Sebelum ini aplikasi WhatsApp pernah berkongsi ciri baharu yang akan diperkenalkan iaitu admin grup WhatsApp bakal diberikan kelebihan untuk memadam mesej daripada ahli lain. Kini, seperti yang dilaporkan ciri itu sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna WhatsApp seluruh dunia.
Ciri baharu ini membolehkan admin grup tap pada sesuatu mesej yang tidak diingini dan seterusnya memilih untuk memadam. Apabila mesej tersebut dipadamkan, ia akan meninggalkan notifikasi mengatakan bahawa mesej itu telah dipadam oleh admin.
Fungsi memadam mesej ini mungkin antara yang dinantikan oleh pengguna WhatsApp terutamanya kepada ahli yang sering bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan. Dengan adanya ciri ini juga dilihat dapat memudahkan lagi pengurusan dan pentadbiran bagi sebuah WhatsApp Group.
Walau bagaimanapun, bukan semua admin grup sudah boleh menggunakan ciri ini kerana perlu menunggu kemaskini terkini yang dikhabarkan bakal ditawarkan dalam tempoh terdekat ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Samsung, Huawei dan Neffos, korang semua memang pakat nak lancarkan model telefon pintar baru semalam eh?
Bertempat di tiga buah lokasi berlainan di Lembah Klang semalam, telah berlangsungnya pelancaran rasmi untuk empat buah model telefon pintar. Ia sememangnya dinanti-nantikan oleh mereka yang ingin membeli telefon baru. Iyalah, kalau beli pada minggu ini pasti akan ada hadiah dan tambahan lain pada telefon yang akan mereka terima.
Namun, satu persoalan yang berlegar di fikiran kami, kenapa semuanya semalam?
Hhm, tiada penjelasan jelas sebenarnya mengapa tarikh 15 hari bulan dipilih. Namun, kami percaya ia ada kena mengena dengan acara Mobile World Congress (MWC) yang telah berlangsung pada 26 Februari lepas.
Bertempat di Barcelona Sepanyol, acara yang berlangsung selama empat hari berturut-turut itu ditujukan khas untuk jenama manufacturer, pembekal, carrier, pemasaran dan jurutera telefon pintar untuk berkampung dan memperkenalkan produk terbaru masing-masing.
Daripada 3 jenama tersebut, Samsung dan Huawei terlibat sama di MWC 2018. Namun, itu tak bermakna Neffos ingin ketinggalan di belakang. Mungkin sebab itulah mereka memilih tarikh semalam.
Samsung S9 & S9+
Lebih seribu peminat berkumpul untuk pelancaran Galaxy S9 dan S9+. Mungkin juga sebahagian besar daripada mereka berada di situ untuk berjumpa dengan pelakon dari Korea Selatan, Park Bo-Gum. Eh!
Dengan adanya teknologi terbaru seperti AR Emoji yang membolehkan korang mencipta emoji dan GIF dengan mengambil selfie, fungsi Slow-mo pada kamera dan speaker AKG yang boleh disambungkan kepada Adobe Atmos audio feature, S9 dan S9+ memang nampak menggiurkan!
Namun bagi kami, yang paling penting adalah skrinnya. Saiz skrin 5.8in QHD + Infinity Display ini sama seperti skrin S8. S9+ pula sebesar 6.2in dalam bentuk Super AMOLED melengkung.
Galaxy S9: 64GB (RM3,229)
Galaxy S9+: 64GB (RM3,799), 128GB (RM3,999) dan 256GB (RM4,399)
Neffos N1
Buat pertama kalinya, Neffos perkenalkan teknologi dual-camera seperti yang popular di kalangan jenama telefon pintar lain seperti Samsung. N1 lebih awal diperkenalkan, iaitu pada Internationale Funkausstellung Berlin (IFA) di Jerman September tahun lalu. Dan ia dilihat seakan sama dengan Huawei P10 dan P10+
Bahagian belakang diperkemaskan dengan kamera 12MP manakala kamera selfie 8MP-nya juga tak kurang hebatnya. Malaysia adalah pasaran antarabangsa pertama yang menjadi pilihan TP-Link dari China untuk melancarkan N1 dan ia boleh didapati pada harga RM1,099.
Huawei Nova 2 Lite
Sebagai pilihan yang lebih murah kepada model telefon Huawei Nova 2i, mereka semalam melancarkan versi ‘mampu milik’ Huawei Nova 2 Lite. Seperti mana model telefon Huawei sebelum ini, model ini juga fokus kepada kebolehan ia mengambil gambar.
Kamera belakangan mempunyai 13MP sensor utama bersama 2MP sensor kedua bagi membolehkan korang mengambil gambar dengan efek bokeh. Kamera hadapannya juga mempunyai 8MP seperti Neffos N1 tetapi dengan teknologi f/2.0. Oklah dengan harga RM799 untuk storage 32GM, tapi ada yang berkata Huawei Nova 2 lebih berbaloi untuk dibeli walaupun perlu menambah bajet sedikit.
Apa pendapat korang, telefon daripada ketiga-tiga jenama ini memang tempting! Mana satu yang paling berbaloi?
SO, WHICH ONE?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Awal tahun lalu, pelaksanaan teknologi generasi kelima (5G) dikatakan hampir menjadi realiti apabila pelancaran projek demonstarasi 5G telah pun dilancarkan di Langkawi pada Januari lepas.
Terbaru, Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan bahawa Malaysia akan memperkenalkan rangkaian 5G pada penghujung 2022 atau pada awal 2023 dengan perancangan dan sasaran yang teliti.
Mengikut kajian awal, 70% penggunaan rangkaian 5G dijangka akan melibatkan industri, sementara hanya 30% dijangka untuk penggunaan rakyat. Pelbagai perkara masih diteliti termasuklah dari segi caj kepada pengguna.
Kredit foto: atlas-network.com
Apakah itu teknologi 5G?
Bagi korang yang belum tahu, 5G merupakan teknologi sambungan tanpa wayar generasi kelima dan lanjutan daripada generasi sebelumnya, 1G ke 4G. Namun begitu, teknologi 5G ini mempunyai keupayaan yang berbeza berbanding teknologi sebelumnya.
Pada zaman teknologi 1G dan 2G, sambungan dibuat bagi tujuan menyampaikan perkhidmatan suara, diikuti dengan 3G untuk sambungan data mudah alih manakala teknologi 4G dibangunkan untuk internet mudah alih.
Kredit foto: eetimes.com
Teknologi 5G pula mempunyai keupayaan untuk mengubah fungsi teknologi mudah alih kepada masyarakat. Antara sifat utama 5G adalah seperti berikut:
• Kelajuan yang tinggi
• Kadar lengahan yang rendah (1 milisaat)
• Mampu menghubungkan lebih banyak peranti bagi setiap 1 km persegi
Ha, lepas ni confirm internet korang berdesup laju bila dah gunakan teknologi 5G n ikan. Hiks! Tapi relaks guys, ada beberapa tahun lagi korang perlu tunggu sebelum teknologi ini direalisasikan di Malaysia.
TikTok bukan aplikasi yang asing lagi buat masyarakat Malaysia, malah ramai mengunakan medium ini untuk menyebarkan info dan ilmu yang berguna.
Walaupun sudah dilancarkan lama, tetapi di negara kita aplikasi ini baru sahaja ‘diterima’ kira-kira setahun yang lalu. Semuanya gara-gara PKP yang mana masyarakat sudah bosan duduk di rumah dan ingin melakukan sesuatu yang menghiburkan.
Namun, baru-baru ini TikTok menetapkan syarat baru untuk para penggunanya dengan membenarkan pengguna berusia 13 tahun ke atas mendaftar dan menggunakan aplikasi tersebut. Ini merupakan kali pertama TikTok mengenakan syarat umur berkenaan bagi membantu menjamin keselamatan pengguna.
Disebabkan itu, sebanyak 61,951,327 video telah dihapuskan kerana didapati melanggar polisi. Daripada angka tersebut, sebanyak 82 peratus video telah dihapuskan sebelum ditonton, 91 peratus sebelum dilapor penmgguna dan 93 peratus dalam 24 jam selepas dimuat naik.
Turut terkesan, 1,921,900 iklan ditolak kerana melanggar syarat pengiklanan. Jumlah keseluruhan, 11,149,514 juta akaun telah dihapuskan atas kesalahan melanggar terma dan syarat platform tersebut.
Tiktok dalam kenyataannya menekankan bahawa pihaknya tegas dalam melaksanakan peraturan baharu itu untuk melindungi penggunanya khususnya golongan remaja, termasuk menghadkan fungsi pesanan peribadi dan streaming secara langsung untuk pengguna berusia 16 tahun ke atas.
Januari tahun ini, TikTok memperkenalkan fungsi di mana penggunanya di bawah usia 16 tahun boleh menetapkan akaun mereka secara automatik ke mode peribadi. Walaupun begitu, aplikasi popular dari China itu sehingga ke hari ini masih menerima banyak pengguna baharu bawah umur.
Hmm…penulis sokong apa yang dilakukan oleh TIkTok ni, sebab banyak kes yang tidak diingini berlaku kepada pengguna baharu bawah umur ni.
Dari pentas Hero Remaja 2019/2020 hingga kini bergelar duta Xiaomi Malaysia, Meerqeen terus melangkah lebih jauh. Bersama REMAJA, dia berkongsi tentang aspirasi, keberanian mengambil risiko, definisi kejayaan serta mengapa kolaborasinya bersama Xiaomi lebih daripada sekadar menjadi wajah sebuah jenama.