Foto: Malaysia Business For Sale

Melaka yang dahulunya sering dipenuhi pelancong tempatan dan luar negara, kini tidak lagi meriah seperti dahulu. Terbaharu, khabarnya lebih daripada 20 kedai peniaga di Jonker Walk terpaksa ‘gulung tikar’ akibat penutupan operasi sektor pelancongan.

Menurut laporan Melaka Hari Ini, kebanyakan kedai di Jalan Hang Jebat mempamerkan kain rentang dan papan iklan syarikat hartanah untuk disewakan. Malah, suasana di jalanan juga dilihat suram tanpa kehadiran pelancong.

Lebih 20 Kedai Di Jonker Street Gulung Tikar Akibat Penutupan Sektor Pelancongan Berterusan
Foto: Malaysia Business For Sale

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Jonker Street, Datuk Gan Tian Loo menjelaskan bahawa situasi itu sekali gus menyebabkan kerugian berjuta ringgit yang terpaksa ditanggung oleh pengusaha sektor pelancongan di kawasan itu.

IKLAN
Lebih 20 Kedai Di Jonker Street Gulung Tikar Akibat Penutupan Sektor Pelancongan Berterusan
Foto: Malaysia Business For Sale

Sejak Januari lalu, hampir 95 peratus kedai terpaksa menutup operasi gara-gara tidak mampu menampung kos operasi dan kadar sewaan yang tinggi.

Kawasan itu ‘mati’ sehinggakan mereka memberi barang percuma pun langsung tidak ada orang kerana tempat itu adalah kawasan yang biasanya menjadi tumpuan pelancong.
Selepas tinjauan dilakukan, sekarang hanya tinggal lima peratus sahaja kedai yang kekal beroperasi daripada 100 keseluruhan kedai.

IKLAN

Kedai yang masih dibuka adalah kedai-kedai francais seperti Family Mart dan 7-Eleven, malah farmasi seperti Watson dan Caring juga sudah menutup operasi.

Lebih 20 Kedai Di Jonker Street Gulung Tikar Akibat Penutupan Sektor Pelancongan Berterusan
Foto: Malaysia Business For Sale

Tian Loo berkata pihaknya melakukan perjumpaan bersama Persatuan Penjaja dan Peniaga Jonker Walk dan beberapa pengusaha kedai di kawasan itu bagi membantu untuk menyelesaikan masalah dihadapi. Mereka mengadu harga sewa agak tinggi menyebabkan mereka tidak dapat menyambung perniagaan.

IKLAN

Sedih bila mendengarkan khabar seperti ini. Kami doakan agar peniaga-peniaga kecil yang lain terus bangkit dan dimurahkan rezeki. Begitu juga dengan individu yang terkesan seperti diberhentikan kerja atau cuti tanpa gaji, semoga korang tetap kuat menjalani ujian ini dan dipermudahkan segala urusan.

Sumber: (1)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI