Pengembara dari Malaysia dan Thailand sudah pun dibenarkan menggunakan pas sempadan untuk memasuki kedua-dua negara berikutan hasil persetujuan dua negara bagi merancakkan kembali industri pelancongan.
Difahamkan, pengembara atau pelancong yang ingin menggunakan pas sempadan ini perlu membuat permohonan menerusi laman portal ‘Thailand Pass’ dalam tempoh 24 jam sebelum perjalanan ke negara itu.
Untuk lebih memudahkan, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Khairul Azlan Abd Majid telah membuat perkongsian tentang bagaimana cara untuk masuk ke Thailand selepas pintu sempadan dibuka.
Jelasnya, bagi pemegang Pas Sempadan atau ‘Border Pass’, korang boleh masuk macam biasa seperti sebelum ini. Jika bawa kenderaan sendiri, pastikan korang beli insurans kenderaan. Khairul Azlan membawa kenderaan sendiri dan membeli insurans untuk lima harga berharga RM28. Kemudian, perlu mengusi white card untuk satu nama RM2.
Lelaki ini masuk mengikut pintu sempadan Padang Besar kerana laluan itu tidak sibuk seperti pintu Bukit Kayu Hitam. Sampai di imigresen, mereka akan tanya mahu ke mana dan cop seperti biasa. Maksimum untuk Pas Sempadan adalah tiga hari dan sampai Hatyai sahaja.
Namun begitu, diingatkan untuk korang roaming line telefon atau beli simkad Thailand kerana selepas check point Malaysia, korang akan melalui check point Thailand pula. Di sini, ia memerlukan internet yang kuat untuk korang scan QR code yang mereka sediakan bagi mendaftar dengan Health Declaration Thailand. Selepas itu, barulah mereka akan cop Pas Sempadan untuk sebelah Thailand.
Selesai urusan pas sempadan, selepas itu sambung pula untuk transport declaration. Bagi yang membawa kenderaan atas nama sendiri, korang hanya perlu bawa geran asal atau salinan sahaja. Jika kenderaan atas nama orang lain, perlu ada surat authorization daripada pemilik kenderaan.
Ads
Kelayakan memohon pas sempadan ini hanya untuk warganegara Malaysia yang berasal dari Perlis, Kedah, Kelantan dan Hulu Perak sahaja. Bagi warganegara Malaysia yang lain masih memerlukan pasport Malaysia Antarabangsa untuk masuk ke sana.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua. Selamat bercuti!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hanya lima tahun sekali kita berpeluang untuk melalui proses Pilihan Raya Umum. Dan seperti kebanyakan musim perayaan yang dilangsungkan pada setiap tahun, musim PRU ke-15 pada kali ini turut menjanjikan momen istimewa apabila pelbagai promosi yang ditawarkan oleh beberapa restoran.
Oleh itu, kami senaraikan di bawah diskaun dan promosi hebat bagi meraikan hari pengundian kali ini. Ingat, ia hanya sah untuk hari ini sahaja bagi korang yang TELAH pun mengundi.
‘Serbu’ sahaja’ restoran terlibat dengan jari yang telah dicalit dakwat biru dan nikmati kesemua promosi berikut.
1. McDonald’s
2. Tealive
(Kecuali cawangan Tealive +)
3. Marrybrown
4. TGI Fridays
5. MyLaksa
6. Street Churros
7. Taco Bell
8. OldTown White Coffee
9. Hokkaido Baked Cheese Tart
10. Secret Recipe
Selamat mengundi dan jadikan pengalaman PRU kali ini lebih manis serta riang dengan merebut segala promosi yang ada.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang kita semua tahu, pengambilan vaksin amat penting untuk ketahanan tubuh seseorang. Vaksin berupaya menentang pelbagai jenis penyakit berbahaya termasuklah pandemik Covid-19 yang telah mengancam nyawa penduduk bumi.
Foto Kredit : Pexels
Justeru itu, sebanyak 60.9 peratus populasi dewasa di Malaysia telah mendapat sekurang-kurangnya dos pertama vaksin COVID-19 menurut data yang dikeluarkan Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
Dalam kehangatan isu pemberian vaksin ini, REMAJA kongsikan 8 vaksin yang ada didunia selain vaksin Covid-19 bagi langkah kesihatan diri.
1. Vaksin Hepatitis B
Foto Kredit : health.insuresavvy.com
Hepatitis B adalah penyakit yang menyebabkan keradangan dan kerosakan hati. Dalam jangka panjang, jangkitan hepatitis B kronik boleh menyebabkan sirosis, kegagalan dan barah hati.
Di Amerika Syarikat, 1.25 juta individu dijangkiti virus hepatitis B secara kronik apabila 36 peratus dijangkiti ketika kecil. Sebanyak 25 peratus daripada mereka dijangkiti semasa bayi dan meninggal dunia beberapa tahun kemudian.
Sebab itu amat penting bayi diberikan vaksinasi hepatitis B.
