Personaliti media sosial, Jofliam baru-baru ini telah berjaya mengharumkan nama Malaysia dalam sebuah pertandingan menyediakan juadah piza di Itali.
Ia setelah Jofliam yang juga merupakan suami kepada personaliti digital, Cik Epal meraih tempat keempat dalam pertandingan yang dilangsungkan di Tutto Pizza Expo sempena sebuah pameran antarabangsa yang didedikasikan untuk peminat pizza seluruh dunia di Napoli, Itali.
Memetik hantaran TikTok isterinya, @cikepal06 menyatakan terdapat 50 pasukan yang menyertai edisi keenam pertandingan tersebut dan salah satunya merupakan pasukan Jofliam; Jofliam Pizza Wagyu 150 yang mewakili Malaysia. Selain Joflian, ia turut dianggotai oleh dua individu tempatan di sana.
@cikepal06 Sangat susah Italian 🇮🇹 nak bawa bendera negara lain, tapi Salva sanggup demi Jofliam . Tq Salva🤗. 50 team dari seluruh Italy termasuk USA dan 1 team mewakili Malaysia🇲🇾. Dari hobi suka-suka masa PKP, kini Jofliam sah certified Chef Pizza @ certified Pizzaiolo🍕. Masin mulut Han eh. Bila teacher dia tanya ayah dia kerja apa? Han cakap papa Chef 😂. Ikut markah, team Jofliam dapat top 4 dalam 50 team yang bertanding. Aku still bangga je Jofliam bawak nama Malaysia 🇲🇾 dalam competition pizza ni. Pembuat pizza yang famous dekat Italy 🇮🇹 pon kenal Jofliam pizza wagyu from Malaysia. Fantastic bak kata Yuki👌🏻! Jangan give up! Fly high my husband Jofliam 😘. Awak tetap champion di hati saya🥰. Haderrrrr🤣. #jofliam#cikepal#cikepal06#han#yuki#hanyuki#makajibycikepal#makajicikepal#makaji#jofliamcikepal#jofliamcikepal06#jofliampizzawagyu#jofliamwagyupizza#jofliampizza♬ MALAYSIA – Faizal Tahir
“Sangat susah orang Itali nak bawa bendera negara lain, tapi Salva sanggup demi Jofliam. Terima kasih Salva,” catat hantaran TikTok Cik Epal.
Ads
Memetik hantaran Instagram @jofliam pula, penyertaannya di Itali pada kali ini dilakukan atas niat, minat dan keinginannya peribadi. Lalu, segala kos untuk ke sana dan semasa berada di Napoli dibiayai olehnya sendiri secara sukarela.
“Untuk Salva, dia sanggup mewakili Malaysia. Ini adalah satu penghormatan untuk saya.
“Sangat susah untuk orang Itali nak mewakili bendera negara lain selain Itali sebab orang Itali tersangatlah bangga dengan Itali.
“Tapi kalau kerajaan Malaysia sudi membawa Salva dan pasukan saya untuk ke Malaysia, mengenali Malaysia, budaya Malaysia, orang Malaysia yang sangat budiman, keindahan Malaysia, pembangunan Malaysia, saya sangatlah berbesar hati,” ujar Jofliam.
Sebagai info, pada peringkat awal; Jofliam dan Cik Epal pernah memberi pizza wagyu kepada mangsa-mangsa banjir di Malaysia dan menyediakan piza sekadar hobi.
Hasilnya, mereka memperolehi pujian daripada netizen dan peminat mereka dek kerana sikap pemurah dan baik hati. Malah, piza yang diletakkan harga sebanyak RM150 oleh mereka juga tular di laman sosial TikTok.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pandemik COVID-19 yang melanda seantero dunia telah menyebabkan terciptanya pelbagai istilah baharu dalam komunikasi sehari-hari kita. Barangkali sesetengah istilah tersebut merupakan istilah biasa dalam bidang perubatan atau kesihatan, tetapi bagi masyarakat umum, istilah-istilah ini sesungguhnya agak baharu kerana tidak pernah digunakan sebelum ini.
Daripada “penjarakan sosial” kepada “penjarakan fizikal”, “penutup muka” kepada “pelitup muka”, “cecair pembasmi kuman” kepada “pensanitasi tangan”, kita juga sering mendengar frasa “memutuskan rantaian jangkitan”, “prosedur operasi standard” (SOP), “Perintah Kawalan Pergerakan” dan sebagainya. Namun begitu, yang menarik perhatian saya dan yang akan saya kongsi dalam artikel pada kali ini ialah kekeliruan pengguna bahasa antara frasa “melandaikan keluk jangkitan” dengan “melandaikan lekuk jangkitan”.
Kedua-dua frasa ini sering digunakan dalam pelbagai media, sama ada media cetak atau media elektronik, oleh penulis, wartawan atau netizen secara tidak konsisten. Sudah tentunya kekeliruan berlaku kerana ejaan dan bunyi kedua-dua patah perkataan ini, iaitu “keluk” dan “lekuk” hampir sama. Namun begitu, pada hakikatnya, kedua-dua patah perkataan ini berlainan maksud dan penggunaannya. Oleh sebab itu, setelah membaca artikel pada kali ini, diharapkan pembaca dapat menggunakan istilah dengan ejaan yang tepat.
Binaan istilah ini dalam bahasa Inggeris ialah “flatten the infection curve”, iaitu satu strategi untuk melambatkan kadar penularan COVID-19 supaya rantaian jangkitan dapat diputuskan sekali gus pandemik ini dapat diperangi dengan sepenuhnya. “Curve” di sini merujuk graf yang dilukis dalam bentuk lengkung dan padanan istilah yang tepat ialah “keluk”.
Merujuk Kamus Dewan Perdana, “keluk” bermaksud garis yang melengkung bentuknya dan biasanya dilukis pada graf, rajah dan lain-lain. Namun begitu, kealpaan pengguna bahasa tentang ketepatan dalam penggunaan bahasa telah mengakibatkan istilah ini ditulis sebagai “melandaikan lekuk jangkitan”. Padahal, jika kita merujuk Kamus Dewan Perdana, “lekuk” ini sebenarnya bermaksud bahagian sesuatu permukaan yang masuk ke dalam sedikit dan beberapa makna lain yang tidak merujuk graf.
Oleh sebab itu, marilah kita menjadi pengguna bahasa yang lebih peka, lebih berhati-hati dan sentiasa rajin merujuk kamus. Kesalahan yang kita lakukan akan mencerminkan ketidakprihatinan kita tentang penggunaan bahasa Melayu yang baku dan indah. Akhir kata, marilah kita berganding bahu untuk memikul tanggungjawab sosial supaya keluk jangkitan COVID-19 berjaya kita landaikan!
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa Dan Pustakan. Artikel ini ditulis oleh ALEX LEONG JUN WEI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 baru-baru ini berjaya menuai pingat pertama apabila atlet olahraga, Eddy negara Bernard menyumbang gangsa menerusi acara 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal) di de de France, hari ini.
Atlet asal Sabah ini, berlari di lorong ketiga bermula dengan baik di awal perlumbaan namun kehilangan sedikit momentum di tengah saingan sebelum berjaya melintasi garisan penamat dengan catatan 11.58 saat (s).
Lebih manis, kejayaan atlet berusia 23 tahun itu pada penampilan sulung di pentas Sukan Paralimpik turut memecahkan rekod Asia milik wakil Sri Lanka, Indika Gamage iaitu 11.75s pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun.
Eddy juga mengatasi catatan masa peribadi terbaiknya 11.77s ketika membawa pulang pingat perak pada kejohanan berprestij dunia di Kobe itu.
Dalam pada itu, pingat emas disambar wakil Afrika Selatan, Mpumello Mhlongo dengan catatan 11.12s manakala pingat perak menjadi milik atlet Cuba,Yamel Luis Vives Suares dengan masa 11.20s,
Sekadar info, sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos lepas sehingga 8 September ini.
Sumber berita dan gambar: BERNAMA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang muda sukan berbasikal negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mencipta sejarah apabila berjaya meraih pingat emas dalam acara keirin wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) yang dilangsungkan di New Delhi, India.
Dalam pertandingan itu, Nurul Izzati yang kini berusia 20 tahun bejaya mengetepikan saingan daripada Tong Mengqi yang berasal dari China yang menduduki kedudukan kedua sekaligus merangkul pingat perak
Manakala, seorang lagi atlet Malaysia, Anis Amira Rosidi melengkapkan kedudukan di podium dengan meraih pingat gangsa.
Nurul Izzah digendong Anis (berbaju hitam) meraikan kemenangan meeka. Kredit foto: Skuad Berbasikal Trek Negara/Harian Metro
Kejayaan yang ditempa Nurul Izzah menjadi titik pembakar semangat kepada pasukan berbasikan wanita negara untuk mara lebih maju. Kali terakhir atlet Malaysia berjaya memperoleh emas dalam acara ini adalah menerusi Fatehah Mustapa pada tahun 2012.
Sebelum ini, pada Rabu lalu Nurul Izzah terlebih dahulu meraih pingat perak dalam acara wanita berpasukan bersama Anis Amira dan Nurul Aliana Syafika Azizan dan kemudiannya pada Jumaat dia meraih pingat gangsa dalam acara pecut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!