Baru-baru ini, kerajaan China memperkenalkan langkah baru yang lebih ketat dalam usaha mengekang penyebaran maklumat palsu di platform media sosial, khususnya dalam kalangan pempengaruh digital. Langkah ini juga dilihat sebagai strategi kerajaan untuk mengawal penyampaian maklumat yang berkaitan dengan bidang profesional dan sensitif kepada masyarakat umum.
Peraturan Baru Untuk Pempengaruh Digital
Memetik laporan media antarabangsa, melalui kerjasama antara Cyberspace Administration of China (CAC) dan Kementerian Kebudayaan serta Pelancongan China, pempengaruh kini diwajibkan memiliki sijil akademik sah sekiranya ingin menghasilkan kandungan berkaitan topik profesional seperti perubatan, undang-undang, pendidikan dan kewangan. Peraturan ini bertujuan memastikan hanya individu yang benar-benar berkelayakan dapat berbicara mengenai bidang berisiko tinggi tersebut.
Pelaksanaan & Pemantauan Ketat Media Sosial
Dasar baru ini mula dikuatkuasakan sejak awal Oktober dan turut memberi tanggungjawab besar kepada penyedia platform media sosial utama seperti Douyin (TikTok versi China), Bilibili dan Weibo untuk memastikan pencipta kandungan mematuhi semua syarat terbaru yang ditetapkan kerajaan China.
Setiap individu yang mencipta kandungan diberi tempoh selama dua bulan untuk mengesahkan sijil akademik masing-masing sebelum mereka dibenarkan menerbitkan kandungan profesional. Langkah ini diambil bagi memastikan kesahihan dan kredibiliti individu yang berkongsi maklumat kepada pengguna media sosial di China.
Pada masa yang sama, semua kandungan yang diterbitkan selepas ini wajib disertakan dengan sumber maklumat yang jelas. Pempengaruh juga perlu memaklumkan sekiranya kandungan mereka mengandungi unsur lakonan atau elemen yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI). Langkah ini diambil bagi meningkatkan ketelusan dan kepercayaan penonton terhadap kandungan digital di China.
Ads
Tanggungjawab & Pencegahan Berita Palsu
Penyedia platform media sosial turut diarahkan agar memastikan proses pengesahan dijalankan secara telus serta menasihatkan pengguna tentang kepentingan mematuhi undang-undang dan etika penyiaran maklumat dalam talian. Ini termasuk tanggungjawab mereka dalam mengekang penyebaran berita palsu dan kandungan mengelirukan.
Selain itu, CAC memperkenalkan langkah tambahan untuk menghalang penyamaran iklan dan promosi tersembunyi dalam kandungan media sosial. Antara peraturan baru termasuk larangan terhadap iklan perkhidmatan atau produk perubatan, makanan kesihatan serta konsultasi dalam talian yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa. Akaun yang menggunakan pendekatan pendidikan untuk tujuan promosi produk atau menyamar sebagai profesional turut diarah untuk ditutup.
Tindakan tegas ini juga bertujuan menyekat kandungan berunsur seksual yang disamarkan sebagai kandungan pendidikan. Dengan dasar baru ini, kerajaan China menegaskan komitmennya untuk mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat, beretika dan berintegriti untuk semua pengguna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kembali dilaksanakan bermula esok dan melibatkan beberapa daerah saja di dalam negeri Selangor.
Tinggal lagi hampir sembilan hari kita akan menyambut Aidilfitri. Walau hanya dibenarkan ziarah 20 ahli keluarga di hari raya pertama sahaja tapi selagi namanya hari raya, kita olah jadikannya fun dengan cara kita.
Bagaikan satu tradisi, bila nak tiba hari raya, kuih muih raya antara yang dicari. Kalau malas nak buat, boleh beli saja tapi kalau nak murah dan dapat jumlah banyak, buat sendiri jawapnya.
Kali ini REMAJA kongsikan resipi popia bersalut coklat viral yang cukup mudah dibuat. Bahan-bahan pun cukup senang nak cari dan paling penting sedap yang dikongsi oleh Chesu Riani di blog Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official. Apa yang penting, resipinya memang jadi ya, hahaha.
Nah korang resipinya.
Saya ada share dalam group satu lagi tu. Tapi saya share juga di sini. Mana tahu ada yang mencari-cari resepi mudah biskut raya.
Gulungkan kulit popia dengan menggunakan lidi sate/ kayu chopstick. Di hujung gulungan sapukan sedikit air supaya melekat. Tujuan guna lidi sate ini untuk memudahkan proses menggulung. Dah siap tarik dari lidi sate. Ulang proses sehingga selesai atau jumlah yang diingini.
Kulit popia memanjang. Satu gulungan saya potong menjadi 8. Ikut selera. Kemudian anginkan seketika kulit popia dalam 15 minit.
Goreng hingga keemasan.
Panaskan coklat coin double boil. Saya guna separuh milk choc dan separuh dark choc.Dah cair, masukkan kulit popia yang telah digoreng tadi. Masukkan juga kekacang kegemaran. Gaul sebati. Seterusnya sudukan ke dalam cawan biskut. Taburkan manik hiasan. Siap!
P/s: Saya dapat resepi ini dari orang-orang share. Sebab itu saya letak viral. Ada yang inform resepi ini dari Adikfoods. Maaf admin saya tak tag cuma letak disclaimer camni ya. Huhu…
So dah siap dah resipi korang. Mudah je kan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hidangan paling popular ini sebenarnya cukup mudah disediakan. Rasa Portuegues Egg Tart yang berlemak dan haruman vanilla cukup menyelerakan. Malah, bila buat sendiri tart telur ini kamu boleh pilih sendiri saiz, barulah puas hati bukan?
Jadi jom buat ikut resipi ni. Makan pula semasa tengah panas, fuh memang sedap.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Orang Asli di Malaysia kini semakin cemerlang apabila melakar kejayaan berterusan dalam bidang yang diceburi. Bakat dan usaha masyarakat ini seharusnya diraikan bersama kerana mereka juga layak untuk menikmati kualiti hidup yang lebih baik.
Gambar Hiasan
Hidup dalam serba kekurangan bukan alasan anak orang asli dari suku kaum Jakun Kampung Orang Asli Sungai Soi di Kuantan, Pahang, Jome Cheng membuktikan kemampuannya apabila berjaya menempatkan diri di sebuah universiti terkemuka di Jepun dalam bidang kejuruteraan.
Perkara itu dikongsikan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad yang menerima kunjungan Jome bersama ibunya serta pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang di pejabat beliau.
“Adik Jome adalah antara pelajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
“Saya faham cabaran yang dilalui pelajar ini bukanlah mudah. Namun saya bangga kerana adik ini sudah membuktikan bahawa kejayaan hadir kepada mereka yang tidak pernah mengalah,” menurutnya menerusi hantaran di laman Facebook.
“Semoga terus cemerlang di mana saja berada dan sentiasa memberi inspirasi kepada sesiapa pun dan apabila tiba masanya nanti, pulanglah ke tanah air menabur bakti kepada negara tercinta dan kepada masyarakat Orang Asli khasnya,” katanya.
Kerajaan juga menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) terus membantu memperkasakan taraf pembangunan kehidupan, pendidikan dan sosio ekonomi mereka. Kejayaan luar biasanya Adik Jome ini berjaya membanggakan ibu dan bapanya serta seluruh masyarakat Orang Asli hari ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...