Pemain bola sepak sensasi kelab Johor (JDT) dan pasukan kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid telah selamat disatukan dengan kekasih pilihan hati yang juga merupakan seorang pempengaruh, Nur Shifa Athirah Amirol Melvin kira-kira jam 8.45 malam tadi.

Bertempat di Hotel Hilton Petaling Jaya, Safawi, 25 dan Syifa, 28 telah dinikahkan oleh Ustaz Khairil Nizam dan disaksikan oleh bapa Syifa, Amirol Melvin Abdullah dan abang ipar Syifa, Shaheizy Sam.

28 November Jadi Detik Indah Safawi Rasid, Syifa Melvin Diijab Kabul. Shaheizy Sam Jadi Saksi

28 November Jadi Detik Indah Safawi Rasid, Syifa Melvin Diijab Kabul. Shaheizy Sam Jadi Saksi

Safawi menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian kepada Syifa mankala wang hantaran pula tidak didedahkan.

IKLAN

Majlis berlangsung indah dalam dekorasi berkonsep taman dengan semua tetamunya menyarungkan persalinan serba putih dan menutup aurat (mengikut kod pakaian yang tertera pada kad jemputan). Sementara itu, Safawi dan Syifa molek mengenakan persalinan sedondon berona nude.

Majlis yang ditayangkan secara langsung di saluran YouTube The Melvins milik adik-beradik Syifa terlebih dahulu dapat dihidu oleh penggiat media biarpun ia tidak dihebahkan.

Ini setelah para penyokong JDT menyanyikan lagu ‘Selamat Pengantin Baharu’ buat Safawi di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru baru-baru ini sebagai ucapan mereka buat penyerang kegemaran mereka itu.

IKLAN

Tidak lama kemudian pada malam kelmarin, foto kad undangan majlis resepsi mereka bertarikh 3 Disember 2022 tular menerusi aplikasi WhatsApp.

Jangkaan pihak media ternyata tepat apabila pasangan tersebut akhirnya menunjukkan jari masing-masing yang siap berhias inai malam kelmarin di majlis berinai yang dilangsungkan.

28 November Jadi Detik Indah Safawi Rasid, Syifa Melvin Diijab Kabul. Shaheizy Sam Jadi Saksi

IKLAN

Difahamkan, majlis ijab kabul semalam dihadiri kira-kira 300 orang tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan rakan rapat termasuklah barisan selebriti tempatan seperti Uyaina Arshad dan suami, Raja Shahiran; Nabila Razali, Riena Diana dan tentunya kakak Syifa sendiri, Syatilla Melvin dan suaminya, Shaheizy Sam. Tetamu turut dihiburkan oleh Syamel dan Ernie Zakri.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI