Tahun ini merupakan satu ujian yang begitu getir buat seluruh masyarakat dunia disebabkan wabak pandemik yang memberi kesan pada kehidupan harian kita.

Selain daripada hilang pekerjaan dan sumber pendapatan hidup bagi individu dewasa yang sudah bekerja, kira-kira 25 peratus atau 75,000 orang daripada 300,000 graduan pada tahun ini diunjurkan terjejas peluang mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian, akibat impak daripada COVID-19.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad, Kajian Pengesanan Graduan 2019 yang dilaksanakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menunjukkan 41,161 graduan pada tahun lepas masih belum bekerja, dan dengan unjuran 75,000 bagi tahun semasa, maka dianggarkan 116,161 graduan perlu diberikan perhatian untuk kebolehpasaran mereka.

IKLAN
75,000 Graduan Diramal Terjejas Peluang Pekerjaan Tahun Ini Akibat COVID-19
Kredit foto: Astro Awani

KPT telah pun mengambil beberapa ikhtiar, termasuklah menyediakan kemudahan bantuan dana kepada mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, termasuk inisiatif MyBrain Science; Biasiswa Menteri Pengajian Tinggi dan Bantuan Kewangan pelajar OKU (Orang Kelainan Upaya).

Selain itu, bagi memudahkan bakal graduan membangunkan kerjaya dan meningkatkan kebolehpasaran mereka, KPT telah mewujudkan portal Graduates Reference Hub for Employment and Training (GREaT) yang menyediakan padanan pekerjaan; permohonan program reskilling dan upskilling; permohonan penajaan melanjutkan pengajian dan kaunseling kerjaya.

IKLAN
75,000 Graduan Diramal Terjejas Peluang Pekerjaan Tahun Ini Akibat COVID-19
Gambar hiasan

Seramai 20,000 graduan dijangka mendapat manfaat di bawah program PENJANA KPT-CAP yang melibatkan sinergi dengan lebih 100 buah syarikat dengan tiga program utama, iaitu Job Matching and Replacement, Program Berterusan Keusahawanan dan Gig Economy.

IKLAN

Diharap agar inisiatif yang dilakukan oleh KPT ini sedikit sebanyak dapat membantu dan menghilangkan rasa gusar dikalangan graduan yang sedang mencari pekerjaan.

Sumber: BERNAMA

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI