Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan dengan ‘Air Sally’, iaitu minuman dari Starbucks yang telah diperkenalkan oleh seorang tiktokers yang dikenali sebagai sallywhoo.
Air ini menjadi lebih viral apabila ada seorang influencer yang memuat naik video memuntahkan semula air kopi yang dibelinya itu kerana dikatakan tidak sedap.
Masing-masing mempunyai citarasa yang berbeza bukan?
Walau bagaimanapun, Air Sally tetap menjadi viral dan sudah ramai yang mencuba minuman tersebut yang dikatakan berharga lebih kurang RM23.
Namun begitu, ada seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Jawney Starbies telah memberikan option lain untuk mendapatkan harga yang lebih murah sedikit tetapi rasanya lebih kurang sama seperti Air Sally.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Foto terbaru yang dimuat naik oleh abang Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam telah mencetuskan spekulasi.
Ini kerana Syed Abdullah Syed Abdul Rahman mengumumkan bahawa dia secara sah telah menyertai parti UMNO sekaligus seakan ‘membelakangi’ pendirian adiknya yang kekal dengan parti BERSATU tetapi tidak menyokong perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Syed Abdullah, ini merupakan pilihan peribadi dan tidak dipengaruhi oleh ahli keluarganya dan laporan media. Kenyataan permulaan daripadanya ini jelas ingin menjawab spekulasi netizen yang pasti pelik mengapa dirinya mempunyai pendirian politik berbeza daripada adiknya, bekas Menteri Belia & Sukan Syed Saddiq.
Walaupun masih menyertai parti BERSATU di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau tetap dengan pendiriannya yang menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia yang sah.
Berbalik kepada Syed Abdullah, dia melihat hari kemasukannya sebagai seorang ahli parti UMNO ini merupakan hari bersejarah untuk dirinya, keluarga dan rakan-rakannya.
“Hari ini saya memutuskan untuk menyertai UMNO kerana saya percaya generasi mudah harus meneruskan legasi (pemimpin UMNO terdahulu).
“Saya habiskan masa di luar negara beberapa tahun lalu dan apabila pulang semula ke sini, saya perhatikan terdapat banyak perubahan yang telah berlaku kepada negara kita. Itu membuatkan saya berpihak kepada parti yang saya percaya dahulu (UMNO).
“UMNO tidak sempurna, ada juga yang berpendapat ia bukanlah parti yang sama seperti dahulu. Bagaimanapun, saya dikelilingi oleh generasi muda yang percaya boleh mengembalikan UMNO ke landasan semula,” jelasnya menerusi paparan di Instagram.
Seperti yang dijangka, ramai netizen yang seakan terkesan dengan keputusan Syed Abdullah.
Ramai tertanya mengapa keputusan ini dibuat setelah kerajaan Pakatan Harapan kehilangan mandat? Ada juga yang berpendapat sinikal terhadap hubungannya dengan Syed Saddiq selepas ini. Will the brothers have the same relationship after this?
Sementara itu, tidak kurang juga yang berpendapat kita tak seharusnya menilai niat Syed Abdullah untuk ‘membelakangi’ adiknya dengan menyertai UMNO.
“Tak kisah lah parti apa, yang penting kita semua kena naikkan balik cara pemikiran orang Melayu sebagai pemimpin yang berjuang mendapatkan semula keharmonian Malaysia dengan semua kaum..”
*
Ini bukanlah hubungan adik-beradik pertama yang berlainan pandangan politik di Malaysia. Sebelum ini, kita pernah mendengar mengenai pertembungan tiga orang adik-beradik iaitu Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (PBS), Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR) dan Crispin Kitingan (WARISAN) di Sabah.
Selain itu, juga di Sabah, pertembungan epik di antara Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan sepupu beliau, Datuk Seri Nasir Sakaran juga pernah berlaku bagi kerusi DUN Senallang.
Tak semua remaja zaman sekarang memilih pekerjaan seperti yang diperkatakan oleh netizen.
Memiliki paras rupa yang elok adalah satu kelebihan bagi seseorang insan, boleh dijadikan ‘pemberian’ ini sebagai satu kerjaya. Namun bukan pada remaja lelaki berusia 20 tahun ini, Nur Haadi Abdul Rani apabila memilih menjadi seorang pengawal keselamatan di usia muda.
Baru-baru remaja ini menjadi perhatian warganet apabila penampilan menarik dan aktif menggunakan aplikasi TikTok, Haadi tular kerana terlihat segak dan tampan walaupun mengenakan pakaian pengawal keselamatan.
Mesra dengan dengan panggilan Haadi , pemuda ini tak malu untuk pamerkan perkerjaannya walaupun sering dipandang rendah dan diperlekeh oleh segelintir masyarakat. Meskipun masih muda, namun dia kelihatan sangat matang dan gembira semasa menjalankan tugas.
Menurut laporan Mstar, Haadi yang berasal dari Terengganu ini memaklumkan dia bangga apabila video yang dimuat naik mendapat perhatian kerana dapat berkongsi bagaimana kerjanya sebagai pengawal keselamatan kepada umum.
“Saya rasa bangga sangat. Mungkin sebelum ini ada segelintir individu yang pandang remeh kerja ini. Saya buat video sebab nak tunjuk situasi pekerjaan saya.”
“Mungkin ada yang malu dengan kerja ini. Tapi bagi saya tak perlu malu nak kerja sebagai pengawal keselamatan.”
“Alhamdulillah, lepas saya buat video, ramai anak muda mesej saya dan tanya mengenai pekerjaan ini. Ramai yang minat sebenarnya,” katanya
Malang tidak berbau, siapa sangka cendawan liar yang dikutip di kebun belakang rumah punca satu keluarga nyaris maut dan terpaksa masuk hospital.
Spesies cendawan yang dipercayai beracun yang sering tumbuh di kawasan kebun rumah mangsa.- Foto ihsan keluarga mangsa
Menurut laporan Sinar Harian, suri rumah itu hanya mampu melihat tujuh anaknya rebah seorang demi seorang dalam keadaan mulut berbuih dan berdarah kurang sejam selepas menikmati sayur cendawan goreng yang dipercayai beracun dalam kejadian pada Isnin minggu lalu di kediamannya mereka di Kampung Nyiur di sini.
“Tidak sampai sejam, saya rasa seperti ada yang tidak kena. Terasa seolah-olah hendak terbakar di dalam perut. Rasa panas semacam dan pada masa sama saya muntah berdarah termasuklah suami, Muhammad Nurhadi, 36.
“Dalam keadaan tidak bermaya, kami hanya mampu melihat seorang demi seorang anak tergolek. Ada yang mulut berbuih dan keluar darah. Allah saja yang tahu perasaan saya pada masa itu,” katanya.
Difahamkan, lauk cendawan beracun itu dijamah oleh mereka sekeluarga kecuali anak bongsu berusia setahun sebulan.
Hmm..bahayanya cendawan liar ni kerana fizikal tumbuhan ini kelihatan sama. Jadi, ini REMAJA kongsikan 5 jenis cendawan yang tidak boleh dimakan dan beracun.
Cendawan Amanita Bisporigera
Foto Via naturenet.net
Amanita bisporigera adalah spesies cendawan beracun yang berbahaya dalam keluarga Amanitaceae. Ia biasanya dikenali sebagai cendawan ‘Eastern North American Destroying Angel’ atau cendawan malaikat pemusnah.
Cendawan ini mempunyai payung putih halus yang dapat mencapai hingga 10 centimeter dan panjangnya sehingga 14 sentimeter. Jenis cendawan ini mempunyai dua spora dalam satu induk.
Pholiotina rugosa adalah cendawan rumput biasa yang tumbuh secara meluas dan sangat biasa dijumpai di kawasan Barat Laut Pasifik. Jenis cendawan ini juga telah dijumpai di Eropah, Asia dan Amerika Utara.
Ia mengandungi mikotoksin yang boleh membawa kepada kematian. Awas, jenis cendawan ini tidak boleh dimakan.
Cendawan Sulfur Tuft
Foto Via educalingo.com
Cendawan sulfur tuft atau clustered woodlover adalah jenis cendawan hutan yang biasa dan sering kali dijumpai ketika hampir tidak ada cendawan lain. Cendawan ini tumbuh secara besar-besaran dalam gumpalan besar pada tunggul, akar mati atau batang pokok yang lebar.
Cendawan Sulfur tuft amat pahit dan merupakan cendawan yang beracun. Jika memakannya, ianya boleh menyebabkan muntah, cirit-birit dan sawan.
Toksin utama di dalam jenis cendawan ini adalah steroid yang dikenali sebagai steroid fasciculol E. Jangan sesekali makan cendawan jenis ini.
Cendawan Galerina Sulciceps
Foto Via alchetron.com
Spesies cendawan yang sangat berbahaya dan tidak boleh dimakan juga adalah Galerina sulciceps. Ia hidup di wilayah tropika Indonesia dan India, namun kadang-kadang dilaporkan membiak di Eropah.
Jenis cendawan ini mengandungi lebih banyak toksik daripada deathcap (Amanita phalloides). Cendawan ini terbukti mengandungi toksin alpha- (α-), beta- (β-) dan gamma- (γ-) amanitin. Satu kes pernah dilaporkan di Indonesia pada tahun 1930-an yang mengakibatkan 14 kematian akibat pengambilan jenis cendawan ini.
Cendawan Galerina Marginata
Foto Via zoology.ubc.ca
Galerina marginata adalah jenis cendawan yang beracun dalam keluarga Hymenogastraceae dari Agaricales. Sudah tentu tidak boleh dimakan. Cendawan ini mempunyai payung coklat hingga kuning coklat yang pudar ketika musim kering.
Insang cendawan ini berwarna kecoklatan dan memberikan cetakan spora yang berkarat. Cincin membran yang jelas kelihatan pada batang spesimen muda jenis cendawan ini akan hilang seiring bertambahnya usianya.
Moga perkongsian ini bermanfaat kepada semua, pengajarannya kenalpasti cendawan liar sebelum memetik dan dimakan. Dan get well soon buat ahli keluarga ini!