
Majoriti golongan lelaki di Malaysia menolak untuk membincangkan isu kesihatan mental dan melarikan diri daripada realiti tersebut.
Ahli psikologi klinikal dan pensyarah kanan di Universiti IMU, Dr. Serena In berkata, tahap kesihatan mental rakyat Malaysia pada tahun ini berada pada paras yang merisaukan.
Situasi ini katanya lebih ketara dalam golongan Adam kerana mereka seringkali dipengaruhi pemikiran ‘konvensional’ mengenai peranan lelaki dalam masyarakat dan tingkah laku lelaki yang dikaitkan dengan sifat ‘alfa’ atau ‘macho’ tanpa memerlukan bantuan pakar.
“Perempuan cenderung untuk lebih terbuka (apabila bercakap mengenai isu kemurungan dan kesihatan mental mereka). Mereka lebih mudah mengakui dan berkongsi perasaan dengan rakan-rakan.
“Namun bagi orang lelaki, mereka sering diharap untuk kekal tabah, kuat dan tidak beremosi.
“Sejak kecil lagi, anak lelaki dibesarkan dengan tanggapan bahawa menunjukkan emosi dan meminta pertolongan itu tanda mereka lemah. Adakala, mereka turut diejek atau dikritik apabila (menunjukkan emosi atau meminta bantuan).
“Akibatnya, ramai lelaki berasa malu apabila mereka gagal memenuhi harapan diri sendiri atau orang lain,” ulas Dr. Serena.
BACA: TXT Lancar Kempen Global Bersama UNICEF, Satukan Suara Gen Z Sokong Kesihatan Mental Remaja
Impak kepada tabiat golongan lelaki di Malaysia yang enggan bersifat terbuka dengan simptom kemurungan ini dikenali sebagai Masculine Discrepancy Stress, atau tekanan akibat ketidaksesuaian dengan jangkaan maskuliniti. Ia secara tidak langsung menambah beban mental dan emosi yang ditanggung oleh orang lelaki.
BACA: “Fokus Belajar Tapi Jangan Sampai Abaikan Kesihatan Mental” -Pesanan Dewi Adrina Buat Pelajar SPM
Tanda-tanda awal amaran masalah kesihatan mental sememangnya boleh dilihat secara jelas pada tingkah laku seseorang tidak kira lelaki atau perempuan.
Bagaimanapun menurut Dr. Serena, sesetengah simptom lebih kerap dilihat dalam kalangan lelaki.
Sekiranya korang mengenai ahli keluarga, rakan-rakan atau rakan sekerja yang berubah tingkah laku, korang sewajarnya menawarkan sokongan kepada mereka sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Ini merupakan beberapa cadangan yang dikongsikan oleh Dr. Serena.
BACA: ‘Morning Exercise’ Cara Janna Nick Kekal Cerdas Dan Pelihara Kesihatan Mental
Seseorang yang murung atau mengalami isu kesihatan mental tidak semestinya memerlukan rawatan pantas.
Yang penting, emosinya diuruskan secara sihat. Paling penting, seseorang itu perlu mengakui dirinya berdepan gangguan emosi. Do not be in denial.
Hanya selepas itu, orang di sekeliling boleh menghulurkan bantuan seperti berbual dengan rakan, mengajak mereka bersenam secara teratur dan mendapatkan rehat yang cukup.
Ketahuilah, kesihatan mental sama pentingnya dengan kesihatan fizikal. Bak kata Dr. Serena, kita semua perlu menjaga minda untuk memiliki tubuh badan yang sihat.
Sebagaimana kita berjumpa doktor apabila badan fizikal tidak sihat, maka wajarlah kita berjumpa kaunselor atau ahli terapi pakar sekiranya korang merasa terganggu dari segi mental sekiranya korang menemui jalan buntu
Perkongsian info ini adalah perspektif yang dilontarkan oleh ahli psikologi klinikal dan pensyarah kanan di Universiti IMU, Dr. Serena In sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang berlangsung baru-baru ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.