Penggunaan kereta elektrik di Malaysia mungkin belum lagi menjadi kebiasaan, namun di Amerika Syarikat syarikat pembuat kereta elektrik Tesla sudah menjadi antara jenama kereta yang terkenal.
Walau bagaimanapun, di pasaran Malaysia kereta jenama Tesla ini sudah pun mula dijual. Buktinya, seorang lelaki telah membuat perkongsian berkenaan dengan kereta elektrik Tesla ini di laman TikTok. Dikenali sebagai Khal Iltizam, pemuda ini banyak berkongsi video menerusi video yang dimuat naik di laman sosial itu.
Menurutnya, terdapat beberapa lokasi yang menyediakan cas kereta elektrik secara percuma seperti di IKEA. Selain itu juga, jika pemandu ingin mengecas di stesen minyak yang menyediakan perkhidmatan itu, bagi 50Kwat ia dikira sebanyak RM1.20 selama satu minit tempoh pengecasan. Dalam tu minit tu lebih kurang 1 peratus dan ini bermakna kalau dalam 100 peratus mungkin dalam anggaran RM120.
Untuk kereta Tesla Model 3 Performance, jika 100 peratus bateri telah dicas, ia boleh dipandu sejauh lebih kurang 500 kilometer. Kalau nak murah dan jimat, boleh cas di rumah dahulu kerana Tesla turut memberikan alat pengecas yang boleh dilakukan sendiri di rumah.
Tambahnya lagi, di Malaysia kini sudah banyak terdapat stesen minyak yang menawarkan perkhidmatan mengecas kereta elektrik. Jadi, sekiranya korang ingin memiliki kereta Tesla ini janganlah pula risau tentang kepayahan untuk mengecas kenderaan elektrik ini. Hiks!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Macam Oppa Korea!” – itulah antara komen yang membanjiri media sosial apabila wajah kacak Raja Azlan Muzaffar Shah, putera Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, mula tular. Nama beliau kini menjadi sorotan netizen selepas beberapa gambar dan video terbarunya dikongsikan di aplikasi Threads.
Raja Azlan Muzaffar Shah, putera Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah semasa kecil
Rata-rata netizen nyata terpegun dengan penampilan segak Raja Azlan yang baru berusia 17 tahun. Malah, ramai mengaitkan wajahnya dengan pelakon popular Korea, Ahn Jae-hyun kerana iras wajah dan aura yang dimiliki. Ada yang menulis, “ingatkan oppa Korea, rupanya putera diraja Malaysia”, sekali gus mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.
Bukan setakat wajah tampan, ketinggian dan karisma Raja Azlan juga menarik perhatian ramai. Seorang pengguna Threads berkongsi pengalaman bertemu dengannya secara berdepan dan mengakui terkejut dengan personalitinya yang tinggi lampai. Walaupun sering tampil sederhana, gaya yang dibawa tetap menyerlahkan keyakinan diri seorang pewaris keluarga diraja.
Lebih istimewa, aura Raja Azlan terserlah dalam setiap penampilannya yang sopan dan berkarisma. Netizen bukan sahaja memuji raut wajahnya, tetapi juga kagum dengan personaliti tenang serta pesona yang dimilikinya. Tidak hairanlah mengapa ramai anak muda mula menjadikan beliau sebagai inspirasi gaya dan ikon remaja baharu.
Fenomena ini membuktikan bahawa pengaruh media sosial sangat besar dalam menonjolkan personaliti muda. Walaupun belum menceburi dunia hiburan, Raja Azlan sudah berjaya mencuri perhatian seantero Malaysia dengan daya tarikan semula jadinya.
Siapa tahu, dengan populariti yang semakin meningkat, mungkin suatu hari nanti Raja Azlan bakal melangkah lebih jauh sama ada dalam bidang akademik, kepimpinan mahupun menjadi ikon belia.
Apa yang pasti, wajah kacaknya sudah pun menambat hati ramai persis seorang bintang K-drama sebenar!
Kopi merupakan antara salah satu minuman kegemaran ramai. Tidak hairanlah sekiranya ada individu yang setiap hari keluar mencari kopi kerana bagi mereka ia dapat melepaskan tekanan apabila menikmati minuman berkafein itu.
Selain daripada kopi jenama terkenal yang dihidangkan di restoran popular, sebenarnya korang juga boleh cuba menikmati kopi-kopi yang dijual di kedai biasa. Sekarang ini dah banyak kedai kopi atau café yang menyajikan seleksi minuman yang enak untuk korang cuba.
Bukan sahaja sedap, malah rekaan kedai pun memang unik dan sudah tentu menjadi perhatian anak muda untuk dijadikan sebagai port lepak.
Jom kita lihat antara kedai kopi menarik yang ada di seluruh negara.
Bagi wanita tindik pada telinga merupakan cara menghias diri yang digemari. Bahkan, ada antara kita sudah menindik telinga sedari kecil dan ada pula memilih di usia remaja.
