Susulan kebimbangan peminat kepada pemain perseorangan badminton profesional negara, Lee Zii Jia, Majlis Sukan Negara (MSN) tampil memberi kenyataan rasmi bahawa jaguh itu kini berada dalam keadaan baik.
Menurut Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin memaklumkan bahawa pihaknya serta Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, telah menghubungi Team LZJ bagi mendapatkan kepastian mengapa Zii Jia bertindak sedemikian.
“Mereka (Team LZJ) memaklumkan tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Mungkin Zii Jia buat hantaran gambar-gambar berkenaan kerana beliau berminat dengan seni seperti itu,” katanya.
Walaupun begitu, beliau menegaskan bahawa MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) sentiasa bersedia menghulurkan bantuan jika diperlukan oleh pihak Zii Jia dan ini termasuk sebarang bentuk sokongan fizikal atau mental.
Pada masa yang sama, Jeffri turut menolak spekulasi bahawa atlet berusia 27 tahun itu mengalami kemurungan, dan menambah bahawa tiada sebarang tanda dari pasukan atau rakan-rakan terdekat yang menunjukkan beliau sedang bergelut dengan isu peribadi.
“Generasi sekarang mungkin suka kesenian seperti itu. Jadi, biarkanlah beliau berekspresi,” ujarnya, sambil menegaskan pentingnya memahami cara generasi muda mengekspresikan diri di media sosial.
Sekadar info, Zii Jia terdahulu mencuri perhatian selepas memuat naik beberapa gambar berunsur misteri di aplikasi Instagram miliknya dimana ia memaparkan ilustrasi suram dan simbolik seperti wajah terbakar, tubuh berdarah di atas sofa serta figura misteri dalam suasana gelap, sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.
Ads
Antara gambar paling mencetuskan tanda tanya ialah imej muka dicucuk jarum serta perubahan gambar profil kepada warna hitam sepenuhnya. Namun, tindakan ini dilihat oleh orang ramai sebagai simbol kemurungan atau perasaan kehilangan, lebih-lebih lagi apabila tiada kapsyen atau penjelasan disertakan bersama.
Ads
Sementara itu, Zii Jia yang kini berada di ranking ke-27 dunia, dijangka akan kembali beraksi dalam Kejohanan Terbuka Jepun yang akan berlangsung dari 15 hingga 20 Julai ini. Sebelum ini, prestasinya sedikit merudum selepas mengalami kecederaan buku lali pada hujung tahun lalu.
Walaupun sehingga kini masih belum ada penjelasan rasmi daripada Zii Jia sendiri, rata-rata peminat tetap memberikan sokongan moral di ruangan komen dan mendoakan agar wira badminton negara itu kekal kuat, sama ada di dalam atau luar gelanggang.
Jika anda atau kenalan anda memerlukan bantuan emosi, sila hubungi talian sokongan seperti Befrienders di talian 03-7627 2929. Ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Travel secara solo? Mesti ramai yang teringin melakukannya, nampak advanture kan. Tapi, kalau kamu mempunyai niat dan keinginan untuk melancong secara solo, kena tahu perkara ini, nescaya ia memudahkan proses berlibur.
Atika Ramlan menyarankan untuk mulakan dahulu pengembaraan secara solo dalam negara Malaysia seperti Pulau Pinang dan juga Kuala Lumpur.
Berkesempatan berkunjung ke Bangkok secara solo wanita ini juga turut berkongsi beberapa tip buat solo traveler yang ingin ke Bangkok sepertinya. Masih lagi berada di negara Gajah Putih, wanita ini dalam perjalanan untuk bertemu teman-temannya di Nakhon. Dia sempat singgah ke Hua Hin untuk merasai sendiri pengalaman berada di tempat yang terkenal di sana iaitu Santorini Park.
Ikuti tip yang dikongsikan oleh wanita ini dan semoga ia dapat memberi manfaat untuk anda yang ingin travel solo seperti Atika Ramlan.
Tak Susah Nak Travel Solo, Ini Tip Untuk 1st Timer!
Lately terbaca banyak post pasal travel solo dan Bangkok. Kebetulan saya ada di Bangkok dan solo, so nak share sikit la cara saya travel pada yang suka membaca
𝗧𝗶𝗽𝘀 𝗧𝗿𝗮𝘃𝗲𝗹 𝗦𝗼𝗹𝗼
Boleh mulakan di Malaysia dulu. Saya selalu cadangkan Penang dan KL. Sebab public transport senang, mudah, murah dan boleh cover banyak tempat walking distance.
