Isu pemandu memandu di bawah pengaruh alkohol bagai tiada kesudahannya. Sudah terlalu banyak kes dilaporkan di media massa dan ia mendatangkan kemarahan orang ramai yang melihat isu ini bagai tiada kesudahannya.
Insiden melibatkan pemandu mabuk alkohol ini tidak hanya terjadi di negara kita tetapi juga di luar negara.
Terkini, tiga beradik, Antony, 13 tahun, adiknya, Angelina, 12 dan Sienna, 9 tahun maut di lokasi kejadian ketika masing-masing di dalam kegembiraan untuk membeli aiskrim sebelum dilanggar sebuah kereta yang yang dipandu di bawah pengaruh alkohol. Turut menemui maut ialah sepupu kepada kanak-kanak ini.
Dalam satu kejadian di Bettington Road di Otlands sekitar jam 10.00 malam,pada 1 Februari lalu tiga kanak-kanak ini menemui maut di lokasi kejadian selepas dilanggar kereta berkenaan. Lebih menyayat hati, seorang lagi adik mereka yang berusia 10 tahun berada dalam keadaan serius namun stabil.
Menurut bapa kanak-kanak ini, hatinya begitu terluka dan jiwanya mati selepas mengetahui kejadian menimpa ketiga-tiga anaknya ini.
Ads
Jelas Danny Abdallah, dia sama sekali tidak menyangka kegembiraan anak-anaknya untuk menikmati aiskrim berakhir dengan tragedi.
“Jiwa saya mati saat mengetahuinya. Untuk pemandu-pemandu, belajarlah lebih berhati-hati agar perkara sebegini tidak terjadi khususnya kepada kanak-kanak kecil,” katanya memaklumkan, dua lagi anak saudaranya berusia 10 dan 13 tahun turut mengalami kecederaan tetapi stabil.
Ads
“Saya sudah habisan kata-kata. Jiwa rasa mati. Hari ini kita bangun dari tidur dan melihat keriangan anak-anak tetapi malamnya kita kehilangan mereka sekelip mata. Hidup jadi terlalu kosong,” katanya memaklumkan anak sulungnya, Antony adalah peminat sukan basketball.
“Dirinya ingin bermain dan memberi penghormatan kepada mendiang Kobe Bryant. Masa yang sama, Angelina juga seorang yang selalu membantu. Sienna juga adalah pendamping saya dan kini kesemuanya sudah pergi ke tempat yang lebih baik untuk mereka,” katanya dalam satu temuramah.
Ads
Dalam pada itu, jurucakap polis Sydney berkata, pelaku iaitu Samuel Davidson menghadapi 20 pertuduhan salah laku.
Ini termasuk empat pertuduhan melibatkan kematian dan berada di bawah pengaruh alkohol. “Ketika ujian pernafasan dilakukan, kadar alkohol dalam tubuhnya tiga kali ganda dari dibenarkan oleh undang-undang Australia. Malah permintaan untuk diikat jamin juga ditolak sehingga kesnya dibicarakan pada 2 April akan datang
Jelas dahkan, bahawa memandu dalam keadaan pengaruh alkohol ini sangat merbahaya. REMAJA ingin bertanya, bilakah penguatkuasaan memandu dalam keadaan pengaruh alkohol ini akan dikuatkuasakan di negara kita kerana sudah banyak kes dipaparkan di media massa.
Adakah sehingga lebih banyak nyawa terkorban atau kita ambil sikap, tunggu dan lihat? Sumber : Sky News
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apple akhirnya telah menambah sokongan pengecasan pantas melalui keluaran model terbaru mereka, iPhone 8 dan juga iPhone X. Pengguna boleh mengecas sehingga 50 peratus dalam masa sekitar 30 minit.
Capaian pengecasan 50 peratus dalam masa 30 minit ini berjaya dicapai hasil penggunaan aksesori tambahan Apple USB-C Adapters (29W Model A1540, 61W Model A1718 dan juga 87W Model 1719.
Maksudnya, korang memerlukan aksesori tambahan khusus iaitu adapter berasaskan USB-C kerana pengecas yang sedia ada dalam kotak mungkin tak dapat nak menyokong pengecas pantas ini.
Walau bagaimanapun, ia adalah satu berita yang ditunggu-tunggu oleh ramai pengguna keluaran Apple untuk melihat jenama ini menyokong pengecasan pantas pada model keluaran terbaru.
Selain itu, iPhone 8 dan iPhone X juga turut menokong pengecasan tanpa wayar secara terbina.
