Fenomena gerhana matahari separa sedang berlaku pada waktu ini di kawasan tertentu sekitar Malaysia.
Dalam pada semua orang teruja berdiri di luar bangunan untuk menyaksikan kejadian yang Gerhana Anulus ini dengan mata sendiri, jangan dilupa pula tuntutan sunat Muakkad. Islam menyarankan agar kita menunaikan solat sunat gerhana sempena gerhana matahari separa seperti yang berlaku pada hari ini.
Malah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) turut menyarankan agar semua masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan melaksanakan solat sunat dan khutbah gerhana.
Mulai 11 Pagi Hingga 1 Tengahari
Jawi menerusi kenyataan akhbar berkata, fenomena itu akan berlaku mulai 11 pagi hingga 1 tengah hari esok dan solat sunat boleh dilakukan pada waktu berkenaan. Menurutnya, teks khutbah itu boleh dimuat turun di laman sesawang rasmi Jawi.
Ads
“Sesungguhnya fenomena gerhana adalah sebahagian daripada lambang kebesaran dan kekuasaan Allah SWT dalam penciptaan alam yang perlu dihayati dan dijadikan iktibar dalam kehidupan umat Islam,” katanya.
Malaysia akan mengalami gerhana matahari separa pada Khamis bersempena dengan fenomena gerhana matahari hibrid yang berlaku ke utara dari benua Australia.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena itu bermula jam 11 pagi hingga selewat-lewatnya jam 2 petang bagi pemerhati di Sabah, manakala ia akan tamat lebih awal iaitu sekitar 1 tengah hari bagi pemerhati di Semenanjung.
Ads
MOSTI turut mengingatkan orang ramai untuk tidak melihat matahari secara terus tanpa menggunakan penuras khas kerana ia boleh merosakkan retina mata dan boleh mengakibatkan buta kekal.
Untuk info, Gerhana matahari separa adalah fenomena yang jarang berlaku dengan kali terakhir adalah pada 21 Jun 2020 dan ia hanya akan berlaku semula pada 2 Ogos 2027, iaitu sekitar empat tahun lagi.
Niat solat sunat gerhana matahari ialah :
Ads
“Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta’ala”. Cara paling ringkas untuk menunaikan solat sunat gerhana adalah seperti solat sunat Zuhur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak pernah terbayang, rutin harian kita berubah sekelip mata. Jalan raya sunyi sepi, pusat beli belah ditutup, pengangngkutan awam henti operasi, lapangan terbang ditutup malah kedai serba aneka yang beroperasi 24 jam 365 hari setahun, 7 Eleven beroperasi dengan had masa.
Sudah hampir 2 minggu rakyat Malaysia patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diperkenalkan untuk mengelak penularan COVID-19 dibeberapa negeri di Malaysia.
Terbaru, sidang media harian perkembangan (bukan Kesihatan) Covid-19 di Malaysia jam 4.00 petang tadi, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengeluarkan kenyataan bahawa berkemungkinan Perintah Pergerakkan Bersyarat (PKPB) yang berlangsung di kebanyakkan negeri di Malaysia akan ditamatkan lebih awal.
Mungkin ditamatkan lebih awal
Hal ini kerana tidak semua negeri menunjukkan pertambahan kes seperti sebelum ini dan hanya beberapa buah negeri sahaja yang masih mempunyai kadar jangkitan yang tinggi.
Menurutnya lagi, tindakan tersebut akan dilakukan jika penilaian risiko jangkitan Covid-19 berkurangan di kebanyakkan negeri.
Melihat daripada keadaan semasa pandemik Covid-19, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengeluarkan kenyataan bahawa berkemungkinan Perintah Pergerakkan Bersyarat (PKPB) yang berlangsung di kebanyakkan negeri di Malaysia akan ditamatkan lebih awal.
Perkara tersebut disampaikan ketika sidang media harian perkembangan (bukan Kesihatan) Covid-19 di Malaysia jam 4.00 petang tadi.
Sebelum ini, Ismail Sabri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) diseluruh Malaysia bermula 7 November sehingga 6 Disember 2020 kecuali Kelantan,Pahang dan Perlis susulan kadar jangkitan rendah di negeri tersebut.
