarjana muda di IPTS seawal 1 Julai 2020
Kemasukan pelajar asasi dan diploma di Universiti awam, seawal 1 Ogos 2020 dan
Kemasukan pelajar ijazah sarjana dan pasca siswazah MOD,penyelidikan di university awam dan IPTS seawal 1 Oktober 2020.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Pinjam” sekejap sebelum apungkan. Ternyata pengalaman seorang penduduk kampung yang arif dengan keadaan Sungai Paka, Durian Mentangau yang memaklumkan mayat Konstabel Wan Mohd Arif di”pinjam” seketika benar-benar berlaku.
Daus Ibrahim, 62 seorang penduduk kampung dari Felda Kerteh 2, Dungun yang sudah 30 tahun tinggal berhampiran sungai berkenaan berkata, berdasarkan pengalamannya yang agak mahir dengan keadaan sungai berkenaan, mayat kedua-duanya berada tidak jauh dari lokasi terjatuh. Sekitar 200-300 meter sahaja.
Daus mendakwa “mayat” disimpan seketika oleh penunggu sungai dan akan dipulangkan jua
Ternyata kata-katanya benar kerana mayat suspek dikenali sebagai Zul Ayam ditemui pada jarak 200 meter selepas empat hari kejadian berlaku. Malah dalam satu temubual dia memaklumkan jenazah anggota polis iaitu Wan Mohd Arif juga berada tidak jauh dari lokasi mayat pertama ditemui, cuma arwah “dipinjamkan” seketika oleh penunggu sungai seperti didakwanya.
Tambahnya lagi, sepanjang pengetahuannya, Sungai Paka, Durian Mentangau ini sudah menelan 10 nyawa dan kali terakhir terjadi ialah lima tahun lalu.
“Maknanya sudah lima tahun tiada kejadian lemas di sungai ini. Jika dicampur dua kes ini menjadikan kesemuanya 12 kes,” katanya yang ditemui dilokasi kejadian.
Tidak dinafikan, di muka bumi ini selain wujudnya manusia sebagai penghuninya, ada lagi penghuni tidak “nampak” pada mata kasar manusia iaitu alam jin. Namun sebagai hambaNya, kita mempercayai apa jua yang berlaku adalah atas izin Allah taala.
Mayat arwah Wan Mohd Arif ditemui terapung pada jarak 300 meter dari lokasi jatuh. Usaha menyelam sudah beberapa kali diadakan di lokasi mayatnya timbul tetapi tidak menemui apa-apaAl-Fatihah, akhirnya jenazah Kontabel Wan Mohd Arif ditemui selepas lapan hari operasi mencarinya
Hilang pada hari Jumaat dan ternyata pada hari ini, Jumaat penghulu hari, jenazah allahyarham Wan Mohd Arif ditemui sekitar jarak lebih kurang pada jarak suspek Zul Ayam ditemui selepas usaha menebang beberapa batang pokok di sungai berkenaan dilakukan oleh penduduk kampung dan pasukan penyelamat.
REMAJA difahamkan juga oleh rakan-rakan wartawan yang membuat liputan di lokasi kejadian, beberapa usaha telah dilakukan termasuk laungan azan dan menepuk permukaan air sungai bagi menimbulkan kedua-duanya. Malah pasukan penyelam juga ada membuat beberapa kali selaman namun air sungai yang keruh dan arus agak deras menyukarkan operasi dilakukan sebelum mayat timbul sebelah tengahari tadi.
Wan Suraya lega apabila jenazah adiknya ditemui selepas solat hajat besar-besaran diadakan malam tadi
Biarpun rasa sedih itu ada namun bagi kakak arwah, iaitu Wan Suraya yang setia menunggu sejak seminggu lalu mengucapkan rasa syukur kerana jenazah adiknya timbul juga.
“Walau pun sedih tapi sekurang-kurangnya ada kuburnya untuk kami menziarahi nanti.
Wan Suraya, 32 berkata, setiap hari sejak seminggu lalu iaitu bermulanya operasi mencari dan menyelamat dilakukan dia dan ahli keluarga lain setia menunggu di tebing sungai menantikan abangnya ditemui.
Alahyarham Wan Mohd Arif meninggal sebagai wira negara apabila lemas dalam operasi menangkap penjenayah dikenali sebagai Zul Ayam
Menurutnya, berkat solat hajat besar-besaran di Masjid Jamek Paka malam tadi, pagi ini jasad abangnya akhirnya ditemui.
“Memang kami tidak putus berdoa dan setiap hari lakukan solat hajat. Malam tadi sekali lagi solat hajat secara beramai-ramai dilakukan di Paka memohon usaha mencarinya dipermudahkan.
“Dengan izin Allah, hari ini jasadnya timbul dan walaupun operasi ini agak sukar, kami sekeluarga beramai-ramai tetap yakin dia akan ditemui,” katanya kepada Sinar Harian.
Ibu arwah yang uzur sudah bersiap sedia dibawa ke lokasi namun berpatah semula ke rumahnya selepas mendapat tahu mayat anaknya sudah ditemui
Katanya, walaupun sedih, keluarga berasa lega dengan penemuan jasad anggota dari Balai Polis Paka itu.
“Memanglah sedih tapi sekurang-kurangnya jasad arwah ditemui. Ketika mayat ditemui ibu yang sakit dalam perjalanan menuju ke sini tetapi berpatah balik apabila dimaklumkan berita penemuan abang. Jenazah arwah akan dibawa pulang ke Pasir Mas untuk dikebumikan, “katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira jam 12.25 tengahari.
“Hari ini sudah masuk hari ke lapan operasi dan akhirnya usaha semua pasukan penyelamat berhasil.
“Jasad mangsa timbul dalam jarak 300 meter dari lokasi kejadian. Mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk urusan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarga, “katanya.
Mayat Zul Ayam ditemui pada hari ke empat pada jarak sekitar 200 meter dari lokasi jatuh
Dalam kejadian jam 8.30 malam Jumaat lalu, Wan Mohd Arif bersama suspek penjenayah dikenali sebagai Zul Ayam terjatuh ke dalam sungai sebelum dihanyut arus deras.
Mayat suspek berusia 39 tahun ditemui tersangkut pada ranting pokok di tebing sungai pada hari keempat operasi. Malah difahamkan, isteri allahyarham, Sharifah Murni Sayed Ab Aziz, 27, baru semalam habis peperiksaan akhir di Kolej Kejururawatan di Kuala Terengganu dan sudah berada di lokasi sejak semalam lagi. Ternyata Allah memberinya peluang untuk menatap wajah suaminya buat kali terakhir.
Al-Fatihah (dengan bacaan) untuk wira negara ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diangkat darjatnya bersama orang beriman dan beramal soleh. Amin.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!