Macam mana simpanan wang korang dah cukup ke belum nak beli model terbaru iPhone ni. Psstt psstt, ada yang sampai bergadai tak? Hehe
Isu halal bagi sesuatu produk makanan yang dihasilkan diluar negara sering menjadi persoalan dalam masyarakat Islam kerana khuatir ia mengandungi bahan terlarang atau cara pembuatan yang tidak sah untuk dimakan.
Terbaru, seorang pengguna di media sosial yang dikenali sebagai Noor Ain Zulaiha telah pun berkongsi di grup Backpackers Buddies Malaysia (BBM) tentang kisah kakaknya terbeli coklat pepero perisa strawberi yang dikatakan mempunyai unsur yang berkaitan dengan khinzir.
Ain berkongsi cerita tentang percutian kakaknya di Langkawi pada hari raya Aidiladha baru-baru ini telah pun membawa balik sekotak besar pepero strawberi dan dilihat pada kandungan bahan yang tertulis didalam bahasa Inggeris tidak ada yang membimbangkan.
Lalu, dia mencari logo halal tetapi tidak dijumpai. Pada kotak kecil coklat tersebut mengandungi tulisan Korea sepenuhnya. Disebabkan tidak memahami bahasa tersebut, gadis ini menggunakan google translate dan apa yang mengejutkan terdapat penggunaan ‘pork’ dalam coklat tersebut (rujuk gambar).
Tidak puas hati, dia terus mencari tahu dengan menggunakan google translate perkataan pork kepada Korea dan hasilnya tulisan yang sama seperti yang tertulis di kotak coklat itu. Untuk mengesahkannya, gadis ini bertanyakan kepada rakannya yang belajar bahasa Korea dan individu tersebut mengiyakan bahawa memang terdapat kandungan pork didalamnya.
“Bahan buat biskut tersebut memang tidak ada kandungan babi dalam pembuatannya, namun tetapi kilang itu memproses benda yang berkaitan dengan babi juga,” jelasnya.
Jelas gadis ini lagi, dia bukannya ingin menghalang orang daripada membeli tetapi cuma mahu mengetengahkan cara menggunakan google translate sekiranya bahan-bahan yang ditulis berpandukan bahasa asing.
Sekiranya berasa ragu-ragu sama ada makanan yang dijual mempunyai sijil halal atau tidak, korang boleh melakukan pencarian status halal di Portal Rasmi Halal Malaysia untuk mengesahkannya.
Isu video lucah yang membabitkan selebriti lelaki tempatan nampaknya semakin menjadi-jadi sejak tahun lalu apabila aib mereka dibuka untuk tontonan umum.
Terbaru sejak Isnin lalu, sebuah video perlakuan tidak senonoh yang dirakam di dalam sebuah bilik tidur mula hangat diperkatakan apabila tuduhan melulu menjurus ke arah penyanyi remaja, Aiman Tino.
Sejak ia tular menerusi laman media sosial seperti Twitter dan aplikasi WhatsApp, ramai yang berpendapat individu tersebut cukup mirip dengan wajah Aiman Tino. Tambahan pula apabila ramai yang pernah melihat keadaan dinding bilik Aiman di dalam beberapa buah video lamanya – juga mirip dengan dinding bilik tersebut.
Sehari berlalu tanpa kenyataan maklum balas rasmi, Aiman akhirnya bersuara melalui akaun Instagramnya untuk meredakan ketegangan isu ini.
Katanya terlebih dahulu, dia dan pihak pengurusan sedang mencari jalan terbaik untuk memastikan isu ini cepat diselesaikan dan tidak berpanjangan.
”Tindakan undang-undang akan diambil jika ada pihak cuba membangkitkan semula dan membuatkan isu ini berlarutan,” komen penyanyi Ku Rela Dibenci itu.
Walaupun sudah ibarat nasi bertukar menjadi bubur berikutan kesilapan tersebar, Aiman masih merendah diri memohon maaf atas tercetusnya isu memalukan seperti ini.
”Aiman memohon maaf terutamanya kepada semua pihak terutamanya teman media yang telah banyak membantu karier seni dan menzahirkan terima kasih atas sokongan dan keprihatinan.
“Kepada peminat setia, terima kasih atas sokongan berterusan. Aiman sayang anda semua,” akhirinya.
Sementara itu di ruangan komen Aiman, rata-rata peminat setianya berharap agar dia tenanh, bersabar dan yakin dengan sokongan berterusan peminat.
Sebelum ini, beberapa lagi selebriti lelaki terpalit dengan isu video tidak senonoh tersebar termasuklah Syafiq Kyle, Ammar Alfian, Idris Khan dan Ammar Affandi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!