Jika sebelum ini dua kanak-kanak meninggal dunia akibat termakan keropok beracun.
Terkini seorang remaja berusia 13 tahun berdepan detik cemas selepas nyaris maut dipercayai termakan biskut bercampur dengan racun di Kampung Dadong, Kemaman, Jumaat lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan, beliau mengesahkan kejadian tersebut apabila pihaknya menerima laporan pada jam 4 petang tadi.
Difahamkan, remaja tersebut telah dikejarkan ke sebuah klinik kesihatan sebelum dirujuk ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman (HK) selepas pengsan dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 petang.
Ads
Sebelum kejadian, mangsa Mohd Daynail Haikal Alias bersama-sama seorang rakannya dikatakan ke sebuah kebun pisang dan kelapa untuk memancing kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.
Mangsa dikatakan telah menemui dan memakan sekeping biskut yang telah dicampur racun oleh pemilik kebun bagi tujuan membunuh kera yang diikat pada sebatang kayu di kebun itu.
Ads
Sementara itu, bapa mangsa, Alias Saras berkata kejadian tersebut diketahui olehnya selepas isterinya, Roslina Ahmad memaklumkannya. Alias, 57 tahun berkata anaknya secara tiba-tiba pengsan dan mulutnya berbuih selepas memakan biskut yang diambil dari kebun berkenaan.
Melihat kejadian itu, bapa kepada rakan anaknya bertindak membawa Mohd Daynail ke sebuah klinik kesihatan berdekatan untuk menerima rawatan. Bagaimanapun Alias bersyukur kerana anaknya kini sudah mulai pulih selepas menerima rawatan di hospital. Kes akan disiasat di bawah seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Ads
Hati-hati guys, jangan makan makanan atau minuman yang dibiarkan di tempat terbuka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Istilah PM TEPI amat popular bagi peniaga online. Asal pengguna bertanya PM HARGA, peniaga akan menulis perkataan PM TEPI.
Walau amaran sudah dikeluarkan tidak boleh menulis perkataan pm tepi tetapi nampaknya peniaga mudah terlupa bahawa itu perkataan HARAM bagi mereka di media social.
Mungkin terlupa atau sudah biasa menulis perkataan tersebut, nyata ia membawa padah apabila Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mula menyerbu peniaga degil.
Buktinya, minggu lalu, 13 Mac, peniaga perabot yang menjalankan perniagaan di media social menjadi syarikat diserbu sekumpulan pegawai dari kementerian.
Syarikat perbadanan boleh didenda RM100,000 dan RM50,000 bagi orang perseoranganjika guna istilah PM tepi
Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam berkata, siasatan awal pihaknya mendapati syarikat itu beroperasi menerusi laman Facebook (FB) sejak Ogos tahun lalu.
“Kita berjumpa dengan pengarah syarikat itu dan beliau mengakui pihaknya tidak mempamerkan maklumat yang sepatutnya seperti harga serta spesifikasi barangan yang dijual,” katanya pada sidang media di pejabat KPDNHEP Selangor.
Beliau berkata tindakan lelaki berusia 41 tahun itu boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 (Perbadanan) dan denda RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya (Perseorangan) mengikut Seksyen 145 Akta Perlindungan Pengguna 1999.
Katanya, sepanjang tahun lalu 7,729 aduan diterima oleh KPDNHEP Selangor dan 1,195 membabitkan aduan pengguna yang membeli barangan dalam talian. (sumber Harian Metro).
Dalam pada itu, REMAJA kongsikan tulisan seorang peguam Nor Zabetha dari Tetuan Nor Zabetha Cinnai & Co yang mungkin dihadamkan oleh peniaga online dan orang ramai yang berhak tahu harga, bukannya masih guna istilam pm tepi.
Peniaga online yang menggunakan strategi perkataan “PM tepi” di sosial media boleh dipenjarakan atau denda!
Syarikat perabot ini menggunakan konsep PM atau mesej peribadi ketika berurusan dan beroperasi menerusi laman Facebook sejak Ogos tahun lalu.
Saya kongsikan maklumat ini supaya rakan-rakan peniaga akan lebih peka dan mencari alternatif yang lebih baik berbanding membalas komen pelanggan yang berminat dengan “PM tepi”.
Berdasarkan kenyataan KPDNHEP, kenapa ‘PM tepi’ ini salah? Saya rumuskan seperti berikut:-
Tidak mempamerkan harga barangan yang dijual;
Tidak mempamerkan spesifikasi barangan yang dijual;
Penjual atau peniaga perlu meletakkan maklumat yang jelas mengenai produk serta perkhidmatan yang ditawarkan supaya hak pengguna tidak dicabul;
Konsep ‘PM Tepi’ menjadi satu kesalahan mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012. Gambar seperti dibawah.
Juga jika sabit kesalahan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 boleh didenda dibawah Seksyen 145 iaitu maksimum RM50,000.00 (bagi individu)/ RM100,000 (bagi badan korporat) atau penjara atau kedua-duanya sekali.
Jadi konsep PM tepi ini menjadi kesalahan kerana dianggap tidak telus dan boleh berlaku manipulasi harga. Oleh yang demikian adalah kesalahan. Dalam kes ini, serbuan berlaku kerana terdapat aduan.
Sepanjang kita berniaga, ada juga kemungkinan perihal kita ini diadukan. Jadi kita kena lebih peka dengan setiap peraturan atau undang-undang yang ada supaya tidak mengalami hukuman denda atau penjara.
Peniaga online perlu mematuhi Jadual 1, Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 iaitu mendedahkan maklumat seperti berikut bagi mengelakkan hukuman denda atau penjara:-
Nama orang yang menjalankan perniagaan atau nama perniagaan atau nama syarikat.
Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat, jika terpakai.
Alamat e-mel dan nombor telefon, atau alamat orang yang menjalankan perniagaan.
Perihalan tentang ciri utama barang atau perkhidmatan itu.
Harga penuh barang atau perkhidmatan termasuklah kos pengangkutan, cukai dan apa-apa kos lain.
Kaedah pembayaran.
Terma-terma dan syarat-syarat.
Anggaran masa penghantaran barang atau perkhidmatan kepada pembeli.
Mungkin rakan-rakan peniaga boleh guna strategi yang baru dengan mengambil kira point di atas.
Share jika manfaat. Kongsikan ilmu walaupun sebaris ayat. Dikongsikan oleh Nor Zabetha.
So korang, kalau nak buat aduan, sila hubungi nombor ini seperti tertera.
Sekian lama menikus selepas dirinya menjadi orang dikehendaki akibat keceluparan mulut memberi komen dalam dokumentari berjudul 'Locked Up in Malaysia's Lockdown' terbitan Al Jazeera nampaknya hari Jumaat, penghulu segala hari memberi seribu makna buat warga Malaysia.
Ini keranaa lelaki warga Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir yang diburu Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) sebelum ini sudah ditahan agensi terbabit, hari ini.
Penahanan lelaki berusia 25 tahun itu disahkan sendiri Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut, namun maklumat diterima mengatakan Rayhan dicekup ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, di sini.
Foto penahanan Rayhan dengan tangan bergari turut dimuat naik melalui laman Twitter Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Jabatan Imigresen Malaysia sebelum ini memohon bantuan orang awam menjejaki lelaki itu yang memiliki alamat terakhir di Sirhan Legacy Sdn Bhd B-7-9, Menara Uncang Emas, di Jalan Loke Yew Kuala Lumpur, untuk membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Rayhan sebelum ini dikesan membuat pelbagai dakwaan palsu berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan COVID-19.
Dia melemparkan tohmahan dan dakwaan tidak berasas itu menerusi kenyataan diberikannya kepada stesen televisyen antarabangsa, Al Jazeera, yang membuat laporan khas berhubung pendatang tanpa izin di negara ini.
Polis turut memulakan siasatan terhadap Al Jazeera susulan penyiaran dokumentari itu.Sumber : Berita Harian
Lepas ini, mana-mana warga asing atau warganegara yang hendak memberi komen, sila berhati-hati ya. Kena ada fakta sahih beserta bukti. Baru boleh bersuara. Jangan main spekulasi semata-mata.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi berkenaan perkahwinan di antara Justin Bieber, 24 dan model Hailey Baldwin, 21 telah bertiup sejak bulan September lalu.
Namun kerana tiada bukti sijil kahwin, foto mahupun video yang boleh mengiyakan berita ini, peminat masih dalam mode tertanya-tanya.
Semalam, akhirnya Justin dan Hailey seakan-akan menunjukkan tanda telah bersedia untuk berkongsi berita baik itu.
Hailey melalui bio Instagram miliknya telah menukar namanya kepada Hailey Rhode Baldwin! Dalam posting terbaru pada dua hari lalu, beribu-ribu komen followers Hailey mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.
Pada masa yang sama, Justin memuat naik caption ‘My wife is awesome.’ lantas menjadikan situasi lebih panas! Gituu..
Sebelum ini, Justin pernah mengeluarkan statement panas seperti ‘Saya tak tahu bagaimana untuk mencintai insan lain selain Hailey.’ dan ‘Tak sabar untuk menghabiskan seluruh hidup saya bersama kamu.’
Terbaru, Justin berkata, “My heart is COMPLETELY and FULLY YOURS and I will ALWAYS put you first!”
Dan Hailey pula didapati memakai jaket dengan nama Bieber di belakangnya, pada awal minggu ini.
Haa, dah macam confirm je ni!
Apa pendapat korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!