Dalam memilih calon menantu, setiap ayah pastinya ada ukuran tersendiri. Ada yang melihat kestabilan kerja, ada yang menilai latar belakang keluarga, ada juga yang mahu memastikan lelaki itu benar-benar mampu menjaga anak perempuannya dengan penuh tanggungjawab.
Namun menerusi satu perkongsian, penyanyi dan selebriti Aliff Satar menarik perhatian ramai apabila menceritakan kisah seorang ustaz yang meletakkan syarat cukup berbeza kepada lelaki yang mahu menikahi anak perempuannya.
Menurut Aliff, ustaz tersebut merupakan guru agamanya. Dalam satu perbualan, anak-anak muridnya pernah bertanya bagaimana ustaz itu menilai keikhlasan seorang lelaki yang mahu melamar anak perempuan kesayangannya.
Katanya, dia hanya meletakkan satu syarat kepada lelaki tersebut. Bukan wang hantaran yang tinggi, bukan kereta mewah, bukan rumah besar, tetapi satu bentuk ujian disiplin yang menyentuh soal hubungan lelaki itu dengan Allah.
Syarat Solat Berjemaah 40 Hari
Syaratnya, lelaki tersebut perlu menunaikan solat lima waktu secara berjemaah di masjid selama 40 hari berturut-turut, di belakang imam dan pada waktunya. Sebagai bukti, lelaki itu diminta merakam gambar yang menunjukkan tarikh serta waktu setiap kali hadir ke masjid, dari Subuh hinggalah Isyak.
Ads
Menariknya, lelaki tersebut benar-benar melaksanakan syarat itu dengan penuh kesungguhan. Selama tempoh tersebut, dia menjaga solat berjemaahnya dan akhirnya berjaya menikahi anak ustaz tersebut.
Kisah ini turut dikaitkan dengan hadis mengenai kelebihan menjaga solat berjemaah selama 40 hari bersama imam. Hadis tersebut diriwayatkan dalam Jami’ al-Tirmizi.
Namun, status hadis ini diperselisihkan dan dinilai dhaif oleh ramai ulama seperti al-Tirmizi, al-Zahabi dan Ibn Hajar. Walaupun begitu, maknanya tetap boleh dijadikan dorongan untuk membina istiqamah dalam solat berjemaah.
Apa yang menjadikan kisah ini kuat bukan sekadar pada syarat tersebut, tetapi mesej di sebaliknya. Seorang ayah bukan hanya mahu tahu kemampuan kewangan, tetapi juga disiplin dan pegangan agama lelaki itu.
Dalam dunia hari ini, ramai melihat perkahwinan dari sudut material semata-mata. Namun hakikatnya, karakter dan tanggungjawab terhadap agama adalah asas yang lebih penting.
Ads
Lelaki yang mampu konsisten bangun awal, menjaga waktu solat dan istiqamah sepanjang tempoh silat sebenarnya sedang melatih dirinya menjadi lebih bertanggungjawab.
Ini bukan sekadar untuk membuktikan diri kepada bakal bapa mentua, tetapi sebagai persediaan memikul amanah dalam rumah tangga.
Didikan Anak Perempuan
Aliff turut menekankan bahawa anak perempuan perlu dididik menjadi wanita yang tahu nilai diri dan berdikari. Mereka bukan “barang” yang boleh dipinang hanya dengan wang ringgit.
Perkahwinan bukan soal siapa paling kaya, tetapi siapa paling layak menjaga amanah.
Mesej paling penting adalah refleksi kepada diri sendiri. Sebelum menetapkan syarat kepada orang lain, seorang ayah perlu terlebih dahulu menjadi contoh.
Jika kita mahu menantu yang menjaga solat kita sendiri perlu menjaga solat. Standard itu perlu bermula dari diri sendiri.
Akhirnya, lelaki yang baik dinilai bukan pada apa yang dimiliki, tetapi pada kesungguhannya menjaga hubungan dengan Tuhan dan amanah yang dipikul dalam kehidupan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pempengaruh dan personaliti media sosial terkenal, Khaby Lame meluahkan rasa syukur mendalam dengan kejayaan dan kekuatan yang dimilikinya sekarang ini.
Menerusi perkongsian terbaru di aplikasi Instagram, Khaby Lame atau pemilik nama sebenar Khabane Lame (24) memuat naik gambar dirinya memakai ihram di hadapan Kaabah.