Malah, bagi sesetengah individu menindik pada anggota tubuh badan mereka sendiri memberi keyakinan dan merasakan diri mereka tampak lebih menarik dari biasa.
Tapi awas ya!
Andressa Souza, 20 (Foto Via DailyMail)
Malang tidak berbau, seorang wanita menerima keadaan yang tragis selepas menindik bibir bawahnya dengan bayaran sekitar RM47.50. Memetik laporan daripada Daily Star, Andressa Souza, 20, sebelum itu dilaporkan bertarung nyawa selama 24 hari selepas ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital yang terletak di selatan Brazil.
ALAMI SAKIT KEPALA DAN DEMAM TERUK
Dua bulan kemudian, bahagian yang ditindik mula mengalami radang dan membengkak. Andressa juga dilaporkan mengalami sakit kepala dan demam yang teruk.
Disebabkan kesihatan semakin merosot, gadis itu kemudiannya ditempatkan di wad ICU kerana situasi kesihatannya yang semakin merosot. Lebih mengejutkan, doktor yang merawat Andressa memaklumkan bahawa jangkitan tersebut telah memasuki saluran darah melalui aksesori tindikan hingga merosakkan 37 peratus otaknya.
DIINTUBASI SEBELUM MENINGGAL DUNIA
Berikutan itu, doktor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan. Seperti yang dilaporkan, Andressa turut diintubasi sebelum beliau disahkan meninggal dunia pada 9 Julai yang lalu. Menurut doktor lagi, jika terselamat sekalipun, Andressa berkemungkinan tidak sedarkan diri dan tidak mampu hidup normal seperti sebelum ini akibat kegagalan fungsi otak.
Untuk pengetahuan korang, bukan semua tempat bagus untuk ditindik ada beberapa bahagian pada tubuh bahaya untuk ditindik.
Tindik Pada Puting
Foto Via Medical News Today
Puting merupakan antara bahagian paling sensitif pada tubuh badan manusia, wanita yang menindik pada puting mereka berpotensi menghidap jangkitan kuman, kerosakan saraf, pendarahan, hematoma, alahan dan parut keloid. Puting yang ditindik mengambil masa lebih kurang enam minggu hingga ke enam bulan atau mungkin lebih, ianya bergantung pada tubuh badan individu.
Tindik Pada Vagina
Vagina merupakan bahagian paling penting dan sensitif bagi wanita. Tapi dengan trend masa kini ramai wanita muda sanggup menindik bahagian intim mereka, wanita yang menindik di bahagian vagina mereka berpotensi untuk mengadapi masalah ini:
Jangkitan kuman
Jangkitan HIV
Hepatitis B dan C
Pendarahan
Parut
Kesan alahan
Jika tiada sebarang jangkitan atau komplikasi berlaku, tempoh untuk pulih selepas tindik vagina adalah lebih kurang empat ke 10 minggu atau lebih.
Tindik Pada Lidah
Lidah yang berfungsi untuk merasa makanan dan minuman ditindik dengan aneka bentuk besi, menindik pada lidah berpotensi untuk mengalami jangkitan kuman, membuatkan sukar untuk bercakap, menelan makanan dan merosakkan lidah. Malah, menindik pada lidah mengambil masa lebih kurang empat ke enam minggu untuk pulih, tapi jika dalam tempoh tersebut berlaku sebarang komplikasi kamu harus segera mendapatkan rawatan di hospital.
Tindik Pada Kening
Menindik pada kening sangat bahaya kerana ia boleh menjejaskan kesihatan seperti menghidapi migrane, sakit kepala yang teruk, bengkak, pendarahan, dan mata menjadi hitam. Biasanya selepas menindik pada bahagian kening ini, ianya mengambil masa lebih kurang dua ke tiga bulan untuk sembuh jika tiada sebarang komplikasi kesihatan yang lain.
Tindik Pada Tulang Rawan Telinga (Ear Cartilage)
Foto Via Pexels
Suka tindik banyak subang dan besi pada tulang rawan telinga (ear cartilage) mengundang risiko menghadapi keradangan pada telinga, jangkitan kuman, telinga bengkak, kerosakan tisu dan saraf, dan menyebabkan trauma pada tulang rawan telinga.
Tempoh untuk pulih selepas tindik dibahagian kening lebih kurang empat bulan hingga ke satu tahun, jika tiada sebarang komplikasi kesihatan berlaku sepanjang tempoh proses pulih.
Ini adalah beberapa tempat yang bahaya untuk ditindik pada badan kita, terang-terang nampak keburukan lebih tinggi dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan untuk jangka masa panjang jika tidak berhati-hati semasa menindik.
Sebaiknya elakkanlah tindik di tempat yang diterangkan di atas, jika mahu juga terpulang risiko sendiri kena tanggung.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!