Baru-baru ini Remaja berkesempatan menonton filem remake Forrest Gump versi Hindi, Laal Singh Chaddha yang dilakonkan oleh Amir Khan dan Kareena Kapoor. Sudah lama rasanya tidak menonton filem Hindi di pawagam, kami betul-betul terhibur menyaksikan filem arahan Advait Chandan ini.
Mengisahkan kehidupan seorang lelaki bernama Laal Singh Chaddha, zaman kanak-kanaknya berlainan dengan orang lain kerana dia tidak seperti kanak-kanak biasa yang lain. Laal sering bergantung kepada ibunya, namun setelah bertemu dengan Rupa, Laal sudah mempunyai kawan baik dan orang yang dipercayai dalam hidupnya.
Ads
Hubungan persahabatan mereka melahirkan bibit-bibit cinta dalam diri Laal, namun Rupa hanya menganggap Laal sebagai seorang kawan dan ingin mencari lelaki yang boleh memberi kemewahan buatnya. Akan tetapi, Laal tidak mengalah untuk menjadikan Rupa sebagai isteri sehinggalah berlaku satu perkara yang tidak disangka-sangka. Apakah kesudahan kisah Laal dan Rupa ini? Ha, korang kena tonton sendiri di pawagam okay?
Secara keseluruhannya, apa yang kami boleh katakan adalah filem ini berjaya diadaptasi dengan membawa ‘tradisi’ mereka sendiri, iaitu filem Hindi yang terkenal dengan lagu-lagunya serta kisah cinta yang dibuai dengan pelbagai emosi. Unsur komedi dalam filem ini juga membuatkan penonton terhibur sepanjang berada di pawagam.
Ads
Pujian diberikan kepada pelakon utama filem ini, Amir Khan yang dilihat dapat membawakan watak seorang lelaki kurang upaya dengan baik, bermula daripada seawal usia ketika dia dibuli, sehinggalah menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab.
Ads
Laal Singh Chaddha merupakan filem komedi yang diterbitkan oleh Aamir Khan Production bersama Viacom18 Studios. Difahamkan, filem ini mengalami beberapa perubahan dengan penulisnya, Atul Kulkarni menghabiskan 10 tahun pertama untuk mengadaptasi skrip dan 10 tahun lagi membeli hak adaptasi filem.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dua insan hebat ini tidak perlu diperkenalkan lagi, nama mereka merupakan ‘jenama’ yang meniti dibibir kebanyakan rakyat Malaysia. Kedua-duanya bermula di dalam bidang seni sebelum menjadi seorang ahli perniagaan seterusnya memanfaatkan kekayaan dan juga populariti yang dikecapi untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.
Terbaru, Forbes Asia telah menyenaraikan dua bintang dari Malaysia ini di dalam senarai 100 Bintang Digital Forbes Asia. Dalam penulisan yang disertakan bersama penyenaraian itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat aktif dalam membantu peniaga makanan dan restoran yang terkesan disebabkan oleh pandemik Covid-19 sejak awal tahun ini.
Kini beliau sedang hamil empat bulan. Sumber Gambar: via Instagram CTDK
Dengan kekuatan 7.9 juta pengikut di Instagram, beliau membantu peniaga-peniaga tersebut mendapatkan publisiti yang lebih tinggi. Tahun ini juga penyanyi kesayangan ramai ini telah melancarkan album solo ke-18 dengan tajuk ManifestaSITI 2020 yang mendapat sambutan hangat dari para peminat beliau. Selain itu, pelantun lagu popular kini, Aku Bidadari Syurgamu turut sibuk dengan perniagaan produk kecantikan halal, SimplySiti.
Merupakan alumni Asia Forbes 30 under 30, penyenaraian Neelofa di antara 100 bintang digital Forbes Asia bukan satu perkara yang mengejutkan. Bahkan ini merupakan satu penanda aras yang wanita asal Kelantan ini dan juga merupakan Dewi Remaja 2009/2010 seorang personaliti yang punya visi yang jelas di dalam hidupnya.
Keputusannya untuk berniqab menerima reaksi positif peminat. Sumber Gambar: via Instagram Neelofa
Baru sahaja berniqab, dia merupakan individu paling ramai pengikut di Instagram di Malaysia seramai 8.2 juta pengikut. Sibuk dengan empayar perniagaan hijab dan busana siap pakai sopan, Naelofar yang dimulakan sejak 2014. Dia kini mengembangkan sayap dengan lebih luas dalam bidang kemanusiaan pula menerusi penubuhan Kasih Neelofa dan terbaru Markaz Tijari yang bertujuan membantu rakyat Malaysia menjana pendapatan melalui perniagaan khususnya golongan wanita dan pelajar.
Inilah yang dikatakan wanita yang penuh dengan inspirasi. Kehebatan mereka bukan sahaja dalam kerjaya bahkan dalam membantu orang yang memerlukan juga. Tahniah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak kepada penyanyi terkenal, Liza Hanim iaitu Marsya Qistina sekali lagi mencuri perhatian di pentas Talk To My Manager minggu kelima, Ahad lalu.
Marsya tampil mengenakan persalinan eksklusif hasil sentuhan pereka fesyen tempatan yang sedang meningkat naik, Sodiqin Shaz. Lebih istimewa, busana itu bukan sekadar cantik di mata, malah membawa mesej mendalam.
Menurut Liza Hanim, pemilihan persalinan tersebut adalah sebagai penghormatan buat kanak-kanak dan remaja yang terkorban akibat pelbagai insiden menyayat hati.
“Ramai yang bertanya tentang dress Marsya… nama-nama yang tertulis adalah tribute Marsya buat kanak-kanak dan remaja yang telah pergi kerana keganasan domestik, rusuhan, buli, kemalangan dan pelbagai kes jenayah yang berlaku di dalam negara.
“Kita perlu terus mengingati mereka, dan bertekad untuk tidak membenarkan ia berulang lagi.
“Terima kasih penata gaya @heyyzulkhairul kerana berjaya merealisasikan vision akak. Terima kasih designer @sodiqin.shaz atas execution dan penghasilan dress ini…,” coret Liza di media sosial.
Sebagai info, Marsya bukan sahaja memikat perhatian dengan busana penuh makna itu, malah turut menduduki tangga pertama minggu kelima selepas membawakan lagu penuh emosi, Terlalu Istimewanyanyian asal Allahyarhamah Adibah Noor.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan semua rakyat Malaysia fasih berbahasa Inggeris. Nak-Nak pula bagi mereka yang tak selalu bercakap dalam bahasa ‘omputeh’ ni.
Jadi bila memerlukan korang untuk menulis dalam bahasa Inggeris, mungkin ada yang tak berapa nak pasti sama ada ejaannya betul atau tidak. Jangan risau sebab terdapat website yang boleh digunakan untuk tujuan grammar check.
Berikut merupakan 10 website yang boleh dijadikan rujukan.