2. Vaksin Difteria, Tetanus dan Pertusis (DTaP)
Foto Kredit : www.thehealthy.com
DTap adalah kombinasi vaksin yang memberi perlindungan terhadap difteria (sakit kerongkong), tetanus (kancing gigi) dan pertusis (batuk kokol).
Difteria ialah penyakit kerongkong disebabkan bakteria ‘Corynebacterium diphtheriae’. Kanak-kanak dijangkiti bakteria ini akan mengalami kesukaran menelan kerana tekak berasa sakit di kawasan antara rongga mulut, farinks dan bengkak pada kelenjar leher serta boleh membawa maut.
Tetanus adalah penyakit kancing gigi apabila pesakit mengalami kekejangan otot (selalunya di kawasan rahang dan leher) pada seluruh badan disebabkan jangkitan bakteria ‘clostridium tetani’. Pertusis pula ialah batuk kokol berpunca daripada jangkitan bakteria ‘bordetella pertussis’. Penyakit yang boleh membawa maut ini dapat dicegah melalui suntikan vaksin.
3. Vaksin pneumokokal
Foto Kredit : www.aarp.org
Vaksin ini melindungi daripada jangkitan bakteria ‘streptococcus pneumoniae’ yang boleh menyebabkan radang paru-paru, meningitis dan bakteremia.
4. Vaksin rotavirus
Foto Kredit : www.sciencenews.org
Rotavirus ialah jangkitan virus yang boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam dan sakit perut teruk dalam kalangan bayi serta kanak-kanak. Kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus boleh mengalami dehidrasi dan mungkin perlu dimasukkan ke hospital.
Kira-kira 80 peratus kematian disebabkan jangkitan virus rotavirus di negara membangun.
5.Vaksin campak, beguk dan rubella (MMR)
Foto Kredit : www.news-medical.net
Kombinasi tiga vaksin ini untuk melindungi kanak-kanak daripada menghidap penyakit demam campak, beguk dan rubella.
Demam campak adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus campak. Beguk ialah penyakit yang disebabkan virus paramyxovirus dan menyebabkan pembengkakan serta rasa sakit pada kelenjar parotid.
Rubella sejenis penyakit disebabkan oleh virus rubella yang biasanya ditemui pada tekak, darah dan najis individu dijangkiti.
6. Vaksin influenza
Foto Kredit : www.news-medical.ne
Jangkitan virus influenza boleh membawa komplikasi kesihatan hingga meragut nyawa.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kajiannya mendapati sekitar 600 juta masyarakat di dunia berhadapan risiko influenza setiap tahun.
Oleh itu, vaksin influenza terbukti boleh menghindari komplikasi demam selesema dan menyelamatkan nyawa.
7. Vaksin virus papilloma manusia (HPV)
Foto Kredit : www.clinicaladvisor.com
HPV adalah penyebab utama barah pangkal rahim dalam kalangan wanita, barah dubur dan beberapa jenis penyakit barah yang lain.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) menyarankan suntikan vaksinasi HPV kepada kanak-kanak berusia antara 11 dan 12 tahun. Suntikan pelalian ini boleh dimulakan seawal usia sembilan tahun.
Imunisasi ini juga disyorkan kepada individu berusia 26 tahun yang belum mendapatkan perlindungan vaksinasi secukupnya.
8. Vaksin varisela
Foto Kredit : www.everydayhealth.com
Juga dikenali sebagai vaksin cacar air yang memberi perlindungan daripada penyakit cacar air. Penyakit ini mudah menjangkiti yang menyebabkan kulit gatal dan menggelembung berserta cecair.
Satu dos vaksin ini boleh mencegah 95 peratus penyakit yang sederhana dan 100 peratus teruk.
Apa Sebenarnya Vaksin Ini?
Vaksin ini sebenarnya menggunakan sejumlah kuman yang mati atau lemah yang disebabkan oleh beberapa penyakit.
Walaupun ia mengandungi kuman seperti virus atau bakteria, vaksin ini tidak akan menyebabkan penyakit atau membahayakan komplikasi badan. Melalui suntikan, oral atau semburan melalui hidung, kuman ini dimasukkan ke dalam badan untuk merangsang sistem kekebalan badan untuk bertindak balas seolah-olah ianya seperti jangkitan sebenar.
Apabila badan bertindak balas dengan kuman tersebut, ia akan mengatasi jangkitan dan mengingati kuman itu. Jika badan kamu masih mendapat penyakit yang sama, antibodi dalam badan kamu dapat melawan kuman tersebut.
Vaksin ini bertujuan untuk melatih sistem ketahanan badan kamu untuk membuat antibodi. Antibodi ini pula akan diaktifkan apabila badan terkena penyakit.
5. Cuba hirup wap air melalui hidung sebelum tidur atau letakkan tuala yang dicelup air hangat dan hirup wapnya bagi menghilangkan lendir penyebab hidung tersumbat.
6. Kupas, bersihkan dan hiris halus dua ruas kunyit hidup. Kemudian masukkan hirisan kunyit tersebut ke dalam segelas air suam. Tambahkan dengan dua sudu madu dan kacau hingga sebati. Amalkan minum setiap kali sebelum tidur