Baru-baru ini, seorang pakar sakit puan di China meraih perhatian di media sosial selepas mencadangkan golongan wanita yang mengalami masalah kurang tenaga atau darah supaya kerap melihat lelaki berotot sebagai salah satu terapi untuk menceriakan emosi dan mengurangkan tekanan.
Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, cadangan unik tersebut telah dikongsikan oleh Dr He Zhenye, pakar ginekologi dari Hospital Xiehe Shenzhen, Universiti Sains dan Teknologi Huazhong iaitu sebuah hospital awam bertaraf tinggi di selatan China.
Menurut Dr He, wanita yang mengalami kekurangan ‘qi’ atau tenaga dalaman dan darah sering menghadapi simptom seperti murung, letih, pucat, pening, serta sukar untuk tidur dengan lena.
Kredit foto: 163.comSumber foto: Elrah
Oleh disebabkan itu, beliau mencadangkan kaedah alternatif untuk mengurangkan tekanan yang tidak melibatkan aktiviti fizikal secara langsung.
“Wanita perlu lihat lelaki bertubuh sasa atau ‘sado’ lebih kerap untuk kurangkan stres,” katanya.
Dalam pada itu, Dr He turut menekankan bahawa aktiviti seperti ini dapat merangsang penghasilan hormon dopamin dalam otak, yang bertindak memperbaiki mood serta mengurangkan tekanan emosi.
Ads
Selain itu, Dr He menasihatkan wanita agar mengurangkan aktiviti bercinta yang kerap kerana ia mungkin membebankan tubuh mereka, dan lebih baik mengambil ‘terapi mata’ melalui visual yang menyenangkan.
Tambahnya, pendekatan ini disifatkan sebagai lebih selamat dan memberi kesan psikologi positif kepada wanita.
Sementara itu, di media sosial cadangan berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi terutama daripada kaum wanita yang menyokong idea tersebut sambil berkongsi pendapat mereka dengan gaya santai dan jenaka.
Ads
“Kita perlukan kurang tekanan emosi dan lebih banyak ‘eye candy’! Cadangan ini patut dimasukkan dalam panduan kesihatan wanita moden,” kata seorang pengguna.
Dalam video lain pula, Dr He turut mengesyorkan wanita memakai lebih banyak barang kemas emas, merujuk kepada kepercayaan perubatan tradisional China bahawa emas baik untuk jantung dan membantu menyihatkan limpa. Ini menambah dimensi tradisional dalam panduannya.
Walaupun sesetengah pihak mungkin melihat nasihat beliau sebagai agak pelik, ramai yang menghargai pendekatan santai namun profesional Dr He dalam menyampaikan ilmu kesihatan wanita.
Beliau juga terus menjadi sumber rujukan untuk topik kesihatan yang relevan dan mudah difahami oleh ramai dengan lebih 133,000 pengikut di media sosial.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan usahawan terkenal, Adam Corrie sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi pandangan peribadinya mengenai dunia pendidikan, khususnya tentang keputusan menghantar anak ke sekolah kebangsaan walaupun beliau berbangsa Cina.
Menurut Adam, pemilihan sekolah tidak seharusnya dinilai berdasarkan kaum atau latar belakang semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira minat dan keselesaan anak itu sendiri.
“Walaupun saya berbangsa Cina, saya memilih untuk menghantar anak ke sekolah kebangsaan.
“Bukan kerana saya tidak mahu anak belajar Mandarin, tetapi kerana anak saya sendiri tidak berminat,” katanya.
Jelas Adam, beliau pernah mencuba menghantar anaknya ke tadika Cina sebelum ini sebagai pendedahan awal, namun mendapati anaknya tidak menunjukkan kecenderungan terhadap pembelajaran tersebut. Dari situ, beliau memilih untuk tidak memaksa dan memberi ruang kepada anaknya berkembang mengikut minat sendiri.
Mengulas lanjut, Adam menegaskan bahawa setiap anak memiliki potensi, minat dan laluan pembelajaran yang berbeza. Justeru, peranan ibu bapa bukanlah untuk menentukan segala-galanya, tetapi menjadi penyokong yang memahami keperluan emosi dan perkembangan anak-anak.
Beliau turut menutup perkongsian tersebut dengan pesanan yang cukup menyentuh hati, mengajak ibu bapa agar sentiasa berlapang dada dan bersangka baik dalam mendidik anak-anak.
“Setiap anak ada minat dan laluan pembelajaran masing-masing.