Tiada siapa tahu bila kita akan kembali hidup norma biasa. Harapan kita agar vaksin ditemui segera.
Sumber: Bernama, Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengalaman biasanya mengajar seseorang itu erti kehidupan. Kesusahan masa lalu memberinya nikmat syukur yang tidak terhingga. Sebagai membalas nikmat kehidupan sempurna selepas melalui detik susah semasa belajar dahulu, Aifa Azman, 25 yang juga pemilik Drastix Café bertindak memberikan makanan secara percuma bagi mana-mana pelajar universiti yang memerlukan makanan.
Perkongsiannya sejak semalam mula menjadi viral apabila dia memuat turun di laman twitternya untuk memberi makan kepada pelajar yang mengalami masalah kewangan untuk membeli makanan berat seperti nasi, asyik makan maggi dan ikat perut berlapar, mari datang ke Drastix Café untuk dapatkan nasi percuma.
Ternyata, ramai pelajar yang memberikan respon termasuk sudah ada yang mula datang mulai semalam semenjak status ini dimuat turun semalam, 19 September 2018.
REMAJA menghubungi Aifa bagi berkongsi statusnya. Secara jujurnya, kata Aifa dia tidak menyangka perkongsiannya itu menjadi viral.
“Saya mendapat banyak maklum balas dari pelajar yang mengadu mereka makan maggi saja seharian. Ada yang minta datang hantar ke kolej tempat belajar, ada yang kata susah nak datang sebab tak ada kenderaan tapi ada juga yang datang tapi masih malu-malu kerana seolah-olah tak percaya ada makanan free yang café saya sediakan. Namun buat masa ini kami tidak ada lagi membuat penghantaran makan kerana kekangan masa dan pekejar cuma bagi mana-mana pelajar yang datang makan di cafe ini, kami akan beri secara percuma tanpa mengira had atau jumlah bilangan pelajar yang datang,” katanya berkongsi cerita.
Menu yang disediakan ringkas tapi mengenyangkan iaitu NASI BUJANG. Menunya, nasi kosong, telur dadar, sup kosong dan sambal belacan. Namun kata anak muda berjiwa murni ini, kadang kala dia akan memberikan nasi goreng, ikut mana yang senang dimasak.
Inilah Aifa, pemiik Drastix Cafe yang berjiwa besar dan berhati mulia
Kata Aifa dia tidak kisah seberapa ramai pelajar yang datang, semuanya akan diberi makan secara percuma dari jam 10 pagi-10 malam setiap hari. Drastix Café hanya ditutup pada hari Sabtu dan Ahad, hari selebihnya dibuka.
Ditanya bagaimana idea murni ini tercetus, kata Aifa, suatu ketika dahulu dia biasa memasak dan memberikannya kepada golongan gelandangan di Kuala Lumpur. Namun sejak membuka Drastix Café yang terletak di Unit Kedai 5, Tingkat 1, Blok 2, Kondominium Kristal, Jalan Pualam 7/32 Seksyen 7 Shah Alam, masanya agak terhad.
“Bila duduk sendirian, saya terfikirkan cara untuk membantu orang lain dengan memberikan mereka makanan makanan tapi kali ini dengan cara yang berbeza di mana saya mahu berikan untuk pelajar universiti dan pelajar yang memerlukan makanan,’ katanya ketika dihubungi.
Ditanya adakah dia punya pengalaman “pahit” ketika zaman belajar itu tidak punya wang untuk membeli makanan, Aifa berkata disebabkan dia sudah melalui semua pengalaman itulah maka dia mahu membalas semua nikmat Allah berikan iaitu kesenangan ini dengan memberi makanan secara percuma untuk mana-mana pelajar memerlukannya.
“Saya dulu orang susah. Ujian ketika belajar di UniKL Mitec dalam bidang Industrial Logistik. Mak sakit dan saya tak boleh minta pada ayah kerana takut akan membebankan lagi kewangannya kerana banyak perbelanjaan untuk biayai emak.