Belajar guna Google Maps. Berguna untuk tahu jalan, terutama bila berjalan kaki atau nak tukar-tukar public transport.
Solo traveler tak kisah ada itinerary atau tidak. Tapi kalau first time nak berjinak-jinak, pastikan ada rough itinerary la. Boleh rajin-rajin baca dalam group, blog dan plan sikit-sikit. Jangan la sewenang-wenangnya post “boleh cadangkan ke mana saya boleh pergi 3d2n di XXXXX?” Contohnya kat Bangkok, ada banyak sangat aktiviti. Pening wooo kalau nak dengar cadangan orang.
Install Grab/Gojek/Bolt or apa-apa ehailing apps yang ada kat tempat tu.
Safety first. Cari tmpt tinggal yang selamat, roger-roger family/friends selalu. Saya selalu update kat FB je Kadang-kadang ada geng travel tempat sama rupanyaa..
𝗧𝗶𝗽𝘀 𝗕𝗮𝗻𝗴𝗸𝗼𝗸
Kalau banyak nak guna BTS, beli Day Pass kat kaunter. 150 baht je untuk unlimited rides.
Boleh guna Klook untuk beli tiket-tiket attractions. Lebih murah daripada beli walk-in.Guna kad yang paling rendah ratenya (kalau tau la).
Kalau sekejap sangat di Bangkok atau trip malas-malas, boleh beli tiket hop-on hop-off river cruise atau bas. Kali ni rasa bahang, panas dan sesak sangat – so layan river cruise memang santaiiii.
IconSiam dan Asiatique cantik pergi waktu malam.
Boleh juga study train route untuk tengok tempat mana boleh buat daytrip. Saya pernah pergi ke Ayuthayya naik ketapi kelas tiga.
Berita baik buat pencinta buku, kedai buku terbesar di Malaysia BookXcess kini telah membuka sebuah lagi cawangan di MyTown Cheras dengan keluasan sekitar 31,200 kaki persegi. Lokasi kedai buku ini terletak di tingkat 1 bersebelahan dengan outlet Uniqlo.
Bagi korang yang suka membaca, cawangan ini menawarkan lebih daripada 170,000 buah buku dan apa yang menariknya, cawangan BookXcess di MyTown Cheras ini punya tarikannya tersendiri.
Apa yang bestnya di cawangan ini, jom kita lihat sebab-sebab kenapa korang kena datang dan rasai sendiri pengalaman di BookXcess MyTown Cheras ini.
1. Restoran Jepun dan Coffee bar
BookXcess MyTown adalah satu-satunya cawangan kedai buku yang mempunyai restoran makanan Jepun dan coffee bar di dalamnya. Ume Tei Japanese Restaurant ini menyajikan masakan Okinawa asli dan Whisk Coffee Bar & Cakes menawarkan kek, kopi dan teh yang lazat. Dah penat pilih buku, korang boleh lepak chill minum kopi dan makan-makan dulu.
2. Menyediakan co-working space
Pengunjung juga boleh menggunakan ruang yang disediakan untuk melakukan pekerjaan dengan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti meja, kerusi dan WiFi.
3. Papu Art Gallery
Menempatkan hasil karya anak seni tempatan dan korang juga boleh membeli terus hasil lukisan yang dipamerkan ini dengan harga serendah RM200.
4. Poster selebriti terkenal dunia
Pengunjung juga boleh mendapatkan hasil karya yang menampilkan wajah-wajah terkenal personaliti dunia dengan pelbagai saiz yang ditawarkan.
So guys, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman di BookXcess MyTown Cheras yang dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, jaguh boling padang negara, Nor Farah Ain Abdullah terus mengharumkan nama Malaysia apabila mencipta sejarah dengan bergelar pemain nombor satu dunia pada Selasa.
Berdasarkan kemaskini ranking dunia wanita di World Bowls Series, Nor Farah kini menduduki kedudukan teratas dengan mengumpul 723 mata.
Sementara itu, pemain dari Scotland, Julie Forest, berada di posisi kedua selepas mengumpul 683 mata, manakala Kelsey Cottrell dari Australia berada di tangga ketiga dengan 676 mata.
Nama Nor Farah terus mencuri perhatian selepas beliau berjaya melakar sejarah dengan meraih pingat emas dalam acara individu wanita pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands, pada April tahun lalu.
Pemain berusia 24 tahun ini juga turut memberi sumbangan besar kepada skuad negara apabila membantu meraih pingat gangsa dalam acara berpasangan campuran bersama Izzat Shameer Dzulkeple.
Pada masa yang sama, Izzat Shameer turut menyumbang pingat perak dalam acara individu lelaki.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...