“Tugas kita sebagai ibu bapa adalah menyokong, bukan memaksa. Senyum selalu, selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Umur bukan penghalang untuk terus menimba ilmu, itu yang dibuktikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, Datuk Razali Idris apabila beliau berjaya menamatkan pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.
Apa yang lebih bermakna, beliau turut berkongsi pentas konvokesyen bersama dua orang anaknya iaitu Mohd Alinur Haqqim dan Nur Aisyah Hanim yang menerima ijazah dalam bidang sama pada Majlis Konvokesyen ke-101 UiTM semalam.
Berkongsi detik membanggakan itu, Razali berkata beliau memulakan pengajian MBA pada tahun 2021 ketika masih bergelar Senator di Dewan Negara.
“Walaupun ketika itu, jadual saya sangat sibuk dengan pelbagai tugas rasmi, namun dengan izin Allah SWT, saya berjaya tamatkan pengajian ini.
“Saya juga sempat menangguh satu semester untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri pada Ogos 2023, di mana saya bertanding sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal,” katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).
Sebagai Exco Pelancongan dan Wakil Rakyat Kijal, beliau berharap ilmu yang diperoleh dapat memberi impak positif kepada pembangunan negeri, khususnya dalam sektor pelancongan.
“Saya berharap ilmu yang saya peroleh dapat digunakan untuk membantu menguruskan negeri dan memberi manfaat kepada masyarakat.
“Saya berharap golongan muda agar tidak berputus asa mengejar ilmu walaupun mungkin menghadapi cabaran di awal perjalanan mereka,” ujarnya.
Tambah beliau lagi, kegagalan awal tidak bermakna gagal selama-lamanya. Apa yang penting adalah semangat untuk terus mencuba dan berusaha mencapai kejayaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah lama kita tidak dapat melawat pusara tersayang ekoran pandemik dan SOP Perintah Kawalan Pergerakan, mungkin kelonggaran baru-baru ini membuatkan orang ramai mula mengunjungi kawasan perkuburan.
Namun, setiap kali kita ke pusara atau kubur pasti akan dapat melihat pusara disiram air ketika seseorang menziarahi kubur selain membacakan Yassin di kubur ahli keluarganya. Hal menabur bunga dan menyiram air ini seolah-olah dilihat sebagai hal WAJIB sedangkan hakikatnya adakah benar hal ini wajib dilakukan?
Dengarkan penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus ketika memberikan ceramah agama berkaitan hal menyiram kubur dan meletakkan bunga ini. Adakah ianya wajib atau apa hukumnya? Jangan sampai kita terikut-ikut melakukan suatu perkara tanpa tahu hukumnya.
Perbuatan menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah dan ranting basah adalah harus- Uztas Azhar Idrus
Apa tujuan siram air di atas kubur?
Ini jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus menerusi laman ‘Youtube’nya berkata ulamak ada menyebut hukum jirus atau siram air atas kubur adalah harus tetapi dengan syarat tujuannya salah satu daripada tiga sebab iaitu:
Kubur masih baru (jenazah baru ditanam) supaya tanahnya kemas
Menghidupkan pokok-pokok dan bunga yang hidup di atas kubur tersebut
Supaya tanah tidak berdebu
Sebaliknya jika ada individu yang percaya bahawa siram pada tanah kubur untuk menyejukkan jenazah atau dikatakan jenazah boleh minum air itu adalah khurafat.
Dalam penjelasan UAI ini, jika seseorang itu melakukan perkara ini tanpa tahu hukumnya ianya dilarang kerana melakukan kerja seperti ‘membabi buta’. Nasihatnya, buatlah sesuatu perkara itu dengan mengetahui hukum hakam yang jelas.
Jika bertujuan mengikut budaya orang bukan Islam meletak bunga maka ia adalah dilarang.
Apa yang kita hadiahkan kepada si mati seperti doa, sedekah dan lain-lain lagi adalah ‘min babil asbab’ semata-mata mengharapkan rahmat Allah swt.
Justeru, perbuatan menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah dan ranting basah adalah harus. Bagaimanapun, jika bunga itu dibeli dengan harga mahal semata-mata untuk melakukan perbuatan itu, dibimbangi ia akan jatuh kepada haram disebabkan membazir.”
Penyanyi versatil, Aisha Retno sekali lagi menjadi perhatian selepas menjawab teguran seorang netizen yang mempersoalkan personalitinya ketika berada di khalayak umum.
Menerusi komen tersebut, individu...