“Kalau ayah bagi RM50, itulah duit saya gunakan untuk sebulan. Saya selalu makan maggi. Kalau kawan-kawan sebilik makan nasi, saya akan duduk jauh-jauh di meja belajar sambil makan Maggi atau hadap telefon bimbit atau buat kerja. Pura-pura sibuk kata orang sedangkan itu cara saya saya untuk tidak meminta simpati pada kawan-kawan.
“Jadi saya faham bila tak ada duit nak beli makanan. Alhamdulillah, Allah berikan nikmat rezeki ini, tambah-tambah bila berkahwin lagi Allah murahkan rezeki,”kata pasangan hidup kepada Fareez Farid ini.
Kata Aifa inilah cafe kecilnya. Tak megah pun tak insya Allah penuh dengan kasih sayang
Menu ayam buttermilk yang amat popular di cafenya. Staff ada 3 orang dan kata Aifa kalau tak cukup orang, dia akan sinsing lengan baju turun memasak
Dalam pada itu, Aifa menjelaskan sejak status itu viral sejak semalam, sudah ada dua individu yang sudi berkongsi kewangan dengan niat untuk bersedekah sama. Paling menarik, jika dua hari lalu menunya Nasi bujang, esok hari Jumaat bersamaan 21 September 2018, menunya ialah NASI PUTIH DAN AYAM MASAK MERAH.
“Saya ingin mengajak mana-mana pelajar yang kesempitan wang untuk datang makan ke café ini. Jangan malu-malu, datang saja ke sini dan nikmatilah rezeki ini secara percuma,” kata Aifa yang memaklumkan cafenya menjual menu al carte dan antara menu paling top di kedainya ialah nasi putih + ayam butter milk.
So, bagi pelajar sekitar Shah Alam atau kawasan terdekat, kalau korang kesempitan kewangan, selalu makan maggi, sudi-sudilah datang ke Drastix Café yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam ini ya. Seperti kata anak kelahiran Selangor ini, dia lagi gembira kalau ada ramai pelajar yang mahu datang makan di kedainya kerana ia diberikan secara percuma.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ternyata kisah lelaki jadian yang menukar identiti mahu menjadi wanita membuka pekungnya sendiri apabila pada malam pertama perkahwinan, saat mahu melakukan hubungan suami isteri, akhirnya terbongkar bahawa isterinya adalah seorang lelaki.
Laporan Sinar Harian, seorang lelaki menjadi mangsa penipuan setelah berkahwin dengan dengan seorang lelaki yang menyamar menjadi wanita di Lombok Barat, Nusa Tenggara Barat (NTB).
Foto dan video di Instagram mengenai pasangan pengantin baharu itu tular hingga menjadi bualan hangat penduduk, lapor Tribun News
Menurut akaun Instagram tersebut, pengantin lelaki melaporkan kes itu ke Balai Polis Kediri, sebelum kes itu kemudiannya dipindahkan ke Balai Polis Lombok Barat.
Pada entri itu, gambar pasangan pengantin selepas akad nikah dimuat naik namun wajah pengantin 'wanita' dilindungi.
Ketua Sub Bahagian Perhubungan Awam Polis Lombok Barat, Iptu Ketut Sandiarsa mengesahkan kejadian itu.
Menurut Sandiarsa, pengantin lelaki, Muh, 31, menjadi mangsa penipuan Mit Alias Sup, 25, iaitu pengantin perempuan yang kemudian diketahui lelaki.
Mit adalah warganegara Pejeruk, Ampenan, Mataram.
"Mereka mengenali di laman sosial dan bercinta, akhirnya mendirikan rumah tangga pada 2 Jun lalu.
"Pendedahan mengenai jantina Mit terbongkar selepas Muh mahu melakukan hubungan kelamin malam pertama namun terkejut 'isteri' menolak dan melarikan diri dari rumah.
"Curiga melihat tindakan itu, akhirnya Muh menyelidik latar belakang dan terkejut mengetahui isterinya adalah lelaki," katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres jelita, Datin Intan Najuwa tampil memberi penjelasan berhubung tindakannya memperkenalkan air tembikai kepada anak perempuannya, Imane Lunara, ketika usia kanak-kanak itu mencecah 1...