Kredit: Instagram Khaby Lame
“Saya cuma ingin berkata, Alhamdulillah. Allah telah memberikan saya segalanya, paling penting sekali, kekuatan untuk terus maju dan mempercayai impian saya”
“Saya telah menghadapi banyak cabaran dan dugaan dalam hidup dan ketika segalanya kelihatan mustahil, keimanan saya membuatkan saya terus berdiri,” katanya.
“Terima kasih Allah kerana menjadi satu-satunya harapan saya,” jelasnya menerusi perkongsian yang sama.
Sekadar info, Khaby dilahirkan pada 9 Mac 2000 di Senegal sebelum berhijrah ke Itali bersama keluarganya ketika berusia setahun. Kehidupan awalnya penuh kesederhanaan, malah beliau pernah kehilangan pekerjaan sebagai operator mesin kilang disebabkan pandemik Covid-19.
Kejadian itu bagaimanapun menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya dengan memanfaatkan kreativiti dan kesungguhan, beliau mula menghasilkan video pendek di TikTok yang memaparkan penyelesaian mudah terhadap situasi harian tanpa dialog.
Melalui gaya penyampaian ‘content’ santai serta ekspresi wajah lucu Khaby berjaya memikat hati ramai warga internet dan menjadikannya salah seorang pencipta kandungan digital paling popular dengan lebih 100 juta pengikut di seluruh dunia.
Kini, Khaby diiktiraf bukan sahaja kerana kandungan video kreatif tetapi juga kerana mesej positif yang disampaikan.
Sementara itu, menerusi perkongsian terbarunya di Instagram telah dibanjiri ucapan tahniah dan kata-kata semangat daripada pengikutnya. Dalam pada itu, ramai yang menjadikan beliau sebagai simbol inspirasi, terutama mereka yang sedang menghadapi cabaran hidup.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa kalau tak bawa kad pengenalan atau MyKad rasa tak senang duduk dan tak sedap hati?
Yelah, MyKad merupakan dokumen paling penting bagi seorang yang bertaraf warganegara. Tapi, kadang kala bila kad pengenalan rosak atau hilang memang haru dibuatnya. Semua urusan penting akan tergenjala.
Nah, korang tak perlu susah hati kerana sekarang ini semua urusan boleh dilakukan dengan mudah dan pantas, boleh dibuat secara atas talian sahaja.
Tak perlu menunggu nombor giliran yang lama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), buat sendiri dekat rumah tak sampai 10 minit, kemudian korang dah boleh pergi ambil.
Seperti perkongsian daripada pemilik akaun Twitter ini, Anis Suraya berkongsi cara untuk orang ramai tukar atau ganti kad pengenalan yang hilang menerusi atas talian sahaja.
Cara tukar Mykad rosak atau hilang melalui atas talian
3. Pilih gantian kad pengenalan secara dalam talian.
Nanti kena sign up dulu, then baru boleh isi permohonan penggantian kad pengenalan.
3. Buat payment ikut jenis penggantian & boleh bayar through FPX or card.
Done! Then kena selalu check la status kad pengenalan korang dah siap ke belum.
Btw, ni anis nak share 11 & 12 Januari nanti ada Career Fair Baskin Robbins dekat Mid Valley KL. Siapa yang tengah cari kerja, boleh la pegi Walk-In Interview tu. Nah click link ni kalau nak apply > https://bit.ly/BRhiring
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kepada semua pengundi muda, bersiap sedia untuk mengambil cuti hari mengundi!
Sebentar tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 19 November 022 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Manakala, tarikh penaman calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 5 November dan 15 November 2022.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh juga memaklumkan bahawa tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding.
Ini bermakna, dari 5 November (Sabtu) hingga jam 11.59 malam pada 18 November (Jumaat) kelak, korang akan mula melihat ‘perang’ bendera, poster dan pelbagai bentuk bahan promosi di sekitar kawasan korang.
Bagi mereka yang belajar dan berkhidmat di luar negara, urusan permohonan undian pos luar negara untuk PRU15 akan dibuka bermula daripada 10 Oktober 2022.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan perlantikan 222 orang Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang akan dibantu oleh 1,264 orang Penolong Pegawai Pengurus bagi Pilihan Raya Umum kali ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.