Berita baik buat korang yang kreatif dan pandai melukis, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Persatuan Animasi Malaysia dan Rumah Kartun & Komik Malaysia telah menganjurkan satu Pertandingan Melukis Komik Babak Filem Melayu Klasik.
Penyertaan mestilah berdasarkan filem melayu klasik dari era 50-an hingga 70-an (filem hitam putih) dan ia terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 17 tahun dan ke atas.
Hadiah yang ditawarkan juga bukan calang-calang. Tempat pertama bakal memenangi RM5,000, tempat kedua RM3,500, tempat ketiga RM1,500 dan lapan penerima hadiah saguhati bakal mendapat RM500.
Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja. Penyertaan dalam bentuk Inking Drawing dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 Julai 2022.
Untuk maklumat lanjut beserta syarat pertandingan boleh dirujuk pada poster di atas dan mengimbas KOD QR seperti yang tertera di atas poster atau panggilan telefon 03-41041300 samb. 1771/1320 / 1447 atau melalui email penerbitan@finas.my
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengacara dan usahawan, Karl Shafek mendedahkan pernah menerima tohmahan daripada orang sekeliling di saat berdepan masalah kemurungan (depresi).
Kata pengasas jenama fesyen terkenal, Neonate Clothing Company itu, penyelamat sebenar ketika dirinya menghidapi masalah berkenaan adalah dengan doa.
“Tak semua orang boleh faham, dulu masa saya mula-mula hidap depresi, orang yang berada di kiri kanan depan dan belakang saya selalu cakap ‘kau tak sembahyang, kau tak ingat tuhan, kau tak minta doa kepada Allah’.
“Sebenarnya perkara itu adalah penyelamat. Sejujurnya saya cakap, mungkin tak semua orang boleh rasa benda ini.
“Tetapi, ubatnya adalah doa. Hari-hari minta kepada Allah supaya kekal dan sentiasa dibantu terus hidup,” katanya kepada Remaja.
Bukan mudah untuk menjalani kehidupan selama dua tahun dengan adanya depresi, Karl turut berkongsi keadaannya yang kini semakin baik.
“Selain harapan itu sebenarnya antara kita dengan Allah. Untuk kembali pulih, ambil masa sebenarnya. Alhamdulillah, selepas dua tahun tiada apa-apa yang mengganggu saya.
“Walaupun saya ada masalah besar yang melanda sekitar dua bulan lalu, tetapi saha relaks sahaja. Mungkin juga saya dah banyak pergi terapi, kaunseling dan rawatan bersama doktor,” tuturnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Karl Shafek
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pulau Pinang sememangnya cukup terkenal sebagai syurga makanan jalanan yang sentiasa jadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Dari pagi sampai ke lewat malam, negeri ini hidup meriah dengan aroma rempah, bunyi hiruk-pikuk gerai dan deretan port makan ‘legend’ yang tak pernah sunyi.
Kalau korang jenis kaki makan yang suka ‘food hunting’, inilah masa terbaik untuk ‘healing’ sambil menikmati vibe klasik pemandangan bandar Georgetown yang penuh nostalgia, dengan lorong-lorong lama yang masih mengekalkan seni bina kolonial, ‘mural street art’ yang ikonik, serta suasana jalanan yang sentiasa hidup dari pagi sampai ke malam.
Sambil jalan santai tu, memang boleh rasa macam setiap sudut ada cerita dia sendiri! Lagi-lagi bila bau makanan dari gerai tepi jalan mula “menggoda” dari jauh.
Port Wajib Singgah! Restoran Kapitan
Antara lokasi yang wajib masuk dalam senarai ialah Restoran Kapitan di Chulia Street. Tempat ini cukup popular dalam kalangan pelancong kerana menu nasi kandar, tandoori, beriani claypot dan chicken milani serta roti naan mereka yang sentiasa jadi pilihan ramai.
Suasana di kawasan ini juga cukup meriah terutama pada waktu malam dengan deretan lampu dan pengunjung yang memenuhi jalan sekitar Georgetown. Memang sesuai untuk lepak santai sambil menikmati hidangan panas-panas.
Kalau dah berjalan sekitar Penang dalam cuaca panas, memang wajib sangat untuk korang cuba Ais Tingkap yang cukup ikonik dalam kalangan warga tempatan.
Minuman ini terkenal dengan rasa menyegarkan hasil campuran air kelapa, selasih, sirap dan pelbagai bahan lain yang membuatkan ramai sanggup beratur panjang. Walaupun nampak ringkas, rasanya memang ‘lain macam’ dan cukup nostalgik.
Memang tak lengkap trip ke Penang tanpa menikmati semangkuk asam laksa di Penang Road Famous Laksa. Kuahnya yang pekat, rasa masam pedas seimbang dan aroma ikan yang kuat menjadikan gerai ini antara lokasi paling diburu pelancong.
Kedai ini juga pernah diiktiraf Michelin dan turut mempunyai sijil halal, menjadikannya lebih diyakini serta terus menjadi pilihan pengunjung. Tambah pula dengan suasana santai di tepi jalan, memang terasa pengalaman sebenar menikmati street food Penang.
Satu lagi port legend yang sentiasa dipenuhi pelanggan ialah Hameed Pata Mee Sotong. Mee sotong mereka cukup terkenal dengan kuah sotong yang manis pedas, pekat dan penuh rasa, dengan portion yang memang mengenyangkan.
Walaupun menu dia nampak ‘simple’ pada pandangan pertama, tapi jangan tertipu! Sebab sekali rasa memang terus faham kenapa ramai sanggup ulang makan sini, sebab ‘kick’ dia memang lain macam dan susah nak cari pada tempat lain.
Untuk nasi kandar pula, korang sebenarnya memang ‘spoiled’ dengan pilihan di Penang sebab ada banyak kedai yang boleh korang cuba ikut selera masing-masing. Tinggal nak pilih je mana satu yang paling kena dengan tekak.
Antara yang popular dan selalu jadi sebutan termasuklah Line Clear Nasi Kandar, Nasi Kandar Hameediyah, Nasi Kandar Beratur, Nasi Kandar Pelita, dan Nasi Kandar Deen Maju. Setiap satu ada stail dan rasa kuah campur tersendiri, jadi memang berbaloi kalau korang cuba satu-satu bila datang Penang.
Jadi, kalau korang memang pencinta makanan jalanan, lokasi ‘street food’ yang kami senaraikan ini memang antara spot wajib singgah bila berada di Penang.
Jalen Star Chef Kembali Lagi!
Dalam perkembangan lain, pertandingan JALEN Star Chef kembali untuk musim kedua tahun ini!
Remaja bersama kerjasama produk Jalen kini sedang mencari lebih ramai bakat baharu dalam dunia kulinari dalam kalangan pelajar universiti. Saringan pertama sudah pun diadakan di UiTM Dungun (Terengganu), kini dua lokasi iaitu UiTM Permatang Pauh (Pulau Pinang) dan UiTM Puncak Alam (Selangor) pula bakal berentap.
JALEN Star Chef musim kedua bakal berlangsung pada Mei ini dengan lebih banyak kejutan menarik menanti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Subhanaallah! Bumi berdepan situasi getir apabila agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) secara rasmi mendedahkan bahawa satu asteroid terbesar yang disenaraikan merbahaya akan melintasi Bumi.
Sumber Gambar : Sky Earth
Menurut NASA, asteroid yang dinamakan 2001 FO32 itu bergerak mengorbit Matahari sepenuhnya setiap 810 hari. Pada jarak terdekatnya, ia akan berada pada jarak 0.3 unit astronomi (AU) dari Matahari, sementara jaraknya 3.11 AU dari Matahari.
Bagi Bumi, asteroid FO32 2001 hanya berjarak sekitar 2 juta km pada 21 Mac 2020.
Adakah ia berpotensi berlanggar dengan Bumi?
Menurut laporan Earth Sky. Walaupun dari segi jarak, ia tidak kelihatan bahaya, namun ia tetap termasuk dalam kategori asteroid yang berpotensi berbahaya. Bukan hanya dikira sebagai asteroid terbesar, tetapi juga ia diklasifikasikan sebagai asteroid terpantas di sekitar planet kita pada tahun 2021.
Dikhabarkan setelah melalui Bumi pada bulan Mac 2021, asteroid ini bakal menghampiri planet kita pada 31 tahun akan datang, iaitu pada 22 Mac 2052. Namun, jarak terdekat antara asteroid ini dan Bumi hanya akan berlaku setelah 200 tahun akan datang.
Apa pun, segalanya datang dari Allah dan manusia hanya pengantara untuk membuat kajian demi kajian.
Pemergian pelakon veteran, Allahyarham Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man, nyata memberi kesan mendalam kepada ramai rakan industri seni, termasuk aktor Azhan...