Susulan kebimbangan peminat kepada pemain perseorangan badminton profesional negara, Lee Zii Jia, Majlis Sukan Negara (MSN) tampil memberi kenyataan rasmi bahawa jaguh itu kini berada dalam keadaan baik.
Menurut Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin memaklumkan bahawa pihaknya serta Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, telah menghubungi Team LZJ bagi mendapatkan kepastian mengapa Zii Jia bertindak sedemikian.
“Mereka (Team LZJ) memaklumkan tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Mungkin Zii Jia buat hantaran gambar-gambar berkenaan kerana beliau berminat dengan seni seperti itu,” katanya.
Walaupun begitu, beliau menegaskan bahawa MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) sentiasa bersedia menghulurkan bantuan jika diperlukan oleh pihak Zii Jia dan ini termasuk sebarang bentuk sokongan fizikal atau mental.
Pada masa yang sama, Jeffri turut menolak spekulasi bahawa atlet berusia 27 tahun itu mengalami kemurungan, dan menambah bahawa tiada sebarang tanda dari pasukan atau rakan-rakan terdekat yang menunjukkan beliau sedang bergelut dengan isu peribadi.
“Generasi sekarang mungkin suka kesenian seperti itu. Jadi, biarkanlah beliau berekspresi,” ujarnya, sambil menegaskan pentingnya memahami cara generasi muda mengekspresikan diri di media sosial.
Sekadar info, Zii Jia terdahulu mencuri perhatian selepas memuat naik beberapa gambar berunsur misteri di aplikasi Instagram miliknya dimana ia memaparkan ilustrasi suram dan simbolik seperti wajah terbakar, tubuh berdarah di atas sofa serta figura misteri dalam suasana gelap, sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.
Ads
Antara gambar paling mencetuskan tanda tanya ialah imej muka dicucuk jarum serta perubahan gambar profil kepada warna hitam sepenuhnya. Namun, tindakan ini dilihat oleh orang ramai sebagai simbol kemurungan atau perasaan kehilangan, lebih-lebih lagi apabila tiada kapsyen atau penjelasan disertakan bersama.
Ads
Sementara itu, Zii Jia yang kini berada di ranking ke-27 dunia, dijangka akan kembali beraksi dalam Kejohanan Terbuka Jepun yang akan berlangsung dari 15 hingga 20 Julai ini. Sebelum ini, prestasinya sedikit merudum selepas mengalami kecederaan buku lali pada hujung tahun lalu.
Walaupun sehingga kini masih belum ada penjelasan rasmi daripada Zii Jia sendiri, rata-rata peminat tetap memberikan sokongan moral di ruangan komen dan mendoakan agar wira badminton negara itu kekal kuat, sama ada di dalam atau luar gelanggang.
Jika anda atau kenalan anda memerlukan bantuan emosi, sila hubungi talian sokongan seperti Befrienders di talian 03-7627 2929. Ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bertempat di pejabat urusan Nu Ideaktiv Sdn Bhd, satu majlis menandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Nu Ideaktiv dan Enrichment Media Lab Sdn Bhd telahpun dilangsungkan bagi memeterai kerjasama di antara kedua-dua pihak.
Majlis disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim dan Pengarah Urusan Enrichment Media Lab, Muhamad Ashraf DM Tej Nasir sebagai simbolik kepada perlantikan Enrichment Media Lab sebagai pakar media yang menyasarkan segmen Perusahaan Kecil Sederhana Melayu atau PKS.
Ia merangkumi perkhidmatan dan perundingan untuk pakej pemasaran serta pengiklanan eksklusif bagi segmen PKS dalam industri kecantikan, kesihatan, makanan dan minuman, pakaian, perabot, pendidikan dan bimbingan.
Menurut Syamil Fahim, kerjasama ini memberi peluang kepada Nu Ideaktiv untuk muncul sebagai pemacu utama dalam mempergiatkan lagi segmen pengiklanan media PKS.
“Perniagaan dan pengasas jenama boleh berkembang menerusi hebahan media meluas, pelaksanaan acara dan promosi rentas platform yang dimiliki Nu Ideaktiv menerusi dunia digital, program televisyen dan banyak lagi,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim.
Antara kerjasama awal di antara Nu Ideativ dan Enrichment Media Lab adalah menerusi penerbitan dua program TV iaitu rancangan Pa&Ma : Diari Madammu yang menyelusuri perjalanan keibubapaan pemilik jenama Noir. Sementara itu, peminat program bercorak rekaan dalaman pasti akan teruja menantikan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi oleh Ella Furniture.
Kedua-dua rancangan ini bakal bersiaran di rangkaian saluran ASTRO pada awal tahun hadapan.
Di pihak Enrichment Media Lab pula, kerjasama dua syarikat ini tidak terhad kepada satu medium sahaja.
“Nu Ideaktiv memiliki pelbagai jenama media No.1 di Malaysia yang boleh membantu PKS berkembang maju dan menembusi golongan sasar bagi pertumbuhan perniagaan dan sasaran keuntungan syarikat.
“Berdasarkan hala tuju sesebuah perniagaan, kita boleh melaksana pelbagai projek yang signifikan, mencapai sasaran dan mentransformasi perniagaan,” ujar Ashraf.
Pengarah Urusan Enrichment Media Lab, Muhamad Ashraf DM Tej Nasir.
Di samping itu, Syamil Fahim turut memberi gambaran bahawa Nu Ideativ dan Enrichment Media Lab sedang merangka satu acara berskala besar bagi meraikan kehadiran bulan Ramadan dan Syawal 2023.
Saksikan sedikit bingkisan yang diambil daripada acara MoU semalam, di bawah:
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pejam celik, kejohanan terbesar dunia bola sepak Piala Dunia FIFA 2022 akan berlangsung kira-kira sebulan sahaja dari sekarang. Bersiaran langsung dari Qatar bermula 20 November 2022 untuk edisi ke-22 ini, perlawanan pertama di antara negara tuan rumah menentang Equador dijangka bakal disaksikan oleh berjuta-juta penduduk dunia.
Hmm, tapi bagi penonton di Malaysia yang tidak berkesempatan untuk ‘terbang’ ke Qatar untuk merasai kemeriahan perlawanan di sana, apa cara terbaik agar korang tidak terlepas peluang menonton kesemua saingan pasukan-pasukan bola sepak kebangsaan terbaik dunia itu?
Jangan risau! Korang tidak akan terlepas punya dengan adanya NJOI.
Bagi menikmati keterujaan sama seperti berada di dalam stadium, NJOI menjanjikan keselesaan menonton kesemua 64 perlawanan bola sepak dalam Definisi Tinggi (HD) dari rumah.
Menariknya, korang tidak perlu terikat dengan kontrak baru ataupun bil bulanan baru. Dengan NJOI, korang hanya perlu membayar untuk setiap perlawanan yang korang tonton SAHAJA.
Dapatkan NJOI HD box pada harga RM414 sekaligus jimat RM95 dan nikmati pas istimewa Piala Dunia 2022. Selain pas ini, korang juga akan mendapat Pek HD 30 Hari, baucar GO SHOP RM50 (untuk pembelian 50 terawal sahaja) dan pelan sooka VIP+Sports 30 hari PERCUMA.
Bagaimana pula dengan pelanggan NJOI sedia ada? Korang pun tidak akan terlepas kelebihan sempena kejohanan tahun ini apabila NJOI menawarkan pas istimewa Piala Dunia 2022 dengan diskaun promosi ‘early bird’ bernilai RM10.
Bukan setakat itu, 50 pelanggan NJOI juga akan memperolehi baucar GO SHOP bernilai RM30 pada setiap minggu dan mendapat pelan sooka VIP+Sports 30 hari PERCUMA.
Dengan segala tawaran menarik ini, pastikan korang tidak terlambat untuk melanggan pas Piala Dunia 2022 menerusi aplikasi My NJOI. Ingat, tawaran sah sehingga 15 November sahaja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang memilih oat sebagai makanan diet kerana menganggap ia sangat bagus untuk menurunkan berat badan.
Memang benar, tapi korang perlu tahu ada beberapa jenis oat sebelum memilih untuk dijadikan makanan diet.
Berikut merupakan perkongsian daripada Cikgu Diet Official tentang jenis-jenis oat yang perlu korang tahu bagi sesiapa yang mahu berdiet.
1. Instant oat
Foto: Cikgu Diet Official
Oat paling banyak diproses. Ia dimasak terlebih dahulu, kemudia dikeringkan, digelek, dilenyek dan dipotong kepada kepingan halus bagi tujuan memudahkan untuk dimasak. Oat jenis ini boleh direndam bersama air panas dan terus boleh dimakan.
Merupakan oat yang dah dilenyek, tapi belum dimasak semasa pemprosesannya. Rolled oat lebih tebal daripada quick oat. Cara masak juga perlu lebih lama, lebh kurang 5-7 minit.
Oat yang paling kurang diproses. Oat ini dipotong kasar dan tidak dilenyek daripada bijirin oat yang dipanggil oat groat. Bila dikunyah, rasanya kenyal dan rasa seperti kacang rebus. Cara masaknya agak lama, sekitar 20-30 minit sebelum boleh dimakan.
Pilihan sesuai untuk diet
Kalau korang perhatikan cara pemprosesan oat ni hanya melibatkan fizikal saja tanpa tambahan bahan lain. Kandungan nutrisi keempat-empat oat ini juga sebenarnya hampir sama.
Cuma, perbezaan paling ketara adalah kadar penyerapan ke dalam tubuh. Semakin halus oatmeal, semakin cepat diserap ke dalam badan dan semakin cepat ditukar kepada gula.
Ini kerana semasa diproses kandungan fiber dan nutrient dalam bijirin oat akan terbuang sekali dan menyebabkan indeks glisemik antara oat-oat ini berubah.
Ada yang kata bila kita makan instant oat dan quick oat, penyerapan gula adalah lebih dahsyat daripada minum air bergas. Mencanak naik gula dalam darah. Itu yang bila makan oat, tapi tak kenyang, selera makan tak berkurang, craving dan berat tak turun.
Mesti korang pernah rasa kan?
So guys, kalau korang nak diet, sebaiknya pilih rolled oat atau boleh cuba steel cut oat. Glisemik indeks rolled oat dan steel cut adalah sederhana, iaitu 58 sama kategori dengan brown rice.
Manakala glisemik indeks instant oat dan rolled out adalah 83, hampir sama seperti nasi putih.
Jadi, sekarang korang dah faham kan oat mana yang sesuai dimakan kalau sedang berdiet? Lepas ni janganlah bising pula kalau berat tak turun. Hiks!