Kalau sebelum ini kita mendengar rungutan daripada pelajar universiti tentang bantuan makanan yang diberikan sepanjang musim PKP ini, sebenarnya masih ramai lagi mahasiswa yang bersyukur dan menghargai setiap apa yang diberikan kepada mereka,malah ianya lebih daripada cukup.
Melalui perkongsian daripada Rf Lias, jelasnya tidak adil sekiranya kita hanya membaca tweet pelajar yang tertekan duduk di kampus sahaja, sebaliknya masyarakat perlu ambil contoh dari sudut positif pelajar yang gembira tinggal di kolej sepanjang PKP berlangsung.
Lelaki ini turut berkongsi antara beberapa tweet daripada pelajar universiti yang melahirkan rasa kesyukuran dengan apa yang mereka dapat.
Ads
Ads
Malah, ramai juga yang menyokong tidak semua pelajar begitu ‘demand‘ dan cerewet dan menyifatkan mereka yang pernah hidup susah sahaja yang tahu bagaimana rasa bertuahnya badan bila diberi bantuan seperti ini.
Jadi, sebenarnya masih ramai lagi pelajar universiti yang bersyukur dan gembira di kolej mereka sepanjang PKP. Sama-samalah kita doakan agar urusan mereka dipermudahkan dan sentiasa dilindungi.
Jenama Milo bukanlah asing di Indonesia. Seperti di Malaysia, masyarakat di sana sudah terbiasa dengan hidangan Milo panas dan Milo ais.
Namun kini, ada satu lagi menu spin-off menggunakan serbuk minuman itu yang semakin viral di Indonesia, khususnya di Yogyakarta.
Versi Malaysia.Versi Indonesia.
Semuanya berlaku apabila pengusaha warung di Indonesia mendapat ilham daripada sebuah video YouTube dari Malaysia yang menunjukkan cara pembuatan Ais Kepal Milo.
Snek tersebut dipopularkan oleh Gerai Ais Kepal Milo Tok Abah di Kuala Kangsar Perak sejak 3 tahun lalu.
Gerai Ais Kepal Tok Abah, Kuala Kangsar.
Hanya selepas seseorang memuat naik video penghasilannya pada Januari tahun ini, pasangan yang mengendalikan sebuah warung di Yogyakarta pula yang mempopularkannya di sana.
Danang Arryo WIguno dan Rara tidak menyangka warung kecilnya yang menjual Ais Kepal Milo di Jalan Surami Yogyakarta menjadi viral selepas ramai vlogger yang datang ke sana dan mempromosikannya.
Bukan saja di Yogyakarta, kini Ais Kepal Milo telah popular di Jakarta sejak awal April tahun ini. Bukanlah niat kami untuk membeza-bezakan menu di Malaysia dan Indonesia. Namun jika sudah dinamakan serumpun, pasti ada ‘inspirasi’ dari Malaysia yang cuba diadaptasikan kepada rakyat di Indonesi, dan begitu juga sebaliknya.
So kalau korang terjumpa snek ini semasa di Indonesia, jangan lupa ambil gambar dan post di media sosial okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada masa kini, permainan video bukan lagi dianggap sebagai hobi untuk meluangkan masa riadah. Ia kini telah dianggap sangat serius dan menjadi karier yang boleh membawa pulangan yang cukup lumayan.
Malah industri permainan video juga bernilai ratusan juta ringgit di seluruh dunia dan tidak menampakkan bahawa ia akan menjadi semakin perlahan.
Namun, di sebalik keghairahan ini pasti ada musibah yang menanti jika orang muda terutamanya bermain permainan video tanpa had atau pengawasan daripada orang dewasa.
Pernah tak korang berdepan dengan rasa kaki kebas bila duduk terlalu lama semasa bermain permainan video atau pun melayari Internet? Sekarang cuba bayangkan korang duduk dalam posisi sama selama 20 jam kerana asyik bermain video game sehingga menyebabkan separuh badan menjadi lumpuh!
Seorang remaja di China berdepan dengan situasi ini apabila dia lumpuh dari paras pinggang ke bawah alibat bermain permainan video tanpa henti selama 20 jam di sebuah kafe siber di Jianxing, China. Selepas mendapati kakinya tidak dapat digerakkan, dia terus meminta bantuan daripada rakan-rakannya.
Dia menyedari perkara tersebut ketika ingin ke tandas untuk membuang air namun kemudian gelisah kerana tidak dapat bergerak. Panik dengan keadaan itu, dia menjerit meminta pertolongan. Sebuah ambulans dikejarkan ke kafe siber tersebut dan kejadian tersebut dirakamkan dan dimuat naik ke Internet.
Ketagihan Internet dan pemainan video kini menjadi antara gejala serius yang semakin mengancam golongan remaja di negara tersebut. Melihatkan masalah ini banyak pusat pemulihan ala-tentera telah diwujudkan bagi mengatasi masalah ketagihan ini.
Diharapkan kes seperti ini tidak berlaku di negara kita. Jika korang memang seorang kaki game, beringatlah. Jangan kerana permainan video korang boleh jadi lumpuh.
Baru-baru ini, seramai 16 orang pelajar Universiti Indonesia (UI) dilaporkan terlibat dalam satu kes dakwaan gangguan seksual selepas perbualan tidak senonoh dalam kumpulan sembang mereka tular di media sosial.
Kes ini telah mencetuskan perhatian pengguna internet susulan kandungan perbualan yang didakwa berunsur lucah dan merendahkan maruah wanita.
Memetik laporan Kompas, pendedahan awal bermula apabila satu akaun tidak bernama memuat naik tangkap layar perbualan yang menunjukkan unsur objektifikasi tubuh wanita, jenaka berbaur seksual serta penggunaan frasa yang dianggap bermasalah sehingga ia menjadi tular dan mengundang kecaman warga internet.
16 mahasiswa Fakulti Undang-Undang Universiti Indonesia yang tular selepas kantoi berbual lucah dalam sebuah kumpulan sembang.
Susulan itu, Fakulti Undang-Undang UI juga menerima laporan rasmi berkaitan pelanggaran kod etika pelajar yang turut berpotensi melibatkan unsur jenayah. Pihak fakulti kemudian memulakan siasatan dalaman bagi meneliti kesahihan dakwaan serta mengenal pasti individu terlibat.
Dekan fakulti, Parulian Paidi Aritonang berkata, beliau mengecam keras kandungan tersebut dan menyifatkannya sebagai bertentangan dengan nilai akademik serta tidak mencerminkan integriti seorang mahasiswa undang-undang.
“Kandungan seperti ini jelas merendahkan martabat manusia dan tidak boleh diterima dalam komuniti akademik,” tegasnya.
16 mahasiswa Fakulti Undang-Undang Universiti Indonesia yang tular di media sosial selepas kantoi berbual lucah dalam sebuah kumpulan sembang.
Dalam pada itu, siasatan diteruskan melalui sesi audit oleh pasukan khas universiti yang berlangsung sehingga lewat malam dengan kehadiran semua individu disyaki.
Pihak universiti juga menegaskan bahawa proses tersebut dijalankan secara profesional dan bebas daripada sebarang campur tangan, selain menjamin kerahsiaan semua pihak terlibat.
Sementara itu, menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya (DPR) X, Lalu Hadrian Irfani berkata, kes ini menunjukkan kelemahan dalam pelaksanaan dasar pencegahan keganasan di institusi pengajian tinggi.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya (DPR) X, Lalu Hadrian Irfani yang menggesa pihak universiti untuk mengambil tindakan tegas.
Ternyata ada 30 orang di grup KS FH UI tp ngakunya sih di invite ngasal trs ga lama di kick. Sesek bgt dengernya, yg buat grup krn cuma kamar kos berdekatan???
Mana minta maap mulu NAJIS pic.twitter.com/t8KCQe2IOa
Pada masa yang sama, beliau menggesa pihak universiti untuk mengambil tindakan tegas bagi memastikan kes seumpama ini tidak berulang.
Di samping itu, wakil pelajar turut mendesak tindakan lebih keras termasuk pembuangan universiti terhadap individu terlibat. Difahamkan, kesemua 16 pelajar tersebut telah digugurkan daripada organisasi pelajar sebagai langkah awal sementara siasatan lanjut dijalankan.
Pihak universiti turut memaklumkan bahawa tindakan tegas termasuk pemberhentian pengajian akan dikenakan sekiranya kesalahan terbukti, selain menegaskan bahawa perkembangan kes ini akan dimaklumkan secara